Selasa, 9 April 2013

.

.


Dari Bendul Firasat Saya: Tuhan Jangan Kau Zahirkan Kesedihan Ini

Posted: 09 Apr 2013 03:12 AM PDT

SAYANG TOK GURU                                                                                                          


Cuba renungi gambar Tokguru ini dengan penuh perasaan. Fikir apa yang beliau dengar, pandangan dan harapkan!

Entah mengapa dalam beberapa jam terakhir ini hati saya tidak sedap, dada berdebar-debar persis ombak yang tidak sudah sampai ke tebing pantai. Ada debar kecil dan debar bersar beralun dan berungga menyinggahi ke segenaqp pembuluh darah.

Dada menjadi sebak seakan diri tidak keruan. Saya cuba menempis agar rawan itu menjauhi saya dan tidak menganggui benak saya. Saya tidak mahu dan benci untuk melihat bayangan ini menjelma menjadi realiti.

Hati kecil pula berkata-kata yang sukar untuk difahami. Keluhan terus bergulung didalam diri kemudian terhempas di pengkalan hati. Rasa bimbang, cemas juga membelenggu seluruh diri. Perasaan ini pelik dan anih buat saya.



Meskipun semalam dan  kelmarin sudah saya membayangkan ini bahkan telah terlafaz kepada seseorang, namun saya harap ia adalah ketersasulan isengan saya saja. Semoga ia tidak menjadi kebenaran dan itu ada ilusi kebimbangan saya yang sangat menyayanginya dan mengkagumi kepimpinannya.

Saya dengan dia bukan saja murabi, pemimpin, guru bahkan dia juga sahabat dan kawan yang boleh ditenking dan dimarahi. Dia menerima segala ulah biadab saya dengan penuh kesabaran dan insaf yang dia adalah sama nilainya dari sisi Tuhan yang kami sama-sama makhluk. Dia juga ayah dan tempat saya mengadu dan menghempaskan perasaan. Keribaannya sedia mendengar apa sahaja.

Setiap kali saya mendatangi saya tidak datang membawa duri atau datang membawa hipokrasi. Apa lagi datang membawa kata-kata indah aku sayan kepadamu, aku kasih kepadamu, aku taat dan sujud kepadamu. Atau we love Tokguuru. Tidak... saya selalu datang dengan rupa diri dan sikap saya sejati. Saya menjujung kemuliaannya dengan apa yang ada kepada saya.

Apabila orang yang penuh mulutnya dengan pujian dan pengakuan sayang dan kasih serta kononnya sedia akur atas apa pandangan munafik dengan kata-kata saya kira itu satu pengkhinatan buat dia. Sikap itu menambahkan penderitaan fizikalnya yang kian lanjut usia. Kenapa berlaku demikian? Kita seharusnya bukan menyedihkan dia tetapi mengembirakan dia.

Dalam sehari dua ini dan membawa kepada sejam dua ini, dia serabut. Dadanya tertekan dengan segala macam olah anak buahnya. Sebagai manusia dia juga tidak dapat menahan amarahnya. Ketidaksempuraan itu menyempurnakan dirinya sebagai mahluk Allah. Maka saya sangat bimbang takut dia juga 'merajuk' atas rasa sakit hati ataupun kerana bisikan kecil jiwa tidak didengari dan keinginan-keinginan beliau yang tidak dapat disebutkan dan dileraikan.

Saya bimbang dan saya cemas. Saya vtakut kini. Atas itu semua menyebabkan fikiran huuduh saya terfikir, macam mana kalau tiba-tiba dia merembaskan segala perkakas dan serahkan kepada sesiapa saja yang berhak dan sanggup memikulnya? Dia mengambil keputusan berundur perlahan dari kamar tanggungjawabnya sebagai ketua dan pemimpin. Dia akan membuka pintu amanah yang dijaganya dan beranjur-anjur keluar dari bangunan yanhg membelnggunya sudah 23 tahun itu. Mungkinkan?

Saya bimbang. Dan saat saya mencatat epilog ini air mata saya berjujuran. Hati saya sebak dan sebal. Doa saya meminta agar apa yang saya firasatkan ini tidak terjadi. Biarlah dia berundur dan beranjur keluar selesapa segala-galanya selesai. Namun siapalkah kita boleh menahan kemahuan. Kalau dia juga ingin berbuat begitu, maka saya dan kita semua pasrah dan berdosa panjang atas apa yang bakal berlaku.

Cuma sekali lagi saya nak bisikkan di sini, semua antara kita carilah sebab musabab kalau tidankan itu berlaku kelak. Tanya dan soalkan diri kita siapakah yang bertanggungjawab. Siapakah yang membuatkan dia akur dengan keadaan dan tiba-tiba merasa lelah amat sangat. Nah orang yang membikinkan itu kena bertanggungjawab. Mereka yang menjadi puncanya kena 'bertaubat'.

Tuhan itu selalu adil dan tidak pernah menyimpang dari janjiNya. Pagi tadi kita gembira, petang ini kita sedih, dan malamnya tidak mustahil kita akan pengsan dengan kedukaan yang menimpa-nimpa dan kesalahan yang tidak akan ada penghujung yang kita sendiri menciptanya. Cuba renung gambar dan wajahnya di atas. Tilik senyuman manisnya. Hayati renungan jauh matanya yang teduh mengharap. Hantar perasaan kita ke dalam kalbunnya dan hayatilah didih panas jiwanya kerana menanahan sabar atas kerenah anak-anaknya yang jarang atau terlupa berterima kasih sesudah mendapat semangkuk madu hasil angkutan. Tokguru aku tidak bisa menanahan kemahuanmu yang ini. [wm.kl.6:09 pm 09/04/13]

Bertanding Luar Kelantan: Husam Pecah Rekod Asri

Posted: 08 Apr 2013 10:16 PM PDT

PERISTIWA SEMALAM                                                                                                    

Sudah hampir pasti Naib Presiden PAS Husam Musa, 54 akan bertanding di kerusi Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disamping mengekalkan kerusi DUN Salor yang dijabati sekarang ini. Kalau semuanya berjalan lancar Husam bakal melakar sejarah buat PAS Kelantan dan Malaysia amnya dan buat dirinya sendiri.

Tiga Naib Presiden menanti untuk terima derma.
Apa yang bakal dicoret Husam itu hampir menyamai rekod yang pernah dicatat oleh bekas presiden PAS, Mohd Asri Muda (Allahyarham) yang pernah meninggalkan Kelantan tahun 1978 untuk bertanding di luar Kelantan. Pada tahun tersebut Asri meninggalkan kerusinya parlimen Kubang Kerian di Kelantan untuk bertanding di Kota Star Kedah. Bagaimana pun ketika itu Asri tidak mempertahan kerusinya dan bertanding 'tunggal' untuk kerusi Kota Star Kedah. Dukacitanya Allahyarham kalah.

Penghijrahan atau lebih tepat perlarian Asri ketika itu merupakan satu tektik dan strategi untuk mengelakkan Kelantan yang sedang bergolak di mana beliau sebagai salah seorang menjadi punca meletusnya isu hingga mengelodakkan PAS Kelantan; makanya beliau menjadi tumpuan dan perhatian Umno. Jadi perlarian itu bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada PAS Kelantan dan mengalihkan tumpuan musuh dari menyerang PAS.


Sallahuddin dan Mahfuz dtang memberi semangat.
Berlainan dengan Husam di samping dia memberanikan diri mengusik Putrajaya dia juga terus kekal bertanding di DUN Salor. Penghijrahan Husam ke Putrajaya ini bukan seperti Asri, tetapi bagi menambahkan semangat dan keyakinan kepada PAS Kelantan khasnya dan PAS Malaysia amnya. Dalam kata lain penghijrahan Husam bukan satu keadaan terdesak seperti Asri tetapi ia berlaku atas satu keyakinan dan perubahan perspektif politik.

Dalam hal ini ternyata Husam mengatasi Asri dalam percaturan strategi politik. Kehadiran Husam ke Putrajaya memang menjadi perhatian baik dari UBN dan juga Pakatan Rakyat. UBN tampak kurang senang dengan langkah panjang Husam itu. Keselesaan dinikmati UBN menang mudah di Putrajaya dalam tahun 2008 dulu sedikit terganggu dengan ura-ura Husam akan berhijrah ke kawasan elits itu. Sekiranya penghijrahan itu tektik untuk menganggu minda UBN ia sudah mencapai maksudnya.

Sesiapa saja dari kalangan UBN yang akan diletakkan bertanding di Putrajaya tidak boleh goyang kaki dan harus berkerja kuat. Khabarnya Teuku Adnan Teuku Mansor sudah memohon dari Najib Razak untuk direhatkan. Apakah Adnan takut kepada Tengku Husam?  Adnan masih ada hutang yang belum dibayar kepada Husam terhadap apa-apa persoalan mengenai penglibatan Adnan dalam beberapa skandal seperti didedahkan di parlimen sekitar tahun 1995 - 2004.

Sedikit agak malang kalau Adnan 'melarikan' diri nampaknya hutang lapok itu tidak terlunas juga maka sesiapa yang mengganti Adnan perlu melunasi hutang Adnan kepada Husam dan rakyat Malaysia. Kita berharap lawan Husam nanti sedia untuk menjawabnya. Dan kita harap juga Husam akan menangihnya.

Belum apa-apa UBN sudah pun memberi isyarat mengunci pintu Putrajaya dengan memasang bendera di seluruh kawasan pusat pentadbiran Persekutuan itu. Hari ini kalau anda ke Putrajaya, seluruh pusat pentadbiran itu yang sebelum hijau damai kini menjadi biru mengharukan pemandangan, dipenuhi dengan bendera dacing.

Kepadatan bendera dacing menyebabkan seakan tiada celah dan ruang lagi untuk bendera PAS menyelit di situ. Tetapi nasib baiklah PAS memakai bulan sebagai lambangnya, soal bendera tidak menjadi masalah kerana bulan berada di atas langit. Walaupun bendera bulan tidak dapat dipacak di bumi tetapi bulan pasti akan menawan angkasaraya Putrajaya.

Pun begitu tindakan siasah Husam itu menimbulkan berbagai tafsiran positif dan negatif. Sesetengah orang PAS Kelantan yang tidak mahu melihat Husam terus mendominasikan diri dengan pelbagai idea dan wawasannya dalam Kerajaan, suka dengan tindakan Husam itu. Mereka menyifatkan langkah itu adalah jalan untuk mengharmonikan PAS Kelantan yang mana diganggu oleh idea-idea canggih Husam. Mereka yang tidak dapat menerima cara Husam berpolitik yang berfikir jauh ke depan, gembira kerana mereka tidak akan lelah mengejar Husam yang muncul dengan pelbagai idea pembangunan rakyat selepas ini.

Mereka mendoakan biarlah jadi. Sebenarnya mereka yang pesimis dengan Husam tidak perlu risau sebab dia sudah hampir jadi bertanding di Putrajaya hanya tunggu pengumuman saja. Husam juga sudah melangkah sebalah kaki ke kawasan Putrajaya yang tidak mungkin ditarik lagi. Tokguru Nik Aziz sendiri merestui Husam ke Putrajaya dan mendoakan agar menang. "Saya menyokong Husam ke Putrajaya dan kalau Pakatan Rakyat menang, dia akan jadi menteri," begitu kata Tokguru berseloroh apabila saya bertanya beliau apakah beliau sedia melepaskan Husam.

Pergilah Husam jangan bimbang. Dan apabila Tokguru masih merestui beliau tetap kekal di Salor, ini bermakna kerelaan Tokguru menyerahkan Husam menjadi milik Malaysia itu menunjukkan orang tua itu masih berbelah bahagi. Masih ada rezab untuk Husam sekiranya berlalu apa-apa di Putrajaya. Mungkin dijantung Tokguru sudah tiada Husam, tetapi dihati Tokguru masih 'tertepek' nama dan wajah Husam yang sukar ditanggalkan. Justeru mereka yang mengenali kebolehan Husam dan sayang kepadanya tidak perlu menangisi kepergiannya ke Putrajaya sebaliknya perlu diiringi dengan doa dan semangat.


Husam sendiri tidak perlu rungsing dan bimbang. Apabila kita sudah menjadi sebahagian kaca dan sebahagian intan kita tetap ada ruang dan bahagian di dalam hidup ini. Ada yang menyayangi kita dan ada yang membenci kita. Kalau kita terus mengilap diri menjadi bersinar, yang tidak sayang dan benci akhirnya akan turut menyayangi kerana kilau itu juga akan menarik pandangan sesiapa saja.

Dari kalangan masyarakat di Putrajaya khasnya anak-anak Kelantan kedatangan Husam seperti kembalinya seorang ayah yang kesekian lama terbiar. Mereka merasa bersemangat dan mempunyai kekuatan. Khususnya bagi PAS Putrajaya sendiri, dengan menjadikan Husam sebagai seorang ayah PAS kawasan Putrajaya kini tidak dagang lagi dan UBN tidak boleh perkecil-kecilkan PAS.

Sambutan terhadap nawaitu Husam itu hangat dan memberangsangkan. Ini dapat dilihat kepada sokongan yang diberikan. Sokongan dan semangat ini terserlah pada majlis makan malam anjuran PAS Bangi malam tadi yang turut sama dihadiri Husam dan dua naib presiden Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar. Kehadiran secara kebetulan itu semacam satu acara untuk memulakan sambutan meraikan kehadiran Husam secara rasmi untuk bertanding di Putrajaya.
Yang jelasnya malam tadi kehadiran anak-anak Kelantan yang tinggal di sekitar Bangi dan Selangor datang menyatakan sokong dan kesanggup untuk membantu Husam menggambarkan langkah Husam ke Putrajaya adalah tepat. Seperti mana kata Husam dia bersedia bertanding di Putrajaya untuk memberi mesej dan isyarat bahawa PAS bakal menjadi parti utama di masa depan tampaknya difahami. Yang datang malam tadi mMasing-masing memberi perakuan untuk menjadi sukarelawan membantu Husam dan PAS.

"Saya tahu Putrajaya adalah kawasan yang didesign untuk kemenangan UBN, tetapi kita tidak perlu takut. UBN ada segala kekuatan termasuk samseng, tetapi kita tidak boleh mengalah dan perlu lawan dengan ikhtiar dan doa. InysaAllah kita akan berjaya.. senjata utama kita ialah takwa kepada Allah dan doa." Ujar Husam.

Memahami kata-kata Husam itu semua pihak jangan perkecilkan PAS. PAS bukan lagi parti kampung dan PAS bukan selesa untuk menjadi pembangkang selama-lamanya, tetapi PAS juga ada cita-cita dan harapan untuk menjadi parti memerintah.  "Langkah ana bertanding di Putrajaya ini adalah iktihar kita, keberanian kita untuk merombak atau memecahkan kunci pintu Putrajaya," katanya disambut takbir.

Jadi Husam hari ini adalah bukan saja harapan dan wira PAS, tetapi beliau juga harapan dan wira Pakatan Rakyat untuk memecah pintu ke Putrajaya dengan menjadi pemberani untuk nombor satu. Sekali lagi langkah Husam sedia bertanding di dalam kota pertahanan UBN itu adalah tindakan terpuji yang perlu disokong. Semangat Sallahuddin al-Ayubi sang penakluk licit dan lincan dan berani itu tampaknya susah merasuk ke dalam jiwa Husam bin Musa. [wm.kl.12:50 pm 09/04/13]

Tiada ulasan: