Rabu, 17 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tiga Bilik Gerakan Umno Shah Alam Tutup

Posted: 17 Apr 2013 12:31 AM PDT


Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai Khalid isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dicalonkan di kawasan idamannya, Pasir Mas, mempersoalkan mengapa beliau tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli dipilih menjadi calon BN.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli yang menjadi Naib Presidennya dalam Perkasa dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," laman Astro Awani memetik beliau berkata. -HD



Pencalonan Zul Nordin Di Shah Alam Percepat Kuburkan UMNO

Posted: 16 Apr 2013 11:31 PM PDT


Zul Kulim bersama dengan simbol seks terkenal Papagomo

Zul Noordin: Inikah transformasi Umno?

Jika muka baru yang dicalonkan Barisan Nasional adalah seperti Datuk Zulkifli Nordin, ia membuktikan Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz menyifatkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam membuktikan transformasi yang dimegahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hakikatnya adalah transformasi ke arah yang lebih buruk lagi dan malah BN terbukti menjadi mudharat yang semakin membahayakan negara.

"Ambil tokoh puak baling selipar dalam masjid jadi calon adalah keputusan yang memudharatkan negara dan akan mengakibatkan lebih banyak keburukan," kata beliau merujuk kepada laporan dan rakaman video yang mendakwa sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dan membaling selipar ke dalam Masjid Al-Hussain di Pumpong, Alor Setar pada September lalu.

Beliau yakin, pencalonan orang-orang seperti memberikan wajah yang lebih buruk kepada Umno dan BN.

"Selepas didedahkan video Zulkifli menghina kepercayaan penganut agama Hindu, didedahkan pula videonya memanggil 'keling' kepada orang India.

"Perbuatannya itu memburukkan nama baik Islam malah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina sembahan penganut agama lain, sebab itu saya kata pencalonan orang seperti itu membuktikan transformasi Najib menuju ke arah keburukan.

"Umno jelas terbukti semakin buruk dan menakutkan dan kalau dibiarkan terus memerintah, bencana besar akan menimpa negara ini," katanya.

Mahfuz seterusnya berkata, tindakan Umno bermegah-megah kononnya mencalonkan lebih banyak muka baru tidak membawa apa-apa kebaikan jika pemikiran dan doktrin yang mereka anuti tidak berubah malah semakin buruk.

"Untuk apa mencalonkan muka baru jika sikap rasis dan perkauman Umno semakin buruk?

"Malah, perbuatan mengapi-apikan perkauman yang semakin menjadi-jadi semakin menjadi satu-satunya senjata Umno untuk terus berkuasa," katanya.

Lebih dari itu, kata Mahfuz, tidak ada sebarang perubahan pada sifat Umno yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "parti perasuah".

"Sebab itulah, kalaupun calon muda atau calon baru Umno itu mempunyai sifat yang dilihat baik, mereka bukan sahaja tidak dapat membawa kebaikan kepada Umno malah merekalah yang akan dirosakkan oleh parti yang Dr Mahathir sendiri tulis 'busuk hingga ke usus' itu," katanya.

Mahfuz yakin, rakyat mengundi berdasarkan pendirian parti yang lebih menjanjikan keamanan dan kesejahteraan dan bukannya parti yang menaja keganasan dan pertumpahan darah seperti serangan-serangan berdarah ke atas perhimpunan politik secara aman yang didakwa oleh pelbagai laporan sebagai didalangi oleh pemimpin dan ahli Umno.

Untuk rekod, menjelang pilihan raya umum 2004, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS telah menolak nama Zulkifli sebagai salah seorang calon parti Islam itu.

Laung Satu Malaysia tapi Najib pilih calon hina India

Perbuatan meletak calon yang terkenal dengan sikap ektrem perkauman mengesahkan Umno mengamal ideologi rasis, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merujuk perbuatan Datuk Seri Najib Razak yang mencalonkan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin yang beberapa kali menghina kaum India dalam ceramah.

"Sudah jelas Zulkifli hina kaum India. Bukan hanya terlepas dari tindakan undang-undang, malah dipilih menjadi calon," katanya pada kenyataan media, semalam.

Beliau menyifatkan pencalonan Zulkifli Nordin sebagai tidak menjaga sensitiviti kaum India yang dihina secara terang-terangan.

"Ia mengecewakan masyarakat India, seolah-olah tidak mempeduli perasaan pemimpin MIC yang turut mengutuk sikap Zul Noordin," katanya.

Kata Surendran, pencalonan Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam mengesahkan 'kekebalan' Perkasa dari undang-undang walaupun melakukan pelbagai kenyataan ekstrem.

"Kesalahan bukan kecil, Seksyen 298A adalah jenayah yang boleh heret mereka ke mahkamah tapi sampai hari ini, tak ambil tindakan sedangkan bukti jelas," katanya.

Beliau juga mempertikai slogan Najib yang melaungkan 1Malaysia tapi memilih calon dari organisasi yang bersifat ekstrem dan perkauman.

"Perkasa pernah ancam bakar Bible. Mereka ekstrem dalam isu perkauman dan agama. Macam mana Najib yang kononnya pejuang 1Malaysia tergamak ambil calon dari organisasi ekstrem itu?" katanya.
-KD

Video Seks: Polis Perlu Tangkap Dan Dakwa Blogger Pro-UMNO

Posted: 16 Apr 2013 09:03 PM PDT


Blogger pro-UMNO diantara penyebar awal video seks "Mustafa Ali"

Masyarakat Anggap Sebar Video Kerja Umno - Prof Ridhuan

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman melihat, penyiaran video lucah akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan "kerja Umno".

"Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno.

"Begitu juga dengan video terbaru ini yang turut mula ditayangkan oleh pengendali blog-blog politik pro-Umno," katanya merujuk kepada isu terbaru membabitkan seorang pemimpin PAS.

Menurutnya lagi, Umno perlu mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran video sebegitu untuk menjauhkan diri mereka daripada mereka yang menyiarkannya.

Semalam Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan Umno tidak ada kaitan dengan pembikinan dan penyebaran video lucah Datuk Mustafa Ali.

Peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun juga menghantar surat notis meminta Harakahdaily menarik balik penyataan yang mengatakan Umno terlibat dengan video lucah ini.

Ridhuan berkata, berdasarkan kajian beliau sebelum ini juga, hanya sekitar 18 hingga 21 peratus pengundi mempercayai ketulenan video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar lucah lelaki mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Justeru, beliau menjangkakan kesan yang sama akan turut berlaku kepada penyiaran video lucah mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu. -HD

Amaran polis jangan sebar video seks dikait pemimpin Pas

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PRDM) akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau pihak yang terbabit dalam penyebaran video seks didakwa mirip pemimpin kanan Pas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sama ada penyebaran itu dibuat melalui laman sosial mahupun dalam bentuk fizikal, kesemuanya akan berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Katanya, setakat ini tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya mengeluarkan amaran keras kepada semua termasuk blogger, pemilik akaun facebook dan pengguna telefon bimbit yang memiliki, menyimpan ataupun menyebarkan video itu.

"Kita tidak mengambil kira pelaku di dalam video itu, yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang ialah penyebar video berkenaan.

"Di Kelantan, ada kes video itu dijumpai di Kuala Krai, tetapi kami masih cuba mengesan dan belum berjaya menahan mereka yang mengedar video ini," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini.

Video didakwa mirip pemimpin kanan parti itu dikesan tersebar sejak seminggu lalu di laman-laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada golongan pemimpin dan masyarakat.
-SH


Ulasan GB

Jika polis jujur dengan kenyataannya di atas, pihak polis perlu menangkap dan mendakwa blobber-blogger pro UMNO yang menyiar dan menyebarkan video seks berkenaan.

Walaupun mereka menuduh yang melakukan ialah AMK PKR, tetapi mereka TIDAK DAPAT MEMBUKTIKAN dakwaan itu, sementelah lagi PKR sudah membuat penafiannya.

Begitu juga, tidak ada sebuah blog PKR pun yang menyebarkannya.

Malah sehingga ke saat ini, beberapa blog pro-UMNOlah yang masih terus menyiar dan menyebarkan klip video berkenaan tanpa sebarang halangan dan sekatan.

Demi memelihara integriti pasukan polis, wajib bagi polis menangkap blogger-blogger pro-UMNO tersebut dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

TERKINI: Maaf Bukan Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, Tetapi ....

Posted: 16 Apr 2013 06:00 PM PDT


Laporan GB sebelum ini menyatakan Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh menyertai PAS rupanya tidak benar.

Walaupun terkaan GB mengenai "ciri" hirarki tertinggi di parlimen seperti yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub itu benar iaitu bekas Speaker Dewan Negara, tetapi orangnya tersilap.

Hasil siasatan GB, rupa-rupanya laporan akhbar yang menyatakan orang berkenaan adalah bekas MB dari utara itu adalah tidak betul.

Dan setelah membuat beberapa penyelidikan lanjut, sebenarnya orang yang dimaksudkan itu ialah Tan Sri Adam Kadir.

Beliau merupakan presiden pertama Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (Pakku) yang ditubuhkan pada Mac 2010. Beliau merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Negara (13 Jun 1995 - 30 November 1996) .

Adam Kadir menerima ijazah Undang-Undang Perdagangan dan Korporat dari Universiti London.

Beliau pernah dilantik sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam Kumpulan Pernas, Ahli Dewan Rakyat, Setiausaha Parlimen dan sebelum itu sebagai pegawai di Bank Negara dan akhirnya mencapai kemuncak sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

Beliau juga menjadi ahli Jawatankuasa Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

GB lebih yakin jawapan kali ini adalah betul.

Apa-apa hal pun kita tunggu nanti 22 April ini untuk pengesahan penyertaannya ke dalam PAS seperti yang disebutkan sebelum ini:
Kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon. Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). "Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat). "Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana," katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.

Kepada semua GB meminta maaf di atas kesilapan tersebut yang berpunca dari kesilapan laporan akhbar terbabit dan maaf juga kepada Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Kepada Tan Sri Muhammad Taib dan Tan Sri Adam Kadir, kami menga-alukan penyertan Tan Sri-Tan Sri berdua bersama-sama rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Tan Sri Abd Hamid Pawanteh Sertai PAS Selepas Muhammad Taib?

Posted: 16 Apr 2013 09:01 AM PDT


Penyertaan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib ke dalam PAS sudah pun diketahui umum dan hanya menunggu penguman rasmi dari parti. Persoalan kini, siapa lagi seorang Tan Sri yang dinyatakan oleh Naib Presiden PAS yang turut sama telah mengisi borang menyertai PAS?

Salehuddin telah pun memberikan klunya lebh kurang begini:
"Seorang daripada mereka adalah bekas pegawai kerajaan yang mempunyai kaitan dengan Parlimen Malaysia. Orang ini menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran Parlimen."


Di dalam satu laporan lain Salehuddin menyatakan:

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar - dari utara Semenanjung, akan menyertai parti itu dalam masa terdekat ini.


Sekarang mudah untuk mendapat tahu jawapannya.

Siapakah bekas Menteri Besar dari negeri sebelah utara yang ada Tan Sri?

Ada dua orang, Pertama Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak dan kedua, Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, bekas MB Perlis.

Apabila melihat pula kenyataan Salehuddin bahawa beliau menduduki hirarki tertinggi di dalam pentadbiran parlimen, maka jawapan yang jelas ialah yang kedua itu, iaitu Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Meskipun Tan Sri Ramli Ngah Talib pernah menjadi Speaker Dewan Rakyat, tetapi apabila dinyatakan hirarki tertinggi di parlimen, maka sya lebih cenderung untuk menjangkakan Tan Sri Abdul Hamid kerana Berikut ialah petikan biografi Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh yang dipetik dari laman wikipedia:

Beliau berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Kangar pada 1981. Pada 1982 beliau menang bertanding di Parlimen Arau, Perlis dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 . Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari tahun 1983 hingga 1986.

1986 beliau menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986 .Pada Ogos 1986 Perdana Menteri Malaysia ketika itu,Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau menjadi Menteri Besar Perlis. Kemudian beliau diganti oleh Dato' Seri Shahidan Kassim (1995-2008)

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau bertanding semula di parlimen Kangar.

Beliau menjadi menjadi Yang Dipertua Dewan Negara sejak 7 Julai 2003 dan disambung lagi pada 19 Julai 2006 untuk penggal kedua. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan cadangan itu dan disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas dan disokong oleh Senator Datuk Abdul Rahman Suliman, di Dewan Negara.

Pada 6 Julai 2009, beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.Tempat beliau akan diambil alih timbalannya, Wong Foon Meng, 55, yang juga Setiausaha Agung MCA mulai 7 Julai 2009.


Menurut Salehuddin lagi:

Kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon.

Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat).

"Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana," katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.


Kepada kedua-dua bekas MB tersebut, kita mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam PAS dengan ucapan ahlan wa sahlan dan kita berdoa agar tuan-tuan berdua dikurniakan kekuatan serta istiqamah untuk terus bersama di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan!

PEMBETULAN:

TERKINI: Maaf Bukan Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, Tetapi ....

Ibrahim Ali Kecewa Diketepikan BN, Pernah Kata Dia Lebih Baik Dari Nik Aziz

Posted: 16 Apr 2013 07:20 AM PDT


Ibrahim Ali kecewa diketepikan BN

Kota Bharu: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding atas tiket parti itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Katanya, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Jelas Ibrahim, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan kenapa beliau tidak boleh jadi calon BN sedangkan naib presidennya, Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya. Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini isolated case (kes terpencil)," katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya termasuk ahli Perkasa.

BN mencalonkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa bertanding di kerusi itu.

Tegas Ibrahim, beliau bukan berdendam dengan BN atau UMNO apabila memutuskan mahu bertanding di Pasir Mas sebaliknya menasihati semua ahli Perkasa supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN.

Katanya, keputusan beliau itu adalah atas permintaan penduduk Pasir Mas dan kerana masih ada banyak agenda yang mahu beliau perjuangkan khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.

Dalam pada itu, Ibrahim berterima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN. -astroawani


Ulasan GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan. Anda permainkan PAS setelah PAS memberikan anda ruang dan peluang untuk bertanding di atas tiketnya pada 2008. Kini anda pula dipermainkan BN sekalipun anda telah mengampu begitu hebat, lebih dari orang lain.

Nak bertanding Bebas? Silakanlah tapi UMNO BN akan tetap mengundi calon mereka, dan akan terus ketepikan Pak Him....

Mati berangan dan mati beragan untuk menjadi MB Kelantan...

Dua Tan Sri Sertai PAS, Rahmat Di sebalik Isu Video Seks

Posted: 16 Apr 2013 04:01 AM PDT

Pas mengesahkan dua orang kuat Umno berstatus Tan Sri bakal menyertai parti itu dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon.

Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat).

"Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana," katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.

Katanya, Pas melihat perkara ini serius di mana kedua-dua Tan Sri itu sudah bertemu pimpinan tertinggi Pas, iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

"(Mereka) rela datang berjumpa saya, menghubungi saya dan pergi ke rumah Datuk Haron serta sudah bertemu Datuk Nik Aziz kira-kira enam bulan lalu.

"Tidak mungkin orang macam ni tidak serius. Sudah pasti mereka telus.

"Kita tidak mahu ada mana-mana pihak menuduh mereka ada kepentingan atau sebagai calon. Mereka hadir untuk membantu berkempen," katanya.

Salahuddin juga tidak menafikan kemungkinan seorang bekas menteri besar Selangor menyertai Pas dalam tempoh terdekat.

"Benar, tapi tunggu sahaja pengumuman rasmi. Yang pasti, kedua-dua Tan Sri ini akan memberi impak besar dalam PRU13.

"Mereka mempunyai pengaruh sangat kuat dan kehadiran mereka pasti memberi perubahan besar," katanya.

Ditanya mengenai identiti kedua-dua Tan Sri ini, Salahuddin sekadar berkata: "Seorang daripada mereka adalah bekas pegawai kerajaan yang mempunyai kaitan dengan Parlimen Malaysia. Orang ini menduduki hierarki tertinggi dalam pentadbiran Parlimen.

"Seorang lagi ialah bekas menteri Selangor. Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan identitinya.
" -SH

Impian Najib Tawan Selangor Berkecai!!

Sementara UMNO begitu galak menyerang Pas berkaitan isu video seks yang didakwa melibatkan Mustafa Ali, parti itu mendapat rahmat besar disebaliknya dengan penyertaan bekas MB Selangor, Muhammad Mohd Taib ke dalam Pas semalam. Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Taib atau Mike Tyson dilaporkan sudah pun menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai Pas kepada Dr Haron Din dan suatu pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam sehari dua ini.

Mat Taib sudah mendiamkan diri sejak 2009 apabila digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan UMNO. Kemudiannya beliau juga melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya yang disandangnya dan menyerahkan kepada Yahya Bujang untuk memangku jawatan itu.

Sejak itu beliau mengenepikan sepenuhnya aktiviti yang melibatkan politik dan banyak menghabiskan masanya dengan program-program keagamaan. Beliau bukan saja banyak menghadiri pelbagai program bercorak agama dan mengadakan pelbagai majlis di kediamannya, malah jika berbual pun topiknya banyak menjurus ke arah keagamaan.

Dengan kecenderungan terhadap agama itu, penyertaan beliau ke dalam Pas tidaklah begitu memeranjatkan meskipun UMNO tentunya agak terpukul dengan tindakan bekas MB Selangor dan Naib Presiden UMNO itu menyertai Pas di saat-saat hampirnya berlangsung pilihanraya yang paling mencabar ini.

Lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kali ini, selain mahu mengekalkan Putrajaya, matlamat Najib juga ialah mahu menawan kembali Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.

Walaupun Mat Taib berdepan dengan isu kredibiliti berikutan peristiwa lama yang melibatkan dirinya dan dianggap sudah "expired" dalam UMNO, penyertaan beliau ke dalam Pas tidak harus dipandang ringan. Kemasukannya membawa imej dan persepsi yang tidak baik mengenai UMNO dan melonjakkan moral Pas serta Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Ia tidak jauh bezanya dengan keputusan beberapa pegawai tinggi kerajaan, pegawai polis dan tentera yang memilih Pas dan Pkr sebaik saja bersara daripada kerajaan sebelum ini. Sebagaimana penyertaan mereka itu meningkatkan moral dan imej Pakatan Rakyat, kemasukan Mat Taib juga sebenarnya memberi impak yang serupa.

Sepanjang menjadi MB Selangor selama 11 tahun, Mat Taib dikenali sebagai pemimpin yang baik budi pekertinya dan suka menolong orang. Ramai pemimpin UMNO dan ahli perniagaan yang meriah dengan rezeki yang dilorongkan Tuhan melalui sikapnya baik hati itu. Rakyat Selangor pula banyak yang mendapat tanah untuk kediaman dan memulakan kehidupan baru. Perkampungan dan penempatan baru yang melibatkan orang Melayu banyak diwujudkan semasa kepimpinannya.

Dengan jasanya yang sedemikian itu, tentunya beliau masih dikenang oleh ramai orang di Selangor ini. Oleh itu, penyertaannya ke dalam PAS tidak dapat dinafikan akan memberi signifikan kepada usaha Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbiran negeri itu ditangannya.

Impian Najib dan UMNO Selangor pasti akan bertambah sukar dengan penyertaan beliau ke dalam Pas ini. Lebih-lebih lagi jika selepas hari penamaan calon nanti Mat, Taib juga turut berkempen dan meminta pengundi mengekalkan negeri itu di tangan Pakatan Rakyat yang baru menaungi perjuangan barunya.

Dengan menyertai Pas di saat berlangsungnya hari penamaan calon dan Pakatan Rakyat pula sudah siap dengan senarai calon-calonnya, Mat Taib seperti memberi isyarat bahawa beliau tidak sekali-kali berminat untuk bertanding semula. Hasratnya ialah untuk membantu perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Walaupun Najib sentiasa ghairah mahu menawan Selangor, tetapi keputusan beliau yang dijangka meletakkan FD Iskandar sebagai calon MB Selangor jika BN kembali berkuasa, turut mengundang masalah dalam UMNO sendiri. Kem Noh Omar dan Zin Mohamed yang kini merupakan orang kanan dan orang kiri Najib di Selangor, ternyata kurang berpuas hati dengan pemilihan FD Iskandar itu.

Pemimpin dan ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan juga menunjukkan rasa kurang senang dengan pemilihan FD Iskandar berikutan beliau dilihat pemimpin yang kurang mesra dengan orang bawahan dan kedudukannya sebagai ahli perniagaan serta pemaju hartanah membimbangkan mereka kemungkinan fokusnya nanti lebih kepada membantu syarikatnya sendiri, Glomac Berhad berbanding membantu rakyat Selangor sendiri.

Menang tidak dinafikan, impian Najib menawan Selangor bukanlah mudah. Selain Pakatan Rakyat juga bekerja keras dan berjaya menampilkan imej yang lebih baik berbanding kepimpinan UMNO sebelumnya walaupun cuba dibangkitkan pelbagai isu untuk merangsang emosi rakyat, wujudnya penolakan dalaman UMNO sendiri berikutan calon MB pilihan Najib kurang dipersetujui dan kini dengan bantuan Mat Taib pula yang menyertai PAS, impian Najib hakikatnya makin bertambah sukar.

Malah ada beberapa pemimpin UMNO Selangor sendiri tanpa berselindung menyatakan, impian Najib itu sebenarnya sudah pun berkecai dan musnah sekarang ini.
-Shabuddin.com

Tiada ulasan: