Sabtu, 6 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Bakal-bakal Calon PAS & BN Bertemu Ziarah Mangsa Ribut

Posted: 06 Apr 2013 12:44 AM PDT


Datuk Hassan Abd Rahman (BN) dan Pn Hjh Kintan Man (PAS) turun padang bersama memberi bantuan kepada penduduk yang terlibat bencana ribut di Kampung Seri Mendapat.

Jasin - Seorang warga emas yang terlantar kerana sakit tua, nyaris maut dihempap kepingan genting bumbung rumah yang runtuh akibat ribut yang melanda Kampung Seri Mendapat di sini, lewat petang, kelmarin.

Anak mangsa, Zainab Abd Hamid, 42, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang itu, dia sedang menjaga ibunya, Samnah Impang, 80, di dalam sebuah bilik.

Jelasnya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi kepingan bumbung bilik yang terjatuh ke lantai menyebabkan mereka menyelamatkan diri ke tempat selamat.

Zainab berkata, dia hanya mampu melaungkan ALLAHU AKHBAR beberapa kali memandangkan hujan mencurah masuk ke dalam rumah selain keadaan ibunya yang sakit dan terpaksa didukung.

Tambahnya, insiden ribut kali kedua bagi tahun ini itu agak teruk berbanding sebelumnya, namun dia bersyukur walaupun mengalami kerosakan pada bumbung kediaman, namun mereka sekeluarga tidak cedera.

"Ketika kejadian, saya bersama tiga anak dan seorang cucu berada dalam rumah.

Manakala dua lagi anak yang lain bersekolah agama.

"Mujur serpihan bumbung tersebut tidak menimpa ibu saya yang sedang baring atas tilam.

Jika tidak, saya sendiri tidak tahu apa nasib kami kerana kejadian berlaku pantas.

"Malah, kami turut sedih kerana kejadian itu menyebabkan beberapa harta benda dan perkakas elektrik rosak terkena air hujan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Terharu dengan keprihatinan pelbagai pihak

Suami Zainab, Muhammad Jelani, 41, berkata, mereka sekeluarga terharu dan berterima kasih dengan keprihatinan pelbagai pihak termasuk dari Pas yang turun padang melawat keadaan dan menyampaikan sumbangan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya bantuan yang diterima dapat meringankan beban dan membantu mereka yang dilanda musibah.

Bagi seorang lagi mangsa, Sapiah Atan, 62, berkata, dia turut bersyukur kerana hanya mengalami kerosakan bumbung di luar rumah akibat bencana alam itu.

Menurutnya, ketika kejadian, dia hanya mampu berdoa dan berusaha menyelamatkan diri bersama anak-anaknya di bahagian belakang rumah.

"Hujan memang terlalu lebat dan tak dapat nak digambarkan, namun kami bersyukur kerana semua selamat," katanya.

Pas hulur sumbangan

Sementara itu, Penyelia Dun Sungai Rambai, Kintan Man berkata, pihaknya terus mengadakan program turun padang selepas menerima berita musibah yang menimpa beberapa penduduk di kampung terbabit.

Menurutnya, kehadiran mereka ke kawasan itu lambang keprihatinan di mana program seperti ini tidak hanya dilaksanakan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) sebaliknya sentiasa bersiap sedia mendekati masyarakat terutama mereka yang dilanda musibah.

"Dalam pertemuan itu, kita dapat bertanya khabar dan mengetahui maklumat lanjut perkara sebenar yang berlaku.

"Malah, ia bukan sekadar ziarah tetapi kita juga turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa," katanya.

BN urus baik pulih rumah

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman berkata, Barisan Nasional (BN) simpati dengan kejadian yang menimpa penduduk dan telah mengambil langkah drastik melakukan kerja baik pulih di setiap rumah yang terlibat bermula hari ini (semalam).

Menurutnya, tindakan pantas ini selari dengan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan pertolongan seperti ini tidak bermusim namun sejak dulu BN sentiasa membantu dan mementingkan kebajikan rakyat.

"Apa yang berlaku tidak kita duga, dan saya berharap mereka yang terlibat dapat bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

"Kita juga akan segera melakukan kerja baik pulih memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan bimbang kejadian akan bertambah buruk," katanya. -SH



Video Terbaru Zul Kulim Sahkan Beliau Menghina Ugama Hindu

Posted: 05 Apr 2013 11:05 PM PDT


Video kedua ceramah Zulkifli Noordin yang didapati terus menghina agama Hindu, membuktikan sikap perkauman dipamerkan Naib Presiden Perkasa itu.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas video terbaru ucapan ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu yang tersebar di internet semalam.

Video kedua itu susulan rakaman ucapan Zulkifli dalam satu majlis ceramah yang didedah minggu lalu, di mana beliau didapati menghina agama Hindu dan Tuhan sembahan penganut agama berkenaan.

Bagaimanapun, Zulkifli memberi alasan ceramah itu dibuat 12 tahun lalu ketika beliau masih di dalam Pas dan kerana 'terpengaruh' dengan Pembangkang.

"Ceramah kedua ini bertarikh 6 Mac 2013. Masa tu beliau sudah secara rasmi bergelar pimpinan Perkasa dan secara terang menjadi sekutu kuat Umno Barisan Nasional.

"Video kedua itu bukti jelas beliau bukan terpengaruh dengan sesiapa, tetapi peribadinya sendiri sebagai seorang rasis yang ekstrem," kata Surendran.

Katanya, video ucapan terbaru ini cukup untuk mengheret Zulkifli ke mahkamah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perasaan permusuhan dan kebencian berkaitan agama.

Tambah beliau, kenyataan itu bukan saja bercanggah dengan tradisi rakyat berbilang kaum, malah tidak selari dengan ajaran Islam seperti dinyatakan pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Justeru beliau menggesa Ketua Polis dan Peguam Negara segera mengambil tindakan segera ke atas Zulkifli.

"Sikap berdiam diri kerajaan Umno dan Barisan Nasional menunjukkan mereka bersetuju dan melindungi tindakan Zulkifli sebagai alat dan agen perkauman mereka," kata Surendran.


[BONGKAR] Syarikat Baru Ditubuhkan 2 Hari Dapat Kontrak Untuk 7 Tahun

Posted: 05 Apr 2013 08:05 PM PDT


Surat kelulusan kontrak tujuh tahun dari kerajaan negeri Pahang kepada YP yang diluluskan pada 6 Februari 2013)

Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun hanya selepas 2 hari ditubuhkan.

Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran 1033787.

"Ini bermakna syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Ini jelas satu salahguna kuasa dan cara merompak duit rakyat sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum," kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Johari Harun (No KP: 700120-06-5739) yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di Batu Caves.

Tidak dapat dipastikan samada mereka khasnya Syufina Yaakob mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Semakan Harakahdaily dengan laman web SPR mendapati, Johari Harun mengundi di Janda Baik, Ketari di bawah parlimen Bentong, kawasan datuk Adnan Yaakub.

Namun begitu semakan terhadap nama Syufina berdasarkan no kad pengenalannya mendapati tidak ada sebarang rekod dinyatakan.

Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance.

Kontrak 7 tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013.

Satu surat rasmi mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan satu kontrak penyelenggaraan jalan negeri Pahang kepada sebuah syarikat selama tujuh tahun.

Dalam surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya, kontrak tersebut diberikan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd bermula 1 April 2013.

"Pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri," baca surat tersebut yang ditujukan kepada "Jurutera Daerah JKR Kuantan/ Temerloh / Jerantut / Pekan / Maran / Bentong / Rompin / Kuala Lipis / Cameron Highlands / Raub / Bera."

"Ia telah menimbulkan persoalan kenapa ia dibuat untuk tempoh yang begitu panjang?" soal Tuan Ibrahim.

Surat itu turut menyatakan bahawa jalan-jalan yang terlibat dalam kontrak ini ialah jalan-jalan negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tetapi tidak termasuk jalan di dalam kategori yang lain.


(Bukti syarikat YP baru ditubuhkan pada 4 Februari)

Surat itu turut mengarahkan sebarang rundingan yang belum dimuktamadkan dengan kontraktor lain perlu dibatalkan.

"Oleh yang demikian, segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori Jalan Raya Negeri Di Bawah JKR yang masih di peringkat tawaran dan masih belum disetuju terima kepada kontraktor hendaklah dibatalkan.

"Walaubagaimanapun, kerja-kerja undi dan sebut harga yang telah disetujuterima oleh kontraktor boleh diteruskan sehingga siap," tulis surat itu lagi.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut menuntut penjelasan daripada Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai kontrak berkenaan.

1. Mengapa Syarikat YP Maintenance dipilih? Apakah nasib bakal melanda kontraktor-kontraktor jalan Kelas F dan peluang kerja anak tempatan?

2. Apakat butiran perjanjian antara kerajaan negeri dengan Syarikat YP Maintenance?

3. Bagaimana perjanjian ini boleh menguntungkan warga Pahang? Apakah sebutharga YP Maintenance jauh lebih rendah berbanding kontraktor lain?

4. Apakah YP Maintenance memenangi kontrak ini melalui tender terbuka?

5. Berapa jumlah nilai kontrak 7 tahun tersebut? Mengapa 7 tahun dan bukan diperbaharui setiap tahun?

6. Jika YP Maintenance tidak dapat melaksanakan tugas kontrak, apakah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mendenda dan membatalkan kontrak?

"PAS dan Pakatan Rakyat Pahang berjanji akan menilai kembali kontrak ini, dan tidak akan mengagak-agak mengambil tindakan susulan untuk menjaga nasib kontraktor F dan anak tempatan apabila kami diberi mandat menerajui Pahang selepas PRU13," tegas Tuan Ibrahim.

PAS dan Pakatan Rakyat Pahang, katanya tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan menjadi 'SYABAS' kedua seperti di Selangor dan syarikat bekalan air PAIP di Pahang, di mana kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta ringgit tanpa mendapat kembali perkhidmatan yang sewajarnya.

"Kontrak ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN tengah membuat persiapan untuk tewas dengan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada syarikat kroni untuk menjamin pendapatan mereka pada masa hadapan," tambah beliau.

Petugas PAS Pamer Kreativiti

Posted: 05 Apr 2013 05:01 PM PDT


Dalam menghadapi pilihanraya ke 13 ini, petugas-petugas PAS mempamerkan kreativiti masing-masing untuk menarik perhatian pengundi.

Saksikan dan anda juri, yang mana satu pilihan anda dengan milih kod yang tertera di bawah gambar?


A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

UMNO Yang Pengganas, Dituduhnya Pakatan

Posted: 05 Apr 2013 08:20 AM PDT


Bekas Jeneral: Tak mustahil Umno sendiri rancang keganasan

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid tidak menolak kemungkinan Umno sendiri sedang merancang keganasan dan huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Beliau merujuk kenyataan bertali arus pimpinan Umno mendakwa kononnya Pakatan akan melakukan huru-hara ketika PRU kali ini.

Terbaru tuduhan berkenaan dibuat Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin, dalam video yang dimuatnaik ke dalam Youtube.

"Pada saya, Umno BN sudah kehabisan modal politik. Sebelum ini dalam pelbagai ceramah dan jelajah, kita yang menjadi mangsa sasaran keganasan mereka. Sekarang mereka cuba nak terbalikkan fakta pula.

"Saya rasa mereka (Umno BN) sebenarnya dalam usaha merancang keganasan jika ditakdirkan kalah pada PRU nanti dan ini tidak mustahil,"
kata Ghafir ketika dihubungi.

Ahmad Maslan dan Zulkifli Nordin dalam video yang diterbitkan media Umno menuduh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sedang merancang huru hara sepanjang kempen PRU 13.

Ahmad Maslan dalam video tersebut mendakwa mempunyai bukti penglibatan pimpinan Pakatan Rakyat mengajar ahli bawahan mencetus keganasan seperti membuat demonstrasi jalanan dan sebagainya.

Manakala Zulkifli pula mendakwa Anwar sudah membuat gerakan untuk mempertikaikan keputusan PRU supaya penyokong Pakatan Rakyat marah dan turun ke jalan raya.

Menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas, Ghafir berkata Pakatan memberi jaminan peralihan kuasa akan berlaku aman dalam PRU ini.

"Sudah berkali-kali kita tekankan, jika Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dan berjaya membentuk kerajaan baru, peralihan kuasa itu akan berjalan secara aman tanpa apa-apa insiden keganasan," katanya.

Fitnah Utusan Kantoi !! Pesara Kesal Gambar Disalahguna Akhbar Terima Kad Sara Hidup ATM

Posted: 05 Apr 2013 05:24 AM PDT


Jasin – "Saya malu kerana saya masih sihat dan mempunyai pencen tetapi ditanya kenapa saya boleh menerima kad itu,".

Itulah luahan seorang pesara tentera yang terkilan dan kesal berhubung penyiaran gambarnya oleh sebuah akhbar arus perdana sebagai penerima Kad Sara Hidup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedangkan dia tidak pernah menerima kad terbabit.

Mohd Ali Baba, 53, berkata, siaran gambar itu bukan sahaja memalukan dirinya malah menjadi persoalan dalam kalangan rakan-rakan memandangkan jawatannya yang terakhir adalah sebagai sarjan mejar.

Menurutnya, ramai rakan seangkatannya menghubunginya dan mempersoalkan kehidupan dia sekarang kerana syarat penerima Kad Sara Hidup ATM adalah pesara tentera yang miskin dan kurang bernasib baik ataupun yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU).

"Ada yang marah saya menafikan menerima kad itu kerana gambar sudah disiarkan seluruh Malaysia sedangkan hal sebenarnya (gambar) adalah ketika saya menerima kad pesara tentera daripada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada 2011.

"Tapi pada tahun ini, gambar itu diguna pakai semula sebagai penerima kad yang memang saya sendiri tak pernah terima dan miliki,"
katanya kepada Sinar Harian, dekat sini semalam.

Mohd Ali berkata, tujuan dia memanjangkan hal itu kepada akhbar berkenaan adalah supaya kisahnya menjadi iktibar kepada media lain sekali gus menjawab pertanyaan orang lain yang membuat spekulasi terhadap dirinya selepas menerima kad berkenaan.

"Saya malu dengan apa yang terjadi kerana ia sekali gus menjatuhkan maruah saya dan keluarga kerana benda yang tidak ada tetapi diada-adakan.

"Saya masih berkira-kira mahu memanjangkan perkara itu ke pihak peguam ataupun mahu pihak berkenaan memohon maaf kerana menyalah gunakan gambarnya bagi artikel yang tidak berkaitan dengan dirinya," katanya yang tinggal di Perumahan Felcra Lembah Kesang.

Tiada ulasan: