Isnin, 22 April 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Artis Fauzi Nawawi Kesak Pekerja Kerajaan Sokong Pembangkang? Jom Tengok Hujah Beliau

Posted: 22 Apr 2013 04:55 AM PDT

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/422023_305151329615058_1215748405_n.png

kahkahkahkah..

hujah macam budak darjah 1 la bro.

kesian beb!

Ucapan Bekas Menteri Besar Selangor ketika serah borang PAS kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi

Posted: 21 Apr 2013 10:18 PM PDT





KUALA LUMPUR: "Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

Pagi ini juga Muhamad menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bagi memaklumkan dia telah meninggalkan Umno mulai dari tarikh surat ini iaitu 22 April 2013.

Salinan surat itu dihantar kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Bagi Mohamad Taib, pengalaman dalam Umno mengajar dia untuk berbuat perkara lebih baik untuk negara.

"Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.

"Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita ada roh," kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menhyertai PAS.

"Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari pasti yang memperjuangkan Islam," katanya.

Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.

"Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan ini," tegas Mohamad.

Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam ucapannya berkata, beliau bertemu dengan Muhamad lebih setahun yang lalu.

Namun, kita hanya membuat majlis penyerahan hari ini untuk mengelak persepsi kata Muhamad hendak menjadi calon atau jawatan dalam PAS.

Ustaz Haron Din pula berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Muhamad semasa menunaikan umrah bersama di Mekah.

"Ketika itu bas kami rosak...dan dia sebagai menteri besar ketika itu yang pertama turun untuk menolak bas itu.

"Sejak hari itu kami rapat dan saya memberikan kuliah mingguan di rumah MB Selangor," kata Ustaz Haron.

Terkini! Gambar TS Muhammad Taib Serah Borang PAS Kepada Presiden

Posted: 21 Apr 2013 08:33 PM PDT

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/422169_596105727066268_1047196515_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/422058_596102063733301_566027839_n.jpg

Penyerahan borang permohonan menjadi ahli PAS drpd TS Muhammad Mohd Taib, bekas MB Selangor, bekas Naib Presiden Umno kepada Presiden PAS, DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Ceramah Terkini Husam Musa Di Salor Semalam

Posted: 21 Apr 2013 07:26 PM PDT


Penjelasan TG Haji Hadi Berkaitan Pertindihan Calon Sesama Pakatan Rakyat

Posted: 21 Apr 2013 05:39 PM PDT




Tiada ulasan: