labun KulupSakah... |
Posted: 09 Apr 2013 02:08 AM PDT beberapa hari lalu Dr Syed Husin Ali menulis di twitternya:- Ramai tanya: bila Datuk Idris Jauzi masuk KEADILAN n bagimana dia tolong masa DSAI/DWAI n parti susah? Aku tak tahu. Boleh ssiapa tolong? ini pertanyaan akar umbi sebaik sahaj PKR meletakkan Idris calon di Batu Pahat sedangkan orang dah lama tahu dan kenal akan Syed Hamid. inilah masalah kita. Secara peribadi Paparon kurang setuju dengan calon 'paracut' ni seperti orang yang konon bernama besar terus jadi calon walaupun baru mendaftar jadi ahli. Ada pula tak pernah kita dengar jadi ahli tiba-tiba jadi calon. Dr Juanda, Prof Aziz Bari, Leftenan pencen, malah Dr Asri dikatakan mendapat tawaran PKR menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang lagi.... ada pro dan kontranya, betul! Calon yang sudah lama pun boleh khianat. itu betul. Calon baru jika bagus memanglah tak salah bertanding. Itu pun betul. Tapi sekarang ini pemilihan berdasarkan apa? Kriterianya apa? Populariti? Sama kem? satu lagi tweet Dr Syed Husin: Harap smua dah selsai. Camana Pas nak Labuan n Bera, pdhal dah dapat Tmerloh n Perlis? Gimana JuiMeng takde tempat walhal DAP dapat GPatah? Kalut! Tak real. Masalahnya hari-hari dok sebok mengutuk Najib takde telur nak bubar Parlimen, seolah-olah PR sudah bersiap siaga. Alih-alih? Paparon - Dun Semenyih macamana? BN lawan PKR lawan PSM juga ke? kih kih kih! |
Posted: 08 Apr 2013 09:39 PM PDT Maka berkatalah PR manifestonya ditiru BN dan BN pula menamakan manifestonya sebagai Akujanji kerana katanya PR pernah membuat kenyataan bahawa Manifesto bukan janji. Lalu jadilah mereka seperti dua kanak-kanak sedang bergaduh, " baju aku lebih cantik! Baju kamu buruk!" "Tidak! Baju aku lebih lawa!" Maka BN pun menunjukkan manifesto PR khususnya Selangor yang belum tercapai. Itu memang betul, walaupun banyak kegagalan disebabkan sabotaj kerajaan Persekutuan tetapi PR harus realistik lain kali dan bukan terlalu berambisi. Waktu Paparon mengkritik manifesto PR bulan lepas teruk Paparon dihentam penyokong PR dan dijeling oleh pimpinan PR. Ada yang kata Paparon agen umno. Nangis Paparon tauuuu! Yang mengutuk ni budak-budak berhingus...mulalah keluar dari mulut pimpinan yang manifesto bukan Al Quran, ia boleh diubah. Tapi mereka boleh pula mengkritik BN. Macam parti milik peribadi pula. Kritikan kita untuk diambil perhatian jika ia baik, bukan dijawab dengan alasan bodoh. Akujanji BN? BN ni kita dah patut letak fatwa WAJIB dibuang!. Paparon - tak kuasa dengan penyokong bodoh ni tauuu? |
Posted: 08 Apr 2013 11:41 AM PDT Semua dah tahu Dr Juanda menemui Raja Perlis tengah hari semalam. Isunya dikatakan Dr Juanda akan bertanding atas tiket PKR. Menurut kata Din Baharom, tukang kebun istana - Raja Perlis merestui niat bekas mufti negeri itu untuk bertanding. Ramai meramalkan Perlis ditawan PR. Paparon - rindu Shahidan Kassim |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan