Sabtu, 6 April 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib 'langgar' peraturan kerajaan sementara?

Posted: 06 Apr 2013 04:30 AM PDT

Salmiyah Harun,


KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Trasparency International Malaysia pada 20 April lalu disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.

Ini kerana, baru sahaja empat hari parlimen dibubarkan, semalam Najib Tun Razak pula mengumumkan tiga projek pembangunan di Cyberjaya membabitkan kos keseluruhan mencecah RM8 bilion bermula tahun ini.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar,  Najib telah menipu rakyat negara ini dengan apa yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Katanya, Najib dilihat telah menyalahgunakan kuasa apabila mengumumkan projek berskala mega sedangkan ianya penyalahi garis panduan kerajaan sementara.

"Sepatutnya dia tidak ada hak untuk mengumumkan apa-apa projek dan dia hanya boleh buat urusan pentadbiran sahaja misalnya soal gaji kakitangan awam," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut meminta rakyat negara ini melihat sendiri pemimpin parti dan kerajaan BN yang secara terang-terangan telah membohongi mereka.

"Adakah rakyat Malaysia masih ingin memilih pemimpin dan kerajaan yang pembohong?" soal Mahfuz.

Semalam, Najib mengumumkan tiga projek iaitu merangkumi  pembinaan sebuah masjid, 2,500 unit rumah kediaman termasuk 794 unit di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta pembangunan pusat bandar Cyberjaya.

Perdana Menteri berkata, pembinaan masjid bernilai RM62 juta yang mampu memuatkan 8,500 jemaah akan dibina di atas tapak seluas 6.8 hektar dan dijangka siap pada 2015.

Selain pembinaan masjid, Perdana Menteri turut mengumumkan pembangunan projek perumahan di tapak seluas 43.6 hektar dengan kos RM1.2 bilion.

Katanya, sebanyak 2,500 unit rumah dan komersial akan dibina dalam satu persekitaran unik dan kondusif pada harga mampu milik untuk rakyat kategori profesional dan pendapatan sederhana berharga antara RM220,000 dan RM250,000.

Tuduhan Manifesto Pakatan lonjak defisit negara tak berasas

Posted: 06 Apr 2013 04:21 AM PDT

DETIK DAILY
Peimpin Umno terus mencari jalan untuk memburuk-burukkan Manifesto Rakyat yang sangat menguntungkan rakyat.

Dakwaan Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah kononnya pelaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat akan melonjakkan defisit negara ke paras 11.5 peratus sebagai tidak berasas dan tidak masuk akal.

Husni dalam kenyataan 29 Mac lalu turut mendakwa kononnya Manifesto Pakatan akan meningkatkan hutang kerajaan sehingga 62.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 54.6 peratus di bawah pentadbiran Kerajaan Umno-BN.

Dakwaan itu dibuat tanpa membentangkan sebarang data atau perkiraan. Berbeza dengan disiplin Pakatan yang sentiasa mempertahankan rancangan ekonominya menggunakan fakta dan data yang jelas.

Rakyat kini menuntut mana-mana parti politik yang membentangkan dasarnya agar turut menyertakan analisa lengkap sebagai bukti agar ia boleh dikaji dan dikritik.

Ini dibuat secara terperinci oleh Pakatan, sejurus selepas Manifesto Rakyat dibentang, analisa lengkap kos setiap program turut dibentangkan.

Husni pula sehingga kini masih belum mampu menampilkan analisa yang menunjukkan kirakira kewangan. Masalah defisit negara yang berpanjangan sejak 1998 sebenarnya bermula dan diwariskan oleh pengurusan Kerajaan Umno-BN.

Walaupun hasil negara bertambah mendadak terutamanya dengan kenaikan harga minyak mentah sejak 2008, BN tidak menggunakan peluang itu untuk memotong defisit, sebaliknya ia dijadikan alasan untuk berboros sehingga defisit kekal tinggi.

Menyanggah dakwaan Husni berhubung hutang negara Pakatan menyifatkan perbelanjaan tidak terkawal Umno-BN menyebabkan hutang negara mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada paras 54.6 peratus daripada KDNK, iaitu hanya 0.4 peratus dari had hutang yang dibenarkan.

Perbelanjaan tidak terkawal ini dapat dibuktikan dengan rekod buruk BN yang berbelanja melebihi belanjawan yang diluluskan setiap tahun.

Pakatan hanya perlu menghentikan amalan berbelanja tanpa kelulusan, hentikan ketirisan dan memacu ekonomi supaya hasil negara meningkat.

Kenyataan Husni kononnya Kerajaan Umno-BN tidak berhutang untuk membayar gaji penjawat awam serta kos operasi kerajaan turut dibidas.

Kenyataan itu tidak tepat, ia hanya dapat dilakukan kerana Umno-BN menggunakan dana Petronas secara tidak terkawal.

Tanpa dana tersebut, BN terpaksa berhutang bermula dari 2005 lagi.

Tidak cukup dengan itu, ada segelintir yang terkeliru dengan kos untuk menurunkan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat seperti yang diuar-uarkan oleh Pakatan Rakyat.

Kebanyakan mereka terpengaruh dengan beberapa angka yang ditimbulkan oleh propaganda Umno, terutamanya setelah Pakatan membentangkan bagaimana dasar ini akan dibiayai dan kesannya kepada rakyat.

Untuk memastikan pembaca benar-benar faham hubungkait di antara cukai eksais, cukai import, cukai jualan dan AP dengan harga kereta, wajarlah rakyat membaca panduan yang telah disediakan untuk menjawab kenyataan Dato' Mukhriz Mahathir suatu ketika dahulu.

Apabila rakyat menghadam panduan itu, barulah boleh memahami bahawa AP tidak mempengaruhi kereta terbanyak yang 90 peratus tidak dikenakan AP kerana dipasang di Malaysia. AP ini adalah cukai untuk kereta mewah yang dibawa masuk ke Malaysia.

Sistem AP diteruskan oleh Kerajaan Umno-BN untuk memberi keuntungan kepada kroni tertentu walaupun bertentangan dengan peraturan perdagangan bebas yang ditandatangani dengan WTO dan AFTA.
Sebab itu, AP hanya boleh dilaksanakan sehingga 2015 seperti yang dipersetujui oleh Kerajaan Umno-BN sendiri.

Bertitik tolak dari sinilah, maka kesempatan ini digunakan untuk memaksimakan pendapatan negara dalam tempoh tiga tahun, agar peruntukan tahunan untuk mengimbangi kekurangan hasil apabila cukai eksais dipotong adalah rendah.

Oleh yang demikian, rancangan Pakatan adalah:
1. Memotong cukai secara berperingkat 20% setiap tahun.
2. Menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan AP.
3. Memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan.

Perkara ini ditunjukkan dengan jelas dalam pembentangan kos program Pakatan di dalam forumforum dan pihak media.

Persoalannya: Apakah kita tidak mampu menabung RM2 bilion setiap tahun bagi tahun 2013-2014 supaya aliran tunai berimbang apabila potongan cukai mencecah 60 peratus dalam tahun 2015, sedangkan Kerajaan Umno-BN membelanjakan ratusan bilion untuk projek mega?

Itu pun kalau Pakatan mahu memastikan pendapatan dari cukai eksais diganti agar aliran tunai kerajaan berimbang sepanjang masa.

Kerajaan Umno-BN selalunya mengambil jalan yang lebih nakal – terus berhutang dan membiarkan aliran tunai negara defisit sepanjang masa, sejak zaman Tun Mahathir lagi!

Umno-BN peralat 24 jam, Pakatan hanya 10 minit

Posted: 06 Apr 2013 04:19 AM PDT



Oleh ARIF ATAN 

KUALA LUMPUR: PAS menyelar tuduhan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim kononnya Pakatan Rakyat angkuh menolak apa yang dianggapnya "tawaran" untuk semua parti politik membentangkan Manifesto PRU13 menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Rais sebagai menteri harus lebih rasional dan wajar malu dengan pelawaan main-main itu pada ketika Umno- BN sudah 24 jam menguasai media perdana.

"Kita menolak bukan kerana angkuh. Kita sebagai parti berdaftar dan diterima rakyat ada maruah. RTM hak rakyat bukannya milik Umno-BN.

"10 minit itu cuma boleh siar dua lagu sahaja. Itu pun kalau lagu Melayu, kalau lagu Hindustan satu lagu saja.

"Tempoh itu langsung tidak munasabah untuk Pakatan Rakyat membentangkan manifestonya," tegas beliau ketika dihubungi , Selasa lalu.

Pada 22 Mac lalu, Rais memberitahu pembentangan manifesto 10 minit itu akan dirakam terlebih dahulu tetapi kesemua komponen Pakatan Rakyat menolak pelawaan tersebut dua hari selepas itu.

Konvoi Anak Muda Tolak Umno BN di Johor, esok

Posted: 06 Apr 2013 04:07 AM PDT

Harakahdaily,



KUALA LUMPUR: Anak muda khususnya di Johor diseru untuk turun konvoi bersama-sama Gelombang Anak Muda Umno BN (Tolak), esok.

"Sehingga hari ini seluruh negeri sudah bangkit dan bersedia menyahut seruan Gelombang Anak Muda Umno BN (Tolak) ini, kita harap Johor tidak terkecuali untuk bersama dalam arus perubahan ini," ujar Pengerusi Tolak, Azan Safar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Johor melakukan perubahan yang lebih berani kali ini sebagai harapan baru untuk anak muda Malaysia

Program esok bermula  9.00 pagi iaitu berkumpul di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid,  Taman Universiti, Skudai sebelum bergerak ke City Plaza, Plaza Angsana, Johor Bharu Central, Kip Mart, Tampoi.

Konvoi Gelombang Anak Muda Umno BN itu mensasarkan 300 orang anak muda dan berpakaian baju hitam.

PBB dijangka hanya tukar seorang calon

Posted: 06 Apr 2013 04:05 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Sebahagian besar penyandang kerusi Parlimen di Sarawak dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka dikekalkan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan parti itu hanya mengetengahkan seorang calon baharu, iaitu seorang wanita.

Ketua Menteri dan Presiden PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ketika memberi gambaran itu, berkata senarai calon telahpun siap dan hanya menanti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan senarai akhir.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia di Le'Park Pusat Integrasi Bersepadu Kuching di sini hari ini.

Sebelum ini seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan, satu daripada 14 kerusi yang akan dipertahankan PBB pada PRU-13.

Ketika ini PBB mempunyai tiga anggota parlimen wanita iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim yang juga Anggota Parlimen Batang Lupar, Nancy Shukri (Batang Sadong) dan Norah Abdul Rahman (Tanjong Manis).

Sebanyak 29 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dikuasai BN, PBB (14), Parti Rakyat Sarawak (PRS) (enam), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) (lima) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) (empat) manakala dua lagi dikuasai parti pembangkang DAP.

Dalam pilihan raya Parlimen 2008, BN Sarawak memenangi 30 daripada 31 kerusi dan kalah satu lagi kerusi kepada DAP dalam pilihan raya kecil Sibu pada 2010.- Bernama

Minda Pondok cabar Nik Aziz, Hadi debat lagi

Posted: 06 Apr 2013 04:01 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Minda Pondok-Pondok Negeri Kelantan sekali lagi mempelawa pemimpin Pas terutamanya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya berdebat dengan mereka bagi mencari penyelesaian berhubung isu mengkafir dan fatwa pelik yang sering dikeluarkan sehingga mengelirukan umat Islam di negara ini.

Pengerusinya Zainal Abidin Awang berkata mereka mahu berdebat dengan Nik Abdul Aziz atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana sering mengeluarkan kenyataan pelik yang dianggap sebagai fatwa oleh pengikut PAS selama ini.

"Dah dua tahun sejak tahun 2011 saya mengajak pemimpin PAS terutama Nik Aziz Nik Mat mengadakan debat tetapi mereka langsung tidak menyambut pelawaan kami malah terus mengeluarkan pelbagai fatwa mereka sendiri dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah bertajuk "Tujuh Dalil Haram Undi PAS" di hadapan lebih 5,000 hadirin di Jerteh Souq di Besut malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain .

Mengenai 'fatwa' terbaharu Nik Aziz bahawa 'Solat orang UMNO tak dapat pahala", beliau berkata soal itu hanya ditentukan oleh Allah semata-mata dan bukan Nik Aziz.

Zainal Abidin juga meminta PAS menunjukkan bukti dan fakta dan bukan setakat membuat tohmahan bahawa mereka menentang Umno kerana parti itu menolak Islam sedangkan pemimpin Umno selama ini tidak pernah menolak Islam.

Ia adalah semata-mata dakwaan Nik Aziz yang mahukan pengikut dan umat Islam membenci Umno dan pemerintah, katanya sambil menambah bahawa PAS sendiri menukar agenda menegakkan negara Islam menjadi negara berkebajikan selepas bersekongkol dengan DAP.

Beliau juga menasihatkan penyokong PAS yang tenggelam dalam pengaruh parti itu supaya bersikap lebih terbuka dalam isu ini demi masa depan Islam dan menolak Parti Ajaran Sesat (PAS) itu.

Sementara itu, ketika berceramah Zainal Abidin berkata antara dalil haram undi PAS adalah berikutan beberapa tindakan parti itu kebelakangan ini termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam dan sering mengeluarkan fatwa-fatwa yang bercanggah dengan Islam dari semasa ke semasa.- Bernama

Dr M akan kempen untuk Ibrahim Ali di Kelantan

Posted: 06 Apr 2013 03:57 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa BN memberikan laluan kepada Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali bertanding dalam pilihan raya umum menggunakan tiket parti itu.

Beliau malah berikrar akan turun ke Kelantan bagi membantu memenangkan Ibrahim yang sebelum ini menggunakan lambang PAS.

Kes dadah, rumah polis ditembak bertalu-talu di Seremban

Posted: 06 Apr 2013 03:55 AM PDT

SINAR HARIAN

SEREMBAN - Seorang pegawai polis dan keluarganya berdepan detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Taman Seremban Jaya, di sini ditembak bertalu-talu oleh dua lelaki, malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pegawai polis berkenaan sedang tidur manakala isteri dan dua anaknya sedang menonton televisyen.

Jurucakap polis berkata, sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut pegawai polis terbabit terjaga dari tidur dan terus menyelamatkan anak serta isterinya yang berada dalam keadaan ketakutan.

"Apabila tembakan itu berhenti anggota polis berkenaan terus meninjau di luar rumah dan melihat dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC melarikan diri," katanya di sini hari ini.

Katanya, hasil siasatan polis menemui sembilan kelongsong peluru di hadapan rumah mangsa dan dipercayai pistol yang digunakan adalah jenis Walters 9 milimeter.

Katanya, tembakan rambang itu tidak mengenai mangsa dan keluarganya sebaliknya beberapa bahagian rumah seperti siling di ruang tamu dan pintu rumah mangsa.

"Kita syaki kejadian ini ada kaitan dengan satu ugutan yang diterima mangsa berhubung dengan satu tangkapan berkaitan dengan dadah baru-baru ini dan buat masa ini kita menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk memburu suspek yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamarudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama

MB Kedah sifatkan insiden jatuh ‘petanda baik’

Posted: 06 Apr 2013 03:54 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
Azizan Abdul Razak
Azizan
 
ALOR SETAR - Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali sakit selepas jatuh kelmarin di Kuala Lumpur, terjawab apabila beliau kelihatan sihat ketika hadir di Istana Anak Bukit bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dun Kedah.

Beberapa akhbar dan blog kelmarin melaporkan, mengenai Azizan dikatakan jatuh ketika menuruni anak tangga selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di Petaling Jaya.

Malah ada yang mendakwa Azizan kini nazak dan kembali sakit sejurus kejadian itu.

Azizan ketika ditanya perkara itu sebaliknya hanya ketawa kecil, sambil menyifatkan 'itu petanda baik'.

"Orang nak menang pilihan raya memang macam tu, pijak anak tangga kedua terus, langkau satu anak tangga," katanya.

Menurutnya, beliau tergelincir kerana anak tangga itu diperbuat daripada batu marble, menyebabkan pandangannya terganggu.

"Saya tergelincir sahaja. Kereta empat tayar pun boleh terbalik, takkan manusia dua kaki jatuh pun jadi isu. Saya tidak biasa dengan tempat tu, nampak sahaja kereta, terus pijak langkau anak tangga. Ada pula tulis saya pengsan, tak betul tu," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Azizan menuruni tangga ibu pejabat PKR menuju ke kenderaannya tetapi tiba-tiba tersadung sesuatu lalu hampir terjatuh.

Pegawai kerajaan tidak sokong BN!

Posted: 06 Apr 2013 03:47 AM PDT

Shahbudin Husin
 
 

Masih ramai yang bercakap mengenai wajah sugul yang dipamerkan Najib ketika beliau mengumumkan pembubaran Parlimen, Rabu lalu. Tidak seperti Mahathir dan Pak Lah dahulu yang riang, ceria dan yakin ketika membuat pengumuman itu, Najib sebaliknya mempamerkan wajahnya yang muram dan tidak manis. Malah Muhyiddin yang ada disebelahnya, jauh lebih ceria dan meyakinkan.

Sepatutnya bila Perdana Menteri mengumumkan tarikh bubarnya Parlimen, beliau seharusnya berwajah ceria dan manis. Ini kerana tarikh yang dipilihnya itu tentulah dibuat setelah mendapat pelbagai maklumat bahawa keadaan berpihak kepadanya. Biasanya hanya setelah semua keadaan ok dan persiapan mencukupi serta harapan kemenangan berada di tahap yang tinggi, barulah Parlimen dibubarkan.

Tetapi PRU ke 13 ini memang lain dari yang lain. Jika Najib menunggu semua keadaan berpihak kepadanya baru hendak mmengumumkan pembubaran Parlimen, barangkali tarikh itu tidak akan muncul sampai bila-bila. Najib tidak akan terjumpa tarikh yang sesuai untuknya dan keadaan memihak kepadanya sebelum membubarkan Parlimen kerana secara umumnya rakyat sudah bersedia sejak lama untuk memberi pengajaran kepada UMNO dan kerajaan. Rakyat mahukan perubahan dan mahu mengakhiri monopoli kuasa oleh UMNO.

Generasi muda dan mereka yang terdedah kepada internet dan maklumat langit terbuka, memang diketahui tidak memihak kepada UMNO dan BN. Mereka begitu skeptikal dan melihat ada saja yang tidak kena yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan sekarang. Isu rasuah, pembaziran, pengumpulan kekayaan keluarga pemimpin dan ekonomi adalah antara isu yang menyebabkan mereka tidak memihak kepada kerajaan.

Generasi muda ini yang terdiri daripada penuntut pusat pengajian tinggi dan mereka yang telah memasuki dunia pekerjaan secara umumnya amat terdedah kepada alat-alat gajet moden dan sering menghabiskan masa santai berjumpa rakan-rakan serta berbual-bual di Starbucks, Coffee Bean dan segala macam kedai kopi atau kopitiam lainnya. Dari wajah-wajah kebanyakan pengunjung di situ, tergambar paparan yang jelas memperlihatkan mereka tidak bersama UMNO dan kerajaan.

Sudahlah pengundi muda ini meliputi jumlah besar daripada 13 juta pengundi, keadaan nampaknya diburukkan lagi oleh kesepakatan di kalangan pengundi bukan Melayu yang begitu solid ke arah perubahan. Walaupun Najib melakukan pelbagai perkara dan mencurahkan bermacam peruntukan kepada mereka ini, keadaan tetap tidak banyak berubah.

Kedudukan pengundi bukan Melayu ini sebenarnya amat membimbangkan UMNO. MCA, MIC dan Gerakan bagai sudah hilang upaya untuk memujuk mereka kembali bersama BN dan kerajaan. MCA kini memiliki 15 kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihanraya lalu dan MCA sampai memberitahu pengundi Cina bahawa mereka tidak akan menyertai kabinet jika kerusi dimenangi kurang daripada itu. Tetapi tindakan itu disifatkan sebagai ugutan oleh pengundi Cina dan mereka memberitahu balik MCA, jangan cuba ugut kami!

Ada pula pemimpin UMNO yang sudah beberapa penggal bertanding berkata, jika kali ini mampu dapat 40 peratus sokongan pengundi Cina pun sudah dianggap terbaik baginya.

Hakikatnya, penolakan pengundi Cina berlaku di mana-mana. Pemimpin PR pula amat yakin pengundi Cina akan bersama mereka. Lim Kit Siang misalnya sanggup berpindah dari kawasan selamat di Ipoh Timur ke Gelang Patah walaupun sedar kawasan itu dimenangi oleh MCA dalam pilihanraya lalu dengan majoriti lebih 5 ribu undi.

Begitu juga Sallahuddin Ayob yang memilih Pulai, Johor yang juga merupakan kawasan yang mempunyai undi campuran dan ramai pengundi Cina.

Sementara kedudukan pengundi Cina merisaukan BN, ia sebaliknya bakal memberi kelebihan kepada PR dan di mana terdapat pengundi Cina melebihi 30 peratus, ia sudah boleh dianggap "lubang maut" bagi BN.
Jika perkara itu yang merisaukan Najib, maka tidak hairanlah beliau kelihatan sugul dan tidak ceria ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari Rabu lalu.

Dalam pada itu, Najib juga mungkin risau memikirkan soal calon dan kemungkinan berlakunya sabotaj di kalangan mereka yang tidak terpilih sebagai calon.

Tetapi jika dihalusi secara mendalam senario politik negara secara keseluruhannya, beban Najib juga diberatkan lagi oleh dua perkara lainnya iaitu kedudukan orang Melayu yang smakin ramai tidak lagi mahu menyokong UMNO dan sentimen pegawai kerajaan yang mungkin menjadi "bom jangka" ketika hari pengundian nanti.

Dulu orang Melayu sinonim dengan UMNO dan ramai yang bangga menjadi ahli UMNO. Ketika ini suasana sudah banyak berubah dan kaitan itu menjadi semakin rapuh terutama di kalangan orang muda dan profesional. Menyokong UMNO sudah dianggap tidak mengikut trend dan poyo, sebaliknya menjadi kritis dan berani menyanggah banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin UMNO kerapkali mengundang pujian dan sanjungan.

Di Johor yang dulunya merupakan kubu kuat UMNO dan sering diungkapkan, letak songkok pun boleh menang pilihanraya. Tetapi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, kebangkitan orang Melayu yang menolak UMNO di Johor begitu memeranjatkan. Banyak program PR mendapat sambutan luar biasa daripada orang Melayu sendiri. Malah pakai songkok tinggi pun tidak boleh membantu lagi.

Dengan campuran kebangkitan Melayu Johor dan kesepakatan pengundi Cina, beberapa pemimpin UMNO Johor sendiri percaya BN akan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang ini. Jika pemimpin PR mensasarkan mampu menawan antara 9 hingga 14 kerusi Parlimen di Johor, ada pula pemimpin UMNO sendiri yang berani bertaruh sekurang-kurangnya 7 kerusi BN akan melayang kali ini.

Satu lagi masalah yang merisaukan Najib ialah kedudukan pegawai kerajaan yang merupakan lebih 1 juta pengundi. Campur dengan pasangan, anak yang sudah layak mengundi dan ada yang beristeri dua, jumlahnya mungkin hampir 3 juta orang.

Dahulu, pegawai kerajaan boleh dikatakan solid memihak kepada kerajaan. Bahkan sering diungkapkan UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO tetapi kini tanggapan itu sudah berubah. UMNO itu UMNO dan kerajaan itu rakyat. Walaupun Najib cuba menabur pelbagai imbuhan dan memberi kenaikan gaji kepada pegawai kerajaan, sentimen penentangan masih lagi kuat di kalangan pegawai kerajaan pelbagai peringkat.

Jika kita rajin berbual dan berkawan rapat dengan mereka, kita pasti akan memahami isi hati dan kecenderungan mereka. Majoritinya kini sudah matang dan dapat membezakan sokongan kepada kerajaan dengan sokongan kepada parti politik. Menjadi pegawai kerajaan tidak semestinya terikat dengan UMNO dan tidak boleh melihat hakikat sebenarnya.

Sesetengahnya menjadi menyampah dengan UMNO kerana perilaku pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan itu sendiri. Sikap pemimpin yang suka mengarah, sombong, mahu itu dan ini dan sebagainya ketika memegang jawatan dalam kerajaan, secara perlahan menyebabkan mereka meragui kemurnian dan suci hati perjuangan UMNO itu sendiri.

Saya sendiri pernah menemui sekumpulan pegawai kerajaan yang baru pulang daripada menghadiri program kementeriannya yang disempurnakan oleh Najib tetapi mereka dengan berani menyanggah hujah yang disampaikan Najib semasa berucap di majlis itu. Mereka dilihat begitu terbuka dan mahukan perubahan walaupun baru berhempas pulas memastikan program yang dihadiri Najib berjalan sempurna.

Kedudukan pegawai kerajaan ini dikuatkan lagi dengan semakin ramainya pesara daripada kalangan pegawai tinggi kerajaan yang menyertai Pas dan PKR sebaik meninggalkan perkhidmatan kerajaan. Ramai pula pesara kerajaan lainnya yang tidak menyertai mana-mana parti setelah bersara tetapi bersikap kritis dan menyanggah pelbagai program Najib. Ditambah dengan beberapa pegawai polis dan tentera yang menyertai pembangkang setelah bersara dan dipilih sebagai calon, yang jelas memperlihatkan arus deras sedang mengalir secara senyap di dalam perkhidmatan kerajaan ketika ini.

Sikap guru-guru juga sudah banyak berubah. Dahulu ramai guru menyertai UMNO dan cenderung menyokong UMNO tetapi kini jumlah yang memihak kepada pembangkang dan mahukan perubahan serta berani hadir di majlis-majlis anjuran PR semakin ramai jumlahnya. Mereka tidak lagi hanya berani dengan murid tetapi juga sudah mula berani menyuarakan keinginan terhadap perubahan dalam masyarakat terbuka.

Jika dihalusi masalah-masalah yang dihadapi Najib ini, mudahlah untuk memahami kenapa terpamer wajah muramnya itu. Pembubaran Parlimen dilakukan ketika banyak masalah belum selesai dan dalam keadaan terpaksa. Beliau membubarkan Parlimen bukannya untuk memperolehi mandat baru tetapi seperti melepaskan mandat yang sedang dipegangnya untuk diambil alih oleh orang lain.

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com

Umno Online: Kajian terbaru, sokongan bagi BN 62%

Posted: 06 Apr 2013 03:42 AM PDT

SINAR HARIAN

PRU13
PRU13
 
SHAH ALAM - Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) hari ini dilihat semakin meningkat berdasarkan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar transformasi politik dan   pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun lalu, lapor Umno Online.

Portal itu memetik pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Samsul Adabi berkata, berdasarkan kajian Majlis Professor Negara, sokongan rakyat terhadap BN kini sudah meningkat lebih 62 peratus.

"Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaya dan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, peratusan sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat dari masa ke sama dan peratusan terbarunya mencecah 62 peratus.

"Berdasarkan kajian ini, ia memberikan mesej yang cukup jelas dan saya berkeyakinan peluang BN untuk menang dengan tahap selesa amat cerah," kata beliau.

Jelas beliau, ini berikutan kejayaan gagasan 1Malaysia dan dasar transformasi politik dan kerajaan dibawa Najib yang dilihat sebagai keprihatinan kerajaan terhadap rakyat secara berterusan.

"Sebagai contoh gagasan 1Malaysia beserta program-program yang memberikan bantuan secara langsung kepada rakyat akar umbi telah banyak membantu menguatkan sokongan rakyat terhadap BN," ujarnya.

Selain faktor tersebut, isu-isu yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat (PR) juga dilihat sebagai salah satu sebab mengapa sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat.

"Isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang hanyalah isu-isu sampingan dan bukan isu yang menyentuh induk pemerintahan. Contohnya isu rasuah, ia hanya melibatkan sesetengah individu tertentu dan bukannya pada pemerintahan pusat.

"Apatah lagi apabila pembangkang membuat kenyataan tentang isu Lahad Datu itu satu sandiwara yang ternyata bertentangan dengan pemikiran rasional rakyat.

"Begitu juga dengan manifesto Pakatan Pembangkang yang dilihat tidak bersifat realistik," ujarnya.

Undurkan Taib Mahmud atau mansuh SPRM

Posted: 06 Apr 2013 03:39 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPURc: Perdana menteri patut menggesa Tan Sri Abdul Taib Mahmud berundur kerana enggan memberi kerjasama kepada SPRM bagi menyiasat penyalahgunaan lesen pembalakan anggota keluarga ketua menteri Sarawak itu.

Jika tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Datuk Seri Najib Razak lebih baik memansuhkan sahaja suruhanjaya itu kerana gagal menjalankan tugasnya.

Taib Mahmud

"Bukan sahaja tidak bekerjasama dan menjawab dakwaan itu, Taib sebaliknya pilih menyerang SPRM,"

"Jika Taib tidak berundur, Najib patut mansuhkan sahaja SPRM, ekoran SPRM bukan ditubuhkan untuk menentang rasuah tetapi melindungi rasuah," kata Lim dalam kenyataannya.

Taib pada Khamis lalu berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan SPRM berhubung satu video yang didedah NGO antarabangsa, Global Witness.

Rakaman video itu Mac lalu membongkar skandal pembalakan melibatkan keluarganya yang merampas tanah pedalaman didiami rakyat miskin Sarawak.

Berkongsi pendapat sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar  turut meminta Najib membubarkan SPRM jika tidak berani mengambil tindakan.

"Adakah Najib lebih mementingkan 27 kerusi Parlimen di Sarawak sehingga Taib Mahmud tidak boleh disentuh? Bukankah seorang PM itu bersumpah untuk menegakkan kedaulatan undang-undang," tegasnya.

Di bawah Seksyen 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan untuk bekerjasama dengan SPRM boleh dihukum denda maksima RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua pula berkata, Taib cuba mengatasi undang-undang hingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.

"Tindakan transformasi Najib untuk membanteras rasuah juga adalah satu lakonan semata-mata," katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan siasatan dijalankan ke atas video tersebut yang antara lain merakam percakapan ahli keluarga Taib dan rakan perniagaannya yang menyalahgunakan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri.

SPRM dilapor turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu.

Posted: 06 Apr 2013 03:34 AM PDT

Bentang manifesto: Pakatan Rakyat 10 minit, BN siaran langsung

KUALA LUMPUR: Ketika Pakatan Rakyat bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentang manifesto kepada rakyat, Umno Bn mendapat siaran langsung di media arus perdana.

"Agak lucu kerana Umno tawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk bentangkan manifesto (secara rakaman)," kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

mANIFESTO RAKYAT

Manifesto BN akan dilancarkan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil malam ini, disiar RTM secara langsung sedangkan Menteri Penerangan, Daruk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya memberi 10 minit untuk Pakatan Rakyat membentang manifesto.

Johari mempersoal kewajaran siaran langsung itu kerana kerajaan sedia ada bersifat kerajaan sementara sekali gus bermakna Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan untuk kerja parti.

"Adakah Umno BN bayar atau tidak kepada RTM kerana guna fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, Umno BN tidak boleh menggunakannya tujuan kerja parti," katanya dipetik TV Selangor.(FZL)

PRU13 catat sejarah, peluang PR terbuka luas

Posted: 06 Apr 2013 03:32 AM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Bubar Dun dan Adun
.
SHAH ALAM - Pembubaran Dewan Rakyat yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai pilihan raya paling bersejarah di negara ini oleh pemerhati politik.

Menurut Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, ini adalah satu-satunya pilihan raya yang meletakkan pembangkang dalam keadaan lebih bersedia untuk bertempur bagi menawan tampuk kuasa.

"Biasanya pilihan raya diadakan mengejut. Pembangkang mahu pun Pakatan Rakyat selalunya tidak bersedia. Tetapi kali ini saya difahamkan, ada calon pembangkang ini yang sudah tahu awal jadi calon, sudah menyiapkan poster mereka.

"Dalam satu keadaan mereka mungkin lebih bersedia daripada BN," ujar beliau kepada Sinar Harian Online.

Pada pilihan raya lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) menerima satu kejutan apabila gagal mempertahankan majoriti kerusi dua pertiga di Dewan Rakyat.

Kenangan paling pahit buat BN apabila Selangor yang merupakan negeri terkaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR).

Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan  Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.

Ketika Parlimen dibubarkan Rabu lalu, komposisi di Dewan Rakyat ialah BN menguasai 137 kerusi, DAP (29), Pas (23), PKR 23 kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. Untuk rekod, selepas Pilihan Raya Umum 2008, 16 pilihan raya kecil yang diadakan dimenangi secara sama rata oleh BN dan PR.

Ini menambah cakap-cakap bahawa ini adalah pilihan raya paling sengit.

Mengulas lanjut, Redzuan berkata, pihaknya sudah melakukan kajian meliputi 23 kerusi panas pada pilihan raya kali ini bagi melihat peluang kedua-duanya parti ini kelak.

"Antaranya seperti Pandan dan Lembah Pantai," ujar beliau.

Sementara itu, menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Sufian, mana-mana parti yang mendahului dalam isu nasional berpeluang menang dalam medan tempur ini.

"Ini adalah pertembungan dua idea yang begitu berbeza.

"Dari segi perspektif pilihan raya, benar calon main peranan tetapi calon baru yang tidak dikenali, orang-orang yang tidak ada pengalaman agak sukar untuk mereka ini bersaing pada kali ini," ujarnya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, tempoh masa yang agak lama diambil bagi membubarkan Parlimen memberi peluang kepada pakatan pembangkang mempersiapkan jenteranya bagi melawan kekuatan Umno-BN.

"Pihak Pakatan Rakyat, mereka sudah mencari dan merekrut, meletakkan orang-orang yang agak berpengalaman dan berpengaruh sebagai calon," katanya.

BN dan PR juga katanya dilihat mengamalkan pendekatan yang agak berbeza dalam usaha mendekati seterusnya menawan hati pengundi mengikut kelompok sasaran masing-masing.

"BN kalau kita lihat menguasai media arus perdana dan di peringkat akar umbi tetapi pembangkang pula mereka agak aktif dan bertenaga di sosial-sosial media. Tetapi kalau kita lihat kepada perkara lain, BN memang ada kelebihan," katanya.

Mengulas mengenai kesediaan pihak pemerhati menjalankan kajian dan analisis pilihan raya, Ibrahim berkata, tumpuan lebih diberikan kepada kerusi-kerusi yang mempunyai rekod sebelum ini.

"Kerusi-kerusi yang kita perhatikan adalah kerusi-kerusi yang sebelum ini ada pergaduhan atau cetus kontroversi.

"Kita juga memerhatikan kawasan-kawasan yang banyak pertambahan bilangan pengundi," katanya.

Antara kawasan yang menjadi perhatian di sekitar Lembah Klang ialah Shah Alam, Hulu Langat, Subang dan beberapa kawasan lagi.

Merdeka Center merupakan salah satu pemerhati pilihan raya yang dilantik oleh SPR. Enam NGO dilantik oleh SPR bagi tujuan itu.

Sebuah lagi badan NGO yang dilantik oleh SPR sebagai pemerhati pilihan raya ialah Ideas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Saiful Wan Jan ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, Malaysia akan menyaksikan pertempuran pilihan raya paling hebat - yang tidak pernah disaksikan sebelum ini - pada PRU13 ini.

"Selama ini kita menyaksikan parti-parti lain atau pembangkang tidak pernah ada peluang selain Barisan Nasional. Tetapi tidak kali ini," ujar beliau.

Menurut Wan Saiful, sebagai pemerhati yang dilantik oleh SPR, pihaknya akan menumpukan kepada 102 kerusi sama ada di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Yang menjadi tumpuan antara 50-60 kerusi yang merupakan kerusi agak panas.

"Fokus negeri ialah di Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Johor," ujar Wan Saiful lagi.

Jelasnya, tumpuan tentunya akan diberikan kepada kerusi-kerusi yang akan ditandingi pimpinan-pimpinan penting juga seperti Parlimen Pekan dan Pagoh misalnya.

Walaupun hanya menang 140 kerusi pada pilihan raya umum lalu, BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkeyakinan mampu memperoleh kemenangan dengan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kali ini seterusnya mempertahankan kuasa di Putrajaya.

Sementara pembangkang pula yang diwakili oleh Pas, PKR dan DAP yakin dapat menakluk Putrajaya kerana dasar-dasar yang dibawa dilihat memberikan kehidupan dan alternatif kepada rakyat Malaysia.

Ghani: Saya serah kepada PM

Posted: 06 Apr 2013 03:28 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Datuk Abdul Ghani Othman
Datuk Abdul Ghani Othman 
 
JOHOR BAHRU - "Serahkan kepada parti (Barisan Nasional) untuk putuskan. Serom, terpulang kepada Perdana Menteri punya pertimbangan."   

Demikian reaksi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman ketika diminta mengulas desas-desus kononnya beliau akan bertanding menentang veteran DAP Lim Kit Siang bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13.

Walaupun diasak bertalu-talu oleh pemberita sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Serom atau bertanding di tempat baharu, Abdul Ghani dengan tenang menyatakan beliau menyerahkan semuanya untuk pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Datuk Seri Najib akan meneliti semua calon yang telah dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Sikh di sini hari ini.

Sejak perdana menteri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada Rabu lepas, Abdul Ghani mengelak bertemu media lebih-lebih lagi apabila terdapat spekulasi beliau bakal melepaskan jawatan nombor satu dalam negeri Johor itu bagi memberi
laluan kepada muka baru. 
  
Abdul Ghani yang merupakan Adun Serom dan hampir empat penggal memegang jawatan Menteri Besar, dikatakan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah kerana disifatkan calon paling layak menentang Kit Siang.

Berikutan itu, beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan beliau sebagai Menteri Besar antaranya Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang.

Mengenai senarai calon Barisan Nasional (BN) di negeri ini, Abdul Ghani berkata, ia akan diumumkan lebih awal selaras dengan kenyataan Najib bahawa nama calon BN akan diumumkan seminggu sebelum hari penamaan calon.

"Sebelum ini kita umum sehari sebelum penamaan calon sebab kita dapat senarai (nama) dua hari sebelum penamaan. Tetapi kali ini kita akan umumkan awal," katanya.

Pecah Berita! Calon MP Sabak Benam Dari BN Isytihar Lari Bogel Jika Kalah!!

Posted: 05 Apr 2013 11:50 PM PDT

Kuala Lumpur - by @tiewnama

Calon boleh menang bagi Barisan Nasional untuk parlimen SABAK BERNAM telah
sebulat suara mengangkat ketua pemuda umno kawasan itu, dengan segala peralatan serta
jentera yang telah siap sedia seperti jentera berat berantai dan juga berongga, bakal
calon BN ini begitu yakin akan menang di kawasannya

Bercakap kepada ajensi berita fakap EP tengahari tadi, calon MP Sabak Bernam
dari Kerajaan HARAM Barisan Nasional ini berkata, beliau akan LARI BOGEL
keliling kampung jika beliau KALAH di sabak bernam.

Di jangkakan beliau akan berlawan 1 - 1 dengan calon dari Pakatan Rakyat iaitu PAS.

Mendapat khabar dari sana, hampir keseluruhan bahagian UMNO menyokong penuh
ketua pemuda umno sabak bernam ini bertanding, dan beliau adalah calon
boleh menang dan boleh bogel, sesuai dengan AMALAN keLUCAHan Barisan
Nasional selama ini.



by @tiewnama - lari bogel la kita nampaknya. kah3

Lahad Datu: Penduduk kampung masih bimbang ada pengganas

Posted: 05 Apr 2013 11:44 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
 
LAHAD DATU - Penduduk di Kampung Sungai Merah, dekat sini masih lagi berjaga-jaga meskipun pihak keselamatan sudah mengisytiharkan kampung mereka selamat daripada pencerobohan pengganas Kiram.

Ini kerana, penduduk masih bimbang jika ada pengganas masuk dan bersembunyi di kampung itu yang terletak bersebelahan Kampung Tanduo.

Ketua Kampung Sungai Merah, Raut Bani berkata, kedudukan kampungnya kira-kira lima kilometer daripada Kampung Tanduo, lokasi pertama berlakunya pertempuran antara pengganas dan pasukan keselamatan.

Katanya, penduduk kampung sudah dimaklumkan kehadiran pengganas pada 12 Februari lalu tetapi masih lagi belum berpindah dan pasukan keselamatan sudah ditempatkan di beberapa lokasi di kampung itu.

"Ketika mendengar kehadiran mereka (pengganas Kiram) di Kampung Tanduo kami merasa takut lebih-lebih lagi banyak cerita menakutkan yang kami dengar tentang mereka," katanya, semalam.

Beliau berkata, pada 1 Mac lalu selepas insiden tembakan yang mengorbankan dua anggota komando VAT69 dan 15 pengganas Kiram, penduduk di kampung itu mula diarahkan berpindah di pusat pemindahan sementara Cenderawasih, dekat sini.

Katanya, meskipun lebih kurang 400 penduduk sudah berpindah tetapi masih ada lagi tinggal di kampung itu termasuk dirinya.

Ini kerana katanya, tanggungjawabnya sebagai ketua kampung masih lagi diperlukan terutamanya menjaga 92 rumah serta beberapa penduduk kampung yang masih lagi enggan berpindah.

Raut berkata, pada 5 Mac ketika hari pertama Op Daulat dilancarkan, beliau dapat melihat bagaimana pesawat pejuang F/A-18D Hornet berlegar-legar di udara dan melepaskan serangan roket ke kawasan musuh.

"Hanya Tuhan sahaja yang tahu takutnya kami dengan situasi itu dan selepas serangan itu barulah saya serta beberapa penduduk kampung yang lain segera keluar dan tinggal di Cenderawasih," katanya.

Raut berkata, selepas diisytiharkan selamat pada 31 Mac lalu barulah mereka dibenarkan pulang dan ketika itu pelbagai gambaran mula terbayang tentang bagaimana keadaan kampung kami setelah mendengar berita banyak rumah musnah dan rosak.

Bagaimanapun katanya, selepas pulang  tiada satu pun rumah di Kampung Sungai Merah yang rosak dan terbakar, malah semuanya berada dalam keadaan seperti sebelum mereka berpindah.

Katanya, meskipun ancaman pengganas Kiram sudah dilumpuhkan, tetapi mereka masih risau dan sentiasa memaklumkan kepada pasukan keselamatan jika terdapat sesuatu mencurigakan berlaku.

Bicara Minda: Hadi Awang kupas 'Negara Berkebajikan' Isnin ini

Posted: 05 Apr 2013 11:43 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

bicara minda hadi awang
.
SHAH ALAM - Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang sudah pun tiba di kemuncak, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan muncul pada program Bicara Minda & Sesi Dialog pada Isnin ini.

Beliau merupakan pemimpin pertama akan muncul pada sesi ini selepas Dewan Rakyat dibubarkan semalam.

Selepas kemunculan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Tun Musa Hitam, Hadi akan berkongsi perjalanan politik beliau dan Pas.

"Datuk Seri Hadi akan menyentuh tajuk Kerajaan Berkebajikan: Persepsi dan Realiti," kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali.

Program kali ini akan berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga 5 petang di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti program ini, yang dianjurkan bersama oleh Sinar Harian, mobTV dan Sinar Harian Online, boleh menghubungi Laila (019-3310211), Ida Aziz (019-6222874), Rini (019-3371066.

Jangan terpengaruh agenda Umno tentu tarikh p'raya

Posted: 05 Apr 2013 11:39 PM PDT

Muhammad Faizal,


JOHOR BAHRU: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak terpengaruh dengan agenda Umno yang mahu mengaitkan tarikh pilihanraya umum ke-13 (PRU13) dengan peristiwa berdarah 13 Mei.

Menurut beliau, SPR perlu profesional dan sewajarnya mengelak dari sebarang perkara yang boleh membawa kepada ketegangan dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU13) nanti.

"Kita mengharapkan supaya tarikh PRU13 tidak ada kena mengena dengan 13 Mei dan ianya boleh dielakkan sekiranya SPR bersikap profesional.

"Kita tidak mahu SPR terperangkap dengan agenda umno dan memang sejak kebelakang ini mereka cuba memainkan isu perkauman dan isu 13 Mei dengan tujuan untuk menakutkan rakyat," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di sini.

SPR dalam kenyataannya semalam memaklumkan pihaknya akan bermesyuarat khas pada 10 April ini bagi menentukan beberapa tarikh penting bagi perjalanan PRU13 ini.

Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut ialah tarikh penamaan calon, tarikh pengundian termasuk pengundian awal serta menentukan daftar pemilih bagi pilihan raya tersebut.

SPR mempunyai tempoh 60 hari bagi mengadakan pilihan raya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen pada 3 April lalu.

Mengikut tradisi beberapa pilihan raya sebelum ini, tarikh pengundian berlaku selepas 24 hari parlimen dibubarkan.

Jika trend itu diambil kira, ramai menjangkakan tarikh pengundian PRU13 mungkin diadakan pada 27 April ini.

Bagaimanapun, terdapat juga desas-desus kemungkinan tarikh pengundian akan dibawa ke bulan depan dan mungkin menghampiri 13 Mei yang dilihat boleh dijadikan modal kempen buat Umno BN untuk memainkan isu tragedi 13 Mei dalam kempen mereka.

Salahudin ketika diminta mengulas lanjut berhubung isu 13 Mei yang dibangkitkan Umno itu berkata, isu itu sengaja dimainkan untuk menakutkan rakyat agar tidak membuat perubahan.

Menurutnya lagi, agenda itu cukup jelas apabila terdapat papan iklan yang dinaikan membayangkan kononnya kekacauan akan berlaku pada pilihan raya kali ini.

"Memang agenda mereka untuk menakutkan rakyat dan mengimbaukan kembali rakyat untuk ingat 13 Mei.

"Sedanggkan peristiwa tersebut telah lama berlaku, ia bukan masanya masyarakat Malaysia untuk mengingati peristiwa yang telah berlalu," sambung beliau.

Salahuddin juga menyatakan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ianya akan berlangsung dengan aman dan mengikut undang-undangg.

"Masyarakat Malaysia juga harus menilai keamanan yang berlaku pada lima buah negeri apabila berlakunya perubahan selepas pilihanraya 2008," katanya.

Warga emas dihentikan bantuan sejak 3 tahun lalu

Posted: 05 Apr 2013 11:27 PM PDT

Harakahdaily,


Zulfikar [3 dari kiri] bersama dengan makcik Isah yang dihentikan bantuannya

KOTA KINABALU: Seorang warga emas hari ini meluahkan rasa kesal berikutan Skim Bantuan Orang Tua yang diterima dari Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am itu dihentikan sejak tiga tahun lalu.

Isah Arip, 70, berkata, kali terakhir dia menerima wang bantuan sebanyak RM300 sebulan itu adalah pada Disember 2010.

"Saya sudah pergi ke Jabatan Kebajikan beberapa kali untuk membuat permohonan, salinan kad pengenalan, gambar juga sudah diberi namun tidak juga dapat sampai sekarang," katanya yang tinggal di Kampung Unggun Jaya, dekat Menggatal di sini.

Isah berkata, dia juga tidak menerima apa-apa notis berkaitan bantuan yang diterima itu daripada pihak terbabit sama ada dipotong atau sebaliknya.

Katanya lagi, bantuan itu sangat diperlukan untuk membeli keperluan harian dan sara hidup, kerana usianya yang meningkat menyebabkan dia tidak mampu bekerja lagi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sepanggar, Zulfikar Abd. Mijan yang turut menemui warga emas terbabit memaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Sabah perlu memberikan penjelasan terhadap permasalahan ini dan menyelesaikan beberapa tuntutan ini sehingga selesai.

"Kita minta pihak yang bertanggungjawab, tampil memberi penjelasan dengan baik dan dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan sewajarnya," ujar beliau.

Masyarakat India sudah lama tolak MIC, Samy Vellu

Posted: 05 Apr 2013 11:24 PM PDT

Oleh: Ruqayya Rahman

KUALA LUMPUR- Kaum India di negara ini telah lama menolak MIC dan kepimpinan rasuah bekas Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, kata Naib presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel semalam yang mengatakan terpulang kepada Pengerusi BN untuk memutuskan sama ada Samy Vellu wajar bertanding semula dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia susulan kenyataan Samy Vellu yang mengumumkan dirinya sebagai calon boleh menang jika diberi peluang bertanding semula di Sungai Siput.

Bagaimanapun, Palanivel hari ini membuat pusingan u apabila mengumumkan bekas ketuanya itu tidak akan dicalonkan semula.

Surendran berkata, kenyataan Palanivel sebelum ini menunjukkan seolah-olah MIC kekurangan calon berkualiti hingga terpaksa memilih muka lama yang disifatkan sebagai calon lapuk.

"Saya tak tahu Palanivel nilai dari sudut mana tapi kenyataan beliau itu menunjukkan MIC seolah-olah ketandusan calon muda dan bersih rasuah," kata Surendran.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana seorang bekas menteri yang terbabit dengan isu rasuah seperti Samy Vellu dapat diterima semula untuk mewakili kepentingan masyarakat India.

"Kita sudah dedahkan pelbagai skandal rasuah Samy Vellu termasuk skandal Maika Holding melibatkan kontrak penyelengaraan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bernilai RM40 juta kepada anak lelakinya.

"Dengan pelbagai skandal rasuah dan kronisme ini, bagaimana beliau boleh isytiharkan dirinya sebagai calon boleh menang kalau diberi peluang bertanding lagi? Berapa banyak lagi duit rakyat dia nak tipu?," soalnya.

Surendran berkata, sudah sampai masanya rakyat terutama kaum India buka mata dan menolak pemimpin seperti itu.

"Jika begini calon yang ingin ditampilkan oleh kerajaan Barisan Nasional, rakyat sepatutnya dapat menilai nasib negara ini jika terus dipimpin oleh rejim yang korup ini,"katanya.

Samy Vellu pada Rabu lalu yang memberi isyarat mahu bertanding semula dalam pilihan raya umum dan menyifatkan dirinya sebagai 'Calon Boleh Menang'.

Beliau yang menjadi ahli Parlimen Sungai Siput sejak 1974, tewas pada 2008 kepada calon Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1,821 undi.

Kerajaan Selangor Gubal Pekeliling Jelas Fungsi Kerajaan Sementara

Posted: 05 Apr 2013 11:13 PM PDT


Azmin HQ PKR 01

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) menjadi kerajaan negeri pertama yang menggubal pekeliling untuk menerangkan fungsi dan limitasi kerajaan sementara selepas pembubaran DUN semalam.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini berkata pekeliling tersebut antaranya menghadkan penggunaan aset kerajaan untuk tujuan kempen dan memastikan penjawat awam tidak berpihak pada mana-mana parti.

Surat pekeliling yang dikeluarkan pada 19 Februari lalu telahpun diwartakan serta diedarkan kepada semua pihak.

"Konsep kerajaan sementara ialah satu ujian untuk menilai sama ada Pakatan Rakyat (PR) atau Umno-BN benar-benar berlaku adil dan menjujung semangat demokrasi tulen.

"Selama ini rakyat menjadi mangsa Umno-BN yang menyalahgunakan sumber dan jentera kerajaan untuk berkempen walaupun selepas pembubaran.

"Keadilan tidak akan mengkhianati prinsip demokrasi, kami akan menjunjung setiap prinsip demokrasi bermula dengan penghayatan amalan kerajaan sementara sebagai menghormati hak rakyat dan semua parti yang bertanding," katanya.

Antara perkara yang ditetapkan ialah :

1. Penjawat awam sepanjang tempoh berkempen hendaklah berlaku adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

2. Sebarang penggunaan aset atau fasiliti dan kakitangan kerajaan negeri bagi tujuan politik atau tujuan berkempen adalah dilarang sama sekali (penggunaan kenderaan rasmi dan bangunan kerajaan negeri termasuk bilik mesyuarat, telefon kerajaan, mesin faksmili, email dan komputer milik kerajaan).

"Semua pihak hendaklah mematuhi arahan seperti yang tertakluk dalam pekeliling ini.

"Tindakan Kerajaan Negeri ini adalah sama sekali berbeza dengan Kerajaan Pusat di mana menterinya baru merujuk kepada peguam negara untuk menggubal garis panduan kerajaan sementara," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut mengesahkan kenderaan rasmi milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diberikan kepadanya telah dipulangkan semula sebagai langkah menghormati kerajaan sementara.

Katanya, tindakan itu perlu dicontohi pimpinan Umno-BN bagi membuktikan mereka tidak menggunakan aset negeri dengan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik.

SPR: NGO pemerhati sudah lantik 1,000 relawan

Posted: 05 Apr 2013 11:08 PM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati pada pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata lima NGO adalah dari Semenanjung, sembilan dari Sarawak manakala tiga lagi dari Sabah dan masing-masing sudah melantik sukarelawan seramai kira-kira 1,000 orang yang bakal bertugas di pusat pengundian.

NONE"Mereka semua terdiri dari pelbagai latar belakang. Mereka akan diberi pas khas yang mempunyai nombor kod tertentu sebagai pengenalan diri mereka," katanya ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia terbitan Bernama TV semalam.

Wan Ahmad berkata hanya sukarelawan dari NGO diiktiraf SPR sahaja boleh memasuki pusat pengundian yang ditentukan dan mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

NGO lain pula hanya dibenar memerhati dari jauh dan berada di luar pusat pengundian dan beliau berharap mereka mematuhi undang-undang serta tidak menimbulkan masalah di tempat mengundi.- Bernama

Calon Pakatan Rakyat Padang Rengas Tidak Gentar Tanding Kubu Umno-BN

Posted: 05 Apr 2013 11:07 PM PDT


GRAFIK PERAK PRK 01

GERIK : Meskipun berhadapan dengan pemimpin tertinggi Umno-BN di Padang Rengas, calon PKR Dr Meor Ahmad Isharra Ishak yakin semangat dan kebangkitan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat akan membantunya dalam pertandingan kerusi parlimen itu.

Dr Meor Ahmad berkata kempen untuk memecah kubu Umno-BN itu telah dimulakan satu setengah tahun dahulu dengan penubuhan bilik gerakan pilihanraya di kawasan itu.

"Kami yakin sebenarnya khusus di Parlimen Padang Rengas, kalau kita tengok mood atau pun kebangkitan rakyat sekarang ini bukan sahaja di Padang Rengas.

"Secara keseluruhan di malaysia, kita ambil contoh di himpunan rakyat kelmarin pun mood rakyat sangat baik, jadi dari segi mood ini pun kita yakin rakyat secara amnya mahukan perubahan.

"Kita yakin insyallah, parlimen Padang Rengas akan mampu kita menangi daripada calon barisan nasional," kata Dr Meor Ahmad yang juga merupakan Ketua AMK Perak.

Dr Meor dijangka akan menentang Ahli Parlimen dua penggal di situ, Datuk Seri Nazri Aziz, yang juga Menteri Di dalam Jabatan Perdana Menteri.

Dalam Pilihanraya lalu, Umno-BN berjaya mendahului majoriti undi sebanyak 8,081 UNDI, untuk mengalahkan calon PKR.

Pencalonan Dr Meor Ahmad diumumkan semalam oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim

Najib, Menteri Kabinet Perlu Isytihar Harta Luar Negara

Posted: 05 Apr 2013 11:05 PM PDT


lim kit siang oren 01

SHAH ALAM  : Kesemua menteri kerajaan sementara serta Pengerusi BN sendiri, Datuk Seri Najib Razak digesa tampil ke hadapan membuat pengisytiharan sekiranya mereka atau ahli keluarga mereka mempunyai syarikat luar pesisir.

Gesaan itu dibuat Lim Kit Siang dalam satu kenyataan media berikutan pendedahan yang dilaporkan portal Malaysiakini berhubung pemilikan syarikat luar pesisir yang antara lain dimiliki ahli politik Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka.

Antara yang dinamakan dalam laporan tersebut termasuklah anak lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Michael Chia, yang pernah dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

"Hakikatnya, Najib sendiri telah berulang kali gagal dalam siri ujian bagi menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan beliau untuk meningkatkan akauntabiliti, ketelusan, integriti dan urus tadbir yang baik sebagai matlamat utama pentadbiran beliau," jelas Kit Siang dalam kenyataannya.

Menurut laporan ekslusif Malaysiakini semalam, fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) yang berpangkalan di Washington menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir di Singapura dan British Virgin Islands (BVI).

Senarai ICIJ itu terdiri daripada gabungan taikun yang disenaraikan Forbes, ahli parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan, kongsi gelap dan bekas ratu cantik.

Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga sah, yang lain mungkin antara RM871.4 bilion aliran keluar wang haram dalam tempoh 10 tahun, seperti dianggarkan oleh pemantau kewangan yang berpengkalan di Washington Global Financial Integrity (GFI).

Nong Chik dalam responnya kepada Malaysiakini memberitahu RZA International Corporation ditubuhkan bapanya, yang berumur 96 pada tahun ini, untuk pelaburan luar pesisir yang sah tanpa melibatkan sebarang aktiviti yang kabur, pengelakkan cukai mahupun tujuan sembunyikan urus niaga luar negara.

Tiada ulasan: