Kerabu Bersuara ® |
- Panas! Senarai Ahli Parlimen BN Yang Digugurkan Didedahkan?
- Apabila Mat Luthfi Bersuara
- Senarai Calon-calon PAS di Pulau Pinang dlm PRU13
- Kerabu Bersuara Sokong Husam!
- Sifir Kekalahan Umno Didedahkan!
- Penamaan calon 20 April, undi 5 Mei
- Tarikh PRU! Khabar Angin
- Atur Strategi Gempur Kota Selatan Dan Putrajaya Dari Bangi
- Menjawab Dakwaan Ulama Pondok Tolak PAS Kelantan;
- CheguBard diumum bertanding DUN Sungai Acheh
Panas! Senarai Ahli Parlimen BN Yang Digugurkan Didedahkan? Posted: 10 Apr 2013 07:06 AM PDT SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN: 1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor) 2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok) 3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding) 4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang) 5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas) 6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut) 7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah) 8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang) 9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar) 10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang) 11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan) 12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara) 13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang) 14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau) 15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin) 16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol) 17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas) 18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu) 19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang) 20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar) 21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar) 22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya) 23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu) kita sama-sama tunggu, mungkin ada perubahan di minit terakhir. doakan kehancuran umno bn! |
Posted: 10 Apr 2013 07:00 AM PDT Korang kenal Matlutfi? anak muda yg 'hot' di alam cyber serta memenangi trofi "Shout! Aloud Award" yang mengiktiraf individu berbakat menerusi YouTube di Shout! Awards 2012??...Ahaa...ini mesej dia...tak kan korang tak faham kot?..ini zaman orang yang BERANI!!!!...ini kali lah!! =D |
Senarai Calon-calon PAS di Pulau Pinang dlm PRU13 Posted: 10 Apr 2013 06:48 AM PDT P041 PARLIMEN KEPALA BATAS Ust Afnan Hamimi bin Dato' Taib Azamudden P042 PARLIMEN TASEK GELUGOR Dato' Seri Rahman Maidin N1 DUN PENAGA Ust Rosidi Hussain N4 DUN PERMATANG BERANGAN Hj Arshad b Salleh N5 DUN SG DUA Hj Zahadi b Ahmad N11 DUN PERMATANG PASIR Dato' Mohd Salleh Man N38 DUN BAYAN LEPAS Asnah bt Hashim N21 DUN SUNGAI ACEH Mohd Yusni bin Mat Piah |
Posted: 10 Apr 2013 06:33 AM PDT Husam: Tidak mustahil PR boleh atasi BN di Putrajaya JAMILAH HAMZAH KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yakin Pakatan Rakyat (PR) mempunyai sokongan kuat di kalangan kakitangan awam, yang merupakan majoriti pengundi di Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei ini. Beliau yang dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen mewakili Pas-PR berkata, ia adalah satu kawasan yang sangat "kuat" untuk ditembusi, namun tidak mustahil untuk mencapai kejayaan dengan sokongan yang diberi rakyat. Kata beliau, walaupun penyokong di Putrajaya perlu mengikut peraturan sebagai penjawat awam, namun demi perubahan, mereka akan mengundi secara 'senyap' untuk PR. "Jadi saya jangkakan mereka akan mengundi PR secara senyap," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor disebut-sebut akan bertanding untuk mempertahankan kerusi Putrajaya. Pada tahun 2004, Tengku Adnan telah menumpaskan calon PKR, Abdul Rahman Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya seramai 5,079 orang. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4,086 undi. Lima tahun lalu, Tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad yang mendapat 1,304 undi. Tengku Adnan mendapat 4,038 undi. Kajian Merdeka Center menunjukkan Tengku Adnan boleh memperoleh sehingga 60 peratus undi berbanding Husam 40 peratus. Mengulas lanjut, Husam juga mengakui kawasan yang bakal ditandinginya adalah kawasan yang 'kebal' dan ia menunjukkan keazaman Pas dan PR untuk mendapatkan Putrajaya. Exco Kerajaan Kelantan ini juga berkata, walaupun kawasan itu pusat bagi BN tetapi tidak mustahil untuk PR menembusinya dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat. "Inilah yang kita nak tunjuk kita mampu bertanding di mana sahaja," katanya yang semalam disahkan akan bertanding di Putrajaya. |
Sifir Kekalahan Umno Didedahkan! Posted: 10 Apr 2013 04:49 AM PDT |
Penamaan calon 20 April, undi 5 Mei Posted: 09 Apr 2013 09:42 PM PDT Wartawan Sinar Harian PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei. Kedua-dua tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi. |
Posted: 09 Apr 2013 07:31 PM PDT PENAMAAN CALON - 20/04/2013 | SABTU HARI MENGUNDI - 05/05/2013 | AHAD JUMLAH HARI BERKEMPEN - 14HARI korang rasa? |
Atur Strategi Gempur Kota Selatan Dan Putrajaya Dari Bangi Posted: 09 Apr 2013 07:00 PM PDT BBB, 28 Jamadil Awwal 1434 = 09 April 2013 (Isnin): Memasuki pilihanraya kali ini Pakatan Rakyat melangkah lebih gagah dan lebih yakin. Keyakinan kerana percaya rakyat makin memberi sokongan dan gerakerja lebih berfokus, berstrategi dan berwawasan. Jika strategi pilihanraya sebelum ini ialah menguasai negeri-negeri yang dari segi perkiraan boleh dikuasai seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak, maka strategi pada kali ini ialah mengukuh penguasaan negeri-negeri yang telah dikuasai dan memfokus negeri-negeri yang dianggap kubu dan kebal bagi parti-parti lawan. Dua dari kawasan sedemikian ialah Johor dan Putra Jaya. Memang kedua tempat dianggap benteng kebal bagi BN yang merasa amat selamat, tetapi jika metos kekukuhan ini dapat dtembus dan dipecah, maka watak sebagai legenda keyakinan akan hilang dan mereka tiada lagi sandaran sebagai asset kekuatan. Pihak pimpinan dalam Pakatan telah lama memeriksa dan meneliti peta strategi sedemikian, bahkan mengambil tindakan. Misalnya menurut Mantan YB. Salahuddin Ayob sejak setahun yang lepas beliau telah mengatur strategi bagi menggempur wilayah Kebal di Johor. ``Saya anak jati Johor, mula mengenal politik di Johor, tetapi oleh kerana kawasan tradisi Umno ini amat kebal untuk ditembusi, maka saya mengambil pendekatan berhijrah mencari pengalaman dan bekalan untuk kembali berjuang di tanah kelahiran sendiri.`` Menurutnya, ``Kepulangannya adalah dengan keyakinan dan tidak mungkin menoleh kembali ke belakang.`` Mantan YB Salahuddin berpantun, Nyiur gading puncak mahligai Anyam ketupat berisi inti Pecah pending tulang berkecai Pantang melihat ke belakang lagi. Mantan YB Salahuddin Ayob dijangka bertanding bagi kerusi Parlimen Kulai Johor. Usaha bagi memecah benteng kekuatan BN di Johor ini secara strategi juga diambil tindakan oleh Penasihat Umum DAP Mantan YB Lim Kit Siang rela meninggalkan kawasan selesa baginya di Ipoh untuk terjun bersilat politik dengan sebarang lawan di Gelang Patah. Sudah tentulah kepulangan dan pemergian dua pahlawan Pakatan Rakyat ini menggemparkan seluruh bala tentera politik BN di Johor. Bahana kemaraan bala tentera Pakatan yang bergerak dengan penuh keyakinan ke selatan mengecut perut dan mengharubirukan pertahanan. Sejak pecah berita ini Abdul Ghani dan Chua Soi Ah Lek tidak senang duduk, Dato` Seri Najib di Putrajaya sama menerima hangat tempias, tetapi pimpinan di Johor terpaksa berlagak anak jantan mempersilakan kehadiran mereka. Kita menunggu untuk melihat titanic pertempuran agung, juga menunggu keputusan, siapa yang kalah, siapa yang menang dan siapa pula yang kecundang. Bagai strategi yang diatur rapi dan secara bersiri ialah mencabar kekebalan BN di Putrajaya. Ianya adalah fokus puncak bagi Pakatan Rakyat. Tanpa azam dan keberanian tiada siapa berani untuk masuk ke medan pertempuran politik yang diawas rapi setiap pengundi oleh Dato` Tengku Adnan. Cabaran ini diambil oleh Mantan YB Dato` Husam Musa salah seorang Panglima dalam Pas sendiri. Sudah tentulah Tengku Adnan yang selama ini releks dan yakin tempatnya tiada siapa berani mencabar, tersentak dan mulai diserang bimbang yang kemungkinan benteng kekuatan yang selama ini dibina di Putrajaya akan terdedah, bahawa apa yang dibina adalah semata-mata istana pasir ! Dia mungkin teringat pepatah, Sekali air bah sekali pasir berubah. Sengaja diatur di Bangi ibarat Markaz Utama Strategi. Di sini diadakan pertemuan antara Mantan YB Salahuddin, Mantan YB Dato` Husam Musa, ditambah kehadiran dengan Mantan YB Mahfuz Umar Mantan Ahli Parlimen Pokok Sena yang sengaja datang dari utara ke Bangi, maka di sini melalui Program Makan Malam yang ditaja Pas Bangi ketiga-tiga Naib Presiden Pas ini bertemu mengatur strategi bagi menggempur Kota Selatan dan Putrajaya. Pihak penganjur bernasib baik kerana berhimpunnya tiga Naib Presiden secara serentak di Bangi – sukar berlaku. Dana yang dipungut malam ini akan diagih-agih kepada beberapa pihak – termasuk Dun Bangi yang amat memerlukan kewangan bagi menggerakkan strategi seterusnya menguasai dan menawan medan perang musuh. Sebelum dari itu Ustaz Shafie Ngah sebagai Pengerusi Majlis menjemput Mantan Adun Bangi menyampaikan kata-kata aluan dan berterima kasih di atas kehadiran semua pihak dan derma yang dihulurkan. Mantan YB Salahuddin yang menggalurkan perjungan politiknya bermula dari Johor dan kini kembali ke Johor, Mantan YB Husam yang sedia menerima arahan untuk ke Putrajaya dan mengharapkan sandaran kewangan bagi menggerakkan jentera dan tenaga parti. Mantan YB Mahfuz juga secara bergurau menyatakan, ``Kawasannya juga memerlukan dana dan jika ada lebihan, Pokok Sena mengalu-ngalukan.`` Bangi nampaknya bukan saja tempat strategic bagi mengatur pergerakan, tetapi juga menjadi tempat sumber kewangan. Program makan malam bagi memungut dana ini bermula dari jam 8.00 malam bertempat di Restoran Asam Pedas, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Para tamu sampai secara berperingkat-peringkat, bermula dengan kesampaian Mantan YB Salahuddin, diikuti Mantan YB Dato` Mahfuz dan Mantan YB Dato` Husam Musa. Makan malam bermula sebaik sampai Tetamu Kehormat pertama dan makan berterusan hingga ke masa majlis dimulakan. Hadirin yang merupakan penderma dan penyokong Pas tegal itu mendekati dan merapati tempat tetamu bersalam, bercakap dan bergurau secara santai. Ruang restoran Kedai Asam Pedas yang terletak bahagian tepi yang ada ruang, tetapi tidak mampu menampung kebanjiran hadirin. Mungkin bagi mereka yang hadir, jamuan bukan menjadi tujuan utama kehadiran mereka, tetapi lebih kepada pernyataan sokongan. Pernyataan ini perlu sebagai sokongan bagi meningkatkan semangat perjuangan. Kehadiran ketiga-tiga tokoh pimpinan Pas tertinggi yang menjadi tarikan utama kehadiran hadirin dan hadirat di samping menyampaikan derma. Kita berpendapat kiranya pada majlis pelancaran derma mereka datang, mungkin bila tiba episod-episod pertempuran, mungkin tiada masalah bagi mereka turun memikul dan masuk sama ke dalam pertentangan politik sengit bagi menentukan keputusan muktamad. Allahu Akbar ! Sekian. http://drshafie.blogspot.com/2013/04/atur-strategi-gempur-kota-selatan-dan.html |
Menjawab Dakwaan Ulama Pondok Tolak PAS Kelantan; Posted: 09 Apr 2013 06:00 PM PDT Nik Mohamad Abduh Menjawab Dakwaan Ulama Pondok Tolak PAS Kelantan; 1) PAS Kelantan maju sejak sekian lama dengan sokongan para ulama pondok. Jika mereka tolak PAS, sudah pasti PAS semakin lemah, sedangkan PAS semakin kuat hari ini. 2) Majoriti besar tokoh ulama pondok Kelantan yang terkenal sentiasa mendukung perjuangan PAS. Sebaliknya, individu yang mendakwa mewakili pondok Kelantan hanyalah mula dikenali selepas dipopularkan oleh media kerajaan. Jelas, mereka bukanlah ulama besar Kelantan. 3) Lebih 20 institusi pondok di Kelantan telah memperbaharui ikrar mereka menyokong kerajaan PAS Kelantan. Ia mewakili hampir 90% pondok Kelantan. Adakah 10% boleh mendakwa mewakili pondok? 4) Pondok Pasir Tumbuh yang merupakan pondok terbesar di Kelantan tidak pernah berbelah bagi menyokong PAS Kelantan sejak dulu lagi. 5) Abdullah Saamah yang paling lantang menyerang PAS di Kelantan hanyalah mentadbir sebuah pondok di Tumpat yang mempunyai pelajar yang cukup dibilang dengan jari. 6) Kebanyakan hujah menolak PAS Kelantan hanyalah berkisar perbezaan pendapat dalam perkara furu' fiqh dan akidah di kalangan ulama khalaf dan salaf di Kelantan. Ia telah dengan sengaja diseret ke dalam soal politik dengan niat memecah-belahkan sokongan pondok terhadap PAS Kelantan. 7) Hakikatnya, walaupun perbezaan perdapat dalam perkara furu' akidah dan fiqh terus wujud, seluruh ulama Kelantan pelbagai aliran sepakat untuk bersatu berjuang menegakkan Islam melalui PAS. Pendakwa sebagai mewakili ulama pondok hanyalah cuba mengambil peluang melalui suara politik untuk menyerang dan memasyhurkan hukum-hakam mereka yang keras ke atas ulama yang tidak sealiran. 8) Hujah terkini berkaitan isu kalimah Allah hanyalah modal murahan menolak PAS. PAS sepakat melalui keputusan majlis syura ulamanya dengan pendirian yang sama dengan pendapat majoriti ulama Malaysia. Ia hanyalah bedilan peluru ke udara untuk mencetus kebisingan. 9) Sebaliknya, pendakwa sebagai mewakili ulama pondok tidak pula menyerang umno yang jelas mempermainkan kalam Allah. Antara kalimah Allah (dalam istilah Melayu) yang hanya satu perkataan (Allah) dan kalam Allah yang berjumlah 30 juz al Quran, mana lebih utama untuk dijunjung dan dipertahankan? Bukankah pelik, menyokong umno sebagai 'pejuang' kalimah Allah, tetapi memejam mata terhadap sikap umno yang konsisten menentang kalam Allah dalam pemerintahan. 10) Menentang PAS yang menjunjung Islam dengan menyokong umno yang menjunjung sekularisme adalah hujah paling mudah untuk menolak pendirian pihak yang mendakwa mewakili pondok Kelantan. Ia menjadi tanda besar kecetekan ilmu dan maklumat yang telah pun dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia. |
CheguBard diumum bertanding DUN Sungai Acheh Posted: 09 Apr 2013 04:56 PM PDT PULAU PINANG 10 APRIL: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13. Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi. chegubard3"Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh. "Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat," kata Naib Presiden KEADILAN itu. Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi. (FZL) |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan