Kerabu Bersuara ® |
- Isu Wanita Seksi Dan Separuh Lucah Dengan Bendera BN, Khairy Rupanya BANGANG!
- Anwar sah tanding Permatang Pauh
- Pimpinan PAS Kelantan Tetap Hadirkan Diri Dalam Majlis Usrah. Allahuakhbar!
- Najib Bincang Projek Guna Duit Rakyat?
- Jom Cerahkan Pemikiran Dari Kotoran Umno BN!
- Jom Tengok! Benda Hanya Berlaku Semasa PRU Je!
- DS ANwar Berada Di Permatang Pauh Sekarang
- Mahkamah tetap 22 April urus kes saman 'Papa Gomo'
- Sidang Media Pembubaran Dun Negeri Kelantan Oleh TG Nik Aziz
- DUN P Pinang & Kedah bubar pagi ini, Kelantan malam tadi
Isu Wanita Seksi Dan Separuh Lucah Dengan Bendera BN, Khairy Rupanya BANGANG! Posted: 05 Apr 2013 07:57 AM PDT PRU-13: "Berbogel" bersama bendera BN, Khairy lapor polis esok Oleh SUWARNI MOKHTAR GAMBAR seorang wanita dipercayai dalam keadaan bogel dan melindungi tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional yang dimuatkan di laman sosial akaun "Alvin and Vivian - Alvivi" sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan penyokong parti itu KUALA LUMPUR 4 April - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN. Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan esok namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat. Khairy Jamaluddin ketika dihubungi Utusan Online melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai amat biadap. "Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS hari ini. Gambar wanita tersebut yang dimuatkan di dalam laman sosial Facebook dengan akaun nama "Alvin and Vivian - Alvivi" itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu. Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks mereka dalam sebuah blog, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012. - UTUSAN ONLINE ADMIN: lu tolong baca komen budak ni yang terang-terang dok jilat BN. Apa tindakan SKMM apabila kebanyakkan video adalah berkaitan dengan seks dan lucah? apa nak jadi la dengan puak-puak yang berat sebelah ambil tindakan ni. |
Anwar sah tanding Permatang Pauh Posted: 05 Apr 2013 07:25 AM PDT Susan Loone Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang. Pengumuman itu dibuat Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak. Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, katanya, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. "Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh perdana menteri akan datang dari Tambun," katanya Siang tadi, Anwar berkata, sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh. Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi. Sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar. Anwar berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen. "Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan calon, kemudian pergi kempen di negeri lain," katanya di hadapan kira-kira 300 orang di Kubang Semang hari ini. Katanya, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh. |
Pimpinan PAS Kelantan Tetap Hadirkan Diri Dalam Majlis Usrah. Allahuakhbar! Posted: 05 Apr 2013 07:00 AM PDT Bubar ko..mengundi ko..PAS tetap istiqamah dlm prog Usrah bulanannya, dihadiri TGNA, TMB, EXCO, ADUN, MP & Ahli2 BPP Klate. Dato Wan Rahim Mlm ni Dato Hj Muhammad Daud Iraqi memimpin tafsir al Quran Ayat 171 - 182 Surah as Saaffaat..para Rasul dan pengikutnya PASti mendapat kemenangan. |
Najib Bincang Projek Guna Duit Rakyat? Posted: 05 Apr 2013 06:30 AM PDT Rafizi Ramli Share & like page Rafizi Ramli. Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat ambil keputusan tegas: Jangan salahguna peranan Kerajaan Negeri Sementara untuk kempen politik. Kenderaan rasmi Kerajaan Negeri dipulangkan, tiada pemeteraian kontrak utama. Kerajaan 'tamat tempoh' UMNO Barisan Nasional? |
Jom Cerahkan Pemikiran Dari Kotoran Umno BN! Posted: 05 Apr 2013 06:00 AM PDT http://www.facebook.com/tubelawak/posts/625402034143932 |
Jom Tengok! Benda Hanya Berlaku Semasa PRU Je! Posted: 05 Apr 2013 05:00 AM PDT bila dekar pru macam-macam gelagat dok ada, sampai budak tengok pun loya tekak! |
DS ANwar Berada Di Permatang Pauh Sekarang Posted: 05 Apr 2013 04:09 AM PDT |
Mahkamah tetap 22 April urus kes saman 'Papa Gomo' Posted: 05 Apr 2013 01:55 AM PDT KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 22 April untuk pengurusan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' yang didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan ketua pembangkang itu dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan. Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh itu dalam kamar dengan kehadiran peguam Mohd Afiq Mohd Noor. Mohd Afiq memberitahu pemberita pihaknya diarah menyerahkan writ dan tuntutan saman sebelum tarikh pengurusan kes kepada Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, dan jika gagal, beliau akan mengemukakan 'penyampaian gantian' menerusi iklan di akhbar. Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas. Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yangdifikirkan wajar oleh Mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagimenghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama |
Sidang Media Pembubaran Dun Negeri Kelantan Oleh TG Nik Aziz Posted: 04 Apr 2013 10:51 PM PDT |
DUN P Pinang & Kedah bubar pagi ini, Kelantan malam tadi Posted: 04 Apr 2013 10:43 PM PDT KUALA LUMPUR 5 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan Kedah dibubarkan pagi ini sementara DUN Kelantan menjelang tengah malam tadi. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memilih Jumaat, hari ini mengumumkan pembubaran itu di Komtar selepas bertemu Gabenor Abdul Rahman Abbas di kediamannya di Seri Mutiara pada jam 9 pagi tadi. Menurut Guan Eng, Jumaat paling sesuai untuk pembubaran kerana hari paling bertuah dalam seminggu. Harapannya semoga membawa keberkatan kepada semua dan supaya pilihan raya berlangsung aman. DUN Kedah turut sama dibubarkan pagi ini oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Pengumuman itu dibuat di Istana Anak Bukit, Alor Setar , jam 10.15 pagi tadi. Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri mengumumkan pembubaran itu pada sidang media kira-kira 10.35 pagi selepas mendapat perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengumumkan pembubaran DUN Kelantan pada 11.55 malam tadi. Pengumuman itu dibuat di kediaman rasminya di Kota Baharu setelah menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda di Istana Negeri, Kubang Kerian. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen Rabu lalu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan