Kerabu Bersuara ® |
- LIVE Himpunan Pra K - Kelantanku Hijau KEKAL dari Jeli Kelantan
- Live Dari Jeli, Gambar TG Nik Aziz Sedang Berucap
- Azmin Ali: Cukuplah! Kita Rehatkan UMNO & Barisan Nasional
- Manifesto BN dokumen akujanji, kata Najib
- Masjid Geluk, P.Mas Kelantan Dipenuhi Jemaah Bersama Anwar
- Gambar TG Nik Aziz Bersiap Ke Jeli Bersama Anwar
- Duta Lucah Seks Bn Mohon Maaf?
- Ibrahim Ali akan dedah rahsia mengejutkan
- Azizan Jawab Isu Jatuh Tangga
- Umno Mempergunakan MUSLIMAT Pas Untuk Kempen?
LIVE Himpunan Pra K - Kelantanku Hijau KEKAL dari Jeli Kelantan Posted: 06 Apr 2013 08:17 AM PDT |
Live Dari Jeli, Gambar TG Nik Aziz Sedang Berucap Posted: 06 Apr 2013 08:14 AM PDT Allahuakhbar! |
Azmin Ali: Cukuplah! Kita Rehatkan UMNO & Barisan Nasional Posted: 06 Apr 2013 08:11 AM PDT |
Manifesto BN dokumen akujanji, kata Najib Posted: 06 Apr 2013 08:09 AM PDT KUALA LUMPUR - Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai. "Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini. Najib berkata, oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu. "Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat," katanya. "Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru. "Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya. Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah "fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak. "Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," katanya. Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik. Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13. Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN. Pelancaran manifesto pada malam ini turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV3 dan Astro Awani. - Bernama |
Masjid Geluk, P.Mas Kelantan Dipenuhi Jemaah Bersama Anwar Posted: 06 Apr 2013 05:30 AM PDT MediaRakyat Jemaah melimpah keluar di Masjid Geluk, Pasir Mas DS Anwar Ibrahim terpaksa solat di luar sebelum tazkirah |
Gambar TG Nik Aziz Bersiap Ke Jeli Bersama Anwar Posted: 06 Apr 2013 03:45 AM PDT Allahuakhbar! |
Duta Lucah Seks Bn Mohon Maaf? Posted: 06 Apr 2013 12:52 AM PDT |
Ibrahim Ali akan dedah rahsia mengejutkan Posted: 05 Apr 2013 08:30 PM PDT Dua 'rahsia' yang boleh 'mengejutkan' rakyat Malaysia akan didedahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali selepas hari penamaan calon pilihan raya umum ke-13. Katanya rahsia tentang pemilikan aset pemimpin pembangkang tertentu dan tentang kerjasama antara parti-parti pembangkang itu, boleh menggugat keyakinan para penyokong terhadap parti pembangkang. "Saya mempunyai maklumat tentang dua rahsia ini iaitu berhubung masalah kerjasama antara PAS, DAP dan PKR serta maklumat tentang pemimpin tertentu yang menguasai aset tertentu dalam pakatan pembangkang tetapi tidak boleh didedahkan sekarang...dua perkara itu juga dijangka mampu mengejutkan rakyat Malaysia. "Saya akan serahkan maklumat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin pada malam esok dan terpulang pada beliau (Perdana Menteri) sama ada akan mendedahkannya atau tidak. "Namun saya sendiri akan mendedahkannya sekiranya beliau tidak berbuat demikian. Saya berani pikul tanggungjawab itu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur. Beliau sebelum itu membuat laporan polis berhubung kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya untuk menghantar berita-berita tidak benar mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini. Ibrahim juga mengesahkan bahawa beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas, Kelantan, namun masih merahsiakan nama parti politik yang akan diwakilinya. Beliau berkeyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan kerana pemerintahan PAS selama 23 tahun tidak menunjukkan prestasi yang baik. Ibrahim juga yakin rakyat Kelantan yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur sudah dapat menentukan kepimpinan yang bakal dipilih untuk mentadbir Kelantan di masa akan datang. Berhubung laporan polis yang dibuatnya petang ini, Ibrahim menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dan seterusnya merujuk kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab. "Tindakan ini dilihat cuba untuk mensabotaj saya... saya buat laporan ini bagi melindungi diri saya sebab macam-macam perkara boleh dikeluarkan dalam akaun ini dan mungkin boleh mengelirukan orang ramai memandangkan pilihan raya sudah hampir," katanya. - Bernama |
Posted: 05 Apr 2013 08:08 PM PDT MB Kedah sifatkan insiden jatuh 'petanda baik' Wartawan Sinar Harian ALOR SETAR - Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali sakit selepas jatuh kelmarin di Kuala Lumpur, terjawab apabila beliau kelihatan sihat ketika hadir di Istana Anak Bukit bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dun Kedah. Beberapa akhbar dan blog kelmarin melaporkan, mengenai Azizan dikatakan jatuh ketika menuruni anak tangga selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di Petaling Jaya. Malah ada yang mendakwa Azizan kini nazak dan kembali sakit sejurus kejadian itu. Azizan ketika ditanya perkara itu sebaliknya hanya ketawa kecil, sambil menyifatkan 'itu petanda baik'. "Orang nak menang pilihan raya memang macam tu, pijak anak tangga kedua terus, langkau satu anak tangga," katanya. Menurutnya, beliau tergelincir kerana anak tangga itu diperbuat daripada batu marble, menyebabkan pandangannya terganggu. "Saya tergelincir sahaja. Kereta empat tayar pun boleh terbalik, takkan manusia dua kaki jatuh pun jadi isu. Saya tidak biasa dengan tempat tu, nampak sahaja kereta, terus pijak langkau anak tangga. Ada pula tulis saya pengsan, tak betul tu," katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Azizan menuruni tangga ibu pejabat PKR menuju ke kenderaannya tetapi tiba-tiba tersadung sesuatu lalu hampir terjatuh. |
Umno Mempergunakan MUSLIMAT Pas Untuk Kempen? Posted: 05 Apr 2013 06:25 PM PDT Waraknya MUSLIMAT UMNO.... bersemangatnya MUSLIMAT PAS... |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan