Pahang Daily Online |
- PRU-13: Sah, Tuan Ibrahim Bakal Tanding Kerusi DUN
- Panas: PAS Pahang Edar Poster Janji-Janji Palsu BN
- Panas: Rakyat Berdemo Kecewa Isu Air Di Kuantan !
PRU-13: Sah, Tuan Ibrahim Bakal Tanding Kerusi DUN Posted: 08 Apr 2013 11:07 PM PDT [Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bakal bertanding di kawasan Dun Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau, yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, pihaknya sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRU13 ini. "Kemungkinan besar saya akan bertanding di Dun; Parlimen rasanya tidak. Di mana (bertanding), tunggu Presiden Pas umum. "Kita sudah bahagikan (kerusi) untuk lebih fokus," katanya di program Bicara Minda bersama Presiden Pas semalam. Ditanya fokus kawasan yang akan ditandingi beliau, Tuan Ibrahim berkata, kawasan Kuala Krau menjadi fokus kepadanya sekarang. "Saya fokus di kawasan Kuala Krau. Saya sudah bersedia sepenuhnya. Bahan kempen dan jentera juga sudah turun. Kita hanya tunggu tarikh penamaan calon yang akan diumumkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) esok," katanya. Kawasan Kuala Krau mempunyai dua kawasan DUN, iaitu Jenderak dan Kerdau, yang mana pada PRU12 kedua-dua kawasan itu dimenangi oleh Barisan Nasional. Tuan Ibrahim juga menegaskan pihaknya yakin akan mengekalkan dua kerusi Dun yang telah dimenangi pada PRU 2008. "Kita percaya akan kekal di dua kerusi itu dan menambah 10 lagi kerusi selain tambahan kerusi yang dimenangi PKR dan DAP nanti, bakal bawa perubahan besar. "Untuk ambil alih itu kita tidak tahu tetapi kita yakin pertambahan kerusi itu akan berlaku," katanya. Sabtu lalu, Pas Pahang memutuskan akan bertanding 21 kerusi Dun dan enam kerusi Parlimen di Pahang. Sehingga kini kerusi Parlimen Temerloh, Kuala Krau, Lipis, Jerantut dan Rompin sudah pasti akan diwakili Pas, manakala kerusi Parlimen Bera dan Maran masih dalam perbincangan dengan PKR. Tuan Ibrahim berkata, kerusi Dun Kuala Semantan di Temerloh pula telah diputuskan calonnya adalah penyandang iaitu Syed Hamid Syed Mohamed manakala kerusi DUN Beserah untuk calon baru. "Kerusi Dun Kuala Semantan kita kekalkan kepada penyandang manakala calon baru akan menggantikan Syed Mohamad Tuan Lonik di kerusi Dun Beserah kerana beliau mengalami masalah kesihatan, kita akan umumkan calon di Dun Beserah selewatnya lusa," tambahnya lagi]. sumber |
Panas: PAS Pahang Edar Poster Janji-Janji Palsu BN Posted: 08 Apr 2013 10:55 PM PDT |
Panas: Rakyat Berdemo Kecewa Isu Air Di Kuantan ! Posted: 08 Apr 2013 07:17 AM PDT [Jawatankuasa Pemantauan Hal Ehwal Air Kuantan dalam pertemuan bersama media semalam menegaskan kekecewaan mereka mengenai masalah air yang tidak berkesudahan di daerah ini. Pengerusinya, Chia Lee Lee berkata, pihaknya sudah beberapa kali membuat aduan di pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) namun tiada sebarang perubahan yang berlaku. Mereka mendakwa, kawasan kritikal yang mengalami masalah ketiadaan air ialah Air Putih, Kem Galing, Jalan Haji Ahmad dan Bukit Ubi. "Kita tidak pasti masalah atau punca sebenar masalah ini berlaku tetapi harap Paip boleh jelaskan dengan baik," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata, jawatankuasa itu juga pernah menghantar surat bertarikh 25 Mac lalu untuk berdialog dengan pegawai Paip namun surat mereka tidak mendapat sebarang maklum balas. Sementara itu, Setiausaha jawatankuasa itu, Chen Sheng Ling pula mendakwa, lawatan mereka di pejabat Paip tidak menjanjikan penyelesaian kerana masing-masing tidak mempunyai jawapan kukuh. Katanya, sebagai sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab kepada penduduk, mereka mahu Paip memaklumkan status kerja yang dilakukan sehingga boleh mengganggu penduduk dengan ketiadaan air setiap masa. "Lebih mengecewakan apabila mereka meminta kami berjumpa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. Kami tidak mahu Fuziah, kami mahu masalah air diselesaikan," katanya. Sheng Ling berkata, adalah tidak adil jika Paip tidak memberi penjelasan dan kedudukan mengenai pembaikan atau naik taraf yang dilaksanakan kerana membabitkan masalah penduduk setempat. "Sekurang-kurangnya kami tahu masalah atau kawasan dalam pembaikan jika bekalan air terputus dalam tempoh tertentu," katanya]. sumber |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan