Khamis, 18 April 2013

.

.


Husam dan Mustapa Bakal MB Kelantan?

Posted: 17 Apr 2013 09:26 AM PDT

MENCERAP MALAM                                                                                                         

Husam: Tanding dua kerusi.
Dua tokoh politik Kelantan masing-masing dari PAS dan Umno akan bertanding dua kerusi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Mereka ialah Husam Musa yang bertanding di Parlimen Putrajaya dan kerusi DUN Salor, Kelantan.

Manakala tokoh Umno pula ialah Mustapa Mohamed yang bertanding di kerusi parlimen Jeli dan kerusi DUN Air Lanas.

Kemunculan mereka berdua ini bertanding didua kerusi menarik perhatian umum dan kebetulan pula mereka masing-masing disebut-sebut dan dilihat berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya parti mereka menang.

Husam adalah antara nama disebut-sebut akan mengganti Tokguru Nik Aziz Nik Mat sejak lama dulu. Manakala Mustapa pula tokoh yang diharap menjadi MB Kelantan.

Bagi Mustapa beliau pernah bertanding dua kerusi tahun 2004, di Air Lanas sebagai persiapan menjadi MB dan satu lagi di kerusi Parlimen Jeli, kedua-dua menang. Berbeza dengan Husam inilah kali pertama beliau bertanding dua kerusi.

Langkah Husam itu disandarkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia beliau akan dilantik menjadi menteri. Hanya Husam yang dilihat susuk bertaraf nasional selain Nik Aziz. Dalam pada itu sebagai Exco kanan Kelantan beliau juga diharapkan mengganti Tokguru Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Kemungkinan seorang lagi ahli politik yang akan bertanding dua kerusi ialah Inchek Ibrahim Ali. Sekiranya tokoh lompat parti negara ini tidak mendapat laluan oleh BN untuk kerusi parlimen Pasir Mas, besar kemungkinan Inchek Ibrahim akan bertanding di parlimen Pasir Mas mempertahankan kerusi yang dimenangi atas tikit PAS dan kerusi DUN Tendong yang merupakan kubu kuatnya.

Kalau ini menjadi kenyataan bermakna tiga tokoh politik Kelantan akan bertanding dua kerusi state dan parlimen. Dan ini menjadi sejarah. [kb.kwl.12:21 am 18/04/13]

Senarai Calon PAS Kelantan

Posted: 17 Apr 2013 08:56 AM PDT

Berikut ialah calon PAS untuk kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

P19 TUMPAT: Kamarudin Jaaffar.
N1 Pengkalan Kubur: Prof Shahrum (PKR)
N2 Kelaboran: Mohd Zaki Ibrahim.
N3 Pasir Pekan: Ahmad Yaacob.
N4 Wakaf Baru Che Abdullah Nawi.

P20 PENGKALAN CHEPA: Dr Izani Hussein.
N5 Kijang: Wan Ubaidah Wan Omar.
N6 Chempaka: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
N7 Panchor: Mohd Amar Nik Abdullah.

P21 KOTA BHARU: Takiyuddin Hassan.
N8 Tanjung Mas: Rohani Ibrahim.
N9 Kota Lama: Annuar Tan Abdullah.
N10 Bunut Payung: Dr Ramli Mohamad.

P22 PASIR MAS: Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
N11 Tendong: Rozi Mohamad.
N12 Pengkalan Pasir: Hanifa Ahmad.
N13 Chetok: Abdul Halim Abdul Rahman.

P23 RANTAU PANJANG: Lupa pula...
N14 Meranti: Nasaruddin Daud.
N15 Gual Periok: Ahmad Awang.
N16 Bukut Tuku: Abdul Rasol.

P24 KUBANG KERIAN: Ahmad Baihayaqi Atikullah.
N17 Salor: Husam Musa.
N18 Pasir Tumbuh: Abdul Rahman Yunus.
N19 Demit: Muntaz Nawi.

P25 BACHOK: Marzub Shaari.
N20 Tawang: Hassan Mahmood.
N21: Perupok: Huzamy.
N22: Jelawat: Abdul Aziz Kadir.

P26 KETEREH: ... (PKR).
N23 Melor: Dr begapa nama tak tahu yang dijumpai Nik Amar di Maroco menurut Wan Ismail.
N24 Kadok: Hazami.
N25 Kok Lanas: Nik Mahadi Nik Mahmod.

P27 TANAH MERAH: Nik Mahmod (PKR).
N26 Bukit Panau: Abdul Fatah Mahmood.
N27 Gual Ipoh: Wan Yusuf Wan Mustafa.
N28 Kemahang: Mejar Anizan Abdul Rahman.

P28 PASIR PUTEH: Nik Mazian Nik Mohamaed.
N29 Selising: Saiful Baharin.
N30 Limbongan: Nabalang.
N31 Semerak: Wan Hassan Wan Ibrahim.
N32 Gaal: Entah nama apa?

P29 MACHANG: Dr Wan Zawawi (PKR).
N33 Pulai Chondong: Zulkefli Mamat.
N34 Temangan: Dr Mohd Fadzli Hassan.
N35 Kemuning: Ustaz Li.

P30 JELI: Apandi Mohamad.
N36 Bukit Bunga: Suply Razak.
N37 Air Lanas: Abdullah Yaacob.
N38 Kuala Balah: PRK.

P31 KUALA KRAI: Dr Mohd Hatta Ramli.
N39 Mengkebang: Abdul Latif Abdul Rahman.
N40 Guchil: Che Rosli (PKR).
N41 Manek Urai: Fauzi Abdullah.
N42 Dabong: Tok Iman Zaki.

P31 GUA MUSANG: Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
N43 Nenggeri: PKR.
N44 Paloh: PKR
N45 Galas: Abdullah Hussein.

# Warna merah muka baru.

[kb.kel.12:01 am 18/04/13]

Tiada ulasan: