Sabtu, 13 April 2013

Addin

Addin


Punca Rafizi Ramli Letak Jawatan Di Petronas Tersebar..

Posted: 13 Apr 2013 09:55 AM PDT

Aktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng.Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. 

Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang.Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya.

RafiziSaya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan.Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, menyertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (selepas bekerja selama 3+ tahun di firma perakaunan untuk menjadi seorang akauntan bertauliah dengan ICAEW).

Selepas berkhidmat selama 2 tahun di loji petrokimia PDH/MMSB di Gebeng, saya ditukarkan kembali ke ibupejabat di Menara Berkembar PETRONAS.Jadi, pada umur 27, saya dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kanan (saya dimaklumkan ia tidak pernah berlaku sebelum itu dan menjadi orang termuda ketika itu dilantik menjadi Pengurus Kanan) yang bertanggungjawab menguruskan keseluruhan perancangan perniagaan, operasi dan teknologi bagi Urusniaga Petrokimia PETRONAS, kerana saya mempunyai ijazah kejuruteraan dan juga seorang akauntan bertauliah.

Selepas 2 tahun di jawatan itu, saya dipindahkan lagi untuk mengetuai jabatan kewangan bagi perniagaan carigali antarabangsa, memandangkan saya mempunyai latar belakang percukaian. Pada ketika itu, ada keperluan untuk mengemaskini amalan percukaian PETRONAS di peringkat antarabangsa kerana banyak kerajaan menggunakan alasan percukaian untuk campur tangan kontrak pengeluaran petroluem yang dimeterai.Oleh itu, menjelang umur saya 31 tahun, saya telah pun diberi peluang menguruskan pelbagai bidang dalam industri minyak dan gas. Saya pernah bertugas di loji petrokimia, di pengurusan korporat, berpengalaman di sektor huluan dan hiliran.

Pada ketika itu, saya juga sedang menunggu masa untuk dinaikkan pangkat lagi.Saya berdepan dengan dilema besar. Jika saya kekal di PETRONAS, dengan kenaikan pangkat dan gaji yang besar, saya mungkin akan kekal selama-lamanya hanya dalam satu bidang kerana terlalu selesa dengan kesenangan dan gaji. Saya tidak mahu bersara dengan pengalaman di dalam satu bidang sahaja, kerana hidup ini lebih meriah jika kita terus menimba ilmu dan pengalaman. Pada ketika itu, saya agak keberatan untuk terus berkhidmat di PETRONAS selepas bon perkhidmatan 7 tahun berakhir.

Kebetulan, menjelang Januari 2008, rakan karib yang banyak mempengaruhi kehidupan saya – Adlan Benar Omar – menghembuskan nafas yang terakhir selepas sakit buat sekian lama. Ben (nama panggilan beliau) adalah senior saya di MCKK, beliau berminat dengan politik dan banyak membaca sejarah sejak dari sekolah. Semasa beliau di Tingkatan 5, saya di Tingkatan 1 dan beliau adalah kapten pasukan bahas yang melatih saya. Semasa kami di sekolah, kami ada berjanji akan memasuki politik dan memberi sumbangan, kerana di sekolah pun ada isu-isu yang dekat dengan hati beliau. Yang bersungguh-sungguh mahu jadi ahli politik adalah Ben, saya hanya angguk saja bila senior bercakap.

Hubungan kami yang terus rapat bermakna kami ambil serius janji itu. Ben melanjutkan pengajian ke Cambridge dan menubuhkan UKEC. Sepanjang masa, beliau mengheret saya ke dalam lingkungan aktivitinya kerana sifat saya yang lebih senang bekerja memudahkan kami menguruskan persatuan yang kami sama-sama sertai.Apabila Dato' Seri Anwar dipecat dan dizalimi dalam tahun 1998, kedua-dua kami merasa terpanggil untuk membantah. Saya masih di universiti, tetapi Ben yang sudah bekerja di Malaysia terjun ke kancah politik partisan dan menjadi antara tokoh muda awal yang menunjangi KEADILAN. Sekali lagi allahyarham mengheret saya sama ke dalam KEADILAN.

Allahyarham menghembuskan nafas 2 bulan sebelum tsunami politik Mac 2008. Di hari-hari terakhirnya, kami sama-sama faham bahawa apabila beliau tiada, saya tiada pilihan kecuali masuk politik. Ben mengorbankan kerjaya dan hidupnya untuk reformasi, kalau matlamat reformasi tidak tercapai maka pengorbanannya sia-sia. Pada hari-hari itu pun saya sudah sedar bahawa ada ketikanya di masa akan datang hidup saya yang selesa di dunia korporat perlu diakhiri, untuk sama-sama membantu menubuhkan sebuah sistem politik dua parti dan menumbangkan BN.

Menjelang 2009, saya pun membuat keputusan untuk meninggalkan PETRONAS. Saya langsung tidak berniat untuk masuk politik pada ketika itu, tetapi saya merasakan saya perlu keluar dari zon selesa. Saya juga mahu tahu berapa nilai saya sebagai seorang akauntan bertauliah di luar PETRONAS.Pada 30 April 2009, saya menyerahkan surat perletakan jawatan.

Dalam tempoh 3 bulan akan datang, saya melangsaikan semua hutang saya dengan PETRONAS, termasuklah membayar RM31,499.89 baki bon perkhidmatan saya selama 6 bulan berbaki, agar saya mengembalikan setiap satu sen biasiwa pendidikan yang diberika PETRONAS seperti di dalam perjanjian. Saya juga membayar RM41,091.80 baki geran kereta (yang saya pakai sehingga kini), yang diberikan kepada kakitangan pengurusan.

Saya bernasib baik kerana tekaan saya bahawa gaji di luar PETRONAS lebih tinggi adalah tepat. Dengan tawaran yang lebih baik, saya menyertai Pharmaniaga Berhad dalam Ogos 2009 sebagai Pengurus Besar, bertanggungjawab menguruskan kilang farmaseutikal di Bangi dan fungsi kewangan kumpulan itu.Hari pertama saya melaporkan diri di Pharmaniaga adalah 10 Ogos 2009.

Ditakdirkan pada 8 Ogos 2009, saya pulang ke Kemaman untuk bertemu ibubapa dan kebetulan pada malam itu ada ceramah perdana Dato' Seri Anwar, lalu saya diminta oleh penganjur untuk menjadi pengerusi majlis.Saya tidak keberatan dan bertemu dengan Dato' Seri Anwar yang agak terkejut saya berada di situ, kerana kali terakhir kami bertemu (semasa perbincangan persediaan debat harga minyak setahun sebelum itu), saya tegas tidak berminat untuk berkecimpung dalam politik.

Beliau bertanya di mana saya bekerja ketika itu, saya maklumkan saya sudah berhenti dari PETRONAS dan akan bermula di Pharmaniaga minggu selepas itu. Yang lain-lain selepas itu adalah sejarah yang berlaku dengan cepat.Susulan dari pertemuan itu, Dato' Seri Anwar menjemput untuk bertemu beliau di Parlimen sebanyak dua kali. Beliau ada meminta untuk saya kembali menyertai pimpinan parti (saya memegang jawatan pimpinan pusat Pemuda sehingga 2004) – dua kali beliau tanya, dua kali saya tolak.

Akhirnya, bila beliau seolah mencabar saya bahawa "kita perlu bersama berjuang dan bukan hanya pandai mengkritik dari jauh", saya akur untuk membantu parti.Walaupun saya tidak pernah merancang untuk ke depan seperti sekarang, saya tenang dan tidak menyesal kerana janji bersama dengan allahyarham Ben supaya pengorbanan beliau meninggalkan usia muda tidak sia-sia. Janji itu semakin dekat menjadi kenyataan, apa yang terjadi selepas itu adalah keputusan peribadi saya.

Ada orang yang memperlekehkan sentimentaliti berpegang kepada janji bersama di zaman budak-budak, tetapi janji itu menyuburkan ingatan saya terhadap allahyarham setiap hari.Berbalik kepada PETRONAS, saya bertuah melalui zaman kerjaya yang cukup baik di PETRONAS. Ia banyak mengajar saya dan hampir keseluruhan kemahiran professional saya datangnya dari PETRONAS. Lebih penting, PETRONAS berlaku adil – disiplin kerja saya dihadiahkan dengan kenaikan pangkat yang paling pantas, seperti keputusan kenaikan pangkat yang dibuat pada umur saya 28 tahun yang disertakan bersama.

Perletakan jawatan saya dari PETRONAS mengejutkan ramai kakitangan PETRONAS. Ramai yang kurang faham kenapa saya perlu meninggalkan keadaan yang selesa dan lumayan, apatah lagi apabila prospek untuk saya di PETRONAS cukup baik.

Ramai yang baik hati dan cuba memujuk saya untuk membatalkan hasrat, termasuklah Datuk Mohamad Medan Abdullah, Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Korporat Kumpulan (beliau pernah menjadi ketua saya semasa kami di Carigali). Beliau menghantar twit pada 21 Ogos 2012 menerangkan bagaimana beliau juga pernah memujuk saya untuk tidak meletakkan jawatan. Beliau juga mengakui saya tidak pernah menyatakan hasrat untuk menyertai politik pada ketika itu.

Saya harap keterangan ini jelas. Saya tidak mahu melayan fitnah ini kerana meninggalkan PETRONAS adalah keputusan peribadi. Ia berlatar belakangkan pemergian seorang rakan karib dan setiap kali saya mengingatinya, ia membuat saya merasa pilu. Ia perkara peribadi dan wajarlah dikekalkan sifat peribadinya.

Ini adalah keterangan bukan undang-undang yang pertama dan terakhir mengenai perkara ini. Jika berterusan, saya akan mengambil tindakan undang-undang.


Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN



Iklan C (ii)







Akibat Terdesak.. Samseng Umno Melaka Bakar Bendera PAS

Posted: 13 Apr 2013 07:14 AM PDT


12 April: Sejumlah bendera PAS telah dibakar oleh pihak tertentu di kampung Tun Razak, Bukit Katil pada malam tadi.Puak yang khianat dan tidak bertanggungjawab ini nampaknya tidak memahami erti demokrasi.

Nampaknya ada pihak yang gusar tentang kebangkitan rakyat di Melaka sejak kebelakangan ini.




~penyelia dun bukit baru



Iklan C (ii)







Pakatan Yakin Menang 16 Kerusi Parlimen Di Sarawak

Posted: 13 Apr 2013 05:17 AM PDT

KUCHING 13 APRIL: Pakatan Rakyat yakin akan memenangi 16 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13 bagi menumbangkan jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selama 32 tahun.

Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian percaya, dengan sumbangan kerusi di negeri itu boleh membantu Pakatan ke Putrajaya."Mengikut mandat, kita (Pakatan) perlu menang 10 kerusi, tetapi menerusi maklumat dari bandar dan luar bandar, kita yakin kita boleh menang 16 kerusi, boleh orang Petrajaya?" kata Baru disambut sorakan 'boleh' kira-kira 1,000 penduduk pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat, malam semalam.

Calon KEADILAN bagi Parlimen Limbang itu percaya, keangkuhan Taib dan keluarga yang jelas menghina rakyat faktor besar menyumbang penolakan mereka terhadap pemerintahan BN.

Katanya, pendedahan video NGO antarabangsa, Global Witness berkenaan rasuah pembalakan Taib bersama ahli keluarganya perlu diberi pengajaran oleh rakyat.

"Beberapa video yang jelas menunjukkan pemerintah sekarang begitu angkuh dan memandang rendah rakyat Sarawak. Mereka anggap diri mereka seperti raja, ini kita mesti ubah," kata Baru.

Mac lalu, Global Witness mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Taib dan rakan perniagaan terlibat dalam penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan anak-beranak mereka.

Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utamanya, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk elak dari undang-undang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.

Melalui video itu juga, Taib serta keluarganya merendahkan suku kaum pribumi Sarawak dengan menghina mereka sebagai 'setinggan' di atas harta kerajaan. "Rakyat sudah sedar dan bangkit, ini bukan saja isu agama atau perkauman tetapi keadilan untuk semua, sebab itu saya yakin dengan polisi Pakatan iaitu kesamarataan," kata Baru lagi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)




Pendedahan Eksklusif Seorang Guru Di Sarawak.. Saksikanlah!!

Posted: 13 Apr 2013 02:47 AM PDT


Atas permintaan pembaca blog Addin, maka Addin siarkan e-mel dari seorang pembaca blog Addin dari Sarawak berkenaan lawatan Muhyiddin ke Sarawak pada hari ini. 

Mengikut beliau guru di Sarawak di kerah ke perhimpunan yang di anjurkan sempena kehadiran Muhyiddin. Menurut pengirim emel, guru yang di kerah mengikut DUN.. Kenapa yek?

Baca surat yang di edarkan ini di bawah..







Iklan C (ii)





Bongkar!! Ini Cara Macai Umno Bikin Video Seks Fitnah Mustapha Ali

Posted: 13 Apr 2013 12:15 AM PDT


Daripada beberapa analisa terhadap apa yang didakwa sebagai video lucah "Mustafa Ali" yang ditempik sorakkan oleh macai-macai UMNO, terbukti nyata bahawa video berkenaan adalah rekaan dan palsu.


Daripada gambar yang dipaparkan di atas ternyata sesuatu yang tidak kena terhadap gambar tersebut.

Bagaimana kaki meja boleh keliatan di depan kaki (pehaorang yang didakwa sebagai "Mustafa Ali" sedangka kedudukan meja itu sebenarnya berada di belakang beliau?

Jelaslah kini bahawa telah wujud satu kecacatan yang besar di dalam gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pereka video tahap amatur sehingga tidak memperdulikan aspek ketelitian di dalam teknik siperimposed.

Kedua sebuah nalisa yang dilakukan oleh erapasca lebih jelas menunjukkan video itu adalah fitnah yang nyata.

Cuba baca:

Ramai yang meminta aku siasat tentang VIDEO LUCAH TERBARU yang didakwa melibatkan pemimpin PAS, Mustafa Ali yang telah tersebar lebih 24 jam lalu. Dan setelah aku teliti dengan segala aspek dan kebolehan yang ada, ini adalah JAWAPAN kepada persoalan yg diberikan...








  • VIDEO INI TULEN
  • PELAKON JUGA TULEN
  • AKSI JUGA TULEN
Jangan cepat melenting.. Sabar.. bagi aku terangkan pada setiap point aku..

VIDEO INI TULEN

Sememangnya video ini tulen kerana kalau tak tulen BUKAN VIDEO lah namanya..

PELAKON JUGA TULEN

Hasil penelitian aku, pelakon ini 100% tulen TETAPI tidak menyerupai Mustafa Ali. Disini juak juak yang teribat dengan pembikinan video ini melakukan KESILAPAN BESAR dimana WAJAH SEBENAR pelakon itu JELAS TERLIHAT WALAUPUN HANYA BEBERAPA SAAT TETAPI BERULANG SEBANYAK 2 KALI..


Minit ke 6:43 

Semasa nak duduk pakai spender, jelas ada TANDA TITIK di dahi pelakon tersebut dan iras muka pelakon itu 70% TAK SAMA seperti muka Mustafa Ali.. Ok.. Kita lihat printscreen seterusnya..



Minit ke 6:46 

Tanda didahi pelakon sudah HILANG. Wajah pula berubah dan kelihatan 92% mirip Mustafa Ali..


Minit ke 6:52 

Semasa mahu bangun semula dari tepi katil, tanda didahi yang hilang kelihatan semula. Muka pelakon berubah kembali kepada muka di printscreen minit ke 6:43


PERSOALAN: Bagaimana dalam masa tempoh 9 saat kita dapati 2 muka yang berbeza tapi watak yang sama?



AKSI JUGA TULEN



Disini dipercayai video ini menggunakan kaedah mengubah perincian secara digital. Aku tak pandai sangat nak sebut mende ni camne tapi korang bleh la tengok kat youtube, bersepah video yang menggunakan editor yntuk ubah muka atau apa apa yang diingini..



Khas untuk pencacai UMporNO.. Sorilah, aku x tengok video full.. Jadi aku cari dalam YOUTUBE, terjumpa 1 video yg macai UMporNO upload dan aku kaji...




**UPDATE: PEMILIK ACC YOUTUBE YANG DIPERCAYAI PENCACAI UMPORNO TELAH MEMADAM VIDEO INI.. SORILAH BRO, AKU PUN X TAW NAK CARIK KAT MANA LAGI.. TANPA VIDEO, SUSAH KITA NAK BUKTIKAN KE'KANTOI'AN DAN KEBODOHAN JUAK JUAK PEMFITNAH NI..


Allah Maha Besar, FITNAH lucah juak juak ni takkan kemana, KANTOOOOOOOIII.. Setiap penipuan yang wujud dalam masa yang sama akan wujud petunjuk untuk kita cari dan lihat..



Kalau manusia boleh buat cerita TRANSFORMERS,
Jelas nampak WUJUD & REAL,
Inikan pulak video murahan macam ni..
Kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaahh!!!




~era pasca



Iklan C (ii)




Akibat Terdesak, Mahathir Terpaksa Bertanding Semula Di Putrajaya?

Posted: 12 Apr 2013 07:40 PM PDT

SHAH ALAM – Apakah  Tun Dr Mahathir Mohamad akan menentang calon Pas, Datuk Husam Musa merebut kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

'Arkitek' pembangunan Putrajaya itu dikatakan sudah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang perkara berkaitan kerusi di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri sejak 1981 bersara pada Oktober 2003 dan tidak bertanding pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Beliau telah beberapa kali menyatakan tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam politik termasuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun beliau berkempen dengan kuat bagi Umno dan BN sejak empat tahun lalu khususnya selepas Najib menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir dipercayai mungkin mengambil keputusan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya itu setelah mendapati sebahagian besar pengundi di Putrajaya adalah dari Kelantan di mana mempunyai sentimen kuat terhadap Pas dan calon Pas pula berasal dari Kelantan.

Kesungguhan Dr Mahathir menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini dikatakan dibuat bagi memastikan Putrajaya yang dibangunkan dari pemikiran dan aspirasi beliau terus kekal di tangan BN.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai pengaruh yang kuat dan kini dilihat begitu bekerja keras berkempen di seluruh negara.

"Najib kemungkinan mengambil perhatian serius terhadap tawaran yang disuarakan bekas perdana menteri itu untuk bersaing Husam merebut kerusi Parlimen Putrajaya.

"Perdana menteri akan buat keputusan terbaik menentukan calon BN di kawasan tersebut dan kemungkinan terpengaruh dan mengambil kira tawaran Mahathir untuk bertanding itu," katanya.

Najib dijangka mengumumkan senarai calon BN Selasa ini.

Mohamad yang juga ada mendengar berita mengenai hasrat Dr Mahathir bertanding di Putrajaya itu memberitahu, pemimpin berstatus negarawan itu akan berhadapan dengan dua implikasi jika bertanding kali ini.

"Pertamanya, jika Mahathir kembali bertanding dalam pilihan raya, ia akan melambangkan BN kini ketandusan calon boleh menang," katanya.

Keduanya, kata Mohamad, Dr Mahathir akan dilihat telah mengambil pendirian bertentangan dengan semangatnya sebelum ini yang sering menasihati pemimpin veteran berundur bagi memberi laluan muka baru.

"Sebelum ini Mahathir lantang menegur pemimpin veteran seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya berundur.
"Jika Mahathir bertanding pada PRU13 ini akan lebih memperlihatkan BN terdesak dan ketandusan calon," katanya.

Mohamad juga tidak menolak kemungkinan faktor kenegerian memainkan turut memainkan peranan mempengaruhi undi.

"Penduduk di Putrajaya majoritinya adalah Melayu, generasi kelas menengah yang kini hidup selesa di mana mereka tidak kisah parti mana yang memerintah sama ada Pakatan Rakyat atau BN.

"Malah ia satu yang tidak mengejutkan jika ada yang mengatakan majoriti penjawat awam di situ berasal dari negeri Kelantan," katanya.

Sekarang terpulang kepada Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sama ada mahu beralah melepaskan kerusi itu.

Laporan media sebelum ini menyebut Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut. ~sinar harian



Iklan C (ii)




Ini Sebab Anda Jangan Layan Fitnah Papagomo

Posted: 12 Apr 2013 06:38 PM PDT

kKUALA LUMPUR 13 APRIL: Rakyat diminta tidak mempercayai tuduhan yang datangnya seorang blogger yang kerap memapar rakaman lucah, kononnya KEADILAN terlibat dalam isu video lucah seorang pemimpin PAS.

"Ini tuduhan paling tak berasas. Kalau tak silap, Papagomo yang tuduh KEADILAN terlibat mengedar dan dalang berkaitan video lucah. Kita semua tahu papagomo seorang penjenayah.

"Jadi, rakyat jangan ambil serius mengenai tuduhan tak berasas dari Papagomo," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

"Rekod menunjukkan yang selalu gunakan video lucah ialah pemimpin Umno BN, blogger pro-Umno dan ejen mereka," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Latheefa Koya pula.

Mereka berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.

Malah, Surendran menyifatkan hubungan KEADILAN dengan parti gabungan Pakatan Rakyat lain sebagai mesra.

"Malah, kita lebih bersatu daripada masa lalu dengan niat bersama untuk menumbangkan BN," katanya.

Memetik Malaysia Kini pula, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan tuduhan mengaitkan KEADILAN dengan video itu sebagai politik kotor.

"Motif mengeluarkan video itu adalah jelas. Ia satu percubaan untuk memecahkan hubungan AMK dengan PAS. Kami tidak percaya orang dalam video itu adalah pemimpin PAS," katanya.

Beberapa penulis blog mengaitkan AMK dengan pengedaran video itu ke beberapa umah di Besut, Terengganu. ~keadilandaily



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: