Kelab Greenboc |
- [SELESAI] 3 DUN T'ganu Kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti Kepada PKR
- [VIDOE] Sah Mat Taib Sertai PAS -updated
- [BERGAMBAR & VIDEO] Penipuan Utusan Paling Nyata, Hanya 200 Yang Hadir!
- [BERGAMBAR] Rakaman Terindah & Terhodoh Semasa Penamaan Calon Semalam
- Arnoud van Doorn, Politikus Belanda Yang Anti Islam Akhirnya Memeluk Islam
- Ramai Calon Bertembung Di Pasar Pagi Untuk Temu Rakyat
[SELESAI] 3 DUN T'ganu Kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti Kepada PKR Posted: 22 Apr 2013 01:01 AM PDT PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR. PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS. Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara. Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS. Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN. Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini. Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat. |
[VIDOE] Sah Mat Taib Sertai PAS -updated Posted: 22 Apr 2013 12:23 AM PDT Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasmi mengumumkan menyertai PAS sekaligus menamatkan spekulasi berhubung perkara itu yang tersebar sejak beberapa minggu lalu. Pengumuman itu dibuat pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini hari ini. Muhammad yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
|
[BERGAMBAR & VIDEO] Penipuan Utusan Paling Nyata, Hanya 200 Yang Hadir! Posted: 21 Apr 2013 08:01 PM PDT LLidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia dalam terbitannya semalam menyatakan bahawa ceramah Salahuddin Ayub Naib Presiden PAS bersama dengan Lim Kit Siang, Penasihat DAP di Johor Bahru langsung tidak mendapat sambutan.. Dikatakan cukup hambar dan sekitar 200 orang jer hadir. Patutlah Utusan Malaysia asyik kalah bila kena saman...kaki penipu dan pemfitnah cukup dahsyat sekali...Belum pernah dalam sejarah akhbar yang paling kuat menipu macam Utusan.. Cuba lihat betul-betul 3 rakaman gambar ceramah Salahuddin dengan Lim Kit Siang.. Adakah jumlahnya sekitar 200 orang saja?.. Tiada untungnya media milik UMNO menipu sebab kini maklumat dihujung jari. Sebab itu rakyat yang celik IT langsung tidak percayakan media kepunyaan UMNO/BN terutamanya dari kelompok anak-anak muda.. Kelompok yang menentukan kalah menangnya PRU 13 kali ini. Kalau Utusan masih juga dengan perangai tegarnya menipu dan memfitnah pihak PR, maka tunggu saja selepas keputusan PRU 13 nanti. -omakkau ULASAN GB PENIPUAN & FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya. Komain pantas mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis penipuan-penipuan dan fitnah-fitnah demi untuk mempertahankan nyawa parti UMNO BN yang sedang nazak itu. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya: yang menipu dan memfitnah akan tetap terhumban ke lembah kehinaan! |
[BERGAMBAR] Rakaman Terindah & Terhodoh Semasa Penamaan Calon Semalam Posted: 21 Apr 2013 05:50 PM PDT |
Arnoud van Doorn, Politikus Belanda Yang Anti Islam Akhirnya Memeluk Islam Posted: 21 Apr 2013 08:35 AM PDT Mantan anggota Parti Kebebasan, berhaluan kanan dan berfahaman anti-Islam di Belanda, Arnoud van Doorn, telah mengejutkan banyak pihak dengan pengumumannya memeluk Islam baru-baru ini. Van Doorn yang juga merupakan rakan karib kepada pemimpin parti itu, Geert Wilders, sebelum ini pernah mengakui dia telah keluar daripada parti tersebut pada penghujung 2011. Menurutnya, dia mahu melakukan perubahan dengan mewarwarkan keputusannya kepada dunia melalui pengucapan kalimah Syahadah yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya. "Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah," katanya dalam laman sosial tersebut. Van Doorn juga mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa dia ketika ini 'memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Islam.' Dalam wawancaranya bersama Al-Jazeera.net, van Doorn mengesahkan berita mengenai tindakannya itu. "Sesiapa yang kenal saya secara dekat boleh membuat terkaan terhadap keputusan saya. Lebih setahun saya menperdalami Islam melalui buku dan ceramah. "Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya," katanya. Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas dia menperdalami Islam tanpa paksaan. "Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebabnya yang tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan saya lakukan," katanya. - AGENSI |
Ramai Calon Bertembung Di Pasar Pagi Untuk Temu Rakyat Posted: 21 Apr 2013 05:20 AM PDT Kedua-dua orang calon bagi N27 Merlimau hari ini secara kebetulan tersemperak di Pasar Tani Merlimau. Kedua-dua calon berkenaan, Hj Yuhaizad Abdullah (PAS) dan Roslan Ahmad (BN) bertembung di kawasan pasar tani di Bandar Baru Merlimau apabila masing-masing menjalankan program kempen untuk merapatkan diri dan bermesra dengan masyarakat setempat yang hadir di pasar berkenaan pagi tadi. Sebenarnya ini adalah kali kedua Hj Yuhaizad dan Roslan bertemu di dalam pilihanraya. Kali pertama ialah semasa pilihanraya kecil pada 6 Mac 2011 ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO. BN berjaya mengalahkan PAS di dalam PRK tersebut. Semasa PRK tersebut berlaku juga beberapa "pertembungan" seperti gambar yang dirakam di atas. Namun yang paling diingati ialah apabila kedua-dua calon menghadiri majlis kematian dan memikul keranda jenazah Allahyarham Ali Basha secara bersama-sama.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan