Selasa, 16 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ibrahim Ali, Hassan Ali & Rais Yatim Tidak Tersenarai Sebagai Calon BN

Posted: 16 Apr 2013 12:35 AM PDT


Barisan Nasional (BN) akan menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu.

"Ibrahim Ali tiada dalam senarai," kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini.

"Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum," kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN.

Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara.

Dr Mahathir juga merupakan penaung kepada Perkasa yang memperjuangkan hak Melayu yang sudahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya 2008 dan menang kerusi Pasir Mas. Beliau kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai calon bebas dan dilihat rapat dengan Umno dan BN.

Beliau menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak Melayu selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dan beberapa buah negeri. Perkasa mempunyai lebih kurang 200,000 orang ahli yang majoritinya merupakan ahli Umno. -TMI

Ulasan GB

Selain Ibrahim Ali, nama Hassan Ali, Rais Yatim tidak kelihatan di dalam mana-mana senarai calon BN yang bertanding di dalam PRU13 nanti.

UMNO sedar risiko besar untuk meletakkan mereka sebagai calon UMNO BN kerana terutama kedua-dua anak Pak Ali itu yang terkenal dengan imej "Malay cauvinist"nya.

Anehnya, Naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Mungkin sudah berpusing-pusing cari calon, takda lain yang lebih layak selainnya.

Ramai pemerhati berpendapat tindakan Najib menghantar Zulkifli di Shah Alam adalah langkah terdesak UMNO untuk memenangi hati pengundi Melayu yang membentuk pengundi majoriti di Shah Alam.

Tetapi, ramai yang berpendapat, Shah Alam akan menjadi kubur Zul Kulim ini.

Mengenai Rais Yatim, dikhabarkan kerana kehadirannya menyusahkan Najib dan menteri kabinet lain di dalam hubungan bilateral dengan Indonesia. Setakat mana kebenaran maklumat itu belum dapat dipastikan. Rais kena tanya sendiri dengan Najib.

Kak Mah.. Beg Dah Siap Dah Ni....Mai Amik...

Posted: 15 Apr 2013 10:25 PM PDT


Kesungguhan anak-anak muda dengan daya kreativiti yang tinggi ditunjukkan beberapa anak muda yang bencikan rasuah dan kemewahan melampau telah mereka cipta satu replika gergasi bag tangan wanita gergasi jenama BIRKIN HERMES yang sering diguna pakai oleh Rosmah Mansor isteri Najib Razak.

Satu dunia tahu bahawa sebuah bag tangan wanita jenama ini harganya ratusan ribu ringgi dan Rosmah Mansor memiliki koleksi berpuluh dengan warna yang berlainan.

Anak-anak muda benci rasuah dan pemborosan yang melampau.

TOLAK UMNO ANGKAT PR. -omakkau


Dr. Juanda Jaya: "Ini Berita Syaitan"

Posted: 15 Apr 2013 07:00 PM PDT


Ini berita syaitan." Demikian mesej Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mengulas mengenai laporan media bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.

Mesej itu disusuli dengan tweet yang mengatakan "masih jauh lagi" untuk mengesahkan bahawa beliau akan menjadi calon.

"Mufti Perlis Juanda masih jauh daripada dapat disahkan akan menjadi calon PKR bagi kerusi parlimen Kangar, sebagaimana dilaporkan," kata beliau mengulas laporan sebuah laman web petang tadi.

Juanda merupakan antara tokoh ulama yang disebut-sebut akan bertanding kali ini.


Dr Juanda Bertanding Di Kangar Atas Tiket PKR


KANGAR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata dengan pencalonan Dr Juanda, parti amat yakin PKR akan menang di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

"Kangar adalah kerusi Parlimen terbesar di negeri itu dengan kira-kira 50,000 pengundi dan kita optimis untuk menang," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dr Juanda yang berasal dari Sarawak sebelum ini dilaporkan antara individu yang cuba dipancing BN dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Parlimen Kangar disandang Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) yang menewaskan calon PKR Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail dengan majoriti 13,600 undi pada pilihan raya umum 2008.
-mstar

Mari Realisasikan Harapan Rakyat Ini: Harga Minyak Turun 7 Mei 2013

Posted: 15 Apr 2013 05:01 PM PDT


7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

"Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.

Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat.

Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya.

Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak.

"Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya.

"Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu," kata Anwar.

TG Nik Aziz: DAP Tidak Takut Kepada Islam, Yang Takut Islam Ialah UMNO

Posted: 15 Apr 2013 07:44 AM PDT


Penerimaan bukan Islam khususnya kaum Cina mengenai dasar Islam yang dibawa PAS sehingga mereka tidak lagi berasa takut merupakan satu perkembangan baik untuk lanskap politik Malaysia.

Perkara ini menunjukkan dakwah 'Islam Untuk Semua' dibawa PAS sebagai agama daripada Allah SWT hanya menggerunkan Umno sahaja tetapi diterima baik masyarakat seperti yang berlaku di Kelantan.

Atas dasar ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, DAP boleh menggunakan lambang parti PAS sekiranya pendaftaran mereka dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bersabit kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

"Alhamdulillah kerana Islam adalah agama untuk semua, bukan untuk orang Arab sahaja, sekarang Cina mula tidak takut kepada Islam. Islamphobia tidak ada.

"DAP dalam seminggu lepas sekiranya parti DAP diharamkan ROS, DAP nak bertanding guna lambang bulan (PAS).

"DAP sudah tidak takut kepada Islam sebaliknya Umno yang takut kepada Islam,"
katanya.

Mengulas lanjut ketika sesi soal jawab 'Bicara Cinta' katanya, kumpulan Sami Buddha di Tumpat, Kelantan memberikan contoh yang baik berbanding Umno apabila memberikan sumbangan sebanyak RM70,000 kepada kerajaan negeri untuk projek pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

"Waktu Datuk Husam iklan nak buat lebuh raya, sami (Buddha) Tumpat jemput saya dan beri hadiah.

"Hampir RM70,000 sami Buddha derma kepada Kerajaan Kelantan. Dia yakin dengan Islam yang PAS bawa.

"Umno Kelantan buat apa? Dia bawa kereta sorong buruk. Otak umno mempersenda Kerajaan Kelantan buat lebuhraya,"
jelasnya lagi.

Di samping itu katanya, dalam usaha menawan pengundi Kelantan, Umno-BN ingin menampilkan calon berstatus 'ulama' sedangkan dasar perjuangan mereka menumpukan kepada politik kebangsaan.

Tegasnya, sekiranya Umno-BN ingin 'meniru' dasar PAS yang mengetengahkan tokoh agama untuk dijadikan pemimpin, mereka seharusnya mengambil kira semua aspek dan bukannya memilih perkara tertentu sahaja.

"Umno Kelantan buat kenyataan dalam seminggu dua ini nak memlih calon ulama. Dia kebangsaan, pilih ulama. Dah kenapa tidak pilih kebangsaan?

"Nak tiru dengan sebab orang Kelantan suka ulama, pilih ulama. Mana ada ulama dalam kebangsaan. Ulama ertinya orang yang mahir dengan agama Allah," tambah Nik Aziz lagi.

Bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz turut melancarkan buku terbarunya bertajuk 'Bicara Ini Demi Ilahi' terbitan Grup Buku Karangkraf. -SH


Ada Pihak Tebuk Atap Rumah Aishah Untuk Pasang CCTV

Posted: 15 Apr 2013 05:01 AM PDT


Penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin mendakwa beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk atapnya untuk dipasang kamera.

Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan.

Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV.

"Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan memberi petunjuknya nanti,"ujar Aishah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara semalam.

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod.

Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk mempertahankan hayat.

Artis yang juga calon PAS Jempol Negeri Sembilan itu berkata, ianya dijangka 'bom' hayat untuk menyelamatkan parti pemerintah sebelum ini untuk berhadapan dengan pihak lawan yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Tambahnya, sedangkan tindakan begitu juga akan menjadi senjata 'makan diri' kerana akhirnya akan terpalit terkena diri.

Beliau yakin rakyat tidak akan menelan fitnah itu mentah-mentah kerana mereka telah sedar dan cerdik untuk terus bermimpi dengan permainan fitnah.

Jelasnya, mentaliti rakyat Malaysia bukan lagi di zaman dunia ketiga, mereka sekarang berpendidikan tinggi, paling besar pendidikan agama.

"Pihak lawan tidak perlu buat sesuatu perkara yang cukup jijik sekiranya sedar mereka adalah sebuah parti yang baik serta mampu membela rakyat.

"Tidak perlu takut, sebaiknya dedahkan apa yang ingin kita buat dan kejayaannya juga, bukan berterusan menekan pihak lawan dengan fitnah yang mengaibkan, kerana keaiban itu akan menikam diri kita juga,"ujarnya.

Dun Tawang adalah tempatnya yang terakhir untuk menyampaikan ceramah sebelum pulang menumpukan perhatian di Parlimen Jempol.

Sepanjang seharian beliau berada di Kota Bharu, Aishah turut mendapat sokongan dan doa restu dari rakyat di negeri itu apabila bertemu dengannya untuk membeli belah di Bazar Buluh Kubu.

Tiada ulasan: