RAKYAT MARHAEN |
- PRU13 : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN – UPDATE 5-APRIL-2013 (12.45 PM)
- PRU13 : Jui Meng berbesar hati Kit Siang bertanding di Gelang Patah
- PRU13 : Jui Meng perlu utamakan Pakatan berbanding dirinya, kata Pengerusi DAP Johor
- Bongkar PRU13 : Ahli politik antara 1,500 miliki syarikat luar pesisir
- Pentadbiran Selangor cemerlang tanpa pemimpin rasuah – MB
- PRU13 : Anwar cetus fenomena baru di Perak - DAP
- Anwar janji henti kontrak Petronas Mokhzani Mahathir jika Pakatan menang PRU13
- PRU13 : Kenapa Najib tergesa-gesa beli senjata seminggu sebelum bubar Parlimen?
- Winds of change in lingo and landscape
- GE13 : SUPPORT KIT SIANG IN GELANG PATAH - Jui Meng says not having a seat not important
- PRU13 : Memecahkan kematu minda, menuju pilihanraya
- PRU13 : Pilihanraya dan harta awam
- PPRT PAHANG : Penduduk setempat gigit jari
- Anwar vows to stop Mokhzani’s Petronas contract if Pakatan wins GE13
- PRU13 : 'Buang Najib dan BN di Putrajaya untuk tahu kes sebenar Altantuya dan kapal selam'-Nizar
- TG Hadi Awang : Muhasabah Lahad Datu
- Kajian UM : 80 Peratus Rakyat Pantai Barat Tidak Percaya Fitnah Terhadap Anwar oleh UMNO@BN
- DSAI CABAR NAJIB BERTANDANG KE PERAK LAWAN SAMA DIA!!
- HABIS LA NAJIB : PENYOKONG TEGAR UMNO/BN TOLONG PASANG BENDERA PKR!!
- PRU13 : Mohd Sabu bertanding di Pendang, Fadzil di DUN Sungai Tiang?
- GE13 : BN’s ‘headache’ in Sungai Siput
- Zunar & KKI : Animasi Manifesto Rakyat
- PRU 13: Aishah Bertanding Parlimen Jempol, PAS/PR Hormati Artis.. Syabas!!
- IC row: Will native parties quit BN?
- PRU13 : Umum 5 nama, kerusi Anwar di Perak masih misteri
PRU13 : SENARAI CALON PARLIMEN PAKATAN – UPDATE 5-APRIL-2013 (12.45 PM) Posted: 04 Apr 2013 09:52 PM PDT DS ANWAR IBRAHIM MOHON TEMPOH 24 JAM UNTUK BERBINCANG DENGAN JENTERA PERMATANG PAUH SAMA ADA KEKAL DISANA ATAU BERTANDING DIPERAK SENARAI CALON KEADILAN DAN APS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 5 April 2013) 1. Gombak - Azmin Ali (penyandang) 2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar 3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman 4. Batu - Tian Chua (penyandang) 5. Sembrong - Onn Abu Bakar 6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein 7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum disahkan) 8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang) 9. Kuala Kedah – Dr Azman Ismail 10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang) 11. Padang Serai - N Surendran 12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty 13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup 14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang) 15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail 16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang) 17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang) 18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari 19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang) 20. Pandan - Rafizi Ramli 21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh 23. Saratok - Ali Biju 24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit25. Baram - Roland Engan 26. Limbang - Baru Bian 27. Nibong Tebal – Dr Mansor Othman 28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong 29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob 30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan) 31. Batu Pahat – Datuk Idris Jauzi 32. Alor Setar – Gooi Hsio Leung 33. Bandar Tun Razak – Tan Sri Khalid Ibrahim (penyandang) 34. Tebrau – Steven Choong Siow 35. Muar – Mohd Hizwan Ahmad 36. Ketereh – Ab Aziz Ab Kadir (penyandang) 37. Kemaman – Azan Ismail (belum disahkan dan diumumkan) 38. Lumut – Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid 39. Tanjung Malim – Brig Jen (B) Datuk Abd Hadi Khatab (belum diumumkan) 40. Tambun – Siti Aishah Shaik Ismail (belum diumumkan) 41. Sungai Siput – Michael Jeyakumar Devaraj (penyandang) 42. Teluk Kemang – Datuk Kamarul Baharin Abas (penyandang) 43. Kuala Pilah – Nazeri Yunus (belum diumumkan) 44. Subang – Sivarasa Rasiah (penyandang) 45. PJ Selatan – Hee Loy Sian (Penyandang) 46. Machang – Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan) 47. Beaufort – Datuk Seri Lajim Ukin (penyandang) 48. Bera – Zakaria Abd Hamid (belum disahkan) 49. Tuaran – Datuk Seri Wilfred Bumburing (penyandang) 50. Sri Aman – Nicholas Mujan 51. Konawit – Thomas Laja 52. Kota Samarahan – Dr Ramblam Rahmat 53. Julau – Andy Wong Hong Yu 54. Selangau – Joshua Jabeng 55. Lubuk Antu – Nicholas Bawing Anggat 56. Mambong – Willie Mongin 57. Sibuti – Dr Michael Teo (belum disahkan dan diumumkan) 58. Padang Rengas – Dr Hj Mior Ahmad 59. Hulu Selangor – Khalid Jaaafar (belum diumumkan) 60. Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (belum disahkan) 61. Putatan – Mazhry Nasir (belum disahkan) 62. Kota Marudu – Anthony Mandiau (belum disahkan) 63. Kudat – Mursalim Tanjul (belum disahkan) 64. Kota Belud – Saidil Semoi (belum disahkan) 65. Ranau – Johanathan Yassin (belum disahkan) 66. Balik Pulau - Bakhtiar (belum diumumkan) ( PKR Dan APS Dijangka Bertanding 96 Dewan Rakyat) SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 5 April 2013) 1. Gelang Patah - Lim Kit Siang 2. Bukit Gelugor - Karpal Singh 3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang) 4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang) 5. Kluang - Liew Chin Tong 6. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan) 7. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan) 8. Bentong - Wong Tuck 9. Seputeh - Teresa Kok (penyandang) 10. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang) 11. Raub – Datuk Ariff Sabri (Sakmongkol) 12. Cheras – Tan Kok Wai (penyandang) 13. Bukit Bintang – Fong Kui Lun (penyandang) 14. Segambut – Lim Lip Eng (penyandang) 15. Kepong – Dr Tan Seng Giaw (penyandang) 16. Bukit Mertajam – Chong Eng (penyandang) 17. Batu Kawan – Dr P. Ramasamy (peyandang) 18. Petaling Jaya Utara – Tony Pua Kiam Wee (penyandang) 19. Rasah – Anthony Loke Siew Fook (penyandang) 20. Teluk Intan – M Manogaran (penyandang) 21. Bagan – Lim Guan Eng (panyandang) (DAP Dijangka Bertanding 50 Dewan Rakyat) SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 5 April 2013) 1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang) 2. Arau - Tuan Guru Haron Din 3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang) 4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang) 5. Pulai - Salahuddin Ayub 6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan) 7. Pendang - Mohamad Sabu (belum sahkan dan diumumkan) 8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan) 9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang) 10. Tumpat - Dato' Haji Kamarudin Jaffar (penyandang) 11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang) 12. Parit Buntar – Datuk Ustaz Hj Mujahid Hj Yusof Rawa (penyandang) 13. Baling – Brig Jen (B) Dato Najmi Ahmad 14. Titiwangsa – Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi 15. Temerloh – Ust Nasrudin Hassan Tantawi 16. Kuala Selangor – Dr Dzulkly Ahmad (penyandang) 17. Jempol – Wan Aishah Wan Ariffin 18. Jerai – Firdaus Jaaafar (penyandang) 19. Pokok Sena – Datuk Mahfuz Omar (penyandang) 20. Dungun – Ust Wan Hassan Mohd Ramly 21. Kuala Terengganu – Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (belum diumumkan) 22. Kangar – Baharuddin Ahmad (belum disahkan)23. Larut – Datuk Fauzi Saari 24. Padang Besar – Azamhari Mahmood (belum disahkan) 25. Bachok – Ariffin Mahmod (belum disahkan) 20. Grik – Hajjah Norhayati Kassim (belum diumumkan) 21. Jeli - Mohd Apandi Mohamad (belum diumumkan) 22. Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden 23. Labuan – Hadnan Mohammad (Pas Dijangka Bertanding 76 Dewan Rakyat Dan 237 Dewan Negeri) | ||
PRU13 : Jui Meng berbesar hati Kit Siang bertanding di Gelang Patah Posted: 04 Apr 2013 09:40 PM PDT PETALING JAYA, 5 April — Pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng berkata beliau berbesar hati dengan pengumuman pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor. Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Chua (gambar) juga menggesa rakyat di kawasan yang pernah diwakilinya itu memberi sokongan penuh kepada Lim serta berjanji akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk pastikan kemenangan di Gelang Patah. "Saya berbesar hati Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah. "Ia satu penghormatan dan gesa semua pengundi di Gelang Patah memberi sokongan kepada Lim," kata Chua. Chua juga berkata kerusi Gelang Patah adalah kawasan boleh menang dan pengumuman Lim bertanding disitu menambah lagi peluang cerah buat Pakatan Rakyat (PR) menang disitu. | ||
PRU13 : Jui Meng perlu utamakan Pakatan berbanding dirinya, kata Pengerusi DAP Johor Posted: 04 Apr 2013 09:39 PM PDT JOHOR BARU, 5 April — Datuk Dr Chua Jui Meng perlu beralah dan bertanding di kerusi baru yang diperuntukkan kepadanya demi memastikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya memperolehi kerusi di kubu kuat Umno bagi membolehkan usaha menawan Putrajaya, kata Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Beliau yang dikenali sebagai Dr Boo menegaskan, pertandingan merebut kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-3 kali ini bagi pengerusi PKR Johor itu tidak lagi seperti ketika beliau masih lagi memegang jawatan dalam Kabinet dan MCA, sebaliknya usaha yang digembleng mereka bersama adalah sebagai parti politik dalam PR. "Saya minta maaf ... ini saat yang penting untuk Pakatan, perjuangan politik kita tidak boleh terikat dengan seseorang pemimpin sahaja, saya harap dia boleh kembali ke tempat kerja untuk bekerjasama," kata Dr Boo merujuk kepada berita kehilangan pengerusi PKR negeri selepas Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon kerusi parlimen Gelang Patah. "Kalau nak gerakkan PKR Johor dia kena ambil kerusi baru, kita cadangkan Tebrau ... ia kerusi campuran, lebih-lagi di kawasan bandar, kalau PKR berusaha, mereka boleh menang," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Bongkar PRU13 : Ahli politik antara 1,500 miliki syarikat luar pesisir Posted: 04 Apr 2013 09:36 PM PDT Mereka termasuklah anak lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Micheal Chia, yang pernah dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) yang berpangkalan di Washington dan diteliti Malaysiakini menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir - yang digelar Switzerland baru - serta BVI, syura percukaian rendah. Senarai ICIJ terdiri daripada gabungan taikun yang disenaraikan Forbes, ahli parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan terkenal dan tidak terkenal, kongsi gelap dan bekas ratu cantik. Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga sah, yang lain mungkin antara RM871.4 bilion aliran keluar wang haram dalam tempoh 10 tahun, seperti dianggarkan oleh pemantau kewangan yang berpengkalan di Washington Global Financial Integrity (GFI).Read More / Baca Lagi >> | ||
Pentadbiran Selangor cemerlang tanpa pemimpin rasuah – MB Posted: 04 Apr 2013 09:04 PM PDT KUALA LUMPUR 5 APRIL: Rakyat Selangor perlu mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat jika tidak mahu negeri itu ditadbir pemimpin rasuah dan salah guna kuasa seperti pentadbiran terdahulu, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid berkata, sepanjang lima tahun mentadbir Selangor, Pakatan berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat dengan menjaga kredibiliti mereka selaku pemimpin yang bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa. "Harapan saya dan barisan Exco agar pengundi di Selangor membuat penilaian terbaik berdasarkan pencapaian kami selama lima tahun. "Kami amat bangga kerana sepanjang tempoh ini, tiada seorang Exco, Adun atau pegawai tinggi kerajaan yang menghadapi tuduhan salah guna kuasa dan rasuah," katanya. Sehubungan itu, kata Khalid, rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang diseiringkan dengan kebajikan sebagai teras pentadbiran Pakatan di Selangor. "Saya menyeru kepada seluruh pengundi dan rakyat Selangor agar terus memberikan kami mandat agar kami dapat meneruskan sebuah pentadbiran reformasi. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Anwar cetus fenomena baru di Perak - DAP Posted: 04 Apr 2013 09:03 PM PDT IPOH – Kesudian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak bakal memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung, sekali gus membantu kejayaan Pakatan Rakyat (PR). Yakin dengan perkara itu, Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata, kehadiran Anwar bakal mencetus fenomena baru dalam proses pilihan raya di negeri ini. "DAP Perak mengalu-alukan beliau bertanding di sini (Perak) kerana kita yakin beliau dapat membantu kemenangan PR. Malah, rakyat negeri ini beruntung kerana ini kali pertama dalam sejarah, calon perdana menteri bertanding di negeri ini. "Kita akan beri bantuan terus menerus kepada beliau (Anwar) sepanjang tempoh pilihan raya agar dapat mencipta sejarah baru, iaitu perdana menteri dari Negeri Perak," katanya pada sidang media, semalam. | ||
Anwar janji henti kontrak Petronas Mokhzani Mahathir jika Pakatan menang PRU13 Posted: 04 Apr 2013 08:58 PM PDT GERIK, 5 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013. Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang (gambar) itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani. "Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara," katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak. "Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib. "Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu atau membalas dendam, tetapi kontrak berbilion ringgit yang diberikan kepada anak anda, saya hentikannya, saya mahu memberinya kembali kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara, " katanya. | ||
PRU13 : Kenapa Najib tergesa-gesa beli senjata seminggu sebelum bubar Parlimen? Posted: 04 Apr 2013 08:56 PM PDT GERIK 5 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang tergesa-gesa membeli peralatan persenjataan, hanya seminggu sebelum Parlimen dibubar. "Seminggu sebelum bubar, beli lagi senjata RM4 bilion, tak sabar. Sain (tandatangan) cepat-cepat," katanya depan hampir 10,000 orang pada Jelajah Merdeka Rakyat di sini, malam tadi. Ketua Umum KEADILAN itu tekad membatal kontrak itu sebaik sahaja Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dengan mengambil kira nasihat pegawai tentera. "Kita menang, saya batalkan kontrak. Kita minta (pandangan) pegawai tentera, kena tanya orang yang pakar. Mana ada orang tahu semua bidang, jadi jangan takbur," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Winds of change in lingo and landscape Posted: 04 Apr 2013 08:55 PM PDT Over the years the language of the politicians has changed with the evolving political landscape. The lingo of Malaysian politicians from both sides of the political divide has changed dramatically. The intra-party chemistry among the folks in the federal government and also the opposition has undergone a major change. And let's not even start talking about the political landscape as the two warring sides prepare to battle it out in the 13th general election (GE13), probably the most defining polls since the Malayan general election of 1955. Lingo One cannot but notice how the language of politicians from both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat has changed over the last five years. GE12, or the 2008 GE, brought to the fore new vocabularies in them. Formed in 1973 as the successor to the Alliance (Parti Perikatan), BN has been ruling Malaya and then Malaysia uninterrupted since 1957. It has never experienced defeat at the federal level. Here is where the power resides. BN has had it all the time. Members of BN coalition like Umno and MCA had always talked nothing short of an outright victory. Never once in the recent past did they even consider defeat. That is now history. No less than Prime Minister Najib Tun Razak himself had spoken on a number of occasions that BN may lose at the next polls. Read More / Baca Lagi >> | ||
GE13 : SUPPORT KIT SIANG IN GELANG PATAH - Jui Meng says not having a seat not important Posted: 04 Apr 2013 08:54 PM PDT PKR vice president Chua Jui Meng returned to the political limelight amid a rousing welcome after a two weeks leave, during which his political enemies had tried their best to paint him as a traitor and harass him out of the party he left the MCA to join in 2009. At a press conference held at the PKR headquarters, Jui Meng fielded the toughest questions put to him including the contentious Gelang Patah seat. "At this moment, there is no seat that can be said to be offered to me. At the moment PKR has 11 parliamentary seats. We had 12 seats. I am not in the business of usurping anyone. I intend to make sure all these people win.But it is not in my character to ask anyone to make way for me," Jui Meng told a press conference on Friday. "I had a house and that was called Gelang Patah. I was asked to work there. Later I was asked to leave and of course the party said it would look for another for me. But unfortunately up to now, no doors have been opened to me. And I have said, that does not matter to me. What matters is that PR wins and wins big." | ||
PRU13 : Memecahkan kematu minda, menuju pilihanraya Posted: 04 Apr 2013 07:13 PM PDT TADI makan tengah hari bersama teman yang bakal jadi calon DAP di penghujung paling Selatan benua Asia. Di Johor tentunya. Nama dan kaumnya juga masih belum boleh saya tuliskan, kerana belum sampai hari penamaan. Kami DAP memang disiplin dan menurut peraturan. Bendera pun belum boleh pacak. Sambil kami makan nasi goreng dan bercerita tentang makanan laut di Tanjung Piai yang melimpah ruah, keropok lekor yang disalut tepung dan roti canai cicah sambal tumis, beliau berkisah tentang pengundi Tanjung Piai yang ditemuinya, dan bagaimana respon mereka terhadap rayuan undinya. Menurut beliau, ada seorang makcik yang tanpa banyak dalih terus menjawab dengan lidah Jawa yang fasih, mafhumnya, 'Biarlah aku susah, miskin, asalkan UMNO menang.' Kawan saya itu hela nafas panjang. Saya sendiri menepuk dahi. Apa ini? Apakah jampi serapah yang sudah di'mandrem' kepada orang Johor sehingga sanggup dan rela kekal dalam keadaan susah asalkan UMNO berkuasa. Eh makcik tahu tak keluarga Ketua Wanita UMNO itu pinjam duit kerajaan untuk ternak lembu tapi penyudahnya beli kondominium, kereta mewah dan buat modal buka restoran mahal? Yang makcik nak rela hidup miskin ni kenapa? Hilang akal? Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Pilihanraya dan harta awam Posted: 04 Apr 2013 07:07 PM PDT Apabila kita membaca Sirah Nabi s.a.w kita merasa betapa kita umat Islam khususnya kepimpinan negara-negara umat Islam amat jauh dari mengambil teladan dari sirah baginda yang agung. Sekalipun nama Nabi Muhammad s.a.w itu sering digunakan oleh pelbagai pihak termasuk golongan politik, namun realitinya kita lebih banyak menggunakan lebel dari mengambil isinya. Menjelang pilihanraya, tentu pelbagai pihak akan menyebut nama Nabi s.a.w seakan merekalah yang paling dekat dengan ajaran baginda. Ada yang mengaku keturunan Nabi s.a.w untuk menebalkan poket dan mendekatkan diri kepada penguasa. Ada yang mengakui kononnya 'salafi' bermanhaj salaf konon padahal merekalah yang menyimpang dari maqasid agama yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Ada yang membangkitkan soal perkauman, lalu menyatakan perjuangannya diajar oleh Nabi s.a.w. Golongan politik pula akan menggunakan sesiapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menguntung kehendak politik mereka. Jika nama Nabi s.a.w boleh dijual, mereka mungkin akan menjualnya untuk mendapatkan untung politik. Tidak Pelik Kita jangan hairan jika orang politik mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihanraya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media. Kemudian kita juga mungkin mendapati mereka penuh kerakusan kuasa, meratah harta awam, membohongi rakyat jelata, berjanji dusta dan menipu semahunya. Kesemuanya mungkin bagi yang menjadikan kuasa matlamat kehidupan mereka. Tidak kira apa jenama parti sekalipun, jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang, dia ketagih kuasa dan mungkin melakukan apa sahaja. Hudaibiyah Saya amat kagum dengan kejujuran Nabi s.a.w dalam melaksanakan janji yang menterai dan tidak pernah khianat kepada persetujuan yang dibuat. Perjanjian Hudaibiyah yang dibuat pada tahun keenam hijrah antara bukti yang mengkagumkan. Ramai juga sahabat tidak bersetuju dengan isi perjanjian tersebut yang dimenterai antara Nabi s.a.w dengan kaum Quraish Mekah yang terkenal sejak dari hari awal terus menerus memerangi Islam. Suhail bin 'Amr mewakili pihak Quraish bagi memeterai perjanjian tersebut. Antara isi perjanjian yang dipersetujui yang ialah sesiapa dalam kalangan Quraish yang pergi kepada pihak Muhammad (kaum muslimin di Madinah) tanpa keizinan keluarganya hendaklah dipulangkan kepada pihak Quraish. Sesiapa dalam kalangan mereka yang bersama Muhammad yang pergi kepada pihak Quraish, tidak dipulangkan kepada pihak Muhammad'. (Isi perjanjian ini disebut dalam pelbagai riwayat dari al-Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dll). Nabi s.a.w telah bersetuju dengan kandungan perjanjian ini. Ditakdirkan semasa perjanjian dimeterai, anak Suhail bin 'Amr sendiri yang dipanggil Abu Jandal yang menganut Islam datang kepada Nabi s.a.w dalam keadaan dirantai kerana disiksa oleh bapanya. Dia berjaya melarikan diri dari kepungan lalu datang mendapatkan Nabi s.a.w dan kaum muslimin. Kata Suhail kepada Nabi s.a.w: "Wahai Muhammad! Ini perkara pertama yang aku tuntut engkau laksanakan bagi perjanjian ini, engkau hendaklah kembalikan dia kepadaku". Nabi s.a.w cuba memujuk Suhail dengan pelbagai cara agar mengecualikan kes Abu Jandal ini. Namun Suhail tetap berkeras dengan isi perjanjian tersebut. Para sahabat begitu sedih melihat Abu Jandal yang menganut Islam tetapi disiksa dengan begitu dahsyat oleh bapanya. Dia dirantai dan dipukul. Read More / Baca Lagi >> | ||
PPRT PAHANG : Penduduk setempat gigit jari Posted: 04 Apr 2013 07:02 PM PDT | ||
Anwar vows to stop Mokhzani’s Petronas contract if Pakatan wins GE13 Posted: 04 Apr 2013 06:44 PM PDT GERIK, April 5 — Datuk Seri Anwar Ibrahim pledged last night to revoke the recent multimillion ringgit Petronas contract awarded to Tun Dr Mahathir Mohamad's son, saying this would be one of Pakatan Rakyat's (PR) first steps to end cronyism should it win federal power in Election 2013. Speaking at a ceramah in Taman Semarak here, the opposition leader heaped criticism against his long-time arch nemesis for allegedly reaping the riches of the country's national oil company for his family, namely his son Mokhzani. "First, within 24 hours of Pakatan's swearing in, we will drop the prices of fuel for the whole country," he said to a crowd of over 1,000 people in the Hulu Perak district township. "Number two, is this oil contract. Do you think under Najib it would be retracted? No. But if we take over, I want to tell Dr Mahathir — I am Anwar, I am not Najib. "Najib is afraid of you but I am not. I have no intention of being cruel to you or to take revenge, but this billion-ringgit contract given to your son, I want to stop it, I want to give it back to the children of Malaysians nationwide," Anwar (picture) said. Mokhzani is part owner and vice-president of Sapura Kencana Petroleum Bhd, an oil-and-gas (O&G) specialist that has been awarded a RM836 million risk production contract by national oil company Petronas Bhd. With RM11.85 billion in assets, Sapura Kencana is one of the world's top O&G service support players by asset base. It has also started venturing into other oil-producing countries such as Kazakhstan. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : 'Buang Najib dan BN di Putrajaya untuk tahu kes sebenar Altantuya dan kapal selam'-Nizar Posted: 04 Apr 2013 06:35 PM PDT Semalam dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Grik, Perak Nizar Jamaluddin bekas MB Perak berkata jika rakyat mahu tahu siapa yang arahkan dua anggota polis UTK Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Omar bunuh Altantuya rakyat kena buang Najib dan BN daripada terus berkuasa di Putrajaya.Lebih kurang Nizar kata begini,"Siapa yang arahkan dua anggota polis UTK bunuh Altantuya?Jika tuan-tuan nak tahu kisah sebenar kena buang Najib dan BN di Putrajya bagi kuasa kepada PR dan kita akan siasat,buka balik kes,belek semula kes siapa yang arahkan mereka bunuh Altantuya." Semua orang tahu dalam kes bunuh Altantuya sahabat baik Najib Razak Baginda terlepas daripada hukuman.Razak Baginda juga dikatakan jadi orang tengah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dan sapu komisen RM500 juta! Tertuduh Sirul merayu dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya tak dijatuhkan hukuman mati dengan berkata ,"Saya sekadar dikambing hitam.";Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. Read More / Baca Lagi >> | ||
TG Hadi Awang : Muhasabah Lahad Datu Posted: 04 Apr 2013 06:32 PM PDT Peristiwa berdarah di Lahad Datu menjadi ujian kebijaksanaan kerajaan dan kesetiaan seluruh rakyat terhadap negara. Walau pun berbeza kaum, agama dan fahaman politik, namun tugas mempertahankan negara apabila diceroboh dan keselamatannya diganggu gugat adalah kewajipan bersama mengikut agama, adat dan akal yang waras. Maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan seluruh ahlinya mendoakan Allah melimpahkan rahmat kepada anggota keselamatan yang terkorban dan dimasukkan ke dalam kalangan para syuhada, sekurang-kurangnya syahid akhirat dan disembuhkan mereka yang tercedera, serta dikembalikan keamanan dan keselamatan negara. Read More / Baca Lagi >>Walau bagaimana pun muhasabah wajib dilakukan terhadap kerajaan yang diamanahkan menjaga keselamatan negara. Dalam hal ini pihak tentera dan polis tidak boleh dipersalahkan, kerana banyak asas dari sudut politik yang kukuh menunjukan bahawa peristiwa seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Pasukan keselamatan juga tidak sepatutnya menjadi mangsa korban musuh yang tercipta dengan sebab kecuaian politik mereka yang memimpin negara sejak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu. Persoalan asas yang kita ingin tanya ialah: "Mengapa asas keharmonian yang sedia ada di daerah itu tidak dijaga dan dibina dengan baik?" Hakikatnya ialah, kedudukan serantau, kejiranan, serumpun, sekelurga dan seagama cuma dipisahkan oleh sempadan geografi dua negara. Malaysia mempunyai hubungan kejiranan dengan Filipina, dan sama-sama menjadi anggota Asean sejak penubuhannya pada 8 Ogos 1967 lagi. | ||
Kajian UM : 80 Peratus Rakyat Pantai Barat Tidak Percaya Fitnah Terhadap Anwar oleh UMNO@BN Posted: 04 Apr 2013 06:05 PM PDT BANGI, 5 APRIL : Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 80 peratus rakyat di negeri pantai barat tidak mempercayai kes-kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Pengarah UMCEDEL, Amer Saifude Ghazali berkata, negeri tersebut ialah Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Jelas Amer, responden yang ditanya berkenaan fitnah terhadap Anwar, kebanyakan yang percaya hanya 20 peratus. "80 peratus lagi tidak percaya langsung, mereka (responden) anggap ini sebagai satu perkara yang sengaja di ada-adakan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai reputasi Anwar Ibrahim ketika satu Seminar PRU-13 'Memperkasakan Demokrasi' anjuran Pusat Pengajian Sejarah dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bilik Senat, Dewan Canselor, UKM hari ini. Dalam isu sama, Amer berkata, dakwaan yang mengatakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak berkaliber, tidak berpengaruh dan zamannya berakhir adalah sangat menghairankan. Read More / Baca Lagi >> | ||
DSAI CABAR NAJIB BERTANDANG KE PERAK LAWAN SAMA DIA!! Posted: 04 Apr 2013 05:48 PM PDT NAJIB GERENTI SENYAP LARI MENCICIT LINTANG PUKANG SAMPAI TAK CUKUP TANAH!!DALAM SATU CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI LENGGONG, PERAK MALAM INI.. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM SECARA TERBUKA CABAR NAJIB RAZAK DATANG KE NEGERI PERAK LAWAN DIA SATU SAMA SATU. "Najib cakap saya takut nak lari dari Permatang Pauh....Saya cabar datang ke Perak bertanding sama saya...Jangan tersembunyi di Pekan lama-lamaPemimpin harus diuji rakyat di mana-mana." Taubat Lahom... ulang balik.. TAUBAT LAHOM!!!! Najib Razak tidak berani lari mencicit lintang pukang sampai tidak cukup tanah. Berdebat pun takut inikan pula bertanding ditempat neutral lawan sama DSAI. | ||
HABIS LA NAJIB : PENYOKONG TEGAR UMNO/BN TOLONG PASANG BENDERA PKR!! Posted: 04 Apr 2013 05:46 PM PDT Jangan tidak percaya...Penyokong tegar UMNO/BN sanggup pasang bendera PKR/DAP/PAS secara sukarela. Ini dinamakan apabila rakyat cerdik dia akan bangkit dan UMNO pasti sakit!!!!! Para pemimpin UMNO kalau nampak ni boleh pitam pengsan. Siapa sangka kejadian ajaib tapi benar ini boleh berlaku ketika tarikh pembuangan undi PRU 13 semakin hampir tiba. BERI DUIT REMBAT... BERI KAIN PELIKAT PAKAI... BERI GULA KACAU... BERI BERAS TANAK...UNDI TETAP KEPADA PAKATAN RAKYAT!!!! | ||
PRU13 : Mohd Sabu bertanding di Pendang, Fadzil di DUN Sungai Tiang? Posted: 04 Apr 2013 05:45 PM PDT Sejak dua bulan lepas saya sering ke Kedah dan kawasan yang sering saya lawati dan memberi penerangan itu meliputi kawasan Kuala Kedah, Padang Terap, Kubang Pasu dan Pendang. Saya diminta untuk masuk ke kawasan yang menjadi kubu UMNO terutamanya di Pendang dan saya dengan rela hati melakukannya. Di antara kawasan yang saya seronok sekali untuk menembusi kubu UMNO itu ialah kawasan Pendang, kawasan sahabat saya Mohamad Sabu, dijangka bertanding dalam PRU nanti. Pendang merupakan kawasan yang masih ada tempat-tempat yang Pakatan Rakyat masih belum dapat menembusinya kerana kekuatan UMNO masih ada di situ. Kawasan seperti ini masih ada di DUN Sungai Tiang dan di DUN inilah yang saya sangat berbahagia untuk memberi penerangan.
DUN Sungai Tiang ini diwakili oleh BN dan ADUNnya ialah orang kuat Puteri UMNO yang bernama Soraya. Tetapi kawasan ini sudah nampak kejayaan PAS menembusinya kerana saya memberikan tumpuan kepada DUN ini. Saya begitu tertarik dengan kegigihan Majlis Tindakan DUN PAS ini kerana sentiasa melakukan lawatan dan mengadakan program-program bagi mendekati rakyat. | ||
GE13 : BN’s ‘headache’ in Sungai Siput Posted: 04 Apr 2013 05:43 PM PDT MIC's weak leadership has made it difficult for the BN to choose the candidate for the Sungai Siput parliamentary seat. BN top leaders, sources reveal, are at their wits' end in trying to solve the issue of seat allocation and one of their main worries is former president S Samy Vellu. Samy Vellu, the former works minister and party president for nearly three decades, over the past week has been going around giving statements that he is a winnable candidate for the Sungai Siput seat, which he held from the early 1970s to 2008. In 2008, he lost the seat by 1,800 votes to Pakatan Rakyat's Dr Michael Jeyakumar, who was termed as a giant killer then. This ended his active political career and forced him to resign as president of the largest Indian-based political party in the country in 2009. He was replaced by his hand-picked successor G Palanivel. Palanivel himself lost the Hulu Selangor parliamentary constituency at the 2008 general election. This seat was won back by MIC in a subsequent by-election by P Kamalanathan in 2010. Palanivel failed to win the trust of the BN leadership, then, which did not regard him as a "winnable candidate". Samy Vellu, after his election defeat, was appointed special envoy to India and South Asia for infrastructure with ministerial status. On the political front, he was left in the wilderness until two months ago. Making a comeback Read More / Baca Lagi >> | ||
Zunar & KKI : Animasi Manifesto Rakyat Posted: 04 Apr 2013 05:40 PM PDT | ||
PRU 13: Aishah Bertanding Parlimen Jempol, PAS/PR Hormati Artis.. Syabas!! Posted: 04 Apr 2013 05:39 PM PDT SUATU penghomatan PAS kepada artis-artis tanah air, bila bekas Penyanyi Fan Club, Wan Aisyah Wan Ariffin (gambar atas) diisytiharkan bakal bertanding mewakili PAS/Pakatan Rakyat di Parlimen P127Jempol, Negeri Sembilan. Perisytiharan itu telah dibuat oleh Timbalan Presiden PAS sendiri, Hj Mohamad Sabu. Aisyah adalah Lulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand. Walaupun bergelar bekas rrtis, tapi kelulusan akademik yang dimiliki Aisyah adalah bertepatan dengan bidang yang diceburi sekarang. Sekilas Tentang Bekar Artis Aishah Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Album nyanyian Aishah bersama fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Pada 1983, Aishah memenangi satu pertandingan talentime di Kuala Lumpur dan terus naik melalui rakaman lagu. Read More / Baca Lagi >> | ||
IC row: Will native parties quit BN? Posted: 04 Apr 2013 05:37 PM PDT It is pointless for native parties in the Sabah BN coalition to continue with their blind allegiance when it is now obvious that the federal government 'does not take them seriously'. One is the federal government's rejection of the "united" demand of the BN partners to re-issue fresh MyKads to bona fide Sabahans. The other is the incriminating revelations of the Royal Commission of Inquiry (RCI) into the issuing of MyKads to the illegal immigrants. Will these two events be reason enough to compel the BN partners to leave the coalition? Sabah State Reform Party (STAR) hopes these disturbing developments will be enough to lead the parties to collaborate with genuine stakeholders committed to protecting the rights of Sabahans. With general election weeks away, STAR desperately needs to consolidate with other local parties and wrest the state administration from BN control. Straddled between giants – BN and Pakatan Rakyat – STAR and Sabah Progressive Peoples Party (SAPP) are the "bigger boys" among the locals. Both are championing local agendas: STAR has its Borneo Agenda and SAPP has Sabah for Sabahans. | ||
PRU13 : Umum 5 nama, kerusi Anwar di Perak masih misteri Posted: 04 Apr 2013 05:34 PM PDT Dalam ucapannya sempena kunjungan ke Program Jelajah Merdeka Rakyat, Gerik, lewat malam tadi, beliau memohon agar pengundinya di Permatang Pauh tidak berkecil hati sekiranya membuat keputusan bertanding di Perak. "Saya dah sembilan tahun di Perak, tujuh tahun (di Kolej Melayu Kuala Kangsar) dan dua tahun di Kamunting (Pusat tahanan ISA). "Takkanlah saya tak boleh bertanding di Perak," kata Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan