DIALOG RAKYAT |
- TERKINI: Anwar umum pertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh
- Taib Mahmud Perlekeh SPRM, Apakah Tiada Tindakan Terhadapnya?
- Selagi BN berkuasa, Taib akan terus bermaharajalela
- Artikel & Gambar Fitnah: 2 Jam Hamidah Osman Dipanggang Peguam Hanipa
- Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol
- GEMPAR!!!!!!... MANTAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, TUN MUSA HITAM BERKEMPEN KERAS UNTUK MEMENANGKAN PAKATAN RAKYAT!!!!!!
- PRU13: Hadnan Mohamad calon PAS di Labuan
- DAP parti masa depan kita? – Bahagian 1
- Perjuangan DAP berbeza dengan UMNO: Datuk Mohd Ariff – Bahagian 2
- DAP cabar BN calonkan 'fantastic four'
- POJOK: DAP naik kuda PAS, PAS naik kuda DAP, UMNO pula naik angin
- Zahid sedia berdepan dengan Anwar
- Ramalan hari penamaan calon, hari undi
- Mahkamah tetap 22 April urus kes saman 'Papa Gomo'
- SPR tidak jujur laksana tugas daftar pengundi pos di luar negara
- PRU-13: Isu tanah, orang Melayu bakal tumbangkan BN Johor
- Guan Eng tekad jadikan Pulau Pinang negeri pintar bertaraf antarabangsa
- Polis pantau perang siber sepanjang PRU13
- Ghani bertanding di Gelang Patah belum dibincang - Chua Soi Lek
- Pentadbiran Selangor cemerlang tanpa pemimpin rasuah – MB
- SPR dituntut bersih senarai undi sebelum pilihan raya
- Azmin sahkan Wan Azizah tak bertanding, kempen seluruh negara
- Kenapa Najib tergesa-gesa beli senjata seminggu sebelum bubar Parlimen?
- Rakyat M'sia luar negara berang gagal akses web SPR
- PRU: Hanya separuh peruntukan untuk ADUN S'gor
TERKINI: Anwar umum pertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh Posted: 05 Apr 2013 07:58 AM PDT Fazallah Pit SEBERANG JAYA - Depan ribuan rakyat Pulau Pinang termasuk pengundi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, mengumumkan untuk mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Ketua Umum KEADILAN itu memutuskan demikian ketika berucap di Akira Tenggiri, Seberang Jaya, malam ini, sekaligus menamatkan teka teki mengenai kawasan yang bakal ditandinginya. Petang tadi, beliau membayangkan kemungkinan bertanding di Parlimen Tambun atau meletakkan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail sebagai calon. Sebelum ini, Anwar diuar-uar bertanding di Perak tetapi penyokong setianya di Permatang Pauh memujuknya untuk mempertahan kerusi Permatang Pauh. Anwar hampir pasti meraih kemenangan berikutan sokongan besar pengundi Permatang Pauh berdasarkan majoriti yang dicapainya sebelum ini iaitu 15 671 undi. Permatang Pauh memiliki tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya , Penanti dan Permatang Pasir, dua daripadanya kubu kuat dan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 12. Anwar pada pilihan raya kecil yang dianggap mother of the by-election dengan mudah menewaskan calon Umno BN, Arif Shah dengan memperoleh 31,195 undi berbanding Arif (15,524 undi) dan Hanafi Mamat dari Akim (92 (undi). Sebelum ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menang tiga kali termasuk pada PRU 12 sebelum mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada suaminya. Anwar mendominasi kerusi Parlimen itu sejak 1982, 1986, 1990, 1995 sebelum dipecat dari kerahaan dan dipenjara berikutan konspirasi fitnah. | ||||
Taib Mahmud Perlekeh SPRM, Apakah Tiada Tindakan Terhadapnya? Posted: 05 Apr 2013 07:54 AM PDT KELAB GREENBOC Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya. SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal" dan "tidak jujur", kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini. Abdul Taib juga menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat oleh badan anti-rasuah itu. "Mereka tidak layak terima kerjasama dari saya kerana mereka nakal dan tidak bertindak jujur. "Biarkan mereka (SPRM) buat kerja. Selagi mereka berlaku adil saya tidak takut," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini. Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui satu video oleh NGO antarabangsa Global Witness itu akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang. Malah, beliau juga berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga kepada BN di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-12. "Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi. Ditanya lagi sama ada pendedahan tersebut memberi kesan terhadap sokongan rakyat di Sarawak terhadap BN, Taib berkata kesannya amat kecil. "(Kesannya) Minimum. Ia tidak bersesuaian dengan sentimen penduduk tempatan," katanya lagi. SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang didedahkan Global Witness itu. Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka. Suruhanjaya itu turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu. Ulasan GB Maruah dan keredibiliti SPRM tercabar. Teramat nyata sekarang pemimpin BN sendiri memperleceh dan memperlekehkan SPRM. Rakyat kini menunggu apakah tindakan SPRM selepas ia diperlekehkan sedemikian rupa dengan keengganan Taib Mahmud memberikan kerjasama terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM. Apakah SPRM bersedia untuk mendapatkan waran tangkap kepada pemimpin BN Sarawak itu? Jikalah yang bercakap sedemikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat, GB rasa dah hiruk pikuk satu Malaysia... Jika tiada tindakan dari SPRM, itulah bukti nyata SPRM adalah kuda tunggangan UMNO BN fullstop | ||||
Selagi BN berkuasa, Taib akan terus bermaharajalela Posted: 05 Apr 2013 07:48 AM PDT ASPAN ALIAS Taib Mahmud, yang enggan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), adalah petunjuk besar yang kekuatan pimpinan Persekutuan itu penting. Itulah sebabnya seorang Perdana Menteri itu tidak boleh mempunyai masalah undang-undang dan moral. Sebuah negara berdaulat tidak akan mempunyai Perdana Menteri yang peribadi dan moralnya dipersoalkan oleh masyarakat dan rakyatnya. Itu sebabnya mana-mana Perdana Menteri yang dipersoalkan oleh rakyat tentang rekod peribadi mereka, pimpinan mereka akan berhadapan dengan berbagai-bagai masalah dan akhirnya rakyat yang menanggungnya. Jika seorang Perdana Menteri itu tidak bersih dari sudut undang-undang dan moral peribadi, Perdana Menteri itu tidak akan mampu bertindak kerana beliau tidak akan dihormati oleh banyak pihak. Perdana Menteri yang tercalar imejnya dengan masalah moral tidak akan mampu bertindak terhadap kesalahan pimpinan yang di bawah mereka.
Najib mungkin bersungguh tidak mahukan Taib Mahmud memimpin Sarawak lagi, tetapi Najib tidak berdaya untuk meminta Taib untuk bersara atau pun berundur dari kedudukan yang beliau pegang sejak 30 tahun dahulu. Sebabnya mudah. Jika Taib dikatakan terpalit dengan isu rasuah yang besar-besar, Perdana Menteri seperti Najib tidak mungkin dapat melakukan perubahan di Sarawak. Saya telah menulis, jika Najib meminta Taib berhenti dari memimpin Sarawak kerana isu rasuah yang keterlaluan itu, Taib akan membalas balik dengan menunjukkan 'middle finger' beliau kembali kepada Najib.
Saya merasakan SPRM perlu memulakan tindakan undang-undang terhadap Taib kerana keengganan beliau tidak mahu bekerjasama dengan SPRM itu. Saya berpendapat SPRM yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong itu tentu ada peruntukan yang membolehkan Taib ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah kerana keengganan beliau bekerjasama dengan SPRM itu. Tetapi pendeknya saya bermaksud jika seorang Perdana Menteri tidak bersih dari segi undang-undang dan moral kes seperti kes Taib Mahmud ini tidak akan dapat diselesaikannya dengan baik. Najib sendiri mempunyai masalah yang sama, tidak mungkin beliau mampu untuk bercanggah dengan Taib Mahmud dalam semua isu. Kita sedang menunggu dengan sabar apakah tindakan Najib terhadap Taib yang telah mencerobohi undang-undang negara itu. Isu ini juga merupakan isu yang boleh dijadikan asas pertimbangan dalam pilihanraya kali ini. Kita memerlukan karektor yang kuat untuk menyelesaikan isu seperti ini dan karektor ini tidak ada di dalam barisan kepimpinan UMNO (MKT) sekarang ini. Jika Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan mental, moral dan tidak bersih dari isu rasuah, isu Taib tidak akan dapat diselesaikan. Jika BN menang dalam PRU ini, Taib akan terus bermaharajalela. Fikir-fikirkanlah. | ||||
Artikel & Gambar Fitnah: 2 Jam Hamidah Osman Dipanggang Peguam Hanipa Posted: 05 Apr 2013 07:46 AM PDT Hamidah teruk di'grill' oleh peguam KELAB GREENBOC Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau disoal balas hampir 2 jam. Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu". Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam. Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan. Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad. Alasan beliau Khalid Samad telah gagal menunjukkan posting asal artikel yang diterbit pada 2 haribulan Januari 2010 jam 12.09 pm tersebut. Namun Khalid Samad telah memanggil saksi yang juga pakar IT yang menunjukkan meskipun posting asal di dalam blog Hamidah telah dipadam namun ia masih boleh diakses melalui www.archieve.org.com. yang menunjukkan posting asal artikel tersebut masih wujud dan jelas mempunyai gambar Khalid berpakaian seperti seorang paderi. Di dalam soal balas hampir 2 jam oleh Hanipa, Hamidah disoal bertalu- talu sehingga Khalid Samad keluar beberapa kali kerana berasa kesihan melihat Hamidah di'grill' oleh Hanipa. Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah seperti berikut : - S : Datuk, anda menafikan di dalam keterangan anda bahawa artikel di dalam blog anda mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian paderi? J : Ya. S : Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid? J : Saya menafikan gambar itu di super imposed oleh saya. S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan dalam saman beliau bahawa datuk telah super imposed gambar tersebut, apa yang dia kata di dalam blog datuk wujud gambar super imposed itu bersama-sama artikel itu, jadi mengapa datuk nak nafikan apa yang Khalid tidak kata dalam samannya? Ertinya mengapa datuk perlu nafikan gambar itu disuper imposed oleh datuk apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, boleh jelaskan? A : errr... S : Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan datuk, datuk bergantung kepada pembelaan justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini? J : Itu saya serah pada peguam saya. S : Datuk saya katakan bahawa apabila anda bergantung kepada pembelaan justifikasi, hakikatnya datuk menyatakan apa yang datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian paderi maknanya datuk boleh buktikan memang benar beliau berpakaian paderi, begitu juga jika datuk kata Khalid melacur agama datuk boleh buktikan memang benar dia melacur agama, soalan saya adakah datuk mempunyai bukti-bukti tersebut? J : Tiada. J : Dengan bergantung kepada pembelaan justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi datuk kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi dari segi yang lain pula datuk kata apa yang datuk terbitkan itu adalah benar..mana satu ni datuk? J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya. Hanipa juga di dalam soal balas beliau merujuk kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah bahawa beliau mengingatkan para pembaca yang ingin membuat komen di blog beliau perlu berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak menggunakan guna bahasa yang kasar. Hanipa bertanya S : Sebenarnya peringatan datuk ini kena pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk yang guna kata-kata tidak berhemah apabila datuk guna kata-kata seperti Plaintif melacur agama dan menolong menaikkan semangat pihak kafir menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk? J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya beri komen yang berhemah.. Perbicaraan akan disambung semula pada 12 April ini. Khalid Samad diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Datuk Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun. klik untuk baca | ||||
Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol Posted: 05 Apr 2013 07:37 AM PDT
KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). Beliau berkata, Aishah (gambar) sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai. Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand. "Ya, saya memang sokong dan mesti sokong sebab Aishah seorang yang berpelajaran. Kalau dia sekadar artis tapi tak berpelajaran, saya tak berapa sokonglah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' diumumkan akan bertanding di Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Taman Melewar Rabu lalu. Bob juga berkata, beliau dan rakan artis yang lain akan membantu memberikan sokongan dan turun membantu Aishah berkempen di Jempol. "Kami rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada Aishah. Kami mesti turun...mesti turun bantu Aishah (berkempen)," katanya sambil menyeru masyarakat khususnya ahli PAS memberikan sokongan padu kepada Aishah. Dalam pada itu, beliau menambah, Aishah akan 'selamat' jika tetap berpegang kepada ajaran Islam selepas menjadi wakil rakyat nanti. "Saya menyokong sahabat artis yang bertanding kerana bukan sahaja kita menyokong untuk Aishah tapi untuk Islam juga. "Tapi Aishah kena ingat, dia kena bezakan Melayu dan Islam. Melayu dan Islam banyak bezanya. Jadi wakil rakyat ini kena berpegang dengan Islam. Selagi Aishah berpegang dengan Islam dia akan boleh bertahan," kata Bob Lokman . Menurut sumber, masyarakat setempat khususnya wanita menyokong penuh Aishah bertanding di Jempol. Menurut mereka, Aishah mempunyai peluang yang sangat cerah berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain. Ini kerana Jempol adalah kubu Umno dan hanya orang seperti Aishah mampu memecahkan kubu itu. "Dengan kekuatan jentera PAS di sini dan bantuan tenaga dari para artis, saya yakin Aishah boleh menang," kata salah seorang dari mereka yang menghubungi Harakahdaily. Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan. BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi. | ||||
Posted: 05 Apr 2013 07:31 AM PDT omakkau.blogspot.comBillboard "NEGARA TAK AKAN BANKRAP JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH" oleh Tun Musa Hitam kini banyak terpacak megah di merata tempat di Pulau Pinang. Ungkapan itu beliau ucapkan semasa soal jawab Dialog Survival Ekonomi Melayu di Kompleks Karangkraf Kuala Lumpur pada 12hb Mac 2013 yang lalu. Kalau dah mantan Timbalan Perdana Menteri dan masih ahli UMNO boleh berkata sedemikian jujur dan ikhlas bersandarkan kepada fakta dan jua ilmu didada, siapakah kita untuk menidakkannya. | ||||
PRU13: Hadnan Mohamad calon PAS di Labuan Posted: 05 Apr 2013 07:26 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan PAS Kawasan Labuan, Hadnan Mohamad diumumkan sebagai calon PAS Wilayah Persekutuan Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad di Pejabat PAS Kampung Baru pagi ini. Hadnan, 55, berasal dari Tanjung Aru dan merupakan anak tempatan Labuan. Beliau berkhidmat dengan Sabah Shell Petroleum Company Limited sebagai Material Supply Coordinator dan pernah menjawat jawatan sebagai Vice President For Sabah Petroleum Industrial Woorkers Union. Menurut Mohamad, PAS yakin Hadnan mampu mendapat sokongan di sana berdasarkan pengalaman beliau dalam parti dan bidang korporat. "Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang korporat serta tahap intelektual dan profesionalisme yang tinggi, PAS Wilayah percaya beliau adalah orang yang paling sesuai sebagai calon PAS dan Pakatan Rakyat di Labuan," katanya. Turut bersama pada sidang media ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Muslimat Nuridah Salleh, Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Halim Hasan dan Ketua Dewan Himpunan PAS Wilayah Persekutuan, Vincent Lee.-harakahdaily | ||||
DAP parti masa depan kita? – Bahagian 1 Posted: 05 Apr 2013 07:24 AM PDT Roket kini.com Profil: Nama: Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz Jawatan dalam parti: Ahli DAP Pendidikan: Bidang Ekonomi di Universiti Malaya dan University of Manchester(Owens) Pengalaman Politik: 1) Mantan ADUN Pulau Manis, Pekan (2000-2004) 2) Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan Blog: http://sakmongkol.blogspot.com/ "Mana awak nak letak 'Melayu' awak dalam DAP?" (Tersenyum) Bila ada kawan kita datang, kita beritahu mereka DAP bukan parti orang Cina, tetapi kebetulan majoriti pemimpin dan ahli DAP ramai orang Cina. DAP sebenarnya adalah parti untuk semua rakyat Malaysia. Ini yang orang masih tak tahu. Sekarang baru nampak. Hujah UMNO terutamanya kadang-kadang bercanggah; dia marah orang Melayu sertai DAP. Dia lempar bermacam tohmahan, pengkhianat dan sebagainya, tapi bila tak ramai Melayu menang dalam CEC, cuma Zairil, dia marah pula! Kalau dia (UMNO) nak bercakap dalam konteks, UMNO perlu kata, "Melayu kena ramai masuk DAP lagi. Apa susahnya? Dan kita kena sedar ini, DAP berpegang dan mendokong semua perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. DAP mahu melaksanakannya dengan betul dan mengikut prinsip yang sepatutnya, menyeluruh dan jujur. Itulah, bila sekarang ini lebih setahun saya besama DAP, saya rasa di situlah orang Melayu mula melihat dan faham. Masuk DAP pengkhianat bangsa? Betul ke? Masalah orang UMNO antaranya mereka sombong dan angkuh. Mereka ingat seolah-olah orang Melayu itu adalah Melayu yang bersama UMNO. Semacam orang Melayu dalam parti lain itu kurang Melayunya. Apa yang Melayu tak Melayunya? Itu masalah pokok mereka. UMNO bukan mewakili orang Melayu, majoriti Melayu undi oposisi Saya nak sebut, you (UMNO) mewakili orang Melayu pun awak tak boleh. Sebab pada 2008, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, calon UMNO hanya dapat dua juta undi. Baki 3.7 juta pengundi Melayu tidak beri undi kepada UMNO. Maka kamu nak jadi jurubicara mewakili orang Melayu pun tak boleh. Dan slogan bela Melayu semua itu sekadar propaganda dan nak sedapkan diri sendiri. Realitinya, lebih ramai orang Melayu tolak UMNO daripada menyokong mereka. Jadi apa yang mereka nak sibuk sangat. Saya berada di luar UMNO, Melayu saya tidak kurang, Islam saya tidak kurang pun. "Kena faham siapa DAP, baru tahu" Bila orang Melayu faham perjuangan DAP untuk keadilan sosial berlandaskan peruntukan Perlembagaan, kepentingan Melayu atau bangsa apapun takkan terjejas. Bab agama; DAP tak pernah usik, malahan DAP menghormati pegangan agama orang Melayu iaitu Islam. Apa saja yang diperuntukkan dalam undang-undang dan Perlembagaan itulah yang DAP pegang. Orang Melayu sudah lama ditakutkan dengan DAP selama lebih 50 tahun. Inilah yang ditanam oleh UMNO. Orang takut DAP sebab dia berfahaman sosial demokrat? UMNO berfahaman apa? Saya lihat lebih banyak persamaan dan lebih banyak perkara yang boleh dipersetujui daripada perkara yang hendak berbalah. Paling jelas seperti keadilan sosial yang ada dalam Islam. Ia juga ada persamaan yang banyak dengan keadilan sosial yang DAP perjuangkan. Tidak wujud perbezaan di sini. Kecuali hal spiritual, ritual keagamaan, yang doktrinal itu tidak ada masalah dan tidak perlu langsung diperbalahkan sebab DAP tidak menyentuh, tidak memaksa soal pegangan kepercayaan, akidah individu. Ketakutan sebenar UMNO-BN… Mereka paling takut penyelewengan, skandal rasuah mereka terdedah, mereka juga takut kepentingan untuk buat kekayaan hilang. Keduanya, dia (UMNO-BN) tahu apabila dia kalah dia akan terus lemah sebab mereka ini tidak tahu untuk kalah. Tidak pernah kalah. Ini satu benda baru untuk dia tapi dia tidak boleh halang gelombang kebangkitan rakyat yang terlalu kuat. Bagaimana Datuk melihat penerimaan orang Melayu kepada DAP sekarang berbanding dahulu? Hari ini semakin lama kefahaman orang Melayu terhadap perjuangan DAP sudah semakin meningkat, Melayu sudah faham bahawa selama ini persepsi yang melingkari pemikiran mereka ialah indoktrinasi propaganda yang UMNO lakukan dengan mengambarkan DAP itu sebagai sebuah parti chauvinis Cina dan sebagainya. Tapi hari ini orang Melayu mulai sedar bahawa perjuangan DAP ialah untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang baik, kerajaan yang melaksanakan dasar yang adil dan yang menuntut good governance (urus tadbir yang baik) itu yang paling penting. Orang Melayu sudah tahu, misalnya PAS tidak suka pada rasuah, DAP pun tidak suka rasuah, DAP tidak suka kepada ketidakadilan dan kezaliman, PAS pun mempunyai kefahaman yang sama. Jadi orang Melayu sekarang ini tidak takut. Melayu semakin faham bahawa yang menentukan masa depan negara bukan UMNO tetapi kerajaan dengan urus tadbir yang baik dan telus. UMNO sekarang ini tidak boleh buat apa-apa bila orang Melayu yakin kepada kesungguhan dan ketelusan kepimpinan DAP memperjuangkan kepentingan semua orang dan tidak mengabaikan orang Melayu. Ramai orang UMNO dan Melayu sendiri tahu pemimpin UMNO-BN lakukan banyak kesalahan, penyelewengan tetapi ada yang masih ragu atau takut untuk berubah. Apa hujah Datuk? Dulu orang Melayu tidak kenal pemimpin DAP, dan DAP sendiri dari dulu ialah sebuah parti oposisi. Sekarang ini apabila DAP sendiri mentadbir Pulau Pinang dan terbukti jauh lebih baik daripada BN, jadi orang lihat, ia bukan saja sekadar parti 'pembangkang' tetapi DAP boleh mentadbir sebuah kerajaan dengan rekod yang baik dan cemerlang. Di Pulau Pinang, apa yang ditunjukkan kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan bahawa DAP mengambil berat terhadap orang Melayu dan agama Islam. Ini sudah cukup sebagai bukti kukuh DAP tidak pinggirkan orang Melayu. UMNO boleh cakap apa saja pun. Lagi satu, realiti kita di Malaysia orang Melayu adalah majoriti. Secara logik, dan terbukti, apa pun dasar yang nak dibawa parti tidak akan meminggirkan Melayu. Bodohlah kalau begitu. Lagi pun dasar DAP berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan perjuangan adalah untuk semua kaum. BERSAMBUNG: Bahagian kedua-Perbezaan perjuangan DAP dan UMNO | ||||
Perjuangan DAP berbeza dengan UMNO: Datuk Mohd Ariff – Bahagian 2 Posted: 05 Apr 2013 07:14 AM PDT Roketkini.com SEMAKIN ramai orang Melayu mula membenci UMNO kerana perjuangan parti itu bukan bermatlamat membela nasib Melayu, sebaliknya mereka yang menyertai parti itu lebih mementingkan kebendaan dan kepentingan peribadi. Ikuti wawancara wartawan Roketkini.com, Hafiz Zainuddin bersama Datuk Mohd Ariff Sabri atau lebih dikenali SakmongkolAK47 yang pernah berjuang bersama UMNO dan kini menyertai DAP. Foto oleh Tzyy Ang Lim (Zeon) Sebagai orang yang berpengalaman dan lama bersama UMNO yang kini menyertai DAP, sudah tentu Datuk dapat lihat jurang perbezaan jelas antara perjuangan, budaya UMNO dan DAP. Perkara jelas ialah misi dan matlamat perjuangan. Pertama, DAP bersama Pakatan Rakyat nak tubuhkan sebuah kerajaan yang berpaksikan undang-undang, keadilan sosial. Kita kena pegang kepada rule of law (kedaulatan undang-undang). Itu yang melindungi semua orang. Bukan saja Melayu, seluruh rakyat Malaysia dilindungi undang-undang. Kita hidup bersama. Dalam UMNO, undang-undang dinodai sehingga menyebabkan undang-undang berpihak kepada mereka. UMNO-BN sudah memanipulasikan sistem kehakiman kita, sistem perundangan kita, semuanya, dan akhirnya rakyat, terutamanya orang Melayu rasa perlu bergantung kepada UMNO. Kita tidak begitu. Kita mahu setiap rakyat dalam Malaysia ini faham bahawa masa depan bukan ditentukan UMNO atau mana-mana pihak tetapi harus sedar bahawa masa depan kita boleh dijamin dengan sebuah kerajaan yang telus dan melaksanakan hukum menurut rule of law. Lagi perbezaan besar yang saya lihat antara UMNO dan DAP adalah daripada sudut kualiti kepimpinan parti. Jelas, kita dapat tengok, ramai pimpinan UMNO masuk parti dengan membawa agenda tersendiri dan akhirnya kita dapat lihat mereka bergelumang dengan politik untuk kuasa. Pemimpin DAP tidak, mereka berjuang dan berpegang pada prinsip perjuangan dengan kuat dan telus. Ini kita dapat lihat. Kalau kita lihat melalui konteks 'bangsa', apa kelebihan orang Melayu menyertai DAP? Persepsi kena betul. DAP bukan parti berasaskan bangsa. Tapi kalau nak bercakap daripada sudut itu, pertama, kalau orang Melayu menyertai DAP dan harap layanan istimewa, dapat duit, projek, jangan masuk. DAP tidak akan bagi duit bayar anda, sebab ini adalah perjuangan, kita berkongsi idea perjuangan yang sama. Kedua, kalau orang Melayu ramai di dalam DAP, ia secara langsung akan membenamkan terus imej dan persepsi bahawa DAP ini parti kaum Cina. Ketiga apabila menyertai DAP, kita akan melalui pengalaman. Apa pengalamannya? Iaitu kita akan tahu beza bagaimana budaya dalam DAP dan dalam UMNO. Itu memang dapat dibezakan. Apa yang saya boleh kata, pimpinan DAP ini komited dengan perjuangan sekaligus kurang sangat kita dengar diselit dengan agenda peribadi sepertimana yang parah melanda UMNO. Dalam pengalaman yang saya lalui, kalau dalam UMNO, pimpinan bertaraf wakil rakyat, ADUN, semuanya dalam keadaan tidak selamat. Sebab itu ramai yang di belakang mereka 'main tikam belakang' dan berkelahi sesama sendiri. Sebabnya apa? Sebab, perjuangan itu diselit dengan agenda peribadi. Kekuatan DAP menang di kawasan Melayu DAP ada kekuatannya sejak ia ditubuhkan pada 1966. Daripada permulaan lagi DAP menunjukkan komitmen dan konsistensi dalam perjuangan. Jadi orang lihat walaupun DAP ramai pimpinan bukan Melayu, tapi DAP mempunyai kesungguhan untuk membela keseluruhan rakyat. Ini kuncinya. Bila masyarakat umum melihat ini dan tertarik kepada organisasi yang menunjukkan disiplin, jarang kita dengar masalah lompat melompat dalam DAP. Kita dapat lihat barisan kepimpinan DAP yang sanggup harungi kesusahan, banyak kali tidak menang, tapi tetap meneruskan perjuangan. Kemudian, kelebihannya, kita lihat di sini adalah permuafakatan antara PAS, PKR dan DAP sangat kuat. Sekarang DAP tidak lagi bersendirian tetapi dengan teman oposisi yang lain dalam Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan kita boleh sepakat. Bila rakyat tengok kita boleh sepakat, dia ada keyakinan dan orang Melayu pun tidak perlu risau dengan kehadiran DAP. Orang Melayu dalam PAS dan PKR tidak akan duduk diam kalaulah kepentingan orang Melayu tergugat. Lagipun DAP tidak pernah sentuh isu kepentingan mahu pun hak istimewa Melayu. DAP tidak pernah usik. Ini fakta. Semua yang buruk kita dengar daripada UMNO cuma permainan politik saja. Saya selalu tekankan, ramai orang Melayu dalam PAS dan dalam PKR. Dalam DAP pun ada Melayu juga. Kita sendiri tahu bahawa faktanya majoriti penduduk negara ini adalah orang Melayu. Siapapun pegang kerajaan, dia terpaksa akur, kena terima realiti ini. Jadi tidak ada apa yang hendak ditakutkan. Semakin bergelombang rakyat mahu perubahan, makin banyak provokasi dilakukan mereka Ya betul, tapi dia tak tahu segelintir penyokong ekstrimis fanatik sekadar menyakitkan hati orang yang duduk di sekeliling, masyarakat tengok, "macam ni ke UMNO respon kepada partii oposisi yang nak bagi ceramah?" Hujah, kamu tak boleh ke balas dengan hujah? Penyokong biasa UMNO, terutamanya orang atas pagar pun fikir kenapa UMNO buat macam ni. Jadi dia tak tahu dia merugikan diri dia sendiri. Dan kita juga mahu pasukan keselamatan kita, polis menjalankan tanggungjawab dengan professional. Kalau dia lihat ada orang buat provokasi, tangkap orang itu. Kita kena matang, semua parti yang ada pun menawarkan sesuatu pilihan kepada rakyat dan kamu hujahkanlah pilihan yang kamu hendak tawarkan kepada rakyat supaya rakyat buat keputusan buat pilihan. Jangan ganggu gugat. Apa ramalan Datuk untuk Pilihan Raya Umum ke-13 ini Saya yakin akan berlaku perubahan besar dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan pengamatan dan pengalaman politik saya. Kalau BN tidak kalah, kedudukan mereka takkan lebih baik daripada sekarang. Kalau mereka boleh menang mereka akan menang tipis. Bila mereka menang tipis. Kemungkinannya banyak. Dalam rekod UMNO, lompat-melompat ini perkara biasa. Kalau dia tengok mesej yang dihantar rakyat dia boleh baca dengan ikhlas dan dia tahu kemenangan tipis yang diperoleh BN secara tidak beretika, saya rasa mungkin mereka yang masih ada kesedaran akan melakukan perubahan bersama dengan suara rakyat terbanyak. Politik baru dan generasi muda Generasi muda sedar. Mereka lihat kerajaan sepatutnya melabur untuk masa depan mereka dan negara. Pelaburan masa depan antaranya ialah membina dan mengukuhkan institusi yang menjaga demokrasi. Institusi yang membolehkan generasi baru berkembang kepada tahap terbaik. Juga buat pelaburan dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan saya lihat generasi baru pentingkan perkara ini. DAP banyak menunjukkan perkara yang boleh disokong generasi baru. Sebahagian besar dasar yang dibawa DAP menuju ke arah itu kerana DAP mempunyai barisan kepimpinan yang faham terhadap tuntutan masa depan. Pesan kepada orang Melayu Orang Melayu jangan taksub dan terikat kepada fahaman bahawa kalau UMNO-BN tidak ada atau kalah, orang Melayu akan mati, orang Melayu musnah, tidak! Sekarang ini kita perlu lihat ke hadapan, kita ada pilihan terbaik yang menawarkan pentadbiran yang lebih baik daripada BN samada dalam manifesto atau prinsip dan perjuangan yang diamalkan. Kita telah buktikan di negeri pentadbiran PR. DAP parti masa depan Malaysia Ya, saya yakin DAP adalah parti masa depan dan kita mesti bergerak dengan permuafakatan yang erat dalam gabungan Pakatan Rakyat. Secara tradisional, Melayu lebih selesa di bawah PAS, selagi DAP boleh bina permuafakatan dan kefahaman dengan kumpulan yang mewakili pemikiran tradisional orang Melayu, saya rasa DAP boleh bersama-sama dengan parti lain pada masa yang sama pula lebih ramai orang Melayu akan menyokong atau menjadi ahli.-Roketkini.com | ||||
DAP cabar BN calonkan 'fantastic four' Posted: 05 Apr 2013 07:09 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE IPOH - DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini. Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini. "Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13. "Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini, semalam. Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan kesempatan untuk keempat-empat calon bebas itu menjelaskan lagi sokongan mereka kepada BN setelah membuat keputusan meninggalkan parti serta mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat. "Ringkasnya, berilah mereka peluang menjadi calon bagi pihak BN pula kali ini," katanya. Untuk rekod, hanya Mohd Osman sahaja pernah membuat kenyataan sedia tanding PRU13 sekiranya BN gagal meletakkan calon 'winnable' bertanding di kerusi Dun Changkat Jering. Sementara tiga lagi wakil Bebas tidak pernah dilaporkan mahu bertanding mempertahankan kerusi masing-masing. | ||||
POJOK: DAP naik kuda PAS, PAS naik kuda DAP, UMNO pula naik angin Posted: 05 Apr 2013 05:21 AM PDT .Roketkini.com Jadi tidak menjadi kehairanan, kita pun dah lali dengan kenyataan semacam ini sampai naik muak. Asal saja ada masalah, semua dituduh Anwar, semua salahkan PR. Kerja kempen yang semacam ini biasanya akan makan tuan. Kita tunggu dan lihatlah nanti. Saat ini, situasi politik Malaysia makin menggelegak. Parlimen pun sudah dibubar Najib. Justeru, tak hairanlah kalau berbakul lagi fitnah jijik terpaksa dijawab apa lagi bila DAP makin diterima Melayu dan yang terkini, DAP sudah pun umumkan dua calon Melayu bertanding di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang belum ditetapkan tarikhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tak kisah siapa jadi kerajaan Sebenarnya, ada kajian kata, rakyat tidak kisah siapa pun menjadi kerajaan. Tapi rakyat paling kisah kalau kerajaan naikkan harga barang. Tak guna kalau gaji naik sekali pun tapi barang rumah, minyak petrol, sampaikan minyak angin pun naik harga. Ini belum lagi ditambah pakej haji dan umrah yang setiap tahun naik. DAP mahu PM Melayu Islam, lagi tak boleh faham ke…? Pada saat menjelangnya PRU-13. Macam-macam isu naik. Kita selalu saja dengar kalau PR menang, Cina nak jadi Perdana Menteri. Ini semua tuduhan bodoh tidak masuk akal, tak berasas apa lagi tak berpijak kepada realiti. DAP sudah berbuih berikrar. Kalau PR menang besar, Melayu akan naik jadi Perdana Menteri. Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia keenam. DAP tidak bodoh. DAP sangat sedar, sangat sensitif, dan tahu bahawa umat Melayu adalah umat majoriti dalam negara ini. DAP juga bukan "parti Cina" dan orang Melayu memang dialu-alukan menyertai DAP. Apa ada hal! Kalau faham DAP maka terimalah DAP "DAP parti Cina.. DAP tindas Melayu… DAP tolak Islam… DAP tolak Raja…". Ini antara fitnah dan propaganda jahat pencacai UMNO paling popular. Cabai Burung harap, kalian pembaca dapat jadi orang cerdik, orang yang mampu berfikir. Kalau DAP ini benar-benar seperti yang didakwa, sudah lama DAP diharamkan, tutup buku, masuk bakul. Mana tidaknya, menolak Islam dan menolak sistem beraja itukan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan! Lawan perlembagaan? Nak mampus agaknya! Semua harus tahu, DAP selama ini memang menjunjung Perlembagaan Persekutuan. DAP junjung Islam sebagai agama Persekutuan. DAP taat pada Yang Di-Pertuan Agong! DAP cuma mahu Malaysia yang bebas rasuah, telus dan berbaloi kehidupan rakyatnya untuk hidup dan mati di bumi yang tercinta.-Roketkini.com | ||||
Zahid sedia berdepan dengan Anwar Posted: 05 Apr 2013 05:04 AM PDT BAGAN DATOH - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau mahu bertanding di Bagan Datoh. Zahid berkata, terdapat desas-desus bahawa Anwar telah mempertimbangkan untuk bertanding sama ada di kerusi Parlimen Bagan Datoh atau Tambun. "Jika Anwar mahu bertanding di sini, saya mengalu-alukan dan bersedia untuk menghadapi cabaran itu kerana ini adalah negara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan input perikanan dan pertanian kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, hari ini. Zahid menambah, "ini kampung saya, tempat saya dan kawan-kawan saya dibesarkan. Siapa saja mahu bertanding di Bagan Datoh saya persilakan. Saya bukan mahu riak atau takbur...datanglah." Anwar dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan bertanding di Perak. Pada pilihan raya umum 2008, Zahid mengalahkan calon PKR Madzi Hasan dengan majoriti 2,692 undi. | ||||
Ramalan hari penamaan calon, hari undi Posted: 05 Apr 2013 04:59 AM PDT BERIKUT ramalan ahli-ahli politik, penganalisis dan artis mengenai kemungkinan hari penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail Tarikh: Penamaan calon 1 Mei 2013, undi pertengahan Mei 2013 Alasan: "Saya meramalkan tarikh ini kerana untuk memberi keselesaan kepada rakyat, di mana hari pengundian dilakukan pada hari bercuti sekolah, ini untuk keselesaan rakyat bukan untuk parti politik dengan memikirkan tarikh terlalu panjang untuk pemilihan calon." Naib Presiden Pas dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar Tarikh: Penamaan calon 15 April 2013; undi 27 April 2013 Alasan: "Ini tempoh berasaskan kepada pilihan raya lalu. Pada 2008 pun ia dibuat dalam linkungan itu. Tarikh bubar dan hari penamaan calon dalam kiraan 10 hingga 12 hari." Setiausaha Pengola DAP dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Tarikh: Penamaan calon pertengahan April 2013, undi hujung April 2013 Alasan: "... kalau ikut rekod sebelum ini, untuk mengundi kena ambil masa tiga hingga empat minggu untuk itu, jadi saya berpandukan rekod sebelum ini." Ahli Parlimen Kota Belud dan Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan Tarikh: Penamaan calon 13 atau 14 April 2013, undi 27 atau 28 April 2013 Alasan: "Kalau kita lihat dari segi sejarahnya, selepas pembubaran, dalam sehari dua ini mungkin negeri selesai bubar, katalah SPR bermesyuarat Isnin (8 April) selalunya akan ada jarak seminggu." Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum Tarikh: Penamaan calon 20 April 2013, undi 4 Mei 2013 Alasan: "Ia akan dibuat pada hari Sabtu kerana penamaan calon kebanyakannya dibuat di pejabat-pejabat daerah. Ia tidak akan dibuat pada hari biasa kerana ia akan menggangu waktu kerja." Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Tarikh: Penamaan calon 14 April; undi 27 April Alasan: "27 April tarikh paling sesuai kecuali jika ada masalah, jika ada Dun tidak dibubarkan hari ini." Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian Tarikh: Penamaan calon 13 April, undi 27 April Alasan: "Kemungkinan bukan awal Mei. Sebab hujung minggu pertama Mei adalah cuti Hari Pekerja." Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli Tarikh: Penamaan calon 13 atau 14 April; 27 April Alasan: "Saya rasa kita boleh baca pergerakan. Datuk Seri Najib Tun Razak. Jadi tidak akan ada kejutan." Ahli Parlimen Temerloh dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah Tarikh: Penamaan calon 13 atau 14 April, undi 27 atau 28 April Alasan: "Mengambil kira tempoh berkempen minimum, dan 2008 13 hari, saya fikir kali ini tempoh berkempen 14 hari, dua minggu sepatutnya." Pengarah Filem, Datuk Yusof Haslam Tarikh: PRU13 – hujung bulan. Penamaan calon – seminggu dua lagi Alasan: "Biasanya PRU13 paling lewat dua minggu daripada tarikh penamaan calon." Presiden Seniman, Zed Zaidi Tarikh: PRU13 bila-bila masa sehingga bulan Mei. Penamaan calonminggu depan. Alasan: "Selalunya selepas Parlimen dibubarkan, saya beranggapan kena tunggu negeri pula dibubarkan. Ada 60 hari lagi, jadi sampai Mei nanti, bila-bila masa boleh." Ahli Pas, Hairie Othman Tarikh: PRU13 – 28 April. Penamaan calon-dua minggu sebelum tarikh 28 April Alasan: "Biasanya, 10 hari selepas bubar, tarikh pilihan raya akan diumumkan." Penyanyi dan pencipta lagu, Eddie Hamid Tarikh: PRU13 – 8 Mei. Penamaan calon – dua minggu lagi. Alasan: "Saya dapat satu undangan untuk menyanyi lagu Bo La Wei pada 2 Mei depan di Pasir Puteh. Saya beranggapan pilihan raya selepas itulah." Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan Tarikh: PRU13 awal Mei. Penamaan calon – dua minggu lagi Alasan: "Saya pun tak pasti dengan perkara ini. Tapi dengar-dengar begitulah." Nama: Pelakon, Faizal Hussein Tarikh: PRU13 – hujung bulan April. Penamaan calon – dua minggu lagi Alasan: "Kita pun tak boleh jangka tapi saya dengar-dengar begitulah." Pelakon, Lisa Surihani Tarikh: PRU13 – 27 April. Penamaan calon – tak pasti Alasan: "Ini bukan jangkaan saya tapi saya dengar-dengar begitulah. Sebab majlis perkahwinan kawan saya jatuh pada 27 April dan mereka kata tarikh pilihan raya jatuh pada majlis mereka. Dari situ saya tahu." Penyanyi, Jamal Abdillah Tarikh: PRU13 - 27 April. Penamaan calon – minggu depan Alasan: "Saya ada rancang nak buat persembahan di Kuala Terengganu pada 26 April tapi ramai yang suruh saya tukar kerana katanya PRU13 pada 27 April." Pelakon, Rahsidi Ishak Tarikh: Bulan Mei. Penamaan calon – tak pasti Alasan: "Besar kemungkinan pada cuti sekolah akan datang. Orang katalah, saya pun tak pasti." | ||||
Mahkamah tetap 22 April urus kes saman 'Papa Gomo' Posted: 05 Apr 2013 04:32 AM PDT Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh itu dalam kamar dengan kehadiran peguam Mohd Afiq Mohd Noor. Mohd Afiq memberitahu pemberita pihaknya diarah menyerahkan writ dan tuntutan saman sebelum tarikh pengurusan kes kepada Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30, dan jika gagal, beliau akan mengemukakan 'penyampaian gantian' menerusi iklan di akhbar. Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog www.papagomo.com pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas. Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yangdifikirkan wajar oleh Mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagimenghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan. - Bernama | ||||
SPR tidak jujur laksana tugas daftar pengundi pos di luar negara Posted: 05 Apr 2013 04:29 AM PDT KUALA LUMPUR, : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu memohon maaf kerana gagal mendaftar kira-kira 700,000 rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara sebagai pengundi pos. Pakar Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, Pengerusi SPR itu dalam kenyataan semalam mendakwa beliau kecewa kerana hanya dapat mendaftar 6,298 rakyat Malaysia yang berada di luar negara sebagai pengundi pos. Berikutan itu, katanya, rakyat Malaysia kecewa kerana SPR tidak jujur melaksanakan tugas yang diamanahkan mengikut Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan. "Pengumuman undi pos di luar negara hanya dilakukan SPR pada 21 Januari lalu menyebabkan ramai mereka yang tinggal di luar negara gagal mendaftar sebagai pengundi pos. "SPR sepatutnya lebih agresif jika ikhlas mahu rakyat Malaysia di luar negara mendaftar sebagai pengundi pos iaitu mengumum perkara itu sebelum Januari lagi dengan kerjasama Kementerian Luar, kedutaan dan suruhanjaya tinggi di seluruh dunia," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Dr Ong berkata, beliau menerima banyak pertanyaan dan aduan melalui facebook, twitter dan e-mel mengenai bagaimana untuk mendaftar sebagai pengundi pos di luar negara. Menurutnya, syarat ketat SPR yang tidak membenar rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura, Selatan Thailand, Kalimantan dan Brunei menyebabkan ratusan ribu rakyat Malaysia yang tinggal di negara berkenaan hilang kelayakan sebagai pengundi pos. Katanya. tambahan pula laman web SPR (www.spr.gov.my) gagal dilayari pada Selasa, pada hari Parlimen dibubarkan yang juga tarikh akhir untuk memohon menyebabkan ramai tidak dapat memuat turun borang yang diperlukan dan arahan cara mendaftar sebagai pengundi pos yang di luar negara.-Roketkini.com | ||||
PRU-13: Isu tanah, orang Melayu bakal tumbangkan BN Johor Posted: 05 Apr 2013 04:26 AM PDT Roketkini.com "Realiti itu benar-benar membuatkan UMNO cemas, orang Melayu terutamanya yang tinggal di kawasan setinggan memang marah, kecewa dan sedar bahawa janji yang ditaburkan BN sekadar janji kosong," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman. Beliau menceritakan bagaimana peneroka bandar itu (setinggan) dizalimi apabila tanah yang dijanjikan kepada mereka dirampas untuk dibangunkan pemaju. "Kita kena tahu, mereka datang dari kampung sebagai menyahut seruan kerajaan untuk berpindah ke bandar. Dari bandar yang mundur, mereka inilah yang menjadi sumber tenaga manusia, termasuk menjadi jadi buruh binaan. "Mereka ditempatkan di kawasan pinggir bandar, mereka mendirikan rumah, seingat saya mereka sudah lebih 50 tahun, sejak negara merdeka sampai hari ini. Jadi bila mereka sudah melahirkan anak, cucu, sepatutnya kerajaan berikan mereka hak milik tapi apa yang berlaku mereka dihalau keluar daripada penempatan mereka," jelas Mazlan. Ditanya samada penduduk Melayu di bandar menolak pembangunan, Mazlan tegas berpendirian bahawa apa yang penting dalam sebarang pelan pembangunan adalah perancangan yang strategik dan berkesan. "Kita tidak menolak pembangunan. Tetapi, sepatutnya bila kerajaan ada cadangan untuk membangunkan satu-satu kawasan, mereka perlu sistematik. Kalau nak beri pampasan perlulah berbaloi dan wajar. Mereka sudah berada di situ berpuluh tahun," katanya ketika ditemui di Kulai, baru-baru ini. Beliau turut berkongsi bagaimana insiden penduduk dihalau daripada kediaman mereka di kampung Plentong Tengah membabitkan 300 rumah orang Melayu pada 2008 lalu. "Dulu masa mereka masuk ke bandar, mereka bukan sahaja dijanjikan tanah, tetapi penempatan yang kekal. Mereka juga ketika itu adalah pengundi tegar BN. Mereka percaya, sumbangan mereka kepada negeri, negara akan dibayar kerajaan dalam bentuk kediaman dan tempat tinggal yang selesa, sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. "Insiden itu sangat terkesan sampai hari ini. Kini 200 penduduk kampung menyertai PAS," ujar Mazlan. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, dalam beberapa kes dihadapi, apabila penduduk cuba bertahan, mereka dikekang menggunakan pihak berkuasa seperti polis dan FRU. "Bermula daripada situlah mereka ini yang dulunya pengundi tegar BN sekarang ini menyokong oposisi. Sebahagian besarnya menjadi ahli parti sama ada PAS, PKR atau DAP. "Sebab itu, hari ini satu daripada gelombang masyarakat itu datang daripada segmen masyarakat ini. Jumlah mereka besar, kita kena ingat. Undi penentu hidup mati BN adalah mereka pada pilihan raya nanti, mereka inilah yang dizalim BN," katanya.-Roketkini.com | ||||
Guan Eng tekad jadikan Pulau Pinang negeri pintar bertaraf antarabangsa Posted: 05 Apr 2013 04:24 AM PDT Roketkini.com GEORGE TOWNL: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertekad mahu menjadikan Pulau Pinang Nombor Satu di Malaysia sebagai negeri pintar dan bertaraf antarabangsa jika rakyat terus memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat memerintah lima tahun lagi. Sehubungan itu, katanya, PR menawarkan visi masyarakat majmuk yang bersatu dan madani serta menghormati pelbagai hak asasi dan percaya PR mempunyai idea yang lebih bernas, idealisme yang lebih kukuh, prinsip yang telah diuji masa dan dasar berjiwa rakyat untuk menjaminkan masa depan generasi akan datang. Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi PR Pulau Pinang berkata, marilah kita pastikan persaingan masa depan Pulau Pinang tidak menjadi pertarungan antara siapa yang lebih pandai memfitnah, membenci atau mengugut, sebaliknya menjadi pertarungan yang mulia antara idea, ideal, prinsip dan dasar berjiwa rakyat. "Kami percaya bahawa banyak lagi yang boleh dicapai. Jika anda dapat rasakan dalam lima tahun ini Pulau Pinang mencatat prestasi yang baik, maka pastinya lima tahun yang akan datang akan menjadi lebih baik. Sesungguhnya Pulau Pinang layak menerima yang terbaik. "Oleh itu, marilah kita menuju kebebasan yang sebenarnya iaitu kebebasan daripada kejahilan, kebebasan daripada rasuah dan kronsima, kebebasan daripada kemiskinan dan kebebasan daripada ketakutan," katanya berucap ketika membubarkan DUN Pulau Pinang di Komtar, hari ini. Guan Eng berharap pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada hari ini (Jumaat) iaitu penghulu segala hari akan membawa rahmat kepada semua dan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berjalan secara aman tanpa diganggu kebencian dan keganasan. Bagi pihak Pakatan Rakyat (PR) beliau juga berdoa sekiranya berlaku perubahan, pemindahan kuasa akan berjalan secara teratur dan tenteram dan berjanji serta menjamin akan menyerahkan kuasa di Pulau Pinang dengan lancar sekiranya PR tidak berjaya dalam pilihan raya besar itu nanti. Selain itu Guan Eng meminta maaf kepada semua penduduk di sekitar Komtar kerana hampir setiap minggu diganggu kumpulan kecil daripada Perkasa dan penyokong BN yang menyalahgunakan kebebasan berhimpun dengan membuat demonstrasi secara ganas dan biadab. Menurutnya, PR yang diberi penghormatan memikul amanah pentadbiran negeri selama lima tahun mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kepercayaan rakyat pada PRU 2008 lalu. "Lima tahun lalu pada 8 Mac 2008, rakyat Pulau Pinang mencetuskan tsunami politik yang membawa perubahan kuasa kepada PR. Sejak itu, banyak yang kita capai bersama. Pulau Pinang sudah pulih daripada kemerosotan yang berlarutan dan kini kembali sebagai negeri peneraju di negara ini. "Kerajaan Pulau Pinang adalah yang paling bersih di Malaysia, berikutan pengiktirafan Transparency International serta Laporan Ketua Audit Negara yang memuji sistem tender terbuka, lebihan belanjawan tahunan serta pengurangan hutang 95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta. Satu lagi pencapaian cemerlang adalah kejayaan menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai yang hampir bankrap setelah ketirisan sebanyak RM230 juta sebelum 2008. Pada masa yang sama, kami juga berjaya meningkatkan aset negeri sebanyak 50% daripada RM800 juta pada 2008 kepada RM1.2 bilion sekarang," katanya. Guan Eng berkata, kejayaan itu adalah hasil tadbir urus yang berasaskan prinsip CAT iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus dan antara dasar yang diperkenalkan adalah sistem tender terbuka kompetitif, menghalang ahli keluarga pemimpin negeri daripada berurus niaga dengan kerajaan negeri, pengisytiharan harta secara terbuka oleh barisan EXCO serta Ketua Menteri dan pendedahan kontrak kerajaan untuk penelitian umum. Beliau berkata, CAT telah membolehkan Pulau Pinang berjaya menarik jumlah pelaburan yang paling besar di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah, bukan sekali tetapi dua kali pada 2010 dan 2011. Katanya, sepanjang tempoh lima tahun lalu iaitu daripada 2008-2012, Pulau Pinang mencatat pelaburan berjumlah RM36.1 bilion iaitu 100% lebih baik daripada pelaburan sebanyak RM18.7 bilion dalam tempoh lima tahun sebelum itu iaitu dari 2003-2007. "Kini Pulau Pinang adalah negeri paling sesuai didiami di Malaysia dan yang kelapan paling sesuai didiami di Asia. Baru-baru ini, Pulau Pinang juga terpilih sebagai lokasi keempat paling baik di dunia untuk persaraan. Pengiktirafan itu adalah bukti Pulau Pinang sudah menjadi Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat," tambahnya. Guan Eng berkata, PR percaya kekayaan harus dikongsi secara saksama dengan rakyat dan bukan dengan kroni, sebab itu, kerajaan negeri mengagihkan lebihan belanjawan tahunan yang dicapai dalam bentuk bantuan tunai kepada sekolah dan individu seperti warga emas, OKU, ibu tunggal, bayi baru lahir, penarik beca, pelajar universiti serta pelajar sekolah, semua program itu membabitkan perbelanjaan RM150 juta sejak 2008. Beliau berkata, Pulau Pinang berjaya mencatat sejarah dengan pelancaran Agenda Ekonomi Saksama (AES) yang berjumlah RM20 juta untuk menjadi negeri pertama di Malaysia menghapuskan kemiskinan dengan memastikan bahawa setiap isi rumah di Pulau Pinang mempunyai pendapatan minimum RM770 sebulan. "Mana-mana keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM770 sebulan akan "ditambah nilai" oleh kerajaan negeri sehingga mereka mempunyai RM770. "Pulau Pinang juga adalah negeri pertama memperuntukkan RM500 juta untuk pembinaan perumahan mampu milik. Kerajaan negeri juga membina hampir 4,000 unit sejak 2008 sementara sektor swasta menyumbang sebanyak 9,000 unit lagi dan untuk masa depan, kerajaan negeri bercadang membina 19,172 unit dengan tambahan 20,000 unit daripada sektor swasta," ujarnya. Katanya, kerajaan negeri juga mengusahakan sistem pengangkutan awam yang berkesan dengan penawaran perkhidmatan bas percuma, bagaimanapun, pihak kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengangkutan awam menolak tawaran kerajaan negeri untuk membayar RM10 juta setahun untuk perkhidmatan bas percuma di seluruh negeri pada waktu puncak. Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan tetapi terdesak untuk melaksanakan projek RM6.3 bilion untuk meleraikan trafik melalui tiga lebuhraya daripada Tanjung Bunga ke Teluk Bahang; Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu; Air Hitam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu serta terowong bawah dasar laut yang akan menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam, Butterworth kerana tidak mahu anak-anak muda Pulau Pinang membesar sebagai generasi kesesakan trafik. "Pulau Pinang kini dalam proses menjadi negeri hijau pertama di Malaysia dengan inisiatif hijau, seperti menjadi satu-satunya negeri yang mengamalkan kempen "Tiada Beg Plastik Percuma" serta mencapai kadar kitar semula yang paling tinggi di Malaysia iaitu 24%. Pulau Pinang juga ingin menjadi negeri basikal pertama di Malaysia dengan laluan basikal 200 kilometer. "Di Pulau Pinang, rakyat tidak lagi takut sama kerajaan negeri macam dulu. Sekarang kerajaan negeri yang takut kepada rakyat. Kami memartabatkan Islam dengan meningkatkan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam hampir tiga kali ganda serta menubuhkan portfolio EXCO untuk Hal Ehwal Agama Bukan Islam. "Pulau Pinang juga kini menjadi ibu kota kesenian, kebudayaan dan warisan di Malaysia dengan Bandar Warisan Dunia UNESCO George Town yang bertaraf antarabangsa serta sambutan tahunan Festival George Town yang berjaya mengumpulkan penghibur, artis, penulis serta cendekiawan dari dalam dan luar negeri," katanya. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan negeri juga berusaha memperkasakan suara rakyat melalui penubuhan Sudut Pidato yang pertama di Malaysia di Padang Kota Lama serta di Butterworth.-Roketkini.com | ||||
Polis pantau perang siber sepanjang PRU13 Posted: 05 Apr 2013 04:19 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengulangi ingatan kepada pihak yang berkenaan agar berhati-hati ketika membuat kenyataan menerusi media sosial sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, bagi mengelak pelanggaran undang-undang terutama berkaitan hasutan. Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusof berkata ini berikutan perang siber semakin rancak sekarang, membabitkan parti politik, penyokong mereka dan pelbagai pihak lain. "Kadang-kadang semasa kita teruja, kita menulis secara tidak bertanggungjawab. Perkara ini dipantau polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengelak penyebaran gejala hasutan dan sebagainya," katanya pada taklimat media sempena PRU13, di Bukit Aman di sini. Ramli berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan PRU13 menerusi laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam pada itu, bagi memastikan kelancaran operasi polis sepanjang PRU13, sebanyak 11 pegawai kanan dilantik untuk memantau 14 kontinjen. Mereka ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan memantau kontinjen Negeri Sembilan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (Sabah), Pengarah JSJ Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan (Kedah dan Perlis), Pengarah Pasukan Petugas Khas, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (Perak) dan Pengarah Pengurusan, Datuk Mortadza Nazarene (Sarawak). Turut terbabit Pengarah JSJ Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim yang akan memantau kontinjen Kelantan dan Terengganu, Pengarah Jabatan Logistik Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah (Johor dan Melaka), Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara Datuk Wira Ayub Yaacob (Pahang), Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Seri Salleh Mat Rasid (Kuala Lumpur), sementara Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Datuk Eo Chong Cheong memantau kontinjen Pulau Pinang dan Pengarah I JKDNKA Datuk Abd.Rahman Hussin (Selangor). Kata Ramli sepanjang PRU13 juga Bukit Aman akan mengadakan taklimat media sebanyak dua kali sehari.- Bernama | ||||
Ghani bertanding di Gelang Patah belum dibincang - Chua Soi Lek Posted: 05 Apr 2013 04:16 AM PDT SINAR HARIAN JOHOR BAHARU - Barisan Nasional negeri Johor masih belum membincangkan kemungkinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman bertanding untuk kerusi Parlimen Gelang Patah menentang veteran DAP Lim Kit Siang, kata Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek. Bagaimanapun Presiden MCA itu percaya perkara itu akan dibincangkan juga oleh BN negeri. "Setakat hari ini sama ada ia ura-ura, khabar angin atau benar, kita belum tahu lagi," katanya kepada pemberita selepas bersama-sama Ketua Bahagian MCA Gelang Patah Jason Teoh beramah mesra dengan masyarakat di Pasar Awam Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini. Chua yang juga pengerusi MCA Johor berkata demikian sebagai mengulas spekulasi Abdul Ghani, menteri besar Johor selama tiga penggal, akan berdepan dengan Lim di kawasan Parlimen Gelang Patah dalam pilihan raya umum ke-13. Abdul Ghani ialah anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom sebelum DUN Johor dibubarkan semalam. Chua berkata Abdul Ghani memiliki rekod perkhidmatan yang cemerlang, dan perkara ini tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak, selain kepimpinannya yang diterima semua kaum di Johor. "Beliau mempunyai rekod sebagai pemimpin tempatan yang boleh diterima oleh semua kaum, itu tidak dapat dinafikan," katanya. Ditanya kemungkinan pertukaran kawasan jika menteri besar Johor itu bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah memandangkan kerusi itu milik MCA, Chua berkata perkara itu tidak timbul. "Apa yang penting dalam pilihan raya umum, kita mahu Barisan Nasional menjadi parti pemerintah di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen," katanya. Mengenai 'serangan' DAP dan pakatan pembangkang di Johor, beliau berkata hubungan baik antara pelbagai kaum di Johor akan terjejas jika mereka terpengaruh dengan perjuangan politik perkauman DAP. "Johor merupakan tauladan dari segi keharmonian kaum di negara ini," katanya. Tambahan pula, kata Chua, pemimpin pembangkang seperti Lim lebih suka 'singgah dan lalu' sahaja, tidak pernah kekal lama mewakili sesuatu kawasan DUN atau parlimen. Beliau memberikan contoh Lim yang mula menjadi anggota parlimen pada 1969 dan bertanding dalam 10 pilihan raya umum, tetapi tidak pernah kekal memegang sesuatu kerusi melebihi dua penggal. "Rakyat tempatan akan hanya melihat pemimpin pembangkang yang menjadi wakil rakyat mereka sama ada di surat khabar, televisyen atau kain rentang. Perkhidmatan seorang wakil rakyat bukan hanya sekadar di televisyen," kata Chua. - Bernama | ||||
Pentadbiran Selangor cemerlang tanpa pemimpin rasuah – MB Posted: 05 Apr 2013 12:33 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR 5 APRIL: Rakyat Selangor perlu mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat jika tidak mahu negeri itu ditadbir pemimpin rasuah dan salah guna kuasa seperti pentadbiran terdahulu, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid berkata, sepanjang lima tahun mentadbir Selangor, Pakatan berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat dengan menjaga kredibiliti mereka selaku pemimpin yang bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa. " "Harapan saya dan barisan Exco agar pengundi di Selangor membuat penilaian terbaik berdasarkan pencapaian kami selama lima tahun. "Kami amat bangga kerana sepanjang tempoh ini, tiada seorang Exco, Adun atau pegawai tinggi kerajaan yang menghadapi tuduhan salah guna kuasa dan rasuah," katanya. Sehubungan itu, kata Khalid, rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang diseiringkan dengan kebajikan sebagai teras pentadbiran Pakatan di Selangor. "Saya menyeru kepada seluruh pengundi dan rakyat Selangor agar terus memberikan kami mandat agar kami dapat meneruskan sebuah pentadbiran reformasi. "Kami bukan sahaja mengekalkan Selangor sebagai negeri paling maju dengan jumlah pelaburan tertinggi tetapi pada masa sama kami mengutamakan kebajikan rakyat dengan program-program pembangunan," katanya pada sidang media di bangunan Annex, Shah Alam, selepas DUN Selangor dibubarkan, petang semalam. Hadir sama, barisan Exco – Iskandar Samad, Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Dr Halimah Ali, Rodziah Ismail, Yaakob Sapari dan Dr Ahmad Yunus Hairi. – NS | ||||
SPR dituntut bersih senarai undi sebelum pilihan raya Posted: 05 Apr 2013 12:30 AM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan senarai daftar pemilih sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan. Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah menegaskan, badan itu perlu bertanggungjawab memastikan keraguan dan penipuan pada senarai daftar pemilih dibersihkan walaupun hanya tinggal beberapa minggu sebelum pilihan raya. "Kita menuntut SPR jalankan tanggungjawab secara telus memastikan daftar pemilih dibersihkan. Parlimen bubar tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka tidak mengambil peduli aduan dan penipuan yang dilaporkan," katanya kepada Keadilan Daily. Maria berkata, rakyat perlu bangkit menggesa SPR bertindak demi memastikan pengundi hantu tidak akan disenarai dalam daftar pemilih. "Inilah masa untuk semua rakyat bangkit menjalankan hak mereka. Sekalipun SPR berdegil tidak mahu membersihkan daftar pemilih, rakyat perlu keluar mengundi. Jangan berikan peluang ini kepada warga asing. "Selagi tarikh pilihan raya tidak diumumkan, masih ada masa untuk rakyat menuntut supaya nama pengundi dibersihkan," katanya. – NS | ||||
Azmin sahkan Wan Azizah tak bertanding, kempen seluruh negara Posted: 05 Apr 2013 12:25 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey PETALING JAYA : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mengesahkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak bertanding dalam pilihan raya kali ini. "Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat kenyataan yang sangat jelas bahawa Wan Azizah tidak akan bertanding kali ini," kata Azmin menjawab berkenaan isu itu pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Menurutnya, Presiden KEADILAN berperanan besar pada waktu kempen pilihan raya dan akan ke seluruh negara untuk menjelaskan tawaran Manifesto Pakatan Rakyat. "Wan Azizah mempunyai peranan yang lebih besar, tidak semestinya sebagai calon. Beliau punya pengaruh kuat di kalangan wanita. "Dia perlu ke seluruh negara untuk menarik dan meyakinkan golongan wanita tentang pentingnya peranan mereka," kata Azmin. Menurut Azmin, perkara itu selari dengan dasar parti yang meletakkan sasaran 30 peratus wanita sebagai calon. "Kita ada polisi yang jelas dalam memperjuangkan wanita, malah menerusi pemilihan calon KEADILAN ada 30 peratus peluang untuk wanita menjadi wakil, dan kita semakin hampir dengan peratusan itu," jelas Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu. Keadilan Daily semalam melaporkan, Ketua Umum dalam temubual bersama Al-Jazeera pada Rabu lalu memaklumkan Wan Azizah tidak bertanding. "Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya," kata Anwar. – NS | ||||
Kenapa Najib tergesa-gesa beli senjata seminggu sebelum bubar Parlimen? Posted: 05 Apr 2013 12:23 AM PDT Mohd Arif Juhani GERIK : Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang tergesa-gesa membeli peralatan persenjataan, hanya seminggu sebelum Parlimen dibubar. "Seminggu sebelum bubar, beli lagi senjata RM4 bilion, tak sabar. Sain (tandatangan) cepat-cepat," katanya depan hampir 10,000 orang pada Jelajah Merdeka Rakyat di sini, malam tadi. Ketua Umum KEADILAN itu tekad membatal kontrak itu sebaik sahaja Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dengan mengambil kira nasihat pegawai tentera. "Kita menang, saya batalkan kontrak. Kita minta (pandangan) pegawai tentera, kena tanya orang yang pakar. Mana ada orang tahu semua bidang, jadi jangan takbur," katanya. Beliau berkata, masalah keselamatan dan pertahanan yang berlaku dalam negara ini berlaku akibat ia dikendali oleh orang yang tidak berkelayakan khususnya kroni Umno BN. "Kalau alatan pertahanan laut, serahkan urusan ini kepada Laksamana (B) Imran Abdul Hamid sebab dia berpengalaman, bukan bagi pada kroni Umno. "Kalau tidak, mereka pilih senjata yang boleh dapat komisen yang banyak. Macam kes beli dua kapal selam (Scorpene), komisen RM500 juta," katanya.(FZL) | ||||
Rakyat M'sia luar negara berang gagal akses web SPR Posted: 04 Apr 2013 05:13 PM PDT Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan semalam, ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara mula membanjiri lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan sebagai pengundi pos, tetapi kebanyakannya hampa. Lamanweb, yang memuatkan "Borang B1", tidak dapat diakses sejak semalam. Dan keadaannya masih tidak berubah setakat jam 4.30 hari ini. Rasa kecewa dan tidak puashati mereka itu diluahkan melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter, kebanyakannya mengenai ketidakupayaan SPR menangani apa isu kecil seumpama itu. Natalie Chia, yang tinggal di Taiwan, memberitahu Malaysiakini bahawa penyokong BERSIH 2.0 di Taipei datang membantu dengan mengedarkan "Borang B1" kepada rakyat Malaysia di Taiwan dan China. "Mereka mengambil alih tanggungjawab SPR dan melakukannya dengan baik," kata Chia, sambil menambah kumpulan itu juga turut mewujudkan hotline telefon untuk menjawab sebarang pertanyaan. Seorang doktor Malaysia yang bekerja di England, yang enggan namanya disiarkan, tidak begitu bernasib baik dan masih tetap terpaksa bergantung kepada lamanweb SPR. "Lamanweb ini sangat perlahan. Apabila saya akhirnya berjaya untuk mengakses lamanweb itu, pautan ke 'pengundi di luar negara' tidak berfungsi. "Ekoran itu, saya terlepas peluang untuk menjadi sebahagian daripada pilihan raya Malaysia yang akan datang, melainkan jika saya membuat perjalanan 16 jam (pulang ke Malaysia), yang amat menyulitkan," katanya kepada Malaysiakini. | ||||
PRU: Hanya separuh peruntukan untuk ADUN S'gor Posted: 04 Apr 2013 05:11 PM PDT MALAYSIA KINI Seluruh exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor haya dibenarkan menggunakan separuh sahaja daripada peruntukan masing-masing menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau dan pegawai kewangan negeri membuat keputusan itu bulan lalu bagi mengelakkan perisiwa 2008 berulang, apabila kebanyakan peruntukan habis digunakan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran daripada BN. "Ini bagi memastikan peruntukan mencukupi selepas pilihan raya selesai diadakan untuk membolehkan kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan berkesan agar kebajikan rakyat tidak terabai," kata Abdul Khalid. Sementara itu, Abdul Khalid juga mengumumkan, mulai hari ini negeri Selangor akan ditadbir oleh kerajaan sementara yang bermakna menteri besar dan exco akan terus melaksanakan tugas sebagai sebuah kerajaan berkecuali. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan