Kerabu Bersuara ® |
- Kereta Adun Tronoh Disimbah Cat
- Terkini!! Senarai Calon Pakatan Rakyat Setakat Jam 7 Malam Tadi!
- Abang Mat Sabu Calon Pendang! Allahuakhbar!
- Terkini! Gambar Semasa Mesyuarat MB Pakatan Rakyat, Allahuakhbar!
- Umno Cemas! Pemimpin Pakatan Muafakat
- Najib pun Takut Kat Taib Tok Uban
- Video Kreatif Anak Muda!
- PRU13: PAS UNTUK SEMUA
- Info Pasaran Saham Malaysia Semasa Pilihan Raya Umum (PRU)
- Rafidah tidak bertanding PRU-13
- PRU-13: Tok Mun bertanding lagi pada usia 94 tahun
- DAP alu-alukan Samy Vellu bertanding di Ipoh Barat
- Gambar Lim Geng Eng Jumpa TYT P. Pinang
- Luahan Ikhlas Seorang Guru Yang Menyokong Pakatan Rakyat
Kereta Adun Tronoh Disimbah Cat Posted: 04 Apr 2013 08:01 AM PDT MediaPerak Breaking news: Kereta adun Tronoh V.Sivakumar disimbah dengan cat. Kejadian di tapak ceramah di Taman kemiri Sungai Siput sebentar tadi Ini lah politik longkang dan taktik kuno dari musuh politik . |
Terkini!! Senarai Calon Pakatan Rakyat Setakat Jam 7 Malam Tadi! Posted: 04 Apr 2013 05:13 AM PDT Portal berita Free Malaysia Today (FMT) kononnya memetik sumber dari seorang peguam, Adrian Ng yang mendedahkan senarai calon Pakatan Rakyat sebenarnya dipetik dari senarai yang dipaparkan dalam blog Jalan Pulang. Bezanya, FMT menyenaraikan nama calon berdasarkan kepada susunan mengikut negeri sedangkan Jalan Pulang menyusun nama dan kawasan parlimen mengikut parti. Bagaimanapun, kesemua maklumat berkaitan nama dan kawasan parlimen yang ditandingi calon-calon Pakatan Rakyat SAMA seperti yang dipaparkan dalam blog ini dari semasa ke semasa sejak dimulakan pada 30 Mac lalu. Kemas kini nama calon dan kawasan parlimen dilakukan secara berkala setiap kali mendapat maklumat dan perkembangan terkini dari sumber yang dipercayai. Berikut senarai terkini setakat jam 7 malam ini dan akan dikemas kini malam ini berikutan pengumuman Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim yang akan mengumumkan senarai calon parti itu bermula malam ini di Gerik, Perak. Inilah senarai terkini yang dikumpulkan pasukan Jalan Pulang dan senarai ini juga diambil oleh blog-blog Pakatan Rakyat, juga blog pro Barisan Nasional! JALAN PULANG SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs) 1. Lumut atau Padang Rengas - Anwar Ibrahim (belum disah dan diumumkan) 2. Gombak - Azmin Ali (penyandang) 3. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar 4. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman 5. Batu - Tian Chua (penyandang) 6. Sembrong - Onn Abu Bakar 7. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein 8. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan) 9. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang) 10. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail 11. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang) 12. Padang Serai - N Surendran 13. Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty 14. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub 15. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang) 16. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang) 17. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang) 18. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang) 19. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari 20. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang) 21. Pandan - Rafizi Ramli 22. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 23. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh 24. Saratok - Ali Biju 25. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit 26. Baram - Roland Engan 27. Limbang - Baru Bian 28. Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti) 29. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong 30. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan) 31. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan) 32. Batu Pahat - Dr Idris Jauzi 33. Alor Setar - Gooi Hsiao Leung 34. Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (penyandang) 35. Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (penyandang) 36. Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (belum diumumkan) 37. Sibuti - Dr Michael Teo Yu Keng (belum disah dan diumumkan) 38. Tebrau - Steven Choong Siow 39. Muar - Nor Hizwan Ahmad 40. Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (belum diumumkan) 41. Tanjong Malim - Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab (belum diumumkan) 42. Labuan - Ibrahim Menudin (disahkan tetapi belum diumumkan) SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs) 1. Gelang Patah - Lim Kit Siang 2. Bukit Gelugor - Karpal Singh (penyandang) 3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang) 4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang) 5. Kluang - Liew Chin Tong (bertukar dari parlimen Bukit Bendera) 6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan) 7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan) 8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan) 9. Bentong - Wong Tack 10. Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (penyandang) 11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang) 12. Taiping - Nga Kor Ming (penyandang - belum diumumkan) 13. Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz 14. Bukit Mertajam - Chong Eng (penyandang) 15. Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (penyandang) 16. Batu Kawan - Dr P Ramasamy (penyandang) 17. Cheras - Tan Kok Wai (penyandang) 18. Bukit Bintang - Fong Kui Lun (penyandang) 19. Teluk Intan - M Manogaran (penyandang) 20. Rasah - Anthony Loke Siew Fook (penyandang) SENARAI CALON PAS - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini 04 Apr 2013 - 1900 hrs) 1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang) 2. Arau - Tuan Guru Haron Din 3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang) 4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang) 5. Pulai - Salahuddin Ayub (bertukar dari parlimen Kubang Kerian) 6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan) 7. Pendang - Mohamad Sabu (disahkan jam 6.30 petang) 8. Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (belum diumumkan) 9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang) 10. Tumpat - Kamarudin Jaffar (penyandang) 11. Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (penyandang) 12. Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (penyandang) 13. Baling - Brig Jen (B) Najmi Ahmad 14. Larut - Fauzi Shaari 15. Temerloh - Nasrudin Hassan 16. Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi 17. Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang) 18. Bachok - Ariffin Mahmod (belum disah dan diumumkan) 19. Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (belum diumumkan) 20. Padang Besar - Azamhari Mahmood 21. Kangar - Baharuddin Ahmad (belum disahkan) 22. Putrajaya - Husam Musa (kekal di DUN Salor, belum disah dan diumumkan) http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/04/pecah-berita-senarai-calon-pakatan.html?m=0 |
Abang Mat Sabu Calon Pendang! Allahuakhbar! Posted: 04 Apr 2013 02:26 AM PDT Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu telah disahkan akan bertanding di Parlimen, Pendang Kedah atas tiket PAS/PR pada PRU 13 nanti. Beliau menggantikan Ahli Parlimen Pendang yang sedia ada YB Dr Mohd Hayati Othman. Berita ini disahkan semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR Tropicana sebentar tadi. |
Terkini! Gambar Semasa Mesyuarat MB Pakatan Rakyat, Allahuakhbar! Posted: 04 Apr 2013 02:20 AM PDT doakan pakatan rakyat menang! allahuakhbar! |
Umno Cemas! Pemimpin Pakatan Muafakat Posted: 04 Apr 2013 02:17 AM PDT cemas umno! |
Najib pun Takut Kat Taib Tok Uban Posted: 04 Apr 2013 02:03 AM PDT Taib enggan beri kerjasama pada SPRM Kow Gah Chie & Zulaikha Zulkifli Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya. SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal" dan "tidak jujur", kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini. Abdul Taib juga menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat oleh badan anti-rasuah itu. "Mereka tidak layak terima kerjasama dari saya kerana mereka nakal dan tidak bertindak jujur. "Biarkan mereka (SPRM) buat kerja. Selagi mereka berlaku adil saya tidak takut," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini. Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui satu video oleh NGO antarabangsa Global Witness itu akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang. Malah, beliau juga berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga kepada BN di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-12. "Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi. Ditanya lagi sama ada pendedahan tersebut memberi kesan terhadap sokongan rakyat di Sarawak terhadap BN, Taib berkata kesannya amat kecil. "(Kesannya) Minimum. Ia tidak bersesuaian dengan sentimen penduduk tempatan," katanya lagi. SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang didedahkan Global Witness itu. Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka. Suruhanjaya itu turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu. |
Posted: 03 Apr 2013 10:31 PM PDT |
Posted: 03 Apr 2013 10:28 PM PDT PRU13: PAS UNTUK SEMUA |
Info Pasaran Saham Malaysia Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Posted: 03 Apr 2013 10:26 PM PDT Inilah prestasi Kuala Lumpur Composite Indeks (KLCI) dari pilihanraya umum 1982 – 2008. Keep calm and be pelabur hensem. |
Rafidah tidak bertanding PRU-13 Posted: 03 Apr 2013 10:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kerana sudah membuat keputusan untuk bersara daripada menjadi wakil rakyat. Katanya, walaupun tidak bertanding dalam PRU-13, beliau akan turut serta berkempen untuk UMNO dan BN, khususnya bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih pucuk pimpinan bagi parlimen berkenaan. Beliau menjelaskan kehadirannya ke Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO hari ini adalah atas permintaan pucuk pimpinan parti. |
PRU-13: Tok Mun bertanding lagi pada usia 94 tahun Posted: 03 Apr 2013 10:00 PM PDT Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi. Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi. Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi. Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada PRU kali ini. |
DAP alu-alukan Samy Vellu bertanding di Ipoh Barat Posted: 03 Apr 2013 09:45 PM PDT IPOH, 4 APRIL: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran mengalu-alukan kesediaan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Utama S Samy Vellu untuk bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Barat yang diwakilinya. Kenyataan ini dibuat berikutan sepanduk yang dinaikkan di sekitar bandar Ipoh dengan perkataan "Kami mahu Datuk Seri Utama S Samy Vellu sebagai calon BN di P.65 Ipoh Barat". "Saya rasa sangat gembira jika beliau mahu bertanding di Ipoh Barat malah saya juga sanggup membawa beliau melawat kawasan itu," kata Kula dalam satu kenyataan. Menurutnya, terdapat banyak isu dan masalah yang timbul sekitar kawasan yang diwakilinya dan dengan kehadiran Samy Vellu, beliau mungkin boleh turut membantu menyelesaikan perkara itu. "Masalah utama di situ membabitkan isu rumah setinggan, isu pemilikan tanah, pembinaan sekolah Cina di Bercham, masalah keperluan rumah murah bagi kumpulan berpendapatan rendah, menaik taraf pangsapuri Sungai Pari dan pangsapuri Waller Courts, ini termasuk peningkatan kadar jenayah," jelas beliau. Dalam pada itu Kulasegaran juga tidak menolak kemungkinan sepanduk yang dinaikkan itu untuk menghalangnya bertanding di luar dari Ipoh Barat. "Mungkin boleh jadi sepanduk itu dinaikkan penyokong Menteri Sumber Manusia, Datuk Subramaniam sebab sebelum ini saya sudah katakan bahawa saya sedia bertanding di mana-mana saja," ujarnya. Menurut Kulasegaran, beberapa hari lalu, beliau bersama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melawat Parlimen Segamat yang diwakili Subramaniam. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Samy Vellu ditewaskan Dr Jeyakumar Devaraj daripada PKR dengan majoriti 1,821 undi di Parlimen Sungai Siput, Perak manakala Subramaniam mendapat majoriti 2,991 undi di Parlimen Segamat, Johor menewaskan calon DAP, Pang Hok Leong. Di Parlimen Ipoh Barat pula, Kulasegaran menang dengan majoriti besar 15,535 undi menewaskan calon MCA, Yik Phooi Hong. – Roketkini.com |
Gambar Lim Geng Eng Jumpa TYT P. Pinang Posted: 03 Apr 2013 08:31 PM PDT Pagi tadi, Ketua Menteri telah menghadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas di kediaman rasminya Seri Mutiara untuk memohon perkenan beliau bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mengikut Artikel 19(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Ketua Menteri juga telah mencadangkan kepada TYT Yang Dipertua Negeri untuk mempertimbangkan hari esok (Jumaat 5 hb April, 2013) sebagai tarikh pembubaran. Ketua Menteri akan mengaturkan sidang akhbar di Komtar pada pukul 10.30 pagi hari esok. I have sought an audience with the Governor of Penang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas at his official residence in Seri Mutiara this morning to seek his consent for a dissolution of the Penang State Assembly in accordance with Article 19(2) of the Penang state constitution. The Penang state EXCO have met on 3.4.2013 and agreed with me that the Penang state government accept the Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak's written request to me to have a dissolution. This will allow for simultaneous 13th general elections to be held at both the state and federal level. I have also submitted to the Governor that tomorrow will be the suggested date for dissolution. As I am rushing off to Kuala Lumpur now to attend a Pakatan Rakyat Leadership Council meeting, I will be arranging for a press conference at Komtar tomorrow at 10.30 am. LIM GUAN ENG Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 4.4.2013 Pagi tadi, saya telah menghadap Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas di kediaman rasminya Seri Mutiara untuk memohon perkenan beliau bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mengikut Artikel 19(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Dalam mesyuarat pada 3.4.2013, barisan EXCO kerajaan negeri Pulau Pinang telah bersetuju dengan saya untuk menerima permintaan bertulis Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak untuk membubarkan DUN. Ini akan membenarkan Pilihan Raya Umum ke-13 untuk diadakan secara serentak di peringkat negeri dan juga persekutuan. Saya juga telah mencadangkan kepada TYT Yang Dipertua Negeri untuk mempertimbangkan hari esok sebagai tarikh pembubaran. Oleh kerana saya terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, saya akan mengaturkan sidang akhbar di Komtar pada pukul 10.30 pagi hari esok. LIM GUAN ENG 槟州首席部长林冠英于2013年4月4日在光大乔治市发表声明: 我已在今早州元首府经觐见槟州元首敦阿都拉曼阿巴斯,寻求御准,以根据槟州宪法第19(2)条文,解散州议会。 槟州行政议员已经于2013年4月3日开会,同意我的建议,即接受首相拿督斯里纳吉的书面要求,以解散州议会,让槟州选举与全国选举同步举行第13届大选。 我也向州元首建议,明天为解散槟州议会的日期。 我目前正赶往吉隆坡参与民联最高理事会会议,我将于明日早上10时30分于光大召开记者会。 林冠英 |
Luahan Ikhlas Seorang Guru Yang Menyokong Pakatan Rakyat Posted: 03 Apr 2013 08:02 PM PDT Guru dibebani sistem mengarut Mental Terbeban, Sebelum ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010 sehingga 2013, jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa penyelesaian bagi isu ini. Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan baru. Akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online. Jika dulu guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod, kini terpaksa menghadap komputer berjam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi. Bayangkan bukan sahaja segala maklumat pelajar di bawah tanggungjawab kami untuk kami isi, malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Kami jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan. Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, waktu tidur bukan lagi pukul 11 malam, tetapi pernah sampai pukul tiga pagi saya menghadap komputer. Saya sentiasa tidur lambat untuk menyediakan dan menanda latihan dalam kapisiti yang begitu banyak setiap minggu sejak PBS dilaksanakan. Demam kami dibuatnya. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, kami terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi 'internal error.' Bukan sahaja guru-guru merasai keperitan PBS, malahan pelajar apabila ditanya juga mengatakan, "Ruginya masuk tingkatan satu tahun ini (tahun lepas)." Mereka menunjukkan reaksi muak apabila nampak sahaja kelibat guru. Setiap guru yang masuk selepas sedikit penerangan, akan memberikan latihan sehingga ujian yang mereka hadapi dalam satu hari bertubi-tubi melebihi "input". Di sekolah kami berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke pagi. Kami bukanlah robot. Dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif? Bila ditanya tentang PBS dan keluar di kaca televisyen, segala komentar yang diberikan nampak positif, tetapi untuk mengetahui hakikat sebenar, turun dan lihatlah sendiri keadaan guru-guru di sekolah yang makin tertekan. Kami rasa benar-benar diperbodohkan dengan Dialog: Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang disiarkan pada 20 Februari 2013 jam 10 malam di TV1 kerana seluruh guru di Malaysia tahu situasi yang sebenar adalah sebaliknya. Kami terfikir-fikir mengapakah kerajaan mengambil sistem PBS yang telah dimansuhkan oleh banyak negara maju? Mengapa kerajaan tidak mengkaji dengan mendalam sistem ini? Di negara maju PBS dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam setiap kelas adalah sedikit, guru dibantu oleh "teacher assistant" tambahan pula silibus pelajaran juga sangat sedikit dibandingkan dengan Malaysia dan di setiap kelas ada fasiliti yang lengkap. Saya sebagai rakyat Malaysia sedih dengan pembaziran secara besar-besaran dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekejap mahu aplikasi sistem PPSMI, sekejap mahu mansuhkan PPSMI. Ini jugalah yang akan berlaku pada sistem PBS. Apabila pimpinan sudah bertukar, sistem pun akan berubah. Bukankah ini pembaziran namanya. Penukaran buku teks sahaja melibatkan perbelanjaan jutaan ringgit dan ini tidak termasuk kos-kos lain yang lebih besar seperti kursus untuk guru-guru dan lain-lain lagi. Kasihanilah kami. Di manakah janji kerajaan ingin mengkaji bebanan tugas guru-guru kerana kini bebanan kami bertambah lagi? Kami juga ingin melapangkan masa bersama anak-anak kalau bukan setiap hari pun, sekurang-kurangnya pada hujung minggu kami ingin mengenepikan sebentar kerja-kerja yang berlambak dan keluar makan bersama suami dan anak-anak. Bukankah falsafah pendidikan negara menekankan "berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara". Kami, guru-guru benar-benar perit dengan apa yang kami terpaksa kami lalui hari ini. Marilah kawan-kawan sekalian, untuk PRU kali ini kita bersatu padu tanpa mengira bangsa, agama, budaya, latar belakang dan fahaman politik menolak sistem pendidikan sedia ada yang menghempap guru-guru pada hari ini. Jangan sudah terhantuk baru terngadah, cukuplah dengan rekod kita menjadi antara warga paling ramai mengisi ruangan wad jiwa, marilah kita sama-sama berdoa dengan cara masing-masing agar bebanan yang menghempap di dada kita akan terlepas dengan kejayaan parti pembangkang. Sampai bilakah kita harus membuat begitu banyak kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, aktiviti ko-kurikulum, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi yang begitu banyak sehingga tidak mampu disenaraikan satu-satu. Kita dipaksa melakukan segalanya sedangkan kita bukanlah Aladdin dengan Lampu Ajaib. Kita hanya ada 24 jam sehari. Aladdin pun boleh lari bila tengok senarai tugas yang dicampakkan atas kepala kita. Marilah kita berikan peluang kepada parti pembangkang untuk membuktikan kata-kata mereka untuk membela nasib guru-guru. Biarlah Menteri-menteri yang cerdik pandai tahu kita warga pendidik juga mempunyai suara dan ada masanya akan berasa letih. Marilah kita berganding bahu menyokong parti pembangkang supaya suatu hari nanti kerajaan pada hari ini akan buka mata kepada keperitan yang terpaksa kita lalui saban hari. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan