Sabtu, 6 April 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Calon PRU mesti orang pro pimpinan?

Posted: 05 Apr 2013 11:07 PM PDT

Kalau dah nama politik, apa juga tindakan mestilah mengikut bidak catur politik. Bertemu dengan seorang bekas Adun yang menang pada PRU yang lalu malam tadi, dia menyatakan peluangnya untuk dicalonkan semula agak terganggu kerana ada calon-calon lain yang 'standby' dan ada juga yang melobi.
Paling bahaya, pimpinan yang agak tertinggi dalam parti tidak menyebelahinya sedang penduduk kawasan serta imej dia yang memberi dan mendapat kerjasama daripada parti-parti lain dalam PR amat baik.
Jelaskah bukan karisma menjadi faktor penting tetapi sejauh mana calon itu taat kepada pemimpin yang membina kem memperkukuhkan kedudukan ketika pemilihan parti nanti.

Paparon - tak suka main catur, suka main tetris.

Anwar, Samy dan mahasiswa

Posted: 05 Apr 2013 10:49 AM PDT

1.
Seperti yang Paparon jangka semalam, akhirnya Anwar umumkan akan kembali ke Permatang Pauh. Tetapi apa juga tindakan Anwar akan dilihat tak betul oleh umno. Bertanding di Perak dikatakan Anwar takut sebenarnya sudah hilang sokongan di tempat sendiri tetapi apabila memilih tempat sendiri dikatakan takut bertarung di luar. Ternyata lawak jenaka Anwar ini menggegarkan juga bulu hidung Najib.
Pada hari-hari kempen PRU 2008, Anwar di dalam ceramahnya sering mengulang-ulang ungkapan " Dolah! Jangan sibuk nak tawan Kelantan! Penang, Kedah, Selangor, Perak dah nak tumbang!
Akhirnya negeri-negeri itu tergolek. Kau ingat Anwar tak de kaki yang lapor? Bodoh!

Paparon- Kalau Anwar start menyanyi lagu Madu dan Racun, aku akan gosok punggung.


2.
Samy Vellu, taiko sireh sekali lagi buat kejutan apabila mendakwa dirinya 'winnable candidate' atau bahasa Melayunya calon berpotensi menang.

Paparon- tak mahu komen. Mahu kentut aje.

3.
Maka mengumumlah Mahasiswa yang wakil mereka akan bertanding menentang Najib di Pekan. Sementara dijangka juga PKR meletakkan Fariz Musa sebagai calonnya untuk berentap tiga penjuru.
Ini sejarah, mahasiswa masuk gelanggang sebelum habis belajar. Menurut ramalan Paparon, mungkin PKR akan memberi laluan kepada mahasiswa.

Paparon - enggan komen. Nak kencing...

Tiada ulasan: