Khamis, 25 April 2013

Muslimeen United

Muslimeen United


[INIKALILAH] Tiada Lagi Negeri Jadi Kubu Umno BN

Posted: 24 Apr 2013 11:23 PM PDT



Tanggapan bahawa Pakatan Rakyat sukar menang di beberapa negeri seperti Melaka dan Johor ekoran menjadi kubu Umno BN, tidak lagi terpakai dalam pilihan raya umum kali ini.

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia ditunjukkan melalui jumlah kehadiran penyokong Pakatan yang cukup memberangsangkan di banyak kawasan, ketika penamaan calon 20 April lalu.

"Orang tak masukkan Melaka dalam perkiraan sebenar. Dia ingat Melaka ini susah nak dapat daripada BN.

"Tapi tengok masa penamaan calon baru-baru ini. Menggemparkan. Banyak kawasan yang kehadiran penyokong Pakatan Rakyat; DAP, PAS dan KEADILAN, lebih ramai daripada penyokong BN," katanya.

Anwar berkata demikian depan kira-kira 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat di Taman Dato' Thamby Cik Karim, Batu Berendam, Melaka, malam tadi.

Beliau menjadikan Johor Bharu sebagai contoh, apabila menerima panggilan daripada calon KEADILAN Parlimen itu, Tan Sri Hashim Hussein selepas selesai proses penamaan.

"(Saya terima) panggilan daripada Tan Sri Hashim, (beliau) kata; 'Anwar, ini Johor Bharu, kubu Umno, tapi masa penamaan calon, jumlah (penyokong) Pakatan jauh lebih daripada Umno BN'," katanya.

Kehadiran Anwar semalam disambut persembahan bunga api, selain tepukan dan sorakan gemuruh hadirin.

Malah padang ceramah sesak, sehingga ada yang terpaksa memanjat pagar rumah dan pokok, semata-mata untuk mendengar ucapan pemimpin kesayangan mereka.

Layar turut dipasang di padang bersebelahan, untuk menampung kapasiti penduduk.

Batu Berendam terletak dalam Parlimen Bukit Katil.

Menurut seorang hadirin, kehadiran semalam pasti memberi suntikan moral buat calon KEADILAN Parlimen itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin. -KD



Panas !!! Debat Penyokong Pas VS Adun Umno Part II

Posted: 24 Apr 2013 11:22 PM PDT

Debat secara spontan antara Ahli Pas dan Adun Umno Hulu Besut YB Nawi Mohamad di Majlis anjuran Umno di Pejabat Penyelaras Dun Hulu Besut.
Empat orang ahli dan Penyokong Pas dijemput hadir dimajlis Umno itu untuk menyaksikan tayangan video berkaitan Amanat Hj Hadi dan ucapan Tok Guru Nik Aziz berkaitan BR1M.Mereka dengan beraninya bangun mempertahankan Pas didepan puluhan penyokong Umno yang berada di majlis ini.

Video dirakam sebelum pembubaran Dun Terengganu.Pada PRU 13 ini Nawi sekali lagi dicalonkan Umno untuk bertanding di Dun Hulu Besut ~ Tinta Hijau DKB

Bekas Naib Canselor pula sertai PAS

Posted: 24 Apr 2013 11:18 PM PDT

(Bekas Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion [dua dari kanan] mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS)

KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.


(Datuk Ismail menyerahkan borang kepada Datuk Mustafa hari ini)

"Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan.

Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan.

"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.

Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.
Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.

Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.

Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010).

Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.

Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).

Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.

Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara. -Hrkh

[BERGAMBAR & VIDEO] InsyaAllah, Husam Bakal YB Putrajaya

Posted: 24 Apr 2013 11:15 PM PDT


Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi.

Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya.

Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN.

Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya.

Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS.

Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya.

Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya.

Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ.

Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ.

Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9.

Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor). -HD









CERAMAH MAT TAIB BANTU HUSAM DI PUTRAJAYA
 

Tiada ulasan: