Rabu, 3 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Najib Gelabah Sampai Tersasul Sebut Bubar Parlimen Tahun 2012

Posted: 03 Apr 2013 01:33 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu.

Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu.

Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.

Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat. -HD




Ulasan GB

1) Nampaknya Najib gelabah sampai tersasul atau guna skrip yang dah siap dari tahun lepas? Beliau umumkan parlimen di bubar hari ini 3 April 2012, bukan 2013.

2) Sekarang Najib baru sedar kerajaan-kerajaan negeri perlu mengadap sultan / Raja / Yang Dipertuan / Yang Dipertua negeri masing-masing untuk memohon perkenan pembubaran DUN masing-masing. DUN Negeri Sembilan dah terbubar sendiri sebelum MBnya mengadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. GB dah ulas sebelum ini. Sila rujuk lampiran.

3) Walau apa pun, GB yakin rakyat seluruh negara menyambut pembubaran parlimen dengan gembira, mengharapkan UMNO BN akan digantikan selepas ini dan Putrajaya dikuasai oleh Pakatan Rakyat pula selepas pilihanraya yang akan datang ini.


SELINGAN



Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[VIDEO] Pelajar Pondok Nafi Laporan Utusan Kononnya Beliau Sertai UMNO

Posted: 02 Apr 2013 09:31 PM PDT


Klik untuk besarkan imej

Laporan akhbar tersebut (Utusan Malaysia) merupakan satu fitnah..!"

"Saya pergi hanya untuk mendapatkan penerangan bantuan perniagaan..."

"Saya dijemput bergambar dan memegang borang.."

Saya tidak pernah mengisi borang UMNO"..


[VIDEO & GAMBAR] Samseng Umno Serang Anwar Umum Calon KEADILAN Johor Bharu!

Posted: 02 Apr 2013 08:15 PM PDT


Seperti dijangka banyak pihak, Pakatan Rakyat mengumumkan calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang.

Menepati ramalan sebelum ini, bekas penglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN dipilih mewakili Pakatan Rakyat bagi menghadapi tentangan calon Umno dan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bharu sebentar tadi.

Turut hadir, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan saf pimpinan Pakatan Rakyat negeri.

Sebelum pengumuman tersebut dibuat, lebih 50 samseng upahan Umno seperti biasa melakukan provokasi melampau dengan membawa bendera BN sambil menjerit perkataan lucah tanpa rasa malu di hadapan ribuan rakyat yang sudah menunggu sejak jam 845 malam lagi.

Mereka cuba mengadakan sekatan jalan raya menuju tapak ceramah tetapi kecekapan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Samseng yang dipercayai dari sekitar Johor Bharu dan Tebrau juga cuba menghalang kenderaan yang membawa pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki tapak ceramah, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila polis mengarahkan mereka supaya berundur bagi memberi laluan.

Sasaran mereka jelas, ditujukan kepada Anwar dan rombongannya dengan menggunakan kayu bendera yang dibawa dan cuba menjolok masuk ke kenderaan yang membawa Anwar tetapi gagal kerana tidak mengenai sasaran.

Parlimen Johor Bharu disandang bekas ahli majlis tertinggi Umno, Shahir Samad dan dijangka akan dicalonkan semula memandangkan spekulasi awal menyebut dia akan digugurkan dan digantikan dengan muka baru.

Md Hashim merupakan anak jati Johor Bharu dan antara pemimpin tentera yang disegani ramai termasuk pemimpin Umno atas ketegasannya dalam isu keselamatan.

Malah beliau juga baru sahaja dilantik sebagai penasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan Pakatan Rakyat dalam satu pengumuman di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, minggu lalu.

Sementara itu, BN menggunakan pembesar suara yang amat kuat disusuli dengan 'pertandingan karaoke' bagi mengganggu perjalanan ceramah Merdeka Rakyat namun tidak dihiraukan.

Paling kelakar, apabila khemah BN mula memperdengarkan lagu Negaraku, hadirin yang mendengar ceramah Pakatan Rakyat turut bangun dan menyanyikan lagu kebangsaan membuatkan pemimpin Umno yang berada di khemah mereka terdiam. -KOG


Samseng Umno persenda lagu Negaraku untuk ganggu ceramah


Sekumpulan samseng Umno mempersenda lagu Negaraku semata-mata mahu mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebab lagu Negaraku, saya berhenti sekejap," kata Ketua Umum KEADILAN itu apabila lagu itu berkumandang, malah turut menyanyi bersama-sama pemimpin dan penyokong Pakatan.

Sebaik saja meneruskan ucapan pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam tadi, sekitar 20 samseng Umno memutar semula lagu kebangsaan itu berulang kali.

"Saya hormat (lagu) Negaraku tapi ini sudah jadi mainan mereka (Umno)," kata Anwar sebelum meneruskan ucapan.

Kejadian sama lebih awal berlaku terhadap Lim Guan Eng apabila lagu Negaraku dipermain untuk mengganggu ceramah Setiausaha Agung DAP itu.

Guan Eng juga menghentikan ucapan apabila lagu itu kedengaran, sebaliknya samseng Umno terus memasang semula lagu berkenaan beberapa kali.

Lebih 2,000 hadirin menggeleng-geleng kepala menyaksikan pelakuan tidak senonoh itu, malah ada tertawa melihatkan perangai kebudak-budakan itu.

Samseng Umno berselindung di sebalik program 'Malam Mesra' kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah.

Mereka turut memutar beberapa lagu lain termasuk lagu rasmi Umno dengan kuat dan menghala pembesar suara ke tapak ceramah sepanjang program itu.

Samseng Umno juga berbuat bising, terjerit-jerit memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat sambil mengibar bendera Umno dan BN.

Anggota polis yang berkawal pula dilihat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan provokasi berterusan itu.
-KD











Mahathir Habiskan Sisa Usianya Dengan Terus Menaburkan Fitnah

Posted: 02 Apr 2013 05:20 PM PDT


Nampaknya bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terus melakukan fitnah dan seolah-olah beliau ingin menghabiskan sisa-sisa usianya dengan menabur fitnah.

Terbaru di dalam akhbar Kosmo, beliau mendakwa bahawa Menteri besar Kelantan,YAB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyambut hari jadi bersama Karpal Singh., dan Nik Aziz, tuduh beliau, telah meniup lilin.

Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah TG Nik Aziz hanya memenuhi jemputan ke rumah Karpal Singh. Beliau telah dihidangkan sebuah kek. TG Nik Aziz hanya melakukan belahan kek dengan menggunakan pisau DAN TIDAK ADA SEBARANG UPCARA TIUP LILIN seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir.

Sungguh dasyat fitnah Mahathir terhadap TG Nik Aziz.

Sedangkan beliau sendiri tidak sedar atau pura-pura tidak sedar anaknya menguasai syarikat arak terbesar di Asia, San Miguel. Mengapa hal itu tidak pernah beliau ulas dan berikan penjelasan?

Sudahlah hipokrit, memfitnah pula.



"Tazkirah" Najib Mengelirukan

Posted: 02 Apr 2013 08:05 AM PDT


Dalam Berita TV3 ucapan Najib Tun Razak di Masjid Sri Petaling. Beliau begitu lantang memperkatakan tentang menjaga Islam, mempertahankan syriat dan menjaga kalimah suci. Saya pening kerana:

1. Adakah Syariat Islam telah dilaksana di Malaysia? Jika ada mana dia? :

a. Undang-undang hudud qisas, takzir dan hisbah kat mana?

b. Sistem ekonomi Islam, ihya' mawat, Iqta, haram riba, tiada penswastaan harta awam, cukai hanya daripada orang kaya untuk orang miskin dll, kat mana?

c. Isu kalimah Allah bukankah ianya bermula drpd KDN benarkan cetak bible dalam Bahasa Melayu? Yg benarkan ialah KDN yang diterajui umno yang mana presidennya ialah Najib Tun Razak. Sampai hari ini saya masih belum dengar dari Najib: "Kami umno bertegas bahawa penggunaan kalimah Allah dalam bible versi BM adalah salah dan tidak dibenarkan. Tapi yang ada buat statement penegasan ini ialah PAS via Syura statement.

2. Dia bercakap seolah Islam sudah sedia dilaksanakan di Malaysia. Sebab tu saya bertanya di atas, mana!!!!

Kalau tidak ada dan jika Najib bercakap seolah-olah ada, bermakna dia berbohong dan lebih dahsyat sanggup menjadikan agama dan syariatnya sebagai bahan kempen.

Oleh :
Ustaz Zaharuddin Muhammad,
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS



Bendera PKR Di Bangunan UMNO

Posted: 02 Apr 2013 05:35 AM PDT


Rakaman gambar yang memberitahu bangunan UMNO Temerloh, Pahang kini sedang mengibarkan bendera Parti KeADILan Rakyat.

Apa sudah jadinya ni.. Sampai bangunan UMNO pun dah masuk PKR dan menyokong Pakatan Rakyat!!!!

UMNO bermegah bila beberapa kerat anggota PKR masuk UMNO tapi yang ini satu bangunan masuk PKR????

UMNO IS DEAD!!!!!!

Tiada ulasan: