Isnin, 8 April 2013

KRAI Utara

KRAI Utara


Tau xpe! Muhyidin ingatkan balacinya kehebatan pakatan rakyat

Posted: 07 Apr 2013 06:34 PM PDT

Lawan Pakatan bukan kerja mudah, kata Muhyiddin

Oleh Mohd Farhan DarwisApril 07, 2013KUALA LUMPUR, 7 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jentera BN tidak seharusnya mengamalkan sikap sambil lewa kerana menewaskan Pakatan Rakyat (PR) bukan tugas mudah memandangkan pembangkang itu jelasnya tidak akan mudah menyerah kalah dalam Pilihan Raya 2013 kali ini.“Kita harus bersiap siaga, kerana tidak mudah pembangkang nak serah kalah,” tegas Muhyiddin memberi peringatan kepada ahli BN ketika merasmikan Command Centre BN Parlimen Batu di sini.Menurut Muhyiddin, pekerja parti seharusnya berusaha keras bagi menarik sokongan pengundi selagi kemenangan belum berada di pihak BN.“Jangan tidur sampai hari akhir. Sampai dah menang, tidurlah sepanjang mana nak tidur ... selagi kemenangan belum ada di tangan kita, kita perlu celik, jangan biarkan musuh menyelinap di kawasan kita sehingga boleh mempengaruhi pengundi,” tegas Muhyiddin di hadapan sekitar 500 jentera BN yang hadir.“Turunlah kita ke setiap kawasan, tanya khabar, masalah mereka, kalau mereka respon, bukan mustahil Batu akan kembali kepada BN,” katanya merujuk kepada kerusi Parlimen yang menjadi milik Chua Tian Chang daripada PKR sejak Pilihan Raya 2008.Muhyiddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh sebelum ini turut berkata, pekerja parti dan jentera BN tidak seharusnya memandang remeh semua perkara kerana pengundi jelasnya adalah “raja” dan boleh menentukan kemenangan BN.“Tapi kita tak boleh anggap segalanya mudah, pengundi adalah penentu, pengundi adalah raja, boleh buat apa sahaja ... mereka boleh buat apa sahaja tanpa alasan, tiada pihak boleh paksa mereka pilih siapa,” katanya.Muhyiddin sebelum itu dalam rangka lawatannya ke Parlimen Batu sempat menghadiri majlis minum petang bersama penduduk Kampung Padang Balang, Sentul.Malah, beliau turut mengingatkan parti komponen BN agar sentiasa mengamalkan sikap muafakat sesama mereka bagi mencapai kemenangan untuk BN.“Saya tahu Batu adalah kawasan pembangunan ... kalau setiap komponen parti berazam kita boleh capai harapan kekal menjadi kerajaan ... komponen parti kena bekerja keras,” katanya lagi.SPR akan bermesyuarat pada Rabu bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihan Raya 2013.

Oh! Akhirnya kita akan kehilangan pulau ke tangan si penjajah....adakah ini khianat anuar!

Posted: 07 Apr 2013 09:18 AM PDT

APAKAH NEGARA KITA AKAN KEHILANGAN APAKAH NEGARA KITA AKAN KEHILANGAN 2 BUAH PULAU LAGI YANG TERLETAK DI SEMPADAN NEGARA?. APABILA RAMAI RAKYAT MENANGIS DAN MARAH KEGAGALAN MEMPERTAHANKAN PULAU BATU PUTIH , SAYA DIFAHAMKAN "TAKTIK" TELAH DITUKAR. PENJAJAHAN EKONOMI DAN KAWALAN KUASA MELALUI "PERJANJIAN KONTRAK" MULA DILAKSANAKAN UNTUK MENGELAKKAN RAKYAT MARAH DAN "BISING".JIKA PULAU TERLEPAS SEPERTI BATU PUTIH LAGI PASTI RAMAI YANG "PANAS" JADI JIKA CARA "PENJAJAHAN EKONOMI MUTLAK" DI PULAU-PULAU INI DILAKSANAKAN RAKYAT AKAN TERKELIRU DENGAN "SILAP MATA", YANG MANA SEBENARNYA DALAM ERTI KATA LAIN "KITA HILANG JUGA PULAU-PULAU INI".MANA MARUAH KITA SEBAGAI NEGARA BERDAULAT, JIKA KUASA "MEMERINTAH" DIAMBIL OLEH KUASA-KUASA DI DALAM TERMA-TERMA KONTRAK??? KENAPA KITA LEKA DAN TIDAK BIJAK? ADAKAH DI DALAM HIDUP INI MATLAMAT HANYA DUIT PERLABURAN SAHAJA YANG KITA KEJAR? KEDAULATAN NEGARA DAN MARUAH MALAYSIA ADALAH KEUTAMAAN MENGATASI SEGALA FAKTOR-FAKTOR LAIN.YA ALLAH! SELAMATKAN NEGARAKU MALAYSIA.KERISAUAN SAYA BERTAMBAH KUAT APABILA MENGETAHUI BAHAWA GERAN-GERAN PULAU PISANG DAN PULAU NENAS TELAH DISERAH ATAS KAWALAN ATAU NAMA ORANG YANG MEMPUNYAI "TRACK RECORDS" SANGAT JELAS MEMBANGUNKANNYA DENGAN "ORANG ASING" DAN BUKAN MALAYSIA. SAYA AMAT TAKUT MIMPI NGERI SAYA AKAN JADI KENYATAAN DAN BERHARAP PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MENDAPAT KUASA DI PRU 13, MEMBUAT PEMANTAUAN DAN SIASATAN MENDALAM AGAR TIADA MANA-MANA PIHAK, SECARA" SENGAJA" ATAU "TERSENGAJA" ATAU "BUAT-BUAT TERSILAP" DI DALAM DOKUMEN TERTENTU HINGGA KITA AKAN KEHILANGAN WILAYAH KEDAULATAN KITA LAGI SEPERTI YANG TELAH BERLAKU KEPADA BATU PUTIH.KEPADA KAWAN-KAWAN YANG ADA DI JOHOR CUBA BANTU BUAT CARIAN TANAH BAGI HAK MILIK KEDUA-DUA TANAH INI DI ATAS NAMA SIAPA ATAU KAWALAN SIAPA IANYA DI DAFTARKAN??.SAYA PASTI JAWAPANNYA TENTU MENGEJUTKAN.....INILAH SANDIWARA RAKYATSAYA ANAK JATI JOHOR AKAN PERTAHANKAN WILAYAH JOHOR HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR!!! ALLAHUAKHBAR! Oleh Kamal Hisham Jaafar.

Tiada ulasan: