Jumaat, 26 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


BN Cukup Terdesak, Peralat Murid Sekolah Berkempen, SPR Berdiam Diri!

Posted: 26 Apr 2013 01:22 AM PDT


Memperalat murid sekolah sebagai budak suruhan bagi kempen Barisan Nasional (BN) adalah pelanggaran etika pilihan raya, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.

Beliau mengulas gambar di laman sosial yang memaparkan murid Sekolah Kebangsaan Long Jeeh Baram, Sarawak mengibarkan bendera BN ketika mahu menyambut dan memberi sokongan kepada calon BN Baram yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.

"Ini jelas melanggar undang-undang demi kepentingan politik BN. Parti itu seolah-olah makin terdesak sehingga sanggup menggunakan murid untuk kempen politik.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka masih kecil. Jangan heret kanak-kanak dalam kancah politik," katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut dan perlu segera menyiasat kerana ia bertentangan etika kempen pilihan raya.

"SPR sepatutnya ambil tindakan segera untuk mengelakkan pemimpin BN menggunakan murid bagi kempen mereka. Penglibatan guru yang merupakan kakitangan awam dalam kes sebegini merupakan salah guna kuasa.

"Saya hairan mengapa Pengarah Pelajaran Negeri atau Daerah sanggup dipergunakan pemimpin BN, dan kemudian memperalat murid sekolah untuk kempen mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu modus operandi sama turut digunakan pemimpin BN di Kuala Lipis, Pahang apabila guru diarah mendengar 'taklimat' tohmahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.

"Semalam, semua guru dikumpul supaya mendengar taklimat memfitnah pemimpin Pakatan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Lipis. "Antara yang saya dapat maklumat, kononnya kawan Anwar (Ibrahim), Sidek Baba turut diundang memberikan 'taklimat' kepada guru," kata Abbas.

[BERGAMBAR] Bangla Sudah Mari Untuk Mengundi?

Posted: 26 Apr 2013 12:01 AM PDT


Bangla sudah mari. Dikesan di KLIA. Siapa boleh jelaskan bangla bangla ni datang untuk apa? Apakah berbaju hijau seolah olah uniform kerja kilang ni hanya untuk "mengaburi" mata oarang ramai?

Kemungkinan untuk mereka ini menjadi penghuni hantu adalah tinggi. Sewa khas terhadap kapalterbang MAS seperti dalam gambar dibawah amat meragukan. Kilang apa yang perlukan begitu ramai pekerja?





Blogger UMNO, Novandri Kemalangan, Tangan Kirinya Hancur

Posted: 25 Apr 2013 08:03 PM PDT


Barangkali sudah suratan dan takdir Tuhan, apa saja perbuatan kita di dunia ini sesetengahnya 'dibayar secara tunai' semasa kita masih hidup.

Ia juga merupakan peringatan dan amaran dari Allah SWT supaya menghentikan kerja-kerja fitnah dan mengadu domba sesama manusia.

Ketua perang siber Umno Pulau Pinang, Novandri Hassan Basri atau lebih dikenali dengan nama Dr MiM (Minda Intelek Melayu) disahkan telah hancur sebahagian dari tangan kirinya akibat kemalangan yang berlaku di kilometer 381.2 arah selatan Lebuhraya PLUS dekat Slim River, Perak, awal pagi semalam.


Novandri dikejarkan ke Hospital Slim River dengan bantuan ambulans dan dirawat sebagai pesakit luar.

Bagaimanapun ekoran kecederaan serius yang dialami Novandri akibat impak dari kemalangan tersebut, dia ditahan di wad kecemasan dan doktor yang merawatnya mengesahkan sebahagian tangan kirinya hancur teruk.

Kemalangan yang berlaku membabitkan Novandri yang juga naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor dan seorang rakannya berpunca dari masalah kegagalan mengawal kenderaan hingga menyebabkan kereta yang dinaiki terbabas.

Pemilik Blog Minda Intelek Melayu (MiM) sebelum ini telah disaman oleh Khalid Samad kerana fitnah.

Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan berbentuk fitnah dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya serta memohon maaf.

Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.

Selain itu dia juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.

Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah tinggi di Pulau Pinang 7 Januari 2013 lalu.

Bagaimanapun, beberapa blogger Umno kesal dengan laporan Utusan Malaysia kerana tidak menjelaskan bagaimana Novandri boleh mengalami kemalangan dahsyat itu.


Sesetengahnya mendakwa kereta yang dinaiki Novandri telah tercabut tayarnya disyaki angkara perbuatan khianat.

Nampaknya blogger Umno ini sudah pandai mereka-reka cerita sebagaimana tulisan mereka yang cukup jijik dengan fitnah dan video lucah.


Jika mereka tidak berpuas hati dan mengesyaki ada unsur-unsur khianat, mengapa tidak laporkan terus kepada polis dan jangan salahkan Utusan sebab barangkali media rejim Umno tersebut pun sudah tidak percaya dengan fitnah yang dilemparkan, asyik terkantoi saja.

Sudahlah jualan akhbar Umno itu merudum, laman versi internet juga mencatatkan bilangan pembaca unik (unique readers) sedikit mendahului pesaingnya, Berita Harian dan jauh sekali jika dibandingkan dengan portal berita berpengaruh, Malaysiakini di seluruh dunia.

Malaysiakini - Kedudukan 2,545 (Malaysia tempat ke 13)
Berita Harian - Kedudukan 7,987 (Malaysia tempat ke 42)
Utusan Malaysia - Kedudukan 5,526 (Malaysia tempat ke 25)
Harian Metro - Kedudukan 8,492 (Malaysia tempat ke 47)

(Sumber : www.alexa.com - 26 April 2013)

Insiden membabitkan Novandri jelas memberi peringatan kepada semua blogger Umno agar jangan memfitnah dan menyebarkan video lucah kerana apa yang dialami Novandri cuma sekelumit dari balasan yang sewajarnya diterima di sana nanti!

Papa Gomo, Jas Salleh malah Bro Jinggo, apakah kamu semua masih tidak sedar dan terus sebarkan berita palsu dan video lucah sesudah melihat gambar Novandri terlantar? -jalanpulang1978

Ulasan GB

Setiap perbuatan jahat akan menerima balasannya sepertimana setiap perbuatan baik juga akan menerima balasannya.

Itu hukum kebenaran dan keadilan dan ianya tercatat indah di dalam Al-Quran:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Maksudnya : "Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula." ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )

Tetapi malangnya blogger-blogger dan para wartawan UMNO ini tak ramai yang suka membaca Al-Quran lantaran itu tak jumpa panduan-panduan hidup yang berguna untuk mereka.

GB sudah ulas sebelum ini di SINI. Petikan:

Satu demi satu blogger pencacai UMNO terkedu lantaran fitnah-fitnah yang direka dan ditaburkan. Sebelum ini Novandri (Dr.Mim) memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan AJK PAS Pusat itu seorang bishop.

Kes Papagomo disaman Datuk Husam masih berjalan di mahkamah dan yang menjelekkan, papagomo enggan mengaku blog itu miliknya.

Parpukari telah dikenali sebagai penyebar gambar palsu mengenai muslimat PAS yang kononnya diraba semasa HKR 112.

Sementara blogger-blogger pencacai UMNO yang lain sedang berbaris menunggu "ganjaran" masing-masing. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran.


Pemfitnah, wartawan akhbar dan blogger pencacai akan tetap terhukum akhirnya. Kita sama-sama tunggu dan lihat.




Apa yang GB tulis sudah pun menjadi kenyataan!

Semuga Novandri bertaubat dan semuga Allah mengurniakan kesembuhan dan taufiq hidayah kepadanya serta menjadi iktibar kepada blogger, wartawan akhbar dan sekalian pencacai UMNO yang lainnya!

SPR Sudah Rancang Untuk Memenangkan BN

Posted: 25 Apr 2013 05:20 PM PDT


Seorang penjawat awam PGA dari kem PGA Galing Kuantan telah upload gambar sesi staf staf PGA sedang mengundi POS di Kem Galing Kuantan, Pahang.

Menurut tinjauan gua ke wall FB dia.. beliau ni pro BN.. lihat jer lah aktiviti berbasikal di sekitar Putrajaya...maka SAH lah info ni benar.

Semalam pengerusi SPR menafikan Undi POS atau undi awal telah dilakukan.. tetapi BUKTI menunjukkan sebaliknya.

Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).Berikut mesej yang dihantar oleh beliau:

Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bagi anggota PGA,di sini saya nak bagitau beberapa perkara

1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan?

2) Undi tanpa ada pemerhati dari SPR,hanya kantung undi sahaja yang ada

3) Kertas undi ada no siri

4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi

5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi

6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. Suasana macam funfair!!
Jika begini lah caranya. SPR telah melangar SOP iaitu..

Tidak menjemput wakil calon BN,PR dan juga wakil calon bebas yang sepatutnya menghantar pemerhati.

Nampaknya SPR sedang merancang memastikan BN menang,, bagaimanalah rakyat dan negara ingin berubah menjadi negara yang lebih baik..aksyik mempertahankan perompak berleluasa... sedih.. -kingofgoblok

[VIDEO] Bekas Naib Cancelor UPNM: "Kenapa Aku Sertai PAS"

Posted: 25 Apr 2013 08:05 AM PDT


Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Samion memilih PAS kerana tertarik dengan ideologi parti itu yang memperjuangkan Islam.

Beliau yang menyerahkan borang keahliannya kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pagi tadi, berkata tiada apa yang boleh ditinggalkan kepada anak-anak dan keluarganya melainkan Islam.

"Saya pun sudah berumur, mungkin akan pergi esok lusa. Apa yang kita mahu tinggalkan untuk anak-anak dan isteri, kalau bukan Islam?" soal beliau kepada wartawan.

Beliau turut menambah, suasana politik hari ini juga menunjukkan perlu berlakunya satu perubahan menyeluruh demi memastikan masa depan yang lebih telus dan adil.

Katanya, perubahan itu perlu datang dari diri sendiri, ahli keluarga dan teman-teman bagi sama-sama menyemarakkan momentum ke arah perubahan.

Ini kerana, tegasnya perubahan menyeluruh ini tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya perlu dilakukan dalam kelompok yang besar.

Mengakui kelompok tentera tidak mempunyai kebebasan bersuara ketika dalam perkhidmatan, Ismail menegaskan kini beliau tampil berani untuk menentang segala kemungkaran supaya tidak berterusan.

"Dulu saya tidak aktif politik. Maklumlah, pegawai kerajaan kena patuh. Tidak boleh bercakap...tak dibenarkan cakap pun. Tapi selepas bersara ini, saya berasakan perlu bersama-sama membuat perubahan. Dan inilah peluang yang ada untuk melakukannya," tegas beliau lagi. yang cenderung dengan sistem dua parti.

Beliau berpandangan sistem dua parti membolehkan rakyat mempunyai pilihan yang luas untuk memilih, selain tidak menjadikan sesebuah parti monopoli itu sebagai sebuah parti yang tidak boleh ditegur.

"Kalau terus mengamalkan sistem monopoli secara berterusan, ia menjadikan sesebuah kerajaan itu tidak boleh ditegur dan boleh berbuat apa sahaja yang disukai mereka," kata beliau lagi.

Atas sebab itu, tambah Ismail perlu ada persaingan di antara dua parti bagi memastikan keselesaan rakyat dapat dipenuhi.

Perkara itu, kata Ismail boleh dilihat apabila BN memberi begitu banyak bantuan muktahir ini, bairpun boleh melakukannya sejak memerintah Malaysia 55 tahun lalu.

"Kenapa BN banyak beri bantuan? Kerana Pakatan Rakyat kuat menyebabkan mereka terpaksa memberi pelbagai bantuan. Sejak 55 tahun memerintah, tidak ada apapun (bantuan). Apabila ada persaingan hebat, rakyat mendapat faedahnya. Justeru, kita perlu meneruskan momentum itu," seru beliau.

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.

Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.

Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.

Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010).

Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.

Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).

Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.

Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara.


[BERGAMBAR] Rakyat Segamat Bersemangat Nak Kuburkan BN

Posted: 25 Apr 2013 05:20 AM PDT


Kedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di bandar itu sejak kebelakangan ini.

Anwar mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.

Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.

Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah.

"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.

Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN.

Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.-mk






Tiada ulasan: