Rabu, 3 April 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


PRU-13: Sah, Blogger Cucumatkilau Tanding Bebas Di Kerusi Parlimen & DUN Bandar Kuantan PRU-13 Ini !!

Posted: 02 Apr 2013 10:44 PM PDT

Setelah sekian lama berteka-teki, akhirnya bekas krew Pahang Daily Online (PDO) iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai CMK@Blogger Cucumatkilau tampil membuat kenyataan berhubung keputusan beliau sama ada mahu meneruskan hasrat untuk bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Beliau yang kini menjadi aktivis bebas pro-rakyat baru saja melancarkan radio internet terbaru CMK FM yang bersiaran 24 jam menerusi www.cmkradio.blogspot.com sekarang (turut boleh didengari di blog ini). Menurut posting terbarunya di laman sembang sosial facebook, beliau akan membuat kenyataan panas berhubung situasi terkini hala tuju masa depannya Jumaat ini. Selepas dua kali menyertai pilihanraya umum dan berpengalaman hampir 15 tahun sebagai "blogger" maka sudah tiba masanya dia mengambil keputusan itu  memandangkan pilihanraya umum ke-13 kini semakin hampir. Malah, katanya tanggal 11 Februari 2013 genaplah dua tahun dia bergerak sebagai aktivis selepas mengundur diri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 11 Februari 2011 (11.2.11) yang lalu. "Tanggal 11 Feb 2013 lalu, Genaplah Dua Tahun CMK Bersara Dari Politik Kepartian & Menjadi AKTIVIS BEBAS PRO RAKYAT .. Ramai Yg Tertanya2 Adakah CMK Akan Mencuba Lg Bertanding PRU-13 Ini Selepas PRU-12 Dan Sebelum Itu... Nantikan Kenyataan PANAS CMK LIVE Di Radio Internet CMK FM  (www.cmkradio.blogspot.com) Jumaat Ini", kata kenyataan FBnya.


Oleh itu, sama-sama dengarkan radio internet CMK FM untuk mendengar lebih lanjut pendedahan panas beliau itu. Apapun, PDO mengucapkan selamat berjuang kepada blogger yang telah banyak menyumbang jasa menyedarkan rakyat tentang perubahan selama dia menjadi krew PDO satu ketika dulu. Dengarkan CMK FM di SINI atau menerusi TUNE IN RADIO di Anroid (iTab, iPad, Blackberry, Windows Phone, Smartphone dll). Search CMK FM. "Saya tidak gusar kalah atau menang sebab kekuatan saya hanya pada media baru dan bukan pada wang ringgit seperti orang lain. Malah, pilihan saya jika kalah saya sememangnya akan terus berjuang dengan cara saya sekarang. Jadi calon parti pun kalau nak kalah.. kalah juga kan.. maka tidak menjadi masalah langsung. Apa yang penting jika pengundi mahu pejuang rakyat yang lebih berani, konsisten, lantang dan tegas mewakili mereka.. maka pilihlah.. jika tida, mereka pilihlah sesiapa saja.. kalah atau menang saya tetap akan berjuang dan membela rakyat seperti biasa", kata blogger itu lagi.

Info Blogger Cucumatkilau Klik di www.calonprorakyat.blogspot.com

[Selepas panas dengan spekulasi selama ini akhirnya beliau mengesahkan akan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Satu sidang media akan diadakan jam 3.00 petang, Jumaat ini (5 April 2013)  di Kuantan. Beliau yang pernah menjadi calon KeADILan untuk bertanding pada dua pilihanraya terdahulu kini sudah tidak bersama parti itu lagi, kerana mahu bergerak sebagai Aktivis Bebas. Banyak pendedahan dan pembongkaran yang dilakukannya telah mendapat perhatian daripada kerajaan negeri termasuk pihak istana Pahang sendiri selama ini. Susulan, keputusannya untuk bergerak sebagai aktivis maka dia tidak lagi tercalon untuk bertanding mewakili mana-mana parti politik di negara ini. Justeru, dia mengambil keputusan untuk bertanding atas kapasiti calon bebas yang "Pro Rakyat". Apapun, sama-sama kita nantikan sidang media beliau berkenaan perkara ini. Difahamkan, dia akan bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang terdapat di bandar Kuantan. Pada PRU-12 lalu, dia bertanding atas tiket PKR di DUN Kemayan, Bera. Kehadirannya pada PRU-13 ini pasti memeriahkan lagi PRU13 bagi kerusi bandar kali ini. Kerusi parlimen yang melibatkan bandar ialah Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. Manakala, kerusi DUN pula ialah Teruntum, Semambu, Tg.Lumpur, Inderapura serta Beserah. Soalnya, di mana beliau akan bertanding !!].

Panas: 'Bubar Parlimen', PM Tersalah Sebut Tarikh !!

Posted: 02 Apr 2013 10:23 PM PDT

Sungguh mengejutkan, dalam keghairahan rakyat mendengar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen pagi tadi ramai yang tidak perasan rupan-rupanya PM telah tersalah sebut tarikh parlimen bubar. Beliau sebenarnya dengan jelas menyebut parlimen di bubarkan pada 3 April 2012 dan bukannya 3 April 2013. Apapun, kesilapan teknikal itu dianggap kecil namun besar impaknya kepada rakyat. Mungkin akibat begitu teruja untuk umumkan pembubaran parlimen maka Najib tersalah sebut. Soalnya sekarang, siapakah yang menyediakan skrip teks ucapan Najib itu agaknya?. Untuk kepastian lebih lanjut, sila dengarkan video yang dipaparkan pada artikel di bawah.

Panas: Sah, PM Umum Pembubaran Parlimen Hari Ini

Posted: 02 Apr 2013 08:13 PM PDT


[Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan. Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari. Perdana Menteri juga mengumumkan sekiranya berlaku peralihan kuasa maka ia harus dilakukan secara aman dan tertib. Kerajaan negeri turut disarankan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Kerajaan sedia ada akan menyelesaikan tanggungjawab sehingga selesai Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Dengan pengumuman Najib ini maka debaran rakyat untuk menunggu PRU-13 kini sudah terjawab dan mereka hanya menantikan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menetapkan tarikh Hari Pencalonan dan Pengundian. Apapun, PDO ucapkan selamat berjuang kepada semua. Suburkanlah demokrasi itu untuk dinikmati generasi akan datang !]

Renungan: Najib Di Gesa "Selesaikan" Dulu Isu Air Di Pahang Sebelum "Tabur Janji Manis" Di Negeri Lain !

Posted: 02 Apr 2013 10:51 AM PDT


[Video pendedahan isu air yang dibuat oleh Aduan Rakyat TV3 ini bukanlah terlalu lama untuk tidak dijadikan renungan buat semua. Ia bersiaran selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu iaitu antara tahun 2010 hingga 2011. Maknanya, isu ini masih terlalu baru untuk diperkatakan oleh rakyat Pahang. Mereka kini merasa malu dan tertipu dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang merupakan anak Pahang sendiri. Berjanji memang muda, tapu hakikatnya apa yang berlaku amatlah memalukan. Negeri Pahang lebih teruk dari negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang sebenarnya. Jik anak dikatakan tiada peruntukan, Pahang diperintah oleh BN sejak zaman berzaman. Tidak pernah sekali pun pembangkang berjaya menang di Pahang. Namun kenapa isu air sejak 30-40 tahun lalu terutamanya di kawasan tanah rancangan Felda seluruh negeri masih gagal untuk diselesaikan?. Anehnya, dalam masa yang sama Felda beriya-iya untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Siapa yang untung?, bukankah mereka yang memiliki saham terbesar seperti Isa Samad dan proksi-proksinya. Sebaliknya para peneroka terus dirundung derita masala air ini. Justeru, rakyat Pahang berfikirlah secara bijak dan buat pilihan yang tepat pada PRU-13 nanti. Jom Ubah Sekarang!]. 
  • Lagi isu 50 tahun tiada air di Pahang (Kg.New Zealand Maran) klik SINI

Panas: Pertembungan Nasruddin Lawan Saiffuddin Di Temerloh Mungkin Tidak Jadi Kenyataan PRU-13 Ini !

Posted: 02 Apr 2013 10:28 AM PDT


[Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Temerloh, Dato' Saifuddin Abdullah dijangka bakal digugurkan dari senarai calon, menguatkan spekulasi bahawa namanya sudah tidak berada dalam kedudukan calon pilihan perdana menteri, Najib Razak. Ia juga menguatkan spekulasi bahawa parlimen Temerloh tidak akan ditandingi UMNO seperti kelazimannya memandangkan parti itu akan bertukar kerusi dengan MCA yang menyerahkan Kuantan kepada UMNO untuk menentang penyandang dari KEADILAN, Fuziah Salleh. Saifuddin dalam mesej di Twitter semalam mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi yang sah bertanding kerusi Temerloh. Kerusi Temerloh secara tradisinya ditandingi UMNO, namun oleh kerana UMNO mahukan Kuantan maka Temerloh dijangka diserahkan kepada MCA sekaligus berakhir sudah penguasaan parti itu di bandar kedua terbesar di Pahang itu. Ahli majlis tertinggi UMNO itu sudah lama disenarai sebagai antara calon yang bakal digugurkan kerana kerap kali menentang dasar Najib Razak selain mempertikaikan banyak polisi dan dasar kerajaan termasuk Akta Perhimpunan Aman (APA 2012). Sambil mengakui dia masih belum pasti tentang kedudukannya, Saifuddin menjelaskan adalah lebih baik dia hanya menunggu sahaja pengumuman senarai calon oleh Najib tetapi desa desus mengatakan dia hampir pasti tidak akan dicalonkan walaupun disenangi oleh penduduk Temerloh].

Panas: Ceramah Anwar Di Ganggu Lagi Malam Tadi !!

Posted: 02 Apr 2013 10:05 AM PDT


[Seperti dijangka banyak pihak, Pakatan Rakyat mengumumkan calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang. Menepati ramalan sebelum ini, bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN dipilih mewakili Pakatan Rakyat bagi menghadapi tentangan calon UMNO dan Barisan Nasional. Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bharu malam tadi. Sebelum pengumuman tersebut dibuat, lebih 50 anak muda upahan Umno seperti biasa melakukan provokasi melampau dengan membawa bendera BN sambil menjerit perkataan lucah tanpa rasa malu di hadapan ribuan rakyat yang sudah menunggu. Mereka cuba mengadakan sekatan jalan raya menuju tapak ceramah tetapi kecekapan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Mereka yang dipercayai dari sekitar Johor Bharu dan Tebrau juga cuba menghalang kenderaan yang membawa pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki tapak ceramah, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila polis mengarahkan mereka supaya berundur bagi memberi laluan. Sasaran mereka jelas, ditujukan kepada Anwar dan rombongannya dengan menggunakan kayu bendera yang dibawa dan cuba menjolok masuk ke kenderaan yang bawa Anwar tetapi gagal mengenai sasaran !].

Panas: Bekas DO Dedah Projek IC Tiba-Tiba Hilang !!

Posted: 02 Apr 2013 09:40 AM PDT


[Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim yang begitu berani mendedahkan skandal projek Kad Pengenalan (IC) dan rusuhan di Sabah pada tahun 80-an, dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Pengarah Propaganda Edy Noor Reduan memaklumkan Hassnar dan isteri tidak dapat dikesan lebih dari 24 jam selepas menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad lalu. Katanya, SAMM melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri akibat pendedahannya yang menyebut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah. Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam 5.30 petang semalam. Apakah nasib Hassnar sama seperti Penyiasat Persendirian, P.Balasubramaniam yang tiba-tiba hilang selepas membuat SD keduanya berhubung isu penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantunya Shaariibuu dulu. PI Bala kemudian muncul baru-baru selepas berada di luar negara. Namun, hayatnya tidak panjang selepas mendedahkan rahsia disebalik kes itu apabila secara tiba-tiba meninggal dunia beberapa hari kemudiannya. Apakah insiden sama akan berlaku lagi kali ini].

Panas: Laporan "Kelantan After Dark" Tidak Berasas !

Posted: 02 Apr 2013 09:17 AM PDT

Tiada ulasan: