Kelab Greenboc |
- Its Now Or Never - Ini Kalilah TUKAR!
- Artikel & Gambar Fitnah: 2 Jam Hamidah Osman Dipanggang Peguam Hanipa
- [VIDEO & GAMBAR] ‘Tolak’ Umno-BN: Anak Muda Kutip Tantatangan 1 Kilometer
- [VIDEO AL-JAZEERA] Hutang Negara Meningkat Era Najib Tetapi Salahkan Anwar
- PRU13 - Peluang Emas Untuk Humbankan UMNO Keluar Dari Putrajaya
- [EDISI BINATANG] Gadis Kena Rogol Selepas Dilanggar
Its Now Or Never - Ini Kalilah TUKAR! Posted: 04 Apr 2013 12:31 AM PDT SAMM: Wajah sugul Najib bubar Parlimen beri bayangan hilang kuasa Najib Razak membubarkan parlimen semalam dalam keadaan sedih dan dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku? Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan? Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan 'rasuah-rasuah' pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan Perdana Menteri memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka. Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir? Sudahlah dengan wajah sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun 2012 daripada sepatutnya tahun 2013. Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein. Rakyat cuba dibeli semahunya. Sepanjang menunggu hari pembubaran, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya. Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihan raya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup. Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalan demi kegagalan berlaku walaupun telah berhabisan 'menjual negara' melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya. Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya boleh dielak jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Najib cuba menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan tetapi tetap menemui jalan gagal. Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan oleh Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan 'maruah'. Mungkin Muhyiddin merasakan kekalahan itu tidak dapat dibendung maka lawanlah dengan saki-baki maruah yang ada. Lagipun, Muhyiddin tidak akan dihukum gantung jika Barisan Nasional tumbang pada PRU-13. Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini. Inilah permulaan yang dinanti dengan sabar oleh rakyat, akhirnya tiba juga hari ini. Sesungguhnya, rakyat tidak sabar untuk pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu, lima kali 8 Mac itu bagaikan terlalu lama. Rakyat tidak sabar untuk sesuatu yang baru atau lebih spesifik – kerajaan rakyat yang baru. Dengan pembubaran parlimen ini, ayuh kita pastikan tanahair dapat diselamatkan kali ini, hanya kali ini. It's now or never. Percayalah, rakyat akan menang dan tidak akan menanggung azab untuk lima tahun atau 10 tahun atau 50 tahun lagi. Perubahan akan berlaku di umur kita, dan wajah sugul Najib ketika bubarkan parlimen akan tetap menjadi ingatan. Edy Noor Reduan Aktivis Blogger Solidariti Anak Muda Malaysia |
Artikel & Gambar Fitnah: 2 Jam Hamidah Osman Dipanggang Peguam Hanipa Posted: 03 Apr 2013 11:22 PM PDT Hamidah teruk di'grill' oleh peguam Perbicaraan kes Khalid Samad menyaman Datuk Hamidah Othman, Adun Umno dan Exco Kerajaan Perak di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menyaksikan Hamidah teruk di 'bakar' (grill) oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin apabila beliau disoal balas hampir 2 jam. Hamidah disaman oleh Khalid Samad berhubung satu artikel yang diterbitkan di dalam blog beliau pada awal bulan Januari 2010 bertajuk "Umat Islam Perlu Bersatu". Antara lain artikel tersebut mengandungi gambar ubahsuai (super imposed) Khalid Samad berpakaian seperti seorang paderi dan juga kata-kata yang menunjukkan Khalid Samad adalah termasuk dalam golongan Islam liberal, melacur agama dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam. Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 3 hari berturut bermula dari 1 April hingga 3 April di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim bin Hamzah, Khalid Samad memberikan keterangan beliau dan Hamidah juga memberikan keterangan. Hamidah dilihat cuba menafikan kononnya artikel di blog beliau itu mempunyai gambar super imposed Khalid Samad. Alasan beliau Khalid Samad telah gagal menunjukkan posting asal artikel yang diterbit pada 2 haribulan Januari 2010 jam 12.09 pm tersebut. Namun Khalid Samad telah memanggil saksi yang juga pakar IT yang menunjukkan meskipun posting asal di dalam blog Hamidah telah dipadam namun ia masih boleh diakses melalui www.archieve.org.com. yang menunjukkan posting asal artikel tersebut masih wujud dan jelas mempunyai gambar Khalid berpakaian seperti seorang paderi. Di dalam soal balas hampir 2 jam oleh Hanipa, Hamidah disoal bertalu- talu sehingga Khalid Samad keluar beberapa kali kerana berasa kesihan melihat Hamidah di'grill' oleh Hanipa. Antara lain Hanipa menyoal balas Hamidah seperti berikut : - S : Datuk, anda menafikan di dalam keterangan anda bahawa artikel di dalam blog anda mengandungi gambar Khalid Samad berpakaian paderi? J : Ya. S : Kalau benar dakwaan datuk, mengapakah di dalam pernyataan pembelaan datuk, datuk sendiri mengakui kewujudan gambar di dalam artikel tersebut? Kalau gambar tidak wujud mengapa datuk tidak nafikan di dalam pembelaan datuk? Mengapa datuk tidak batalkan saman Khalid? J : Saya menafikan gambar itu di super imposed oleh saya. S : Tapi datuk ...Khalid Samad tidak katakan dalam saman beliau bahawa datuk telah super imposed gambar tersebut, apa yang dia kata di dalam blog datuk wujud gambar super imposed itu bersama-sama artikel itu, jadi mengapa datuk nak nafikan apa yang Khalid tidak kata dalam samannya? Ertinya mengapa datuk perlu nafikan gambar itu disuper imposed oleh datuk apabila Khalid sendiri tidak tuduh benda itu? Apa yang dituduh datuk tak nafi, apa yang tidak dituduh datuk nafi pula, boleh jelaskan? A : errr... S : Datuk, adakah datuk sedar dalam pembelaan datuk, datuk bergantung kepada pembelaan justifikasi. Tahukah datuk kesan kepada pembelaan ini? J : Itu saya serah pada peguam saya. S : Datuk saya katakan bahawa apabila anda bergantung kepada pembelaan justifikasi, hakikatnya datuk menyatakan apa yang datuk terbitkan di dalam blog datuk adalah benar.. iaitu jika datuk terbitkan Khalid berpakaian paderi maknanya datuk boleh buktikan memang benar beliau berpakaian paderi, begitu juga jika datuk kata Khalid melacur agama datuk boleh buktikan memang benar dia melacur agama, soalan saya adakah datuk mempunyai bukti-bukti tersebut? J : Tiada. J : Dengan bergantung kepada pembelaan justifikasi, saya katakan datuk tidak boleh kata datuk tidak terbitkan artikel dalam blog datuk itu.. kerana adalah pelik dari satu segi datuk kata datuk tidak terbit artikel itu, tapi dari segi yang lain pula datuk kata apa yang datuk terbitkan itu adalah benar..mana satu ni datuk? J : Yang Arif, saya tidak boleh jawab kerana saya tidak lihat artikel asal saya. Hanipa juga di dalam soal balas beliau merujuk kepada apa yang ditulis di dalam blog Hamidah bahawa beliau mengingatkan para pembaca yang ingin membuat komen di blog beliau perlu berhemah, mempamerkan akhlak dan tidak menggunakan guna bahasa yang kasar. Hanipa bertanya S : Sebenarnya peringatan datuk ini kena pada dato sendiri kerana hakikatnya datuk yang guna kata-kata tidak berhemah apabila datuk guna kata-kata seperti Plaintif melacur agama dan menolong menaikkan semangat pihak kafir menjahanamkan iman umat Islam...betul tak datuk? J : Saya hanya ingatkan pembaca supaya beri komen yang berhemah.. Perbicaraan akan disambung semula pada 12 April ini. Khalid Samad diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin manakala Datuk Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarizam Harun. klik untuk baca |
[VIDEO & GAMBAR] ‘Tolak’ Umno-BN: Anak Muda Kutip Tantatangan 1 Kilometer Posted: 03 Apr 2013 08:30 PM PDT Gabungan Anak Muda Tolak Umno-BN (Tolak) melancarkan kutipan tandatangan rakyat Malaysia bagi merubah pimpinan pentadbiran negara. Di atas kain putih, Tolak mensasarkan tandatangan sepanjang satu kilometer dan kempen ini akan menjelajah ke seluruh negara. Pelancaran di hadapan kompleks membeli belah Sogo jam 12 tengahari semalam berjaya menarik perhatian orang ramai menurunkan tandatangan. Lebih 26 NGO lain bersama Tolak selain sokongan pimpinan utama NGO lain seperti Royalti, Felda dan Lynas. Pengerusi Tolak, Mohd Azan Safar menyatakan, pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandakan paluan gelombang pilihan raya dipalu. "Tolak bersiap sedia untuk membawa gelombang ini ke seluruh Malaysia agar Umno-BN tidak lagi diberikan mandat pada PRU-13," katanya. Tujuh tuntutan tolak adalah: 1- Umno-BN mengamalkan politik lucah, fitnah dan samseng bagi mempengaruhi rakyat demi survival politik mereka 2- Umno-BN mengamalkan rasuah dan kronisme sebagai budaya dalam parti dan pentadbiran negara. 3- Umno-BN gagal menguruskan ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang dan kos sara hidup yang tinggi. 4- Umno-BN campur tangan dalam IPT dan menyekat kebebasan akademik mahasiswa dan universiti 5- Umno-BN melakukan ketempangan dalam sistem demokrasi negara dan perjalanan pilihan raya. 6- Umno-BN menafikan hak rakyat dan mengadakan kepentingan bangsa Melayu dan pilihan raya. 7- Umno-BN gagal mengangkat martabat kaum wanita dan menunaikan hak-hak asasi golongan itu Minggu lalu, Tolak memulakan siri jelajah di sekitar Lembah Klang dan berakhir di hadapan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. Dalam kejadian berkenaan, lima pimpinan Tolak ditahan polis ketika berhimpun. Perdana Menteri semalam mengumumkan pembubaran Parlimen sekaligus memberikan laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan. |
[VIDEO AL-JAZEERA] Hutang Negara Meningkat Era Najib Tetapi Salahkan Anwar Posted: 03 Apr 2013 05:15 PM PDT Pentadbiran Najib lemah, rasuah punca ekonomi negara teruk Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lemah dan rasuah mengakibatkan Malaysia mengalami defisit yang teruk dan hutang negara melonjak kepada RM540 bilion, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Lebih RM400 bilion hanya ketika Najib memerintah. Pentadbiran lemah dan rasuah, flip flop dalam ekonomi. Saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahu kedudukannya. "Kerajaan harus memperbaiki ekonomi dengan membanteras rasuah dan memastikan kerajaan ditadbir secara telus dan penuh tanggungjawab," katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera sempena pembubaran Parlimen hari ini. Beliau menjawab demikian kepada soalan kononnya ketidakstabilan politik di Malaysia akibat perjuangan Pakatan Rakyat yang diterajuinya sebagai punca ketidaktentuan ekonomi di Malaysia. Ia sebahagian soalan 'berat' yang diasak kepada Anwar sepanjang wawancara empat minit secara siaran langsung bermula jam 6.10 petang tetapi dijawab Ketua Umum KEADILAN itu dengan jitu. Sambil kesal kerana pembangkang pula dipersalah berikutan masalah ekonomi negara, Anwar berkata: "Tentunya, kita tak dapat diterima (tuduhan itu). Secara fakta, Anwar sebelum dipecat melalui konspirasi politik pada 1998 dan berperanan sebagai Menteri Kewangan berjaya mengurangkan hutang dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan. Sebaliknya, pada era Najib, hutang negara melambung kepada RM456 bilion pada akhir 2011 iaitu 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar – melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang pada 1997. |
PRU13 - Peluang Emas Untuk Humbankan UMNO Keluar Dari Putrajaya Posted: 03 Apr 2013 08:01 AM PDT Sudah bubar. Sekarang apa? YANG ditunggu dah tiba setelah sekian lama. Sekitar jam 11.30 pagi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden United Malays National Organisation mengumumkan bahawa Parlimen yang diwarisinya daripada kepimpinan Abdullah Badawi empat tahun lalu, bubar serta merta hari ini. Seolah ada letupan, petugas bilik berita DAP bersorak gembira mengalu-alukan pengumuman suami kepada Rosmah Mansor itu; yang dirasakan sudah terlalu melampaui tarikh sepatutnya. Ibarat menanti buah belum tentu gugur. Barangkali pertama kali dalam sejarah pembubaran Parlimen begitu dinanti-nantikan, dan disambut dengan sorak sorai gembira. Demikianlah beratnya penantian yang ditanggung kebanyakan orang yang peduli dengan perkembangan politik tanah air. Terangkatnya beban penantian itu menandakan bermulalah perlawanan yang lebih 'real'. Semboyan pilihan raya telah dibunyikan jauh lebih awal sebelum Najib Razak mengumumkan pintu kota Putrajaya akhirnya terbuka untuk dirampas. Kubunya juga sudah banyak yang terkepung, menanti bertukar menjadi kubur buat politik fitnah, rasuah, perkauman sempit yang menjadi amalan UMNO zaman berzaman. Kesediaan bakal mantan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memastikan transisi kuasa yang aman sewajarnya dihargai. Hakikat bahawa beliau sudah boleh mengagak akan terjadinya peralihan kuasa juga memperlihatkan bahawa Najib Razak ini adalah seorang pemimpin yang memandang jauh ke hadapan. Sebagai rakyat biasa, apa yang kita harapkan adalah supaya mereka bertabah dalam mendepani hari-hari mendatang. Bungkuslah harta benda kalian perlahan-lahan, kami tahu anda ada banyak barang yang perlu dikeluarkan daripada kediaman rasmi Perdana Menteri; termasuk kasut, beg tangan dan barang kemas yang banyak. Cumanya janganlah terambil sekali pinggan mangkuk yang dilabel 'Hak Kerajaan Malaysia'. Kenapa kita begitu gembira? Sejak Mac 2008, ini adalah barang kali saat dan ketikanya -parti politik di Malaysia benar-benar bersaing sesama sendiri dengan keadaan parti pemerintah berada dalam keadaan yang lemah, dan parti oposisi berada dalam keadaan yang sangat kuat. Apa yang tinggal pada BN hanyalah barangkali kemampuan berbelanja yang tinggi. Kemampuan menipu mereka juga sudah tidak kuat mana. Jika dibanding sepuluh tahun lalu, parti pemerintah sudah tidak punya banyak daya upaya untuk menyajikan putar belit kepada rakyat. Di zaman ini, kalau dia menipu hari ini, semalam lagi orang dah tahu. Inilah faktor besar kenapa kita begitu tidak sabar menanti pilihan raya kali ini; kerana tipu dayanya sudah kita baca, dan semangat sudah berkobar-kobar mahu menghukum penipuannya. Siapa yang tidak terbakar jiwa raga apabila melihat papan tanda kempen BN yang dengan bongkak menipu 'Ketika mereka huru-hara, kami membina'. Disangkanya kita ini bodoh barangkali, tak tahu membaca berita di internet dan melihat gambar perhimpunan aman di Kuala Lumpur dan bagaimana pihak keselamatan berperilaku ganas terhadap peserta himpunan. Perangai 'menyangka bodoh' ini juga menular hebat di kalangan pecacai parti pemerintah yang cuba untuk berdebat di laman sosial dengan hujah separuh masak, atau dengan alasan tidak masuk akal seperti 'Anwar peliwat' atau 'Anwar ejen Israel' atau yang lebih popular dan bodoh, 'DAP mahu buat negara Kristian'. Apakah mereka ini tidak sekolah dan berpendapat orang lain juga tidak pergi sekolah seperti mereka? Sekarang apa? Seperti yang sering dikatakan, Pakatan Rakyat sudah bersedia. Bahkan dua tahun lalu kita sudah sedia. Cuma menanti Najib Razak untuk menemui keberaniannya sahaja. Tahniah untuk beliau kerana akhirnya bertemu beraninya itu hari ini. Menurut kalendar Cina, hari ini (3 April 2013) ialah hari paling 'sial' untuk tahun ini; tambahan pula untuk mereka yang lahir pada tahun ular dan khinzir. Mereka yang lahir pada tahun ular dan khinzir disarankan agar tidak melakukan kerja atau urusan yang penting pada hari ini. Bakal mantan Perdana Menteri lahir pada tahun ular, dan memilih untuk membubarkan Parlimen pada hari ini. Sekiranya kita tidak mahu percaya kepada yang khurafat pun, ini sekurang-kurangnya patut buat kita ketawa berdekah-dekah. Dengan keadaan Najib Razak yang begitu tidak bertuah ini, sewajarnya kita di pihak Pakatan Rakyat mengambil peluang untuk bekerja kuat demi menghumban United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya ke celahan paling gelap dalam lipatan sejarah. Inilah perlawanan yang telah lama kita nantikan. Perlawanan antara rakyat menentang hegemoni UMNO dan BN, demi masa depan anak cucu yang lebih baik. Undilah untuk perubahan yang kita inginkan. Ini kali lah! – Roketkini |
[EDISI BINATANG] Gadis Kena Rogol Selepas Dilanggar Posted: 03 Apr 2013 04:51 AM PDT Teluk Intan - Bukan sahaja patah tangan kiri akibat terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta tetapi seorang gadis yang menunggang motosikal seorang diri di sini turut dirogol oleh pemandu kereta yang melanggarnya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, gadis berusia 22 tahun itu bekerja di salah sebuah kilang di Kampung Ayer Itam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chui Chak, Langkap kira-kira 7.30 malam, Sabtu lalu. Menurutnya, setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun. Menurutnya, pergeselan itu mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam semak dan mengalami patah tangan kiri serta jari kanan. "Lelaki itu berpura-pura mahu menolong mangsa selepas terjatuh dan mengangkat mangsa masuk ke bahagian belakang kereta sebelum merogol gadis berkenaan. "Mangsa dalam keadaan separuh sedar dan dalam kesakitan, tidak mampu untuk melawan suspek daripada melakukan perbuatannya itu," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam. Kok Liang berkata, selepas melakukan perbuatan jijik terhadap gadis itu, suspek memberitahu nama dan nombor telefon sebenarnya kepada mangsa sebelum gadis itu minta lelaki tersebut menghantarnya pulang ke rumah. Jelasnya, suspek bersetuju untuk menghantar mangsa pulang dengan syarat tidak memberitahu perbuatan jijik yang dilakukan itu kepada keluarga gadis berkenaan sebaliknya memberitahu suspek hanya bantu mangsa daripada jatuh motosikal. "Suspek menghantar mangsa pulang ke rumah dan berjumpa dengan bapa mangsa ketika membawa pulang gadis itu. "Selepas suspek pulang, mangsa memberitahu kepada ibunya mengatakan dia menjadi mangsa rogol dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Langkap pada hari yang sama," katanya. Kata beliau, gadis itu juga dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menjalani pemeriksaan dan mendapati ada kesan koyakkan baru pada kemaluannya. Tambahnya, dengan nombor telefon yang diberikan suspek kepada mangsa membantu pihak polis mendapatkan maklumat penting bagi menjalankan siasatan. "Berdasarkan nombor telefon itu, membawa kepada penemuan tempat tinggal lelaki berkenaan di Sungai Manik sebelum satu pasukan ke rumah suspek, kelmarin. "Ketika polis ke rumah suspek, lelaki tersebut tiada di rumah namun, kami meminta kepada bapa lelaki itu untuk datang ke balai polis bagi membantu siasatan," katanya. Kok Liang berkata, pada hari yang sama, suspek datang ke Balai Polis Langkap dan kini lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan. Katanya, hasil siasatan mendapati suspek juga cuba merogol seorang wanita berusia 38 tahun di jalan Sungai Tungku menggunakan cara sama pada Sabtu lalu, kira-kira jam 6.20 petang. "Suspek menggunakan modus operandi yang sama dengan cuba melanggar motosikal yang ditunggang mangsa yang juga seorang kerani sehingga jatuh. "Wanita berusia 38 tahun itu berhenti tepi jalan sebelum suspek turut turun dari kereta lalu membuka bonet," katanya. Melihat tindakan suspek mencurigakan wanita itu cuba melarikan diri tetapi ditahan lelaki berkenaan sebelum mangsa terjatuh dalam semak. Beliau menambah, suspek cuba merogol mangsa tetapi menghentikan perbuatannya apabila sebuah kereta jenis Kancil berhenti berhampirannya sebelum lelaki itu melarikan diri. "Wanita itu membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. "Hasil daripada ujian air kencing suspek negatif tetapi, lelaki itu mengaku ada menghidu gam sebelum kejadian," katanya. Ulasan GB Bagaimana tak binatang... langgar utk tujuan merogol mangsanya... Kepada anak-anak gadis yang mnunggang motosikal perlu berhati-hati. jadikan kejadian di atas sebagai pengajaran. Elakkan menunggang di tempat yang tiada orang lalu-lalang. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan