Muslimeen United |
- [EDISI KANTOI] Utusan Terus Menipu Dan Menipu....
- Najib serah watikah calon, penyokong BN bantah
- Inilah Sdr Asri Orang Kuat Keadilan Felda Neram yang ditetak, polis belum tangkap pelaku
- Akal menjadi keutamaan dalam mentadbir - TG Nik Aziz
- DS Nizar Berkata Benar: Sah Muhammad Taib Sertai PAS
[EDISI KANTOI] Utusan Terus Menipu Dan Menipu.... Posted: 15 Apr 2013 12:44 AM PDT Kalau dah namanya PENJILAT HARAM JADAH, UTUSYAITAN DIKENALI.. Macam ni la mereka melaporkan berita. Berita dilaporkan pun berunsur FITNAH. Sampai tuan punya badan sendiri TERKEJUT!!! Terima kasih pada Dr Maszlee Malik yang menjelaskan tentang penipuan ini.. -fb
|
Najib serah watikah calon, penyokong BN bantah Posted: 15 Apr 2013 12:39 AM PDT Kira-kira 30 penyokong BN dari DUN Kelana Jaya itu membantah pencalonan ahli jawatankuasa bahagian Tengku Riduan Tengku Mansor – adik kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai calon. Kumpulan berkenaan mengambil kesempatan untuk mengadakan perhimpunan tersebut ketika presiden parti Datuk Seri Najib Razak menyertai majlis menyerahkan watikah calon BN kepada pemimpin BN negeri di tingkat 8 bangunan tersebut. Penyerahan watikah tersebut bermakna BN telahpun memuktamadkan senarai calon masing-masing dan kini perlu mempersiap jentera mereka. Kumpulan berkenaan bagaimanapun berpandangan sebaliknya dan mahu DUN Seri Setia ditandingi pemimpin pilihan mereka – Datuk Halim Abdul Samad atau pembantunya Datuk Yahya Bujang. Menurut mereka, dua individu berkenaan "sering turun padang dan mempunyai jasa" kepada penduduk di situ. "Selama lima tahun kita kecewa, nak pakai baju Umno dan BN pun malu. Tapi Datuk Halim dan Datuk Yahya buat rasa kami nak pakai. Kami sama-sama mengumpul kekuatan, tiba-tiba orang lain ambil alih. "Kami tak kenal dia. Penduduk tak kenal. Dia tak pernah datang, tak pernah turun padang... Tak ada jasa," dakwa wakil kumpulan tersebut Norhaizal Ismail. Mereka yang berhimpun di luar bangunan ini, juga membawa poster mendesak supaya calon pilihan mereka dilantik bertanding, dan menolak calon bukan pilihan mereka. "Kami tak mahu keluar mengundi. Kami juga tak mahu masuk PKR," kata mereka pada perhimpunan tersebut. Salah seorang peserta perhimpunan tersebut turut memberitahu Malaysiakinibahawa Tengku Riduan telah mengadakan pertemuan dengan ketua pusat mengundi di DUN tersebut malam tadi dan mengisytiharkan dirinya sebagai calon di DUN tersebut. Mereka mendakwa pertemuan itu, yang diadakan di Kelab Golf Subang itu, telah mendahului keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan membuat pengisytiharan calon BN hari ini. "BN dan Umno boleh menang besar (di DUN itu) kalau betul calonnya," kata Abu Hanipah Zahari. Mereka juga melaungkan bantahan bahawa mereka "bukan membantah BN tetapi membantah calon itu". "Kami sayang Umno, kami sayang BN," kata salah seorang peserta. DUN Seri Setia mempunyai 16 pusat daerah mengundi. -M'kini |
Inilah Sdr Asri Orang Kuat Keadilan Felda Neram yang ditetak, polis belum tangkap pelaku Posted: 14 Apr 2013 05:48 PM PDT KUANTAN - Hasrat seorang lelaki cuba menyelesaikan salah faham yang timbul berhubung dakwaan penyokong parti lawan kononnya bendera parti mereka dibuang pihak tertentu hampir meragut nyawanya apabila dia parah ditetak dalam kejadian di Felda Neram 1, Kemaman dekat sini, awal pagi, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa Hasri Hassan, 40, yang juga ahli PKR ranting tanah rancangan Felda terbabit cedera di bahagian bawah lutut kanan, pergelangan kaki kiri, tangan kiri dan bahagian belakang badan akibat ditetak dan dipukul menggunakan parang serta kayu oleh kumpulan terbabit. Mangsa yang turut ditumbuk serta disepak dan tidak sedarkan diri dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Goh dekat sini sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi rawatan lanjut. Hasri ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, suspek yang menyerangnya tidak kurang daripada 13 orang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an termasuk beberapa individu dikenali dari tanah rancangan itu. Menurutnya, kira-kira jam 11 malam, dia bersama beberapa rakan sedang minum di sebuah warung sebelum didatangi seorang penyokong parti lawan mengadu bendera parti mereka dicabut dan dibuang individu tertentu dalam kalangan penyokong pembangkang. "Saya dibawa ke lokasi oleh lelaki itu menaiki motosikal dan saya dapati terdapat beberapa bendera parti lawan berada di bawah tebing seperti didakwa. "Saya turun melihat dan agak pelik kerana bendera terbabit kelihatan bersih seolah-olah sengaja diletakkan dan bukan seperti dibuang," katanya. Dia berkata, disebabkan keengganan lelaki terbabit mendedahkan individu yang didakwa bertanggungjawab, dia mengambil keputusan untuk pulang. "Mereka kata nampak individu yang buat kerja itu tapi tidak mahu dedahkan namanya jadi saya kata masalah itu tidak dapat diselesaikan lalu mengajaknya pulang," katanya. Hasri berkata, semasa berada di atas motosikal lelaki itu mengugut untuk mencabut semua bendera parti pembangkang di kawasan tersebut namun dia menegur dan menghalangnya daripada berbuat demikian. "Dia naik angin dan mencabar saya menghalangnya jika berani. Saya rasa tercabar dengan cabaran lelaki itu dan minta dia berhentikan motosikal sebelum berlaku pergelutan. "Bagaimana pun pergaduhan itu tidak berlanjutan dan dia minta maaf atas perbuatannya sebelum beredar," katanya. Dia berkata, selepas kejadian, dia balik ke rumah dan keluar kembali selepas seorang rakan datang mengajak keluar minum. "Sebaik saya tiba di kedai itu, lelaki tadi ada di situ bersama saudara-mara dan rakannya sambil membawa kayu dan parang panjang seolah-olah sedang menanti kehadiran saya. "Sangkaan itu tepat apabila kumpulan terbabit tiba-tiba menyerbu dan menyerang saya sambil mengayunkan parang dan kayu di tangan mereka," katanya. Menurutnya, dia hanya mampu mengelak dan terpaksa mempertahankan diri daripada serangan itu menggunakan tangan dan bahagian belakang badan. "Saya dapat rasakan mata parang dan kayu terkena bahagian belakang namun tidak boleh buat apa-apa sebaliknya berserah kepada ALLAH. "Orang ramai yang berada di situ juga tidak mampu untuk menolong kerana kumpulan terbabit bersenjata selain turut mengugut mereka jika tampil membantu," katanya. Dia berkata, ekoran serangan bertubi-tubi dia terjatuh dan ketika itu beberapa lelaki memegangnya dan yang lain menyerang dengan menetak bahagian kaki. "Ketika itu saya hanya ingatkan mati atau mungkin bahagian kaki akan terputus. "Lepas itu saya tidak sedarkan diri dan sedar-sedar berada dalam markas setelah dibawa ke situ sebelum dihantar ke klinik Bukit Goh manakala kumpulan terbabit melarikan diri. Menurutnya, selepas dihantar ke HTAA untuk menerima rawatan dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Menurutnya, dia menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan malah salah seorang daripada kumpulan itu dipercayai pernah terlibat menyerang penyokong pembangkang di kawasan itu sebelum ini. ~ Sinar Harian Berita paling bangsat yang kita peroleh hari ini. Cedera ringan banyak dah. Kena tikam pun sudah. Kena tetak dengan parang pun sudah. Bila pula mereka akan membunuh? Semoga pihak polis bertanggungjawab penuh atas keselamatan rakyat Malaysia walau di pihak mana mereka berada. Polis bukan untuk UMNO semata-mata. Jangan malukan kedaulatan undang-undang Malaysia. Adakah penjenayah seramai sepuluh orang itu akan dilepaskan begitu sahaja? Atau adakah satu kambing hitam akan dikenakan hukuman manakala selebihnya akan dilepaskan? Kita tunggu beritanya nanti. -adios |
Akal menjadi keutamaan dalam mentadbir - TG Nik Aziz Posted: 14 Apr 2013 05:46 PM PDT (Tg Nik Aziz bersama para pemimpin Pakatan di Johor) PULAI: Untuk mentadbir negeri atau negara tidak memerlukan peruntukkan dan modal yang besar semata-mata, sebaliknya akal fikiran yang lebih berharga dari wang ringgit. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sewaktu mula menerajui pentadbiran Kelantan, Umno mendakwa kepimpinannya hanya bertahan tiga bulan sahaja. "Memang betul jika diukur dari segi kewangan, sebab Angkatan (Angkatan Perpaduan Ummah) menang ketika tabung kewangan begitu kecil, tetapi untuk mentadbir negeri atau negara tidak memerlukan wang yang banyak, sebaliknya akal. "Kalau mentadbir negara tidak guna akal sebaiknya, wang yang banyak tidak ada gunanya, alhamdulillah kita menang di Kelantan hampir 23 tahun lamanya,"ujarnya lagi. (TG Nik Aziz memberikan ucapan di Pulai) Tuan Guru berkata demikian ketika berucap di Majlis Hi Tea Bersama Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pemimpin Pakatan Rakyat (Johor), semalam. Pada masa yang sama beliau berkata perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan hanya untuk membela satu kaum iaitu Melayu sahaja, sebaliknya bangsa lain Cina, India dan sebagainya akan diperjuangkan bersama. Katanya, semua bangsa perlu memerlukan antara satu sama lain. Ia seumpama satu anggota pada sebuah badan sekiranya tidak cukup ianya akan menjadi cacat. "Saya bersyukur masyarakat Cina dan India kini sudah boleh menerima perjuangan PAS,"ujarnya. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula berkata orang Cina merupakan satu bangsa yang sejak awal bertamadun. Kerana itu mereka bijak serta mampu berfikir khususnya dalam politik. Jelasnya, kerana rekod perjuangan PAS di samping kerajaan yang ditadbir PR tiada rekod penyelewengan, membuatkan mereka semakin yakin dengan Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama Salahuddin turut mengumumkan calon yang bakal dicalonkan pada PRU-13 ini merupakan pemimpin PR yang tiada rekod penyelewengan. Sama ada di Selangor, Kelantan, Kedah atau Pulau Pinang, keterampilan calon yang berwibawa menjadi pilihan pimpinan untuk mencalonkan mereka. Katanya, ianya untuk memastikan Johor mendapat perubahan yang sebaiknya sebagaimana di negeri-negeri lain. "Kerana itu saya sanggup meninggalkan kerusi yang selamat sebelum ini Parlimen Kubang Kerian untuk berpindah ke Johor demi untuk masyarakat negeri ini yang lebih baik,"ujarnya. Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Penerangan PAS Johor, Haji Ghazali Ayob dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau. -Hrkh |
DS Nizar Berkata Benar: Sah Muhammad Taib Sertai PAS Posted: 14 Apr 2013 05:45 PM PDT Borang kemasukkan yang sudah diisi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini berada ditangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, kata sumber yang juga pemimpin tertinggi veteran PAS hari ini. Muhammad merupakan bekas pemimpin utama dalam Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. "Ya, Muhammad akan sertai kami," kata pemimpin tertinggi veteran itu kepada The Malaysian Insider. "Beliau sudah mendekati beberapa pemimpin utama ketika ini. "Ini agak signifikan buat kami, ia satu kelebihan walaupun dosa lampau dan kesalahan yang dilakukannya dahulu." Sumber tersebut juga memberitahu pengumuman akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman yang dihubungi walau bagaimanapun pula berkata mungkin terdapat kebenaran berita tersebut, tetapi tidak dapat mengesahkannya memandangkan belum menerima borang daripada Muhammad lagi. -TMI
Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pernah menyatakan, sekalipun masih bersifat desas-desus, bahawa bekas seorang Menteri Besar akan menyertai PAS. Cuma DS Nizar tidak menyatakan dengan jelas siapa MB yang dimaksudkan dan ramailah yang membuat telahan dan terkaan yang kebanyakan menumpukan bekas MB-MB Perak. Rupa-rupanya bekas MB yang dimaksudkan ialah Tan Sri Muhammad Taib, yang pernah menjadi MB Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. Di dalam UMNO, jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah naib presiden (2000-03) dan ketua penerangan (2008-09). Apa-apa pun kita mengalu-alukan penyertaannya ke dalam PAS, dan kita tunggu acara rasmi dalamasa beberapa hari lagi.-GB |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan