Kelab Greenboc |
- Turun Harga Kereta: Dulu Kata Muflis, Kini Realistik Pula
- Sidek Baba Mengepalai Konspirasi Fitnah Untuk Jatuhkan Anwar
- Pengganas Sulu Ditahan DI Melaka, Bagaimana Beliau Boleh Berada Di Sana?
- [VIDEO] Bolehkah Mengundi Calon Bukan Islam?
- [HOT] Cincin RM24 Juta: Tak Mustahil Jacob & Co Cuba Lindungi Rosmah - SAMM
- BN Ciplak Manifesto Pakatan Dengan Ketara, Petanda Pakatan Bakal Pemerintah Negara
Turun Harga Kereta: Dulu Kata Muflis, Kini Realistik Pula Posted: 08 Apr 2013 01:15 AM PDT Janji kerajaan BN turun harga kereta realistik, kata Mukhriz KUALA LUMPUR - Janji Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Beliau berkata, kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di sini semalam. Manifesto BN bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional. Menyentuh tentang penubuhan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti. - Bernama Ulasan GB Akhirnya pemimpin BN terperangkap sendiri di dalam isu menurunkan harga kereta. Sewaktu Pakatan Rakyat mengumumkan untuk menurunkan harga kereta jika ia berkuasa, maka bisinglah pemimpin UMNO menyatakan ia langkah yang bakal memufliskan negara. Tetapi tiba-tiba idea penurunan harga kereta yang terkandung di dalam manifesto PR diciplak oleh UMNO/BN dan kini pemimpinnya berkata penurunan harga kereta adalah "realistik"... Memang UMNO BN kini sudah muflis idea dan akan muflis segala-galanya menjelang PRU13 ... |
Sidek Baba Mengepalai Konspirasi Fitnah Untuk Jatuhkan Anwar Posted: 07 Apr 2013 11:45 PM PDT Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan. Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012 Tarikh: 15 Disember 2012 Masa: 8.30 malam Tempat: Bilik Operasi Senarai Kehadiran Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi Abdul Rahman Karimun Raja Arif Kamaruddin Osman Abdul Majid Rahiman Salleh Majid Hj Daud Syed Abul Hussin Syed Kismas Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha 1.Ucapan Pengerusi Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan. Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013. 2. Perkara-perkara berbangkit. Datuk Dr Sidek Baba Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan. Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan. Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog. Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti. Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan. Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan. Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti. Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama. En Osman Abdul Majid En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai. En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan. En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat. En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri. Syed Abul Hussin Syed Kismas Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus. Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam. Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah: 1) Lawatan ke Palestin 2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan 3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand 4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri. Raja Ariff Kamaruddin YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka. YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja. YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum. 3. Lain-lain hal Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang. Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013 Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013. Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara. Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek. Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita. Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili. Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya. Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal'As. -wargamarhaen
|
Pengganas Sulu Ditahan DI Melaka, Bagaimana Beliau Boleh Berada Di Sana? Posted: 07 Apr 2013 08:00 PM PDT Misteri Ketua Pengganas Sulu Yang dicari-cari selama ini mungkin sudah sampai ke punghujungnya. Penangkapan ini semestinya dapat membantu PDRM dalam melakukan siasatan lebih mendalam bagi menjejak saki baki pengganas. Seorang lelaki berusia 60-an dipercayai salah seorang ketua pengganas sulu berjaya ditahan di Melaka kelmarin. Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis. Kita Tunggu Kenyataan Rasmi PDRM Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna sebelum ini. Sumber
|
[VIDEO] Bolehkah Mengundi Calon Bukan Islam? Posted: 07 Apr 2013 04:20 PM PDT PRU13 akan berlangsung tak lama lagi. Berikut dikongsikan tentang apakah hukum kita undi Calon Bukan Islam dalam Pilihanraya nanti? Banyak kekeliruan telah timbul, ada sebahagian pandangan yang meletakkan Haram! Begitu sekali beratnnya dihukumkan. Jadi, dengan jawapan Ust Dr Zaharuddin Abdul Rahman di atas diharap semua jelas. |
[HOT] Cincin RM24 Juta: Tak Mustahil Jacob & Co Cuba Lindungi Rosmah - SAMM Posted: 07 Apr 2013 05:12 AM PDT Penjelasan syarikat emas Jacob & Co yang dikaitkan dengan cincin RM24 juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan syarikat itu kemungkinan cuba melindungi pelanggannya, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, menerusi sekeping gambar, Rosmah dilihat turut memakai gelang bertatah berlian yang dinamakan "Zebra Safari" berharga RM1.65 juta dari syarikat sama, . "Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya," kata Badrul. Semalam tukang emas yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu tampil menjelaskan kononnya cincin kontroversi itu bukan dibawa masuk ke negara di bawah nama Rosmah atau dibeli olehnya. Dalam wawancara video, Pengarahnya, Philip Nassimi berkata, "Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring" 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwa. Mengulas perkara itu, Chegu Bard mempersoalkan mengapa borang kastam K1 digunakan dan bukan borang ATA CARNET yang digunakan khusus bagi tujuan pameran. Katanya lagi, kenyataan bertulis di parlimen sebelum ini menyatakan cincin itu dipulangkan semula kepada syarikat asal selepas beberapa hari di Malaysia. Ia katanya, berbeza dengan laporan media bulan lalu yang mengatakan cincin berkenaan dipulangkan selepas setahun. Menurutnya, persoalan-persoalan ini lebih banyak menimbulkan kecurigaan, termasuk masa yang lama untuk menjawab isu itu. "Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video hanya setelah hampir dua tahun isu 'cincin Imelda Rosmah RM24 juta' menggemparkan negara? "Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius," kata Chegu Bard. |
BN Ciplak Manifesto Pakatan Dengan Ketara, Petanda Pakatan Bakal Pemerintah Negara Posted: 07 Apr 2013 03:25 AM PDT PAS mendakwa sekurang-kurang sembilan perkara dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak malam tadi menciplak manifesto Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini berkata, yang paling ketara adalah janji BN untuk memberikan bayaran tunai lebih 20 peratus kpada negeri pengeluar minyak. Manifesto BN itu berbunyi, "Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang." Padahal dalam manifestonya, Pakatan dengan jelas mengatakan, "Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%." Mustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita". Mustafa berkata demikian dalam sidangnya di Pusat Media PAS hari ini. Turut serta adalah Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof dan timbalannya, Dr Mariah Mahmud. Dalam sidang media itu, Mustafa turut menyerang penggunaan masa kira-kira dua jam oleh Najib untuk membentangkan Manifesto BN dalam TV1 dan TV3. "Kita dijanjikan 10 minit untuk membentangkan manifesto itu. Itupun dirakamkan bukan live," katanya. Atas sebab itulah, katanya Pakatan membuat keputusan menolak tawaran ini kerana ia disifatkan hanya 'ajak-ajak ayam sahaja'. Siti Zailah ketika mencelah dalam isu ini juga kesal dengan langkah kerajaan BN itu kerana dengan 10 minit apa yang boleh diterangkan, "nak bentang tikar pun dah lima minit." Selain itu, BN juga menawarkan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional. Pakatan pula menawarkan, "Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing. "Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah. " Sementara itu, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media berasingan hari ini berkata, beliau melihat bahawa manifesto yang diumumkan tidak disalin bulat-bulat daripada tawaran Pakatan tetapi cuba mengetengahkan tawaran "populis, tanpa perubahan fundamental". "Ini adalah plagiarisme dalam definisinya yang jelas. Manifesto itu populis, tetapi tercicir perkara yang lebih utama, iaitu reformasi fundamental," katanya dalam ucapan selepas acara pemeriksaan kesihatan di kawasan Lembah Pantai hari ini. Senarai penuh perbandingan antara Manifesto Pakatan Rakyat dan Manifesto BN Harga kereta Manifesto Rakyat Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing. Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah. Manifesto BN Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional Dasar Perumahan Manifesto Pakatan Rakyat 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat. Manifesto BN Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA Keretapa laju Manifesto Rakyat Memulakan langkah kearah membina system keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara. Manifesto BN Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretaapi berkembar Lebuhraya Sabah dan Sarawak Manifesto Pakatan Rakyat Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat Manifesto BN Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah Royalti Petroleum Manifesto Pakatan Rakyat Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%. Manifesto BN Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang Permit Teksi Manifesto Pakatan Rakyat Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi. Manifesto BN Meningkatkan jumlah permit teksi individu Pengkalan data Manifesto Pakatan Rakyat Mewujudkan system pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sediaada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan. Manifesto BN Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi system pangkalan data yang bersepadu Tanah wakaf Manifesto Pakatan Rakyat Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat Manifesto BN Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri Pakej penggajian baru Manifesto Pakatan Rakyat Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan Manifesto BN Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji Ulasan GB Kalau dah ciplak manifesto PR, maka PRlah yang layak sebagai kerajaan baru Malaysia. Demikian hukum kebenaran dan keadilan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan