Isnin, 8 April 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: 300 Ahli India PKR Indera Mahkota Keluar Parti

Posted: 08 Apr 2013 06:54 AM PDT


[Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota berikrar meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan tertinggi PKR. Bekas Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, M. Ramesh yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan tersebut dibuat kerana parti terbabit sememangnya tidak menjanjikan masa depan yang cerah kepada ahli-ahlinya, apatah lagi masyarakat secara keseluruhan. "Sejak menyertai PKR pada 1999, hanya janji yang ditabur tetapi satu pun tidak ditunaikan terutama kepada masyarakat India. "Bagaimanapun, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin PM Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengotakan apa yang dikata terutama dalam membela nasib rakyat tanpa mengira kaum," katanya semasa melafazkan ikrar di hadapan kira-kira 1,000 masyarakat India dalam sebuah majlis anjuran Kelab Pembangunan India Kuantan di sini hari ini. Ramesh kemudiannya menyerahkan ikrar taat setia yang menyokong kepimpinan BN kepada Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto)  yang turut hadir di majlis berkenaan. Tambah Ramesh, pengalaman bersama PKR benar-benar membuka matanya lebih-lebih lagi ketika berlaku pergeseran dalam kalangan kepimpinan parti. "Saya harap masyarakat India khususnya dapat membuka mata dan menilai sendiri transformasi dilakukan Perdana Menteri yang nyata memberi banyak manfaat kepada rakyat secara keseluruhan. "Saya harap kita bersatu-padu dan memilih BN demi kesejahteraan pada masa depan," jelasnya. Dalam pada itu, Adnan ketika berucap berkata, beliau terharu dengan tindakan kumpulan berkenaan yang memberi sokongan penuh kepada BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. "Saya amat sukacita kerana mereka memberi sokongan kepada BN. Parti apa yang akan mereka sertai tidak penting sama ada MIC atau PPP asal menyokong Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib," ujarnya]. sumber

Panas: Sah, Ketua Cabang PKR Umum Tanding Bebas

Posted: 07 Apr 2013 11:33 PM PDT


[Khabar angin dan desas desus panas mengatakan akan berlaku pertembungan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen Parlimen Paya Besar dekat sini terjawab apabila  calon bebas yang menawarkan diri itu tampil mengambil borang pencalonan di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang di Wisma Persekutuan pagi tadi. Calon terbabit ialah Tuan Hj.Zahari Mamat (Ketua Cabang PKR Paya Besar). Beliau hadir bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tamas Tas yang kini memangku Ketua AMK Paya Besar iaitu Mohamad Fauzi. Beliau dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, salah satu kerusi dalam Parlimen Paya Besar.   Mereka tiba di pejabat SPR sekitar jam 10.30 pagi tadi. Satu sidang media ringkas telah diadakan di cafeteria Wisma Persekutuan selepas ini. Zahari berkata, hasrat beliua untuk bertanding sebagai calon ketiga di Paya Besar didorong oleh sokongan akar umbi sendiri yang tidak puas ahati dengan tindakan PKR menghantar "calon wahyu", Cik Murni Hidayah Annuar bertanding di situ. Beliau yang menyertai PKR sekitar tahun 2006, menjadi Ketua Cabang Paya Besar selepas menang pada pemilihan parti tahun 2010 yang lalu. Pada sidang media itu juga Zahari menegaskan dia tidak akan membuat satu kejutan di Paya Besar dalam masa terdekat ini. Satu lagi sidang media akan diadakan dalam masa terdekat katanya. Dengan tindakan beliau ini, makanya Parlimen Paya Besar menjadi parlimen kedua selepas Indera Mahkota yang akan menjadi medan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan Bebas pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Segalanya ditangan rakyat untuk buat keputusan. hak orang lain untuk suburkan demokrasi!].

Lain-Lain artikel berkenaan :-

Tiada ulasan: