DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Gambar Lautan Manusia Bikin Tengku Adnan, Najib, Muhyyidin Tidak Tidur Malam
- [Panas] Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim PALING Layak Jadi PM
- [Gambar Panas] Bahana Manifesto Copy & Paste, Kantoi Tahap Maksimum
- [Video & Gambar] Warga Putrajaya Serbu TG Nik Aziz & Husam Selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Putrajaya
- Dr Asri NAFI Sokong Calon BN Permatang Pauh, Media BN Terdesak!!!
- [Panas] Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II DIBUNUH!
- BN Bakal Menang di Kota Damansara! Gara-gara...
[Gambar] Gambar Lautan Manusia Bikin Tengku Adnan, Najib, Muhyyidin Tidak Tidur Malam Posted: 26 Apr 2013 09:18 AM PDT | ||||
[Panas] Yusuf Al Qaradawi: Anwar Ibrahim PALING Layak Jadi PM Posted: 26 Apr 2013 07:16 AM PDT [KD] LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia. Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi. Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama. Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi: "Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia. Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu." Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam. (Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN) P/s: Esok lusa Zul Nordin kata surat ini palsu. | ||||
[Gambar Panas] Bahana Manifesto Copy & Paste, Kantoi Tahap Maksimum Posted: 26 Apr 2013 05:00 AM PDT Menipu, Meniru dan Tak Cerdik. Lengkap dalam 1 gambar. 1. Menipu : Yang beri air percuma kerajaan PR, yang claim menepati janji mereka? gilakah? 2. Meniru : Manifesto Copy & Paste 3. Tak Cerdik : Yang suka meniru ni selalunya orang yang tak cerdik, PR beri 20 meter padu. 20 liter nak buat mandi pun tak lepas. P/s: Lawak betul!!!! | ||||
Posted: 26 Apr 2013 01:38 AM PDT
Sebaik-baik sahaja mengetahui kehadiran TG Nik Aziz dan Datuk Husam, warga Putrajaya yang menunaikan solat Jumaat (26/4) di Masjid Besi, Putrajaya terus menyerbu ke arah kedua-dua pemimpin ini untuk bersalaman. Apa khabar Tengku Adnan, adakah Husam akan hilang wang deposit? -DCM Gambar FB:
| ||||
Dr Asri NAFI Sokong Calon BN Permatang Pauh, Media BN Terdesak!!! Posted: 25 Apr 2013 11:36 PM PDT | ||||
[Panas] Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II DIBUNUH! Posted: 25 Apr 2013 09:22 PM PDT [SH] PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini. Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi. Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal. Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia. P/s: Menurut laporan MK, mangsa ditembak tiga das di leher dan di kepala. | ||||
BN Bakal Menang di Kota Damansara! Gara-gara... Posted: 25 Apr 2013 05:37 PM PDT Pas tetap tanding Kota Damansara, sifatkan PSM lupa daratan
[SH] PETALING JAYA – Pas Kawasan Subang menyifatkan tuduhan dilemparkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya parti itu menceroboh kerusi Dun Kota Damansara sebagai melampau. Timbalan Yang Dipertuanya, Roslan Abu Bakar berkata, kenyataan dan tuduhan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pengerusi parti. Menurutnya, PSM kini dilihat seolah-olah 'lupa daratan' dan asal usulnya sebelum ini. "PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. "PSM harus ingat ketika itu Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun itu, jadi saya harap Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim boleh cuba ingat-ingatkan kembali tentang sejarah ini," katanya ketika mengulas mengenai tindakan PSM melabel Pas penceroboh seperti yang disiarkan akhbar ini semalam. Roslan berkata, sebelum kawasan Dun Kota Damansara dipecahkan menjadi sebahagian Parlimen Subang, Pas sudah bekerja dan bertanding di kawasan itu mewakili Dun Paya Jaras dan Dun Bukit Lanjan. "Kami ada mandat dari pucuk pimpinan, jadi PSM harus memahami hakikat bahawa Pas tetap akan bertanding di kawasan Dun ini atas permintaan pengundi dan kajian yang dilakukan sebelum ini demi kemenangan Pakatan Rakyat," katanya. Dalam pada itu calon Pas Kota Damansara, Ridzuan Ismail, 34, berkata, sejak lima hari berkempen, beliau sudah turun ke hampir semua kawasan di Dun itu. Beliau ketika ditemui di Subang Perdana semalam berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kota Damansara jika diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di situ. "Banyak perkara akan saya beri perhatian terutama melibatkan isu kebajikan dan menyelesaikan masalah infrastruktur seperti jalan berlubang serta kemudahan awam yang perlu dipertingkatkan atas permintaan penduduk di sini," katanya. P/s: Kebimbangan banyak pihak sekarang ialah dakwaan undi pos dilakukan lebih awal dan khabarnya tanpa pemantauan pihak yang sepatutnya. Ada juga khabar, segerombolan pendatang asing akan diangkut dari lapangan terbang untuk mengundi. Jumlahnya pula dikatakan besar dan mampu menggugat kerusi yang dimenangi PR sebelum ini. Khabarnya, Selangor merupakan salah satu negeri sasaran. Kita yang mengharapkan PRU kali ini bersih mengharapkan semua khabar tadi hanyalah khabar semata-mata. Sudahlah menjadi sasaran BN, segelintir pemimpin bawahan PR di Selangor mula bertindak merugikan PR dan rakyat. Selama 5 tahun mereka berpeluang berbincang tentang kerusi dan muafakat, namun sehingga di ambang PRU13 masih bergaduh berebutkan kerusi. Jika perkembangan di KD ini masih begini, TM yakin KD bakal dikuasai oleh BN semula. Tambah-tambah, kertas undi PRU kali ini tidak membuang nama calon yang telah menarik diri, kononnya hal itu telah dipersetujui sebelum ini, walaupun banyak orang yang beranggapan bahawa tindakan itu ada kaitan dengan isu yang mula diperkatakan oleh warga laman sosial dan laman sesawang ketika ini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan