Ahad, 21 April 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRU 13 : Dayangku Intan Yakin Kalahkan Azalina

Posted: 21 Apr 2013 11:12 AM PDT


..
 
"Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanya kami", - itu kata penyanyi terkenal 80-an.
 
Beliau bakal menentang penyandang Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.
 
Penyanyi berusia 47 tahun itu berkata, jika Azalina berasa kuat atas kapasitinya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, dia pula akan meraih sokongan kerana dikenali sebagai penghibur.
 
Dalam perjuangannya beliau berhasrat berhasrat memperjuangkan nasib penduduk di kawasanberkenaan yang dianggapnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain ingin mengubah kehidupan artis supaya menjadi lebih baik sekiranya memenangi kerusi berkenaan.
 
Katanya, artis-artis masih hidup dalam kemiskininan, tiada insuran selain mahu menuntut agar pembayaran royalti kepada pelakon dapat disegerakan.
 
Selain mendedahkan keputusannya menyertai parti pembangkang juga di dorong rasa kecewa terhadap dunia seni apabila kehidupan mereka tidak dipedulikan. 
 
"Jika saya sebagai artis berasa kecewa dengan situasi kehidupan saya itu, saya percaya rakyat juga kecewa dengan apa yang mereka lalui hari ini," jelasnya yang masih lagi aktif bergelar penyanyi walaupun bergelar ahli politik. 

Najib garu kepala ... hahaha .... 22 pemimpin umno tanding bebas

Posted: 21 Apr 2013 01:09 AM PDT


 22 Orang Pemimpin UMNO Isytihar Keluar Parti, Tanding Tiket Bebas!!!



Kuala Lumpur - by @tiewnama
menjelangnya pilihanraya umum ke 13 pada 5 may ini, begitu ramainya pemimpin
Barisan Nasional BERPALING TADAH dan berlawan sesama sendiri, ini menunjukkan
bahawa kepimpinan Najib Razak sangat lemah dan ramai yang bertindak keluar parti 
sebelum di pecat, seterusnya menjadi calon BEBAS.

bagi Pakatan Rakyat pula, hanya 6 kerusi saja menjadi rebutan bagi parti pembangkang
itu sesama sendiri, tetapi tidak bertindak keluar dari Pakatan.

berbanding Barisan Nasional iaitu 22 ahli UMNO, 2 dari GERAKAN dan 1 dari 
MCA, yang mana jumlah keseluruhannya adalah 25 orang calon bebas keluar 
Barisan Nasional.


6 orang - Pakatan Rakyat.
25 orang - Barisan Nasional.

berikut senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.

1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek
Gelugor,

3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang

4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang

5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen
Bandar Tun Razak

6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen
Bandar Tun Razak

7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor
Mengkudu

11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen
Pengerang

14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir

15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu,
Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja'afar Jambol – DUN Alur Limbat

20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai
Sibugah

23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah

24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu

25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala
Kubu Bharu


by @tiewnama - 6 may kita jumpa di PUTRAJAYA untuk PESTA Keraian! kah3

Tiada ulasan: