bumiperak |
PKR umum calon DUN dan Parlimen Negeri Perak Posted: 15 Apr 2013 09:07 PM PDT IPOH 15 Apr. PKR membariskan sebahagian besar muka baru sebagai calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak bagi menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei nanti. Senarai itu diumumkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin selepas memberikan ceramah di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak malam tadi Ketua pembangkang bagaimanapun tidak mengumumkan calon bagi Parlimen Sungai Siput dan DUN Changkat Jering, yang sedang dalam rundingan dalam Pakatan Rakyat. Dengan menampilkan muka-muka baru, termasuk lebih banyak profesional, dilihat sebagai strategi parti itu untuk menawan Perak di negeri yang menyaksikan majoriti tipis bawah 1,500 di banyak tempat. Parlimen Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi Tapah: Vasantha Kumar Tanjung Malim: Tan Yee Kew Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail. DUN Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan Temengor Supian Nordin Kenering: Tarmizi Abdul Hamid Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid Batu Kurau: Fadhil Alias Kuala Sepetang: Chua Yee Ling Bukit Chandan: Fathmawaty Salim Hulu Kinta: A Tinagaran Simpang Pulai: Tan Kar Hing Tualang Sekah: Baldip Singh Alor Pongsu: Rosli ibrahim Chenderiang: Bah Tony Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab Sungai Manik: Osman Abdul Khattab Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli Bota: Zulkifli Ibrahim |
Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Perak dilancarkan Posted: 14 Apr 2013 11:46 PM PDT IPOH, 15 April Pakatan Rakyat (PR) Perak menjanjikan pembaharuan cukai tanah dan ketelusan penuh mengendalikan kerajaan dalam manifesto pilihan raya mereka hari ini, usaha yang dilihat untuk merampas negeri yang suatu ketika dahulu kaya dengan hasil perlombongan bijih timah. Mengikut jejak rakan di Pulau Pinang, gabungan tersebut juga berjanji untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, menghapuskan kemiskinan dan memastikan semua pentadbir negeri mengisytiharkan aset mereka kepada umum. Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata pelancaran manifesto hari menunjukkan pemimpin PR lebih daripada bersedia untuk berhadapan lawan mereka Barisan Nasional (BN) pada hari pilihan raya 5 Mei depan, disamping semangat untuk menebus kemarahan akibat rampasan kuasa pada 2009 lalu. "Hari ini, kami lebih bersedia berbanding pada tahun 2008 lalu untuk memerintah negeri ini. "Kami sudah lama rindukan dan idamkan hari Perak dapat dikembalikan semula sebagai salah sebuah negeri terkaya dalam negara," kata beliau dalam ucapannya semasa pelancaran pagi ini. "Kita adalah antara negeri terkaya dalam negara. Tapi sekarang kita ketiga termiskin. "Bagaimana ini terjadi? Ia kerana selama 55 tahun, kita membenarkan kerajaan yang memerintah secara tidak adil dan tidak seimbang," tambahnya lagi. M/Insider |
You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan