Khamis, 4 April 2013

.

.


Tindakan PAS Perlis Kurang Bijak

Posted: 03 Apr 2013 04:02 PM PDT

SESUDAH SUBUH                                                                                                            

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat Perlis? Apakah PAS dengan PKR tidak sebulu atau satu strategi atau pun gimik PR untuk meletakkan Perlis sama hebat dengan negeri lain? Pengumuman calon dibuat oleh PAS semalam sedikit cacat dan seolah-olah PAS tidak 'belaga angin' dengan PKR.

Semalam Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin telah mengumumkan calon-calon PAS untuk ketiga-tiga kerusi parlimen di Perlis dan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri. Pengumuman itu menunjukkan PR Perlis tidak status quo dalam pembahagian kerusi.

Kalau mengikut semangat kerjasama menerusi Pakatan Rakyat sepatutnya semua parti yang bergabung dalam pakatan itu mendapat satu seorang kerusi parlimen. Di Perlis hanya ada tiga kerusi parlimen.

Kalau pun taburan pengundi mengikut kaum dan bangsa tidak sekata, tetapi seharusnya ada pertimbangan lain agar semua parti mendapat satu kerusi parlimen bagi dilihat adil dan saksama.

Pakatan Rakyat selalu melaungkan kepada rakyat yang mereka adil, bertimbang rasa dan satu pakatan yang kemas dan berjiwa rakyat. Godaan UBN ke atas PR kononnya satu ingatan longgar dan kahwin mutaah, ditepis oleh Pakatan Rakyat. Namun apa yang berlaku semalam ia menunjukkan apa didakwa UBN itu sebagai benar.

Kecacatan dalam pembahagian kerusi itu ia akan mengelirukan rakyat. Kalau pun pembolotan kerusi parlimen oleh PAS itu adalah persetujuan semua pihak namun caranya tidak mencerminkan ianya satu kematangan dan muslihat politik matang Pakatan Rakyat Perlis.

Sebelum ini khabarnya PKR akan diperuntukkan satu kerusi parlimen di mana Mufti Perlis Dr Juanda Jaya telah disebut-sebut akan diletak bertanding di parlimen berkenaan. Ura-ura itu sesuatu yang menarik dikira dapat memberi rangsang besar kepada rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat. Khabarnya Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan nama Juanda 7 April sempena kunjungannya ke negeri Indra Kayangan itu.

Kerusi yang dijangka akan ditandingi Juanda ialah Kangar di mana kerusi itu PAS mengumumkan Baharuddin Ahmad sebagai calonnya. Untuk kerusi Padang Besar diumumkan Azamhari Mahmood dan kerusi Arau Dr Haron Din.

Pembolotan ketiga-tiga kerusi parlimen oleh PAS ini dirasakan kurang bijak. Walaupun PKR ditambah dengan kerusi DUN daripada tiga kepada lima tetapi perubahan itu bukan sesuatu yang dilihat mengemaskan pandangan umum kepada Pakatan Rakyat.

Masa masih ada untuk dilakukan pengubahan semula ke atas senarai calon parlimen itu. Keperluan Juanda sebagai Mufti bertanding di Kangar itu boleh memberi impak besar kepada politik bukan saja di Perlis tetapi di luar negeri berkenaan juga. Jangan hendaknya disebabkan pembolotan itu PAS akan dianggap tamak yang akhirnya menjadikan PAS khasnya dan PR Perlis menjadi seperti dog dengan bayang-bayang.  [kb.kel 6:53 am 04/04/13]


DUN Kerajaan Pakatan Masih Belum Bubar Walaupun Sebuah

Posted: 03 Apr 2013 10:32 AM PDT

Kesemua kerajaan negeri dibawah BN telah membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing lewat malam tadi dan semalam kecuali Johor ekoran pembubaran parlimen ke -12 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pagi semalam.

Negeri pertama yang membubarkan Dewan Undangan Negeri ialah Perlis diikuti Sabah, Melaka, Perak dan Terengganu.

Lewat malam ini DUN Pahang juga telah dibubarkan. DUN Negeri Sembilan telah terbubar dengan sendirinya 28 Mac lalu apabila tempoh penggalnya sudah tamat.

Manakala semua negeri dibawah kekuasaan Pakatan Rakyat, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan masih belum membubarkan DUN msing-masing. Adalah dipercayai kesemua DUN itu akan dibubuar besok atau selewat-lewatnya Jumaat.

Dijangka semua pilhan raya peringkat negeri akan diadakan serentak dengan pilihan raya kebangsaan yang ke-13. Tarikh penamaan calon dan hari pengundian dijangka akan diketahui selewat-lewatnya Isnin atau Selasa. [kb.kel.1:31 am 04/04/13]

Tiada ulasan: