labun KulupSakah... |
Posted: 18 Apr 2013 01:29 AM PDT Lawak gila forum ini. Tonton sampai habis! Kahkahkah! Ke link ini http://m.youtube.com/watch?v=SJuGf56UUts&feature=plcp |
Posted: 18 Apr 2013 12:05 AM PDT JEMPUTAN PELANCARAN BUKU dengan segala hormatnya menjemput semua pembaca tukar tiub ke malam pelancaran buku TIPU PILIHANRAYA TURUN JALAN RAYA ini bukan arab spring ini malaysian durian TEMPAT: universiti bangsar utama 52c jalan kemuja bangsar utama lrt bangsar JAM: 8:00 malam TARIKH: sabtu 20 april 2013 boleh pesan dari hari ini boleh didapati dari: Boleh pesan sekarang. 400 mukasurat harga rm35.00 harga pos ekpres rm7 atau pos biasa rm2. Akaun maybank 162021363678 raja rohaisham binti raja muhaiddin email bukti pembayaran ke kutubkhanah112@gmail.com atau sms ke 0166353672 |
Posted: 17 Apr 2013 09:16 PM PDT Rundingan yang dilakukan kami dengan pimpinan PKR untuk meyakinkan mereka cikgu lee adalah calon terbaik bagi mengekalkan kerusi dun kajang sudah tamat. presiden tidak mahu terlibat.ketua umum buat keputusan calon yang diumumkan sebelum ini kekal kerana ia telah diumum. kami tidak mahu meneruskan lagi. ini kerana tujuan rundingan adalah untuk menyampaikan suara pengundi di sana yang rata-rata mahukan cikgu lee dan menolak calon luar yang tak dikenali. jawatankuasa pilihanraya dun kajang (jprd) punya prinsip perjuangan yang jelas. bukan taksub dengan individu. ia bukan isu kami 'orang' cikgu lee. itu tidak ada dalam kamus perjuangan. kami memberikan realiti akar umbi. kepada pimpinan, kami bukan tak tahu apa yang berlaku di atas sana. jangan amalkan pembodohan seperti yang selalu kita marahkan kepada umno. saya ingin menyatakan bahawa budaya lobi, bodek, ampu dan melabur secara tidak sihat adalah barah korupsi yang mula membiak di dalam parti. saya percaya gerakan reformasi dalaman lambat bangat akan berlaku untuk menyingkirkan orang-orang yang membiakkan budaya ini di dalam parti. saya dapat melihat dalam keadaan mood rakyat semakin kuat untuk berubah dan parti semakin kukuh mendapat sokongan yang padu, nafsu angkuh pemimpin semakin membuak. tabik hormat kepada jprd kajang yang terus bersemangat berjuang dan insiden ini makin mengeratkan silaturrahim antara kami. Masa menentukan. REFORMASI! |
Posted: 17 Apr 2013 03:25 AM PDT Bagaimana calon sesuatu parti dipilih? siapakah panel pemilih dan sejauh manakah ketelusan panel ini? Ini persoalannya kerana kerap terjadi pilihan dipersoalkan. Soalan pertama tentang panel pemilih - apakah mereka turut juga bertanding? Dan memegang jawatan besar dalam struktur organisasi? Selalunya kita melaungkan ketelusan tetapi di atas kertas ketelusan mudah ditulis tetapi sejauh mana ia boleh dipraktikkan dengan benar-benar jujur? Ini kerana jika panel pemilih juga bertanding sama ada dalam pilihanraya umum dan pemilihan jawatan di dalam parti maka risikonya akan berlaku konflik kepentingan (conflict of interest). Dengan tidak menuding kepada sesiapa, besar kemungkinan akan berlaku 'cai' atau percaturan dalam membentuk barisan atau kem. Malah panel sendiri juga akan mempengaruhi keputusan di dalam meletakkan 'diri sendiri' atau pasukan panel atau kawan-kawan rapat di dalam membuat keputusan. Ketelusan - walaupun sedaya upaya cuba dilaksanakan akan tetap menimbulkan persepsi. Di dalam pertandingan kecil contohnya pertandingan nyanyian di peringkat sekolah atau pemilihan pengawas atau Juara Lagu sekali pun,, panelis atau juri yang dipilih seboleh-bolehnya dilihat tidak ada kaitan dengan diri mereka dan calon-calon. Ini asas sesebuah proses pemilihan. Sebab itulah berlaku pertikaian di dalam parti tidak kira ketika pemilihan Umno yang menyaksikan wang banyak ditabur tidak termasuk projek atau tender kontrak, PKR yang melaksanakan pemilihan dengan formula 1 anggota 1 undi juga turut rosak apabila kes pemunggahan beramai-ramai dibayar untuk mengundi, kes PAS lambat mengira undi dan mengumumkan keputusan dan juga DAP yang memberitahu tersilap kira. Lalu bagaimana formula yang harus digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi sesebuah kawasan? Janganlah terjadi ada yang sudah buat kerja tiba-tiba kena berpindah kawasan atau digugurkan. Ada juga yang bertanding di kawasan yang berlainan tiap-tiap kali PRU? macam mana rakyat nak kenal? Ada juga yang tiba-tiba dipilih berdasarkan populariti. Pertama ~ amalan yang mengikut rentak BN merahsiakan tarikh PRU berjangkit dengan PR apabila pemimpin turut merahsiakan (atau sebenarnya tak tahu nak putuskan) siapakah calon-calon yang akan bertanding di mana-mana kawasan harus dibuang. Jadi strategi perlu dipasang. Kawasan mesti dikenalpasti untuk memutuskan calon bagaimana yang sesuai. Kedua ~ Untuk calon yang sebelumnya memang sudah menyandang kerusi di sesuatu kawasan, parti harus turun ke akar umbi membuat survey tentang prestasi calon. Kalau setakat menunggu laporan dari Ketua Cabang atau kenalan di cabang amat tidak adil. Ini kerana bukan sedikit yang dengki dan ingin menjadi calon. Panel harus menilai semua pandangan - termasuk dengan penduduk setempat. Ketiga - popular tidak semestinya boleh berkhidmat. Ada yang tiba-tiba dekat PRU masuk parti dan terus jadi calon melanggar orang lain tanpa perlu melalui proses dan disiplin parti. Kerana mereka selebriti atau memegang jawatan besar dalam jabatan kerajaan dahulunya atau bekas menteri dari parti lawan, automatik terpilih. Ke kempat - paling bagus kalau panelis dilantik bergilir-gilir setiap penggal dan untuk penggal yang mereka ini menjadi panelis, mereka tidak boleh bertanding. Bukannya bertanding lebih daripada satu kerusi. nanti dulu.....tak habis lagi. akan bersambung, ini baru draf..ada cadangan lain? |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan