ALHUSSEYN |
- SPR perlu bertanggung jawab jika berlaku huru hara di tempat mengundi
- Najib tidak sanggup tinggalkan Pekan, tapi sanggup tinggalkan isteri dan anak ...
- Yang Arif, saya ni memang tengin - Hamidah Osman
- Ipoh Timor mengalu-alukan Anwar Ibrahim !
SPR perlu bertanggung jawab jika berlaku huru hara di tempat mengundi Posted: 04 Apr 2013 09:00 AM PDT Macam-macam songelnya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ini. Sebelum ini dia kata ada kumpulan ajaran sesat mahu ganggu hari undi Hari ini pula dia kata, ada kumpulan nak buat huru-hara di tempat pembuangan undi pada hari pengundian. Saya amat ragu dan tidak pasti mengenai dua perkara yang disebut oleh Pengerusin SPR itu di sini Menurutnya, ''Seperkara lagi, ada dakwaan kata alamat di kad pengenalan mesti sama dengan alamat pembuangan undi. Itu juga salah. Alamat di kad pengenalan tidak semestinya sama dengan alamat di pusat pembuangan undi. ''Sebagai contoh ada seorang pengundi yang jarinya dikatakan telah dicalit dakwat, samun selepas disemak dakwat itu berbeza dengan dakwat yang kita gunakan lalu kita benarkan pengundi ini membuang undi." Memang tidak dapat dinafikan, jika berlaku perkara sedemikian diatas, pastinya akan timbul bantahan dan menjurus kepada kekacauan. Pertama - Setahu kita, alamat di kad pengenalan adalah alamat rasmi setiap pengundi. Adalah menjadi amalan dan kelaziman bagi SPR menggunakan alamat di kad pengenalan bagi pendaftaran pengundi. Kedua – Bagaimana pihak petugas atau pemantau dapat membeza dan mempastikan dakwat yang digunakan itu dari segi warnanya dan teksturnya adalah sahih atau palsu? Kita berharap pihak SPR jangan ingat mahu memperbodoh-bodohkan orang ramai.Kalau perkara pelik diatas SPR biarkan berlaku, kekacaun memang tidak dapat dielakan.Pastikan SPR tidak sewenangnya buat kerja yang tidak beretika. |
Najib tidak sanggup tinggalkan Pekan, tapi sanggup tinggalkan isteri dan anak ... Posted: 04 Apr 2013 04:06 AM PDT Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, masyarakat juga perlu sedar bahawa sekiranya Anwar boleh meninggalkan Permatang Pauh, beliau juga mampu meninggalkan sesiapa sahaja pada masa akan datang. Najib cuba memperlekehkan Anwar Ibrahim kerana meninggalkan Permatang Pauh untuk bertanding di Perak.Baca di sini Adakah Najib ingat rakyat telah lupa bagaimana dia telah sanggup meninggalkan orang-orang yang sangat menyayanginya dahulu? Lupakah dia bahawa dia pernah tinggalkan isterinya, Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat diraja Kelantan bersama 3 anaknya semata-mata tergila-gilakan Rosmah yang ketika itu merupakan isteri orang? Lupakah dia bagaimana dia mentohmahkan bahawa bekas isterinya itu tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tengku Puteri Zainah bersama dengan tiga anaknya terpaksa naik turun Mahkamah Tinggi Syariah untuk menuntut nafkah sara hidup dari bekas suaminya, Najib. Adakah seorang suami dan seorang bapa yang kejam macam Najib ini boleh jadi pemimpin negara yang baik? |
Yang Arif, saya ni memang tengin - Hamidah Osman Posted: 03 Apr 2013 10:41 PM PDT Korang kenal tak betina nih? Macam Adun Tengin Sungai Rapat, Hamidah Osman, tapi betina ni tidak ngaku dia adalah Hamidah Osman. "Nampak macam Hamidah Osman, jalan macam Hamidah, suara macam Hamidah, tapi aku bukan Hamidah Osman yang tengin tu!" Katanya geram bila ada yang mengajukan soalan samada gambar yang ada pada skrin print dari blognya itu adalah dirinya. "Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya" kata betina itu di sini Kah! kah! kah! Hoi tengin! ko tutup blog asal ko itu apasal? Aktifkanlah semula kalau kamu berani! |
Ipoh Timor mengalu-alukan Anwar Ibrahim ! Posted: 03 Apr 2013 05:52 PM PDT Selepas dua minggu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Lim Kit Siang (LKS) bakal bertanding di Gelang Patah, Johor, dalam majlis ulang tahun DAP yang ke-47 di Skudai, kini beliau dilaporkan akan bertanding di Perak , tidak lagi bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Saya sangat optimis Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Ipoh Timor, kawasan selamat yang pernah disandang oleh Penasihat DAP, LKS. Tidak tahu pula siapa yang akan menggantikan Anwar di Permatang Pauh.Apa yang pastinya, Umno/BN, terutamanya Mahathir dan Najib tentu sangat kecewa bila Anwar bertukar tempat kerana mereka telah bekerja keras dengan beberapa perancangan jahat untuk mempastikan Anwar tumbang di situ. Bijak Anwar nih! Mungkin ini sebagai langkah win-win yang terbaik bagi menyelesaikan perbalahan di antara Ketua DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau dengan Ketua PKR negeri, Chua Jui Meng untuk merebut kerusi parlimen Gelang Patah. Anwar sendiri mengakui terdapat perselisihan faham di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat mengenai kerusi tersebut yang ditandingi calon Keadilan pada 2008. Chua Jui Meng , sebelum ini disebut-sebut sebagai calon PKR di Parlimen Gelang Patah, Johor tidak hadir majlis sewaktu Anwar mengumumkan LKS bertanding di situ. Khabarnya beliau telah merajuk. Kini nampaknya masalah itu telah dapat diselesaikan setelah Anwar bertemu dan berbincang dengannya kelmarin (Selasa) . Anwar telah mengingatkan semua ahli Pakatan Rakyat agar mengelakkan perselisihan di dalam soal pembahagian kerusi kerana "kita bukan mahu menawan Johor sebagai DAP, Keadilan dan PAS tetapi sebagai Pakatan Rakyat". Syabas kepada LKS kerana sanggup meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang merupakan kerusi selamat baginya tetapi sanggup bertanding di Gelang Patah. Lim sendiri mengakui bertanding di Gelang Patah merupakan ujian paling besar dalam hidupnya. Mana ada pemimpin politik lain berani macam LKS? Mahathir patut berasa malu apabila menuduh LKS sebagai penakut kerana lari bertanding di Gelang Patah. Waima, Ipoh Timor memang "selamat" dan boleh dilepaskan kepada calon PR lain. Sebenarnya, Mahathir adalah manusia penakut kerana dia tidak berani beraleh tempat sejak menang tanpa bertanding di kawasan Parlimen Kubang Pasu pada 1974. Mahathir terus berkubang di situ sehingga 2004! Berbanding dengan LKS, rekodnya jelas mencatatkan keberanian yang luar biasa kerana telah beralih tempat beberapa kali di empat negeri di Malaysia:
Kali ini LKS akan beralih ke negeri tempat kelahirannya, Johor, jadi penyertaannya memang amat sesuai dan dialu-alukan. Perlu kita ingat , LKS menang di semua tempat dia bertanding . Inilah sebenarnya yang buat Mahathir dan Najib terkencing tak tus! Walau apa pun, paling menarik ialah LKS telah menyediakan tempat paling selamat bagi bakal Perdana Menteri baru bertanding iaitu kerusi parlimen Ipoh Timor. Pengundi di Parlimen Ipoh Timor terdiri daripada Cina (81.07 %), Melayu (13.09 %), India (5.27 %) dan lain-lain 0.57 % berbeza dengan Parlimen Permatang Pauh, Melayu (69.4 %), Cina (24.5 %), India (6 %) dan lain-lain (0.1 %) |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan