Khamis, 4 April 2013

Justice For All

Justice For All


Abby Abadi Taja 50,000 Di London?! woowww!

Posted: 04 Apr 2013 08:59 PM PDT

ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi

Hadi Awang Tidak Mahu Pakatan Rakyat Pikul Biawak Hidup (Anwar Ibrahim)

Posted: 04 Apr 2013 07:04 PM PDT





SAHIH dan itulah yang Gomo nak nyatakan hari ini berhubung perebutan kerusi Perdana Menteri didalam kem Parti Pembangkang PAS,DAP dan PKR.

Petang tadi memang berita yang sampai mengesahkan berlaku perebutan kerusi jawatan Perdana Menteri antara PAS,PKR dan DAP walaupun sebelum ini mereka sepakat mempersetujui Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia andai kata Pakatan menawan Putrajaya.

Pihak pembangkang cuba menafikan pertelagahan tersebut namun hakikatnya ahli PAS sendiri tahu bahawa suara mereka yang dari akar umbi telah sampai kepada Presiden Hadi Awang untuk tidak meletakkan Anwar Ibrahim selaku PM jika Pakatan mentadbir Putrajaya.

Hadi Awang yang sebelum ini cuba mempertahankan Anwar Ibrahim dalam kes video Seks China Doll pernah menyatakan kepada rakyat terutama para penyokong beliau bahawa video seks Anwar Ibrahim dan China Doll adalah BESI dan tidak boleh dipercayai ataupun dijadikan bukti Anwar Ibrahim pelaku video seks tersebut. Itulah kenyataan Hadi Hadi Awang sewaktu Muktamar PAS tahun 2011 yang lalu

Namun apabila petang tadi Hadi Awang meminta untuk Anwar Ibrahim tidak dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang sudah pasti ianya telah memberikan kesedaran kepada Hadi Awang untuk melihat lebih jauh perjuangan parti PAS terutama suara akar umbi PAS yang menjadi ketakutan apabila pemimpin Homoseksual menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Rengekan Khairy Berhasil? Bakal Tercalon Semula Di Rembau?

Posted: 04 Apr 2013 09:51 AM PDT


Kira-kira jam 3.45 petang tadi, mendapat berita bahawa ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan merajuk dan berhasrat untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau dalam pilihanraya umum kali ini.

Rajukannya adalah disebabkan keengganan bekas perdana menteri, Najib  yang tidak menyenaraikannya sebagai salah seorang anggota kabinet walaupun menang jawatan ketua pemuda menewaskan dua pencabar lain, Razali Ibrahim dan Mukhriz Mahathir.

Razali merupakan BEKAS timbalan menteri belia dan sukan manakala Mukhriz merupakan BEKAS timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Berita 'pengunduran' Khairy pantas dinafikan BEKAS menteri besar Negeri Sembilan yang juga bapa saudaranya, Mohamad Hasan dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Mohamad, Najib Altantuya sendiri yang mahukan Khairy terus mengekalkan penguasaan BN di Rembau kerana faktor populariti selain rajin melayan pengikutnya di laman sosial Twitter walaupun kerap dikecam kerana menyerang penyokong Pakatan Rakyat yang memberi komen pedas.
Petang tadi, kata Khairy, sebagai seorang yang agak 'old-fashioned', beliau akan akur apa sahaja keputusan Najib Altantuya yang juga BEKAS perdana menteri.

"Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga," kata BEKAS ahli Parlimen Rembau itu.

Menulis di laman Facebooknya hari ini, Khairy berkata, yang penting, komitmen untuk memastikan kemenangan BN harus tidak berbelah bagi tidak kira sama ada menjadi calon atau tidak.

Ini adalah petikan daripada tulisannya di akaun untuk peminatnya (fanpage) di Facebook:
Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB. Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13. Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.
Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.

Panas !!! Aishah Sampai sudah capai "klimaks". #TolakPR #PRU13 #GE13 #BetterNation

Posted: 04 Apr 2013 07:52 AM PDT

PAS yang semakin jauh tersasar dalam perjuangan ASAL memperjuangkan ISLAM semakin angkuh dalam mengejar kuasa dan kedudukan.menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan cina DAP dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.

Sehinggakan pandangan alim ulama tidak diendahkan seperti mematahkan dan menolak Ustaz Taib Azamuudin sebagai Calon Parlimen di Baling.terbaru Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar di sini malam tadi. 

Sumber juga melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik daripada Antara Pos hari ini.

Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon bagi PRU-13.

Inilalah yang menjadi matlamat dan perjuangan PAS sekarang. Ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.
 

Pakaian Dalam Beri Kejutan Elektrik Pada Perogol

Posted: 04 Apr 2013 07:01 AM PDT

INDIA – Sekumpulan pelajar kejuruteraan di India berjaya mencipta pakaian dalam yang mampu memberikan kejutan elektrik kepada perogol.
Selain kejutan elektrik berkapasiti 3,800 kilovolt, ia juga akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan keluarga mangsa mengenai kedudukan lokasi jenayah tersebut.
Menurut salah seorang perekanya, Manisha Mohan, alat pengimbas pada pakaian dalam berkenaan akan bertindak balas secara automatik jika mangsa dicabul.
"Ketika belajar di sekolah, kita sentiasa diajar supaya berbuat baik dengan semua orang dan sentiasa senyum.
"Namun selepas melangkah ke dunia sebenar, ternyata senyuman kita tidak mampu menghalang ancaman sebegini rupa.
"Memandangkan penggubal undang-undang mengambil masa yang lama untuk melaksanakan hukuman keras, maka kami telah mencipta pakaian dalam yang dapat melindungi kaum wanita daripada serangan seksual,'' katanya.

PRU 13: PAS CALONKAN PENYANYI JANJI MANISMU DI JEMPOL?????

Posted: 04 Apr 2013 05:01 AM PDT

AISHAH... Calon Pas di Parlimen Jempol
KUALA LUMPUR 4 April - Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilaporkan akan bertanding mewakili Pas di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengumuman mengenainya dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Aisah yang cuba dihubungi Utusan Online tidak menjawab panggilan telefon manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar sehingga kini tidak dibalas.
Sementara itu, portal berita Antara Pos melaporkan, Aishah terkejut dengan pengumuman tersebut kerana beliau hanya bercadang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya yang dipetik daripada Antara Pos hari ini.
Dengan pengumuman itu, Aishah menjadi artis propembangkang pertama yang diumumkan sebagai calon bagi PRU-13. - UTUSAN ONLINE
Ps: agaknya... bergelora juga jiwa Arbaiyah apabila penyanyi janji manismu dicalonkan dan dirinya masih terkantoi-kontai perasan dirinya juga sangat layak jadi calon!!!!!

Penyanyi Aishah Bertanding Atas Tiket PAS Di Parlimen Jempol

Posted: 04 Apr 2013 04:25 AM PDT



Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 48, akan bertanding atas tiket PAS mewakili parlimen Jempol.


Penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara yg akan bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan dia akan diletakkan bertanding dalam PRU13. Syabas Aishah!!!

UMNO/BN bodoh,tak reti bezakan "pemilik dan Pemaju" fakta berterabur!

Posted: 04 Apr 2013 04:21 AM PDT

Umno mendakwa 1.7 juta ekar tanah ditarah, sedangkan keluasan Kelantan ialah 3.7 juta ekar. "Ini langsung tidak masuk akal," kata Timbalan Menteri Besar.

Datuk Ahmad Yakub berkata, angka yang didakwa pihak terbabit tidak munasabah kerana mereka cuba gambarkan 46 peratus bumi Kelantan ditarah.

"Sedangkan keluasan tanah kerajaan di seluruh negeri ialah 1,003,149 ekar. Hanya kawasan tersebut sahaja dilulus bagi pembangunan.

"Pembangunan tanah itu bagi mendatangkan hasil kepada kerajaan bagi menjaga kepentingan rakyat, lebih-lebih lagi Kelantan banyak dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan.

"Paling jelas hak royalti petroleum telah dikhianati pemimpin Umno dan Barisan Nasional," katanya di sini.

Sebelum ini Umno Kelantan mendakwa kawasan hutan seluas 1.7 juta ekar di negeri ini ditarah. Malah risalah percuma mengenainya diterbit Gerakan Bertindak Selamatkan Tanah Rakyat Kelantan diedar di merata tempat.

Pemimpin Umno termasuk presidennya, Datuk Seri Najib Razak juga mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan jawatan Menteri Besar Perak diberi kepada Adun PAS pada Mac 2008.

Bagaimanapun blogger Umno yang melemparkan tuduhan tersebut menarik balik kenyataan fitnah yang dilemparkan. Malangnya pemimpin Umno masih lagi menjaja isu terbabit.

Ahmad berkata, kerajaan negeri hanya boleh melaksanakan pembangunan di atas tanah kerajaan.

Beliau juga memberitahu pembangunan ladang komersial yang dilaksanakan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dengan kerjasama syarikat swasta bukan secara pajakan.

"Dakwaan yang mengatakan Ladang Rakyat menjual tanah kepada tauke Cina tidak benar dan tak berasas. Ladang Rakyat ditubuh melalui Enakmen Perbadanan.

"Adalah menyalahi undang-undang dan Enakmen Perbadanan apabila Ladang Rakyat menjual tanah kepada syarikat sama ada milik Cina atau Bumiputera.

"Malah, pemajuan tanah tidak melibatkan pemberian pajakan dan syarikat hanya terlibat sebagai pemaju projek sahaja, bukan sebagai tuan punya atau pemajak tanah," katanya.

Timbalan Menteri Besar juga menjelaskan tiada tanah yang diusahakan rakyat terbabit dengan pembangunan ladang tersebut.

Bagaimanapun kata beliau sekiranya didapati tanah kerajaan diteroka penduduk setempat, Ladang Rakyat membuat perundingan bagi menyelesaikannya.

Misalnya di Lubok Bongor, Jeli dan di Kandek, Dabong seramai 177 penduduk menyerah tanah yang pernah diusahakan mereka kepada kerajaan untuk dimajukan. Mereka pula diserap sebagai peserta Ladang Rakyat.

"Proses ini dipanggil program pemutihan Ladang Rakyat daripada kawasan terokaan. Sedangkan pada peringkat awal kawasan dilulus kepada Ladang Rakyat seluas 80,898 ekar, namun hanya 66,589 ekar dibangunkan.

"Seluas 14,309 ekar lagi ditinggalkan kepada peneroka terbabit. Kawasan itu akan diberi geran hak milik kepada penduduk yang terlibat," ujarnya

Masihkah Kau ingat? "TANGGISAN REFORMASI 1998 "

Posted: 04 Apr 2013 04:18 AM PDT

Ini adalah Wajah2 Ank DSAI dan Isteri DSAI ..ketika Bapa mereka , Suami DSWA di tangkap pd tahun 1998. Keadaan ini di panggil "TANGGISAN REFORMASI 1998 ".., Simpati , sedeh dan benci pd keadaan2 yg terpaksa di hadapi ketika ini olh mereka2 yg jd mangsa .Jadi begini lah juga Keadaan 6 orang ank2 BEKAS PESARA TUDM T 713943 FSJN FAIZZAL JINONG BIN ABDULLAHsejak kjadian 23.12.2008 .Walau pun hanya beberapa jam bapa mereka di tangkap terus di masukan ke dlm lokap olh INSPEKTOR MOHAMMED SAIFUL BIN MOHAMMED MUSTAFA NO I /18794 ( kini berada di IPD BETONG SRWK ) , tidak cukup dgn itu polis ini juga telah datang ke kuarts TUDM bersama2 dgn Anggota2 polis ( berpakaian Awam ) menggepung seluruh kuarts TUDM , semata2 utk menangkap pula isteri dan 6 orang ank2 PESARA TUDM INI. yg ketika itu Isterinya sedang sakit menanti hari pembedahan yg akn berlansung beberapa hari shj lagi , ank2 6 org berusia hanya 17 tahun hingga 5 tahun .Akhirnya mereka ini sangup menangkap dlm keadaan ini menggunakan kekerasan , senjata api , Di bawa ke balai polis di seksa , di paksa utk menggikut arahan yyg di beri olh SEORG PEGAWAI TINGGI TUDM kpd INSPEKTOR INI melalui pgilan hpnya, olh sbb Isteri Pesara TUDM enggan , lalu mereka ank beranak di bawa pula ke KUARTS POLIS DI TABUAN JAYA SARAWAK , di sana mereka di kurung xubah seperti tebusan , esuknya 24.12.2008 setelah Pesara TUDM di bawa keluar lokap , INSPEKTOR POLIS INI telah membawa semua keluarga ini KE LAPANGGAN TERBANG KUCH SRWK ( dgn keadaan yg mengaibkan ) di terbangkan ke KUALA LUMPUR .Kini keluarga ini hidup xubah seperti pelarian , sprti org yg bersalah , berlindung di PULAU PINANG .Jadi wahai org2 di sebelah UMNO / BN dan orang di sebelah PR / PEMBANGKANG ....ada kah di antara kamu ini boleh memberi "GELARAN TANGGISAN APA KAH INI ..YG DTG DARI 6 ORANG ANK2 PESARA TUDM INI "??

Tiada ulasan: