DIALOG RAKYAT |
- PECAH BERITA! Video Hasan Ali Fitnah Isteri Azmin Ali Kini Tersebar!! Saksikan.
- PAS Lancar 33 Video Klip Isu Semasa
- Lelaki mati ditembak di hadapan lampu isyarat
- Kamilia lambang diskriminasi wanita dalam BN
- DAP terus difitnah tapi Melayu makin berani dekatinya
- Pemerhati selar serangan terhadap anak pemimpin PKR
- Najib: Rakyat akan tolak bekas ahli Umno tanding bebas
- Agamawan, seniman dan profesional bergabung sokong PAS
- 100 kaum India jadi ahli baru DHPP Perak
- SPR buat pembetulan kesilapan senarai pengundi awal dan cetak semula buku DPPR
- Tian Chua: Letupan Januari lalu pun masih tak tangkap
- Pegawai SPR didakwa catat nombor siri kertas undi pos
- Abdul Khalid : Pengalaman Akan Membantu Saya di Bandar Tun Razak
- 3 lelaki direman bantu siasatan letupan di Nibong Tebal
- 50 juta, 127 ribu, 700 juta dan 2.5 bilion “Repot Kad” Cemerlang PR Selangor
- PR Selesai Kekurangan Tanah Rumah Ibadat Tinggalan BN
- PM Najib Seperti “Sesumpah Politik”
- DAP cabar UMNO/BN nyatakan pendirian mengenai hudud
- PR sasar menang 33 kerusi di tiga negeri deposit tetap BN
- BN Sarawak akui 11 kerusi Parlimen dalam bahaya
- Debat: Adnan kata tiada masa, Najib tetap enggan
- Takbir bergema di Masjid Besi Putrajaya
- Isu militan Sulu: Zahid main sentimen nasional, raih sokongan BN
- Jurugambar ditumbuk samseng BN: Mana tindakan polis, SPR?
- Zuraida cabar calon BN debat manifesto isu rakyat Ampang
PECAH BERITA! Video Hasan Ali Fitnah Isteri Azmin Ali Kini Tersebar!! Saksikan. Posted: 26 Apr 2013 07:32 AM PDT LIHAT VIDEO DI SINI | ||||||
PAS Lancar 33 Video Klip Isu Semasa Posted: 26 Apr 2013 06:54 AM PDT KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu meningkatkan penerangan kepada para pengundi menjelang pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) dengan melancarkan 33 klip video 'soal dan jawab' terhadap isu-isu semasa. Menurut Setiausaha Badan Pehubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang menjawab 33 persoalan semasa termasuk yang berkait dengan isu kalimah Allah dan isu Amanat Haji Hadi. "InsyaAllah.....isu-isu semasa yang berabngkit, Tuan Guru (Presiden PAS) akan menjawab,"katanya pada majlis pelancaran ringkas tersebut yang diadakan di pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu pada Khamis, 25 April yang turut dihadiri oleh Bendahari Shukrimun Shamsuddin dan Ketua Dewan Ulamak Dato' Utaz Hussin Awang. [Lihat Video Pelancaran] Dibawah ini disertakan tajuk dan oautan klip-klip video tersebut; 1. PR menang, DAP PM? http://youtu.be/TKBQMAXNbnw 2. PAS kaldai DAP? http://youtu.be/9uV1lT_vhPA 3. Isu hudud di kelantan & kedah http://youtu.be/6wg1-tlzzC8 4. Tolak umno tapi bersama DAP? http://youtu.be/haa19uzyiuE 5. Isu tabung memali http://youtu.be/2xEgyAIlBpc 6. Negara bankrap kalau PR menang? http://youtu.be/90wYClPzQ84 7. Isu sembahyang 2 masjid http://youtu.be/Pizwthl5SzE 8. Isu kafirkan orang umno 1983 http://youtu.be/9zbpHMjnTc8 9. Batalkan projek BN terengganu? http://youtu.be/gYsCfNQqbY4 10. Peranan tok guru di marang http://youtu.be/qpkco6N4N0o 11. Tol dalam pemberian tanah http://youtu.be/m-60wxCzyws 12. Dasar hiburan & siaran TV http://youtu.be/lYHCvzBi7d4 13. Islam PAS for all? http://youtu.be/rYa5wKm00tM 14. Hanya BN mampu memerintah? http://youtu.be/U5szyW6c4Vw 15. Ekonomi & kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js 16. Hudud di terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc 17. Kilang arak selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8 18. Judi genting highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8 19. Projek membazir terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk 20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu? http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk 21. Isu media seperti Utusan Malaysia, tv1, tv2 dan tv3, http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k 22. Isu 5 buah kontraktor bumiputra projek LPT yang dinafikan UMNO http://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE 23. Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaan http://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84 24. Perancangan Hospital perubatan percuma http://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8 25. Pelan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS. http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk 26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR? http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ 27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan? http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM 28. Adakah PAS Dan PR akan mengenakan Tol di LPT? http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo 29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM 30. Khidmat JKKK akan ditamatkan serta? http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ 31. Apakah hukum megundi? http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU 32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen? http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE 33. Isu bersumpah megundi BN ketika terima bantuan? http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U | ||||||
Lelaki mati ditembak di hadapan lampu isyarat Posted: 26 Apr 2013 06:47 AM PDT R. Karikaalan, 29, mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu turut menyebabkan ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketika kejadian, Karikaalan bersama ibunya dalam perjalanan dari Ampang untuk ke rumahnya di Taman Puchong Hartamas. "Ketika berhenti di lampu isyarat itu, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki memakai topi keledar bercermin gelap menutup muka menghampiri kenderaan jenis Nissan Livina berwarna hitam yang dinaiki mangsa dan ibunya dan melepaskan tembakan," katanya kepada pemberita di sini. Ku berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya kemungkinan mangsa dibunuh kerana terlibat dalam pergaduhan dengan satu kumpulan di Puchong sebelum ini. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama | ||||||
Kamilia lambang diskriminasi wanita dalam BN Posted: 26 Apr 2013 06:42 AM PDT Oleh NOOR AFIFAH JAMALUDIN Isu pengunduran Datuk Kamilia Ibrahim sebagai naib ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia, yang hangat dibicarakan di laman sosial Facebook miliknya selepas penamaan calon baru-baru ini sememangnya mengejutkan ramai pihak terutamanya para wanita Umno dan BN. Tindakan beliau sebagai orang nombor dua dalam Wanita Umno bertanding bebas bukan sahaja bakal berdepan dengan calon BN di sana, malah secara automatiknya beliau dipecat terus sebagai ahli Umno dan BN. Hal ini jelas telah membuka mata dan minda rakyat marhaen bahawa pentadbiran di bawah pucuk pimpinan BN sedikit pincang. "Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang", satu bidalan mudah bagi menjawab teka-teki bagi sikap drastik bekas pimpinan wanita Umno memilih bertanding sebagai calon bebas. Tindakan beliau itu diambil disebabkan oleh keputusan pucuk pimpinan BN yang tidak memberi kerusi kepada beliau untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. Beliau merasakan bahawa tindakan itu menggambarkan ketidakseriusan Umno dalam mengangkat suara wanita di Parlimen. Kamilia juga melihat kepupusan calon wanita Umno semakin serius selepas pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak bertanding dalam pilihan raya umum kali ini disebabkan pelbagai masalah yang membelenggu beliau. Lagi menggemparkan negara bila mana jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu disandang oleh seorang "jejaka" selepas perletakkan jawatan Shahrizat. Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara Malaysia malah seluruh dunia. Insiden tersebut cukup merencatkan dan memalukan institusi wanita yang seharusnya dipimpin oleh kepimpinan yang selayaknya. Jadi sebagai orang nombor dua dalam Wanita Umno selepas Shahrizat, Kamilia seharusnya diberikan tempat untuk bertanding terutama di peringkat Parlimen bagi mengangkat suara wanita ke Dewan Rakyat. Namun apa yang berlaku, Najib hanya menawarkan kerusi DUN Bukit Chandan kepada Kamelia. Apakah ini menggambarkan keseriusan Umno dalam mengangkat suara wanita di peringkat Dewan Rakyat? Tidak dinafikan Shahrizat boleh dijadikan senator seterusnya menjawat jawatan menteri wanita. Namun, adakah mencukupi beliau seorang sahaja di sana? Dari sudut pandang wanita muda juga mahasiswi, hal ini merupakan sesuatu perkara yang perlu dipandang serius kerana ianya melibatkan soal perjuangan kepimpinan wanita di arena politik. Kami merasakan Kamilia sungguh berani menongkah arus bagi memartabatkan suara wanita dalam Dewan Rakyat. Kami melihat tindakan beliau itu adalah disebabkan diskriminasi yang berlaku oleh Umno terhadap wanita yang sama sekali tidak boleh diterima. Tidak mengapalah Kamilia. Sekurang-kurangnya tindakan anda telah menyedarkan rakyat Malaysia apakah kedudukan wanita dalam kaca mata Umno. Di pihak mahasiswi terutamanya, kami sentiasa menyokong tindakan Datuk dan mana-mana usaha yang ikhlas bagi memartabatkan suara wanita. Semoga usaha ikhlas Datuk ini mampu menyedarkan wanita-wanita di Malaysia tentang darjat suara wanita dalam Umno. NOOR AFIFAH JAMALUDIN timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. | ||||||
DAP terus difitnah tapi Melayu makin berani dekatinya Posted: 26 Apr 2013 06:35 AM PDT roket kini.com Satu lagi fitnah UMNO tentang 13 Mei untuk menaman rasa benci orang Melayu terhadap DAP; tetapi orang Melayu sudah bersedia untuk perubahan bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13. DAP menjadi mangsa fitnah Berita Harian, akhbar harian kawalan UMNO, hari ini Rabu 24 April 2013 apabila ruangan Rencana di muka surat 25 yang ditulis oleh "Lanang" telah mendakwa, tanpa sebarang bukti, bahawa DAP adalah "parti perkauman yang memperalatkan hak sama rata". Malah rencana itu menuduh "Masa kempen pilihan raya 10 Mei 1969, DAP ghairah mainkan isu perkauman. Hasilnya sengketa 13 Mei 1969". Satu lagi fitnah UMNO tentang 13 Mei untuk menaman rasa benci orang Melayu terhadap DAP; tetapi orang Melayu sudah bersedia untuk UBAH bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13. Semakin ramai orang Melayu sedar bahawa DAP bukan pencetus tragedi 13 Mei 1969. Saya ingin jelaskan bahawa ini adalah pembohongan dan penipuan. Saya telah banyak kali jelaskan bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali kerana DAP tidak mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Malah saya telah menuntut kepada kerajaan Malaysia supaya membuat siasatan terbuka dan pendedahan awam sepenuhnya tentang rusuhan kaum 13 Mei 1969 kerana masih banyak rahsia yang tidak didedahkan oleh pihak berkuasa. Tetapi sehingga sekarang tidak ada mana-mana pemimpin kerajaan BN yang berani berbuat demikian. Kemudian, tulisan Lanang itu dalam Berita Harian mendakwa pula "DAP hanya benarkan PAS dan PKR bergasak sesama sendiri di tujuh kawasan. Yang untungnya DAP kerana berjaya melihat Melayu pecah" dan "Akhirnya yang rugi adalah Melayu. Yang berkuasa dan memencilkan kuasa Melayu adalah pihak lain. Kita dapat tulang, depa dapat isi." Isu menjadi calon pun mahu dijadikan isu perkauman? Berita Harian bersikap hipokrit kerana isu pertindihan kerusi Pakatan Rakyat hanya berlaku di tujuh kawasan sedangkan ia melibatkan 61 orang di kawasan-kawasan BN! Sehinggakan UMNO terpaksa memecat 58 pemimpin dan ahlinya yang menjadi calon bebas! Malah, orang penting seperti Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim pun menentang parti dengan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar. Beranikah Berita Harian, sebagai alat propaganda UMNO, mengatakan "MCA dan MIC untung kerana berjaya melihat Melayu pecah" kerana 61 ahli BN berebut kerusi menjadi calon bebas menentang BN? Atau adakah Berita Harian hanya berani memfitnah DAP dan Pakatan Rakyat kerana ia cukup yakin bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan pihak polis tidak akan berani mengambil apa-apa tindakan terhadapnya kerana ia adalah alat UMNO-BN? Rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, sudah bosan dan marah dengan ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku. Mungkin hanya UMNO dan Berita Harian belum sedar tetapi ramai orang Melayu sudah mula condong ke arah Pakatan Rakyat. Kita rakyat Malaysia sudah bersedia untuk UBAH. Ini kali lah! Lim Kit Siang | ||||||
Pemerhati selar serangan terhadap anak pemimpin PKR Posted: 26 Apr 2013 06:33 AM PDT Calon PKR Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar hari ini berkata bom petrol dilemparkan di perkarangan rumah anaknya, Sangetha, malam tadi yang mengakibatkan keretanya terbakar. "Walaupun kejadian ini tidak dipantau oleh Pemantau, kita mengengahkannya sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami ke atas keganasan politik yang semakin meningkat di negara ini, seperti yang digariskan dalam satu kenyataan oleh Bersih 2.0 pada 25 April, " kata Pemantau hari ini. Pemantau terdiri daripada kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0, rakyat Malaysia untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) dan komunikasi hak asasi manusia Pusat Komas. Letupan di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal di Pulau Pinang Selasa lepas turut mencederakan seorang pekerja parti. Beberapa insiden keganasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah Anwar juga telah berlaku awal tahun ini. Pemantau juga menyatakan hari ini bahawa calon-calon BN telah menggunakan "bahasa agresif, sentimen bermusuhan dan kempen memburuk-burukkan" terhadap lawan politik mereka. "Dalam muka surat 35 edisi The Star, bertarikh 25 April, iklan bertajuk Siapa yang mengawal DAP? jelas bertujuan untuk menghasut pelampau agama dan etnik di kalangan Melayu-Islam dan lain-lain etnik dan komuniti agama, "kata Pemantau. "Menyemarakkan sentimen itu ketika ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab, "katanya. The Star, milik MIC, telah mengeluarkan iklan yang memberi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa mengundi DAP sama dengan satu undi untuk parti Islam PAS. Pemantau menegaskan bahawa pemerhati seperti, Bersih, dan kumpulan Tindak Malaysia telah dituduh cuba menyebabkan huru-hara dan menghalang pengundi daripada menjalankan hak-hak mereka. "Sukarelawan Pemantau memerhatikan beberapa keadaan di mana ucapan politik telah dicemari dengan menggunakan bahasa yang boleh ditafsirkan untuk menyebarkan permusuhan dan niat jahat, serta fitnah, "kata Pemantau. "Di samping itu, mesej seksis juga digunakan terhadap calon wanita, "katanya. Pemerhati pilihan raya turut mengetengahkan risalah menyerang calon DAP Teo Nie Ching untuk kerusi Parlimen Kulai di Johor, yang membayangkan bahawa Teo akan meninggalkan kerusi itu untuk menjaga bayinya, manakala satu lagi risalah menuduh beliau menarik pengundi lelaki dengan wajahnya. "Ia adalah mengecewakan bahawa lebih daripada satu dekad selepas fasal diskriminasi dalam perlembagaan telah dipinda, jantina, seksisme regresif itu masih digunakan sebagai alat politik, "kata Pemantau. Pemantau juga menekankan kebimbangan pengundi Johor "hilang" dari daftar pemilih di negeri yang menjadi tumpuan utama dalam Pilihan Raya 2013. | ||||||
Najib: Rakyat akan tolak bekas ahli Umno tanding bebas Posted: 26 Apr 2013 06:26 AM PDT PERAK Semasa lawatan ke Kuala Kangsar, Perak, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan ucapannya kepada calon-calon Bebas di sana, dengan menegaskan bahawa mereka yang meninggalkan Umno, akan ditolak oleh rakyat. Walaupun tidak menamakan sesiapa, ucapan perdana menteri sementara ini dilihat merujuk kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim (kiri), yang dipecat daripada Umno setelah bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Katanya, ia kerana rakyat tahu bahawa walaupun individu itu tidak ada lagi, tetapi parti masih memegang kuasa dan perjuangan boleh diteruskan. Perdana menteri berkara, perkara itu telah terbukti dalam sejarah negara di mana mereka yang meninggalkan parti, rakyat akan turut menolaknya. Sehubungan itu Najib sekali lagi menyebut tentang pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar yang menurutnya, rakyat telah menolak Parti Negara yang ditubuhkan oleh Onn selepas meninggalkan Umno pada 1950. Pengerusi BN itu menyebut contoh yang sama dalam ucapannya di Kuala Penyu, Sabah tiga hari lalu apabila menyampaikan mesej yang sama kepada penyandang kerusi Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, yang meninggalkan Umno dan menjadi mesra Pakatan. Najib menegaskan bahawa ahli mesti mengutamakan kepentingan parti jika mereka mahu mencapai impian dan matlamat mereka. Berucap kepada kira-kira 2,000 penyokong BN di majlis perhimpunan 1Malaysia, Najib berkata walaupun jawatan dalam parti adalah sementara, tetapi mereka mesti terus mendukung nilai dan integriti mereka. Sehubungan itu, beliau memuji Ketua Umno bahagian Kuala Kangsar, Ramly Zahari kerana terus bersama parti, dan menyokong calon BN walaupun beliau tidak terpilih sebagai calon. Parlimen Kuala Kangsar akan menyaksi pertandingan tiga penjuru. Calon BN, Wan Mohamamd Khair-Il Anuar Wan Ahmad akan mempertahankan kerusi itu dan akan berdepan dengan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Kamilia. | ||||||
Agamawan, seniman dan profesional bergabung sokong PAS Posted: 26 Apr 2013 06:24 AM PDT
Zamri berucap di majlis dekat Keramat malam tadi KUALA LUMPUR: Gandingan agamawan, seniman dan profesional dalam program ceramah di Datuk Keramat malam tadi berjaya menarik orang ramai untuk bersama-sama dari awal hingga ke akhir program. Kehadiran Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion yang baru menyertai PAS pagi semalam dan juga Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said membuatkan orang ramai termasuk orang muda tidak berganjak dari tapak program. Kira-kira 100 kerusi di bawah khemah dipenuhi golongan yang agak berusia sementara orang muda berdiri di tepi khemah, di bawah pokok dan duduk santai di atas motosikal mendengar intipati ucapan. Semuanya menyokong Zamri4Titiwangsa...Datuk Ismail dua dari kanan Malam tadi, selain calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi, Ismail Dan Pak Samad, PAS Titiwangsa turut menampilkan bekas Timbalan Ketua Akauntan Negara Datuk Jamaluddin dan juruterbang yang masih berkhidmat dengan salah satu syarikat penerbangan, Rashidi Ishak sebagai penyuntik semangat kepada orang ramai untuk bersama PAS. Turut menyampaikan ceramah ialah Ustaz Raihan Abdul Aziz yang sering muncul di rancangan Tanyalah Ustaz TV9. Pak Samad, selain membaca puisi seperti kebiasaan apabila diundang ke setiap program, turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). "BN kata tidak mungkin Pakatan Rakyat boleh hapuskan tol, wujudkan pendidikan percuma. Tidak mungkin kerana Pakatan belum berkuasa. Sebaik ia bermula (berkuasa) segala yang dikatakan tidak mungkin akan jadi mungkin. "Saya harap sangat orang Melayu janganlah mudah terpedaya dengan pemimpin tertentu Melayu. Biarlah pemimpin itu syahdu, orangnya jujur, ikhlas, berpandangan jauh dan berkebajikan, itu pemimpin yang kita harus pilih. Orang yang bukan Melayu pun nampaknya ada jalan yang bagus. "Kita tidak boleh lagi biarkan kuasa yang lama berterusan. Oleh kerana itu saya sangat berharap setidak-tidaknya sekali ini kita memberikan kuasa kepada Pakatan Rakyat," katanya. Bekas pengamal media berusia 81 tahun itu juga kesal dengan sikap pemimpin BN yang memburuk-burukkan bangsa lain semata-mata ingin mengekalkan kuasa. Tegasnya, menjelang PRU13, pemimpin BN mula menimbulkan kegelisahan kononnya kuasa Melayu semakin terhakis kerana kebangkitan bangsa lain. Pak Samad berucap dan membaca puisi malam tadi "Yang memimpin kita di atas ialah pemimpin Melayu, yang di atas lagi ialah Raja-raja Melayu, yang memimpin kita Perdana Menteri Melayu, dan menteri kebanyakannya Melayu, askar juga melayu tapi mereka kata Melayu sedang jatuh. "Saya selalu bertanya kenapa harus berlaku jika dalam 56 tahun ini yang di atas kita semuanya Melayu kenapa Melayu pula (yang dikatakan) sedang jatuh? "Pernahkah kita bertanya itu? Saya lihat dan saya kaji akhirnya saya jumpa bahawa itu adalah satu cara untuk mendapatkan sokongan Melayu. Sebenarnya Melayu tidak jatuh tapi pemimpin Melayu yang menjatuhkan Melayu. "Sesekali bila pilihan raya mereka (Umno) mengunakan Orang Cina sebagai alasan bahawa kita (Melayu) dalam bahaya," katanya. | ||||||
100 kaum India jadi ahli baru DHPP Perak Posted: 26 Apr 2013 06:22 AM PDT
IPOH: Dialog yang diadakan oleh PAS Kawasan Gopeng dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di UPU Taman Song Choon, di sini malam kelmarin mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat India setempat. Setiausaha DHPP Perak, S Naliraja yang datang dari Taiping telah memberikan satu impak baru kepada mereka dengan penerangannya yang begitu berkesan. Menurut blog Warta Sg Rapat, sesi dialog juga dibuka bagi mereka meluahkan segala pertanyaan yang masih tersimpan di minda mereka. Di akhir pertemuan, 100 borang ahli baru DHPP telah diserahkan oleh wakil mereka, Saudara Hanifah kepada Naliraja dengan disaksikan oleh Yang Dipertua PAS Gopeng, Abd Rahim Md Ariff dan Ketua UPU Taman Song Choon, Zulkifli Tafsiron. (Gambar atas) | ||||||
SPR buat pembetulan kesilapan senarai pengundi awal dan cetak semula buku DPPR Posted: 26 Apr 2013 06:17 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pembetulan dan mencetak semula buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) ekoran berlaku kesilapan mencetak senarai pemilih pengundi awal di dalam buku tersebut. Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata buku DPPR itu telahpun diedarkan semula kepada Pegawai Pengurus dan calon-calon di bahagian pilihan raya yang terlibat mulai hari ini melalui pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan. "SPR juga akan menulis surat kepada pemimpin parti politik yang terlibat untuk memaklumkan mengenai kesilapan itu dan memastikan bahawa buku DPPR yang digunakan calon, ejen calon dan petugas SPR di pusat pengundian awal adalah sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kamaruddin berkata kesilapan percetakan itu hanya melibatkan 572 orang pemilih daripada 272,387 senarai nama pengundi awal di seluruh negara yang melibatkan 80 bahagian Pilihan Raya Parlimen, 84 Dewan Undangan Negeri (Dun) dan membabitkan 114 pusat pengundian awal di seluruh negara. Beliau berkata semakan SPR mendapati kesilapan itu berlaku semasa mencetak nombor kad pengenalan 12 angka dan nombor perkhidmatan bagi pemilih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada ruangan dalam buku DPPR pengundian awal itu. Kamaruddin berkata SPR mendapati berlakunya kesilapan mencetak senarai pemilih pengundian awal dalam DPPR yang disediakan dalam bentuk buku dan bukan dalam bentuk cakera padat (CD). Bagaimanapun, kesilapan itu tidak berlaku dalam Daftar Pemilih Pengundian Awal yang boleh disemak melalui laman sesawang SPR, portal PRU13 dan sistem pesanan ringkas (SMS). "Ini kerana, maklumat yang diperolehi melalui sistem semakan itu menunjukkan bahawa maklumat identiti pengundi itu adalah lengkap dan sama seperti dalam pangkalan data Daftar Pemilih SPR," katanya. Untuk makluman, DPPR yang dikeluarkan SPR bagi PRU13 itu boleh dibeli dalam dua bentuk iaitu buku dan CD. "Tindakan pembetulan ini tidak mengakibatkan berlaku pertambahan atau pengurangan kepada bilangan pemilih dan juga perubahan maklumat bagi pemilih-pemilih di pusat-pusat pengundian awal berkenaan," katanya. - Bernama | ||||||
Tian Chua: Letupan Januari lalu pun masih tak tangkap Posted: 26 Apr 2013 06:13 AM PDT MALAYSIA KINI Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri patut mengkritik diri sendiri kerana gagal membendung penularan politik ganas daripada mengaitkan pembangkang dengan insiden letupan di ceramah BN baru-baru ini, kata PKR. Naib presidennya Tian Chua berkata, pihaknya mengecam keras kenyataan Muhyiddin dalam media berbahasa Cina hari ini yang didakwa memfitnah pembangkang ekoran insiden itu dengan niat mewujudkan kebencian rakyat. "...insiden letupan bom di bilik gerakan BN, Nibong Tebal telah membuktikan kegagalan BN kerana gagal untuk mengambil sikap serius mahupun tindakan yang serius untuk menangani keganasan politik. "Sebaliknya, BN telah mengakibatkan perkembangan keganasan politik ke tahap yang lebih berbahaya," katanya. Dalam kenyataan hari ini, Tian Chua mengingatkan, insiden hampir sama pada 9 Januari 2013 apabila terdapat letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. "Walau bagaimanapun, dalam kes letupan tersebut, polis akhirnya tidak menangkap mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk letupan tersebut," katanya yang juga calon PKR untuk Parlimen Batu. Sambung Tian Chua lagi, Muhyiddin mengabaikan fakta bahawa sejak 2012, keganasan politik tidak pernah berhenti, termasuk terhadap pemimpin pembangkang termasuk anak perempuan exco Selangor Dr Xavier Jayakumar dan anggota Parlimen Lembah Pantai. | ||||||
Pegawai SPR didakwa catat nombor siri kertas undi pos Posted: 26 Apr 2013 06:11 AM PDT Petugas kempen DAP mendakwa bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab bagi kawasan Parlimen Pulai, telah mencatat nombor siri kertas undi pos sebelum menghantarnya kepada pengundi - meningkatkan kebimbangan bahawa undi tersebut dapat dikesan dengan mudah. Calon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar. Mereka menunjukkan kepada Malaysiakini gambar yang diambil secara tersembunyi di pusat gerakan tersebut, yang menunjukkan nombor siri enam angka kertas undi bagi parlimen dan kerusi DUN setiap pengundi pos, telah dicatat bersebelahan nama pengundi dalam senarai pemilih undi pos. Malaysiakini juga telah mengesahkan dengan beberapa wartawan yang telah memohon menjadi pengundi pos bahawa setiap undi mereka dicetak dengan nombor siri enam angka. "Saya mengesyaki nombor siri yang dicatat oleh SPR boleh digunakan untuk mengesan undi yang dipangkah. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa setiap undi perlu dirahsiakan," kata Cheo ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Di kawasan Parlimen Tanjong Piai, calon DAP, Mahdzir Ibrahim juga menerima satu aduan yang sama daripada pegawai rendah SPR yang telah memohon untuk menjadi pengundi pos. Beliau berkata nombor enam angka yang dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk mengembalikan undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang hendak dihantar kepada pengundi. Beliau berkata nombor enam angka juga dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk menghantar kembali undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang akan diposkan kepada pengundi. "Seorang pengundi memberitahu saya bahawa undinya akan dikesan, oleh itu, dia akan memangkah undi rosak," kata Mahdzir kepada Malaysiakini. "Kita tahu bahawa sampul surat akan dipisahkan daripada kertas undi semasa proses pengiraan, dan kotak undi akan disimpan selama enam bulan selepas pilihan raya. Tetapi jika pegawai SPR membuka kotak undi, mereka akan dapat mengesan pengundi. Isu sekarang ialah integriti SPR. " Cheo dan pasukan kempennya juga mengesan nama seorang lagi pengundi pos yang muncul dalam kedua-dua senarai 'pegawai SPR' dan senarai 'pengamal media'. "Kedua-duanya mempunyai nama dan nombor MyKad yang sama tetapi muncul dalam daerah mengundi yang berbeza. Saya bimbang ini boleh membawa kepada penyelewengan pilihan raya, "kata calon berusia 29 tahun. Kakitangan SPR dan wartawan yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian, dibenarkan mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum ini. | ||||||
Abdul Khalid : Pengalaman Akan Membantu Saya di Bandar Tun Razak Posted: 26 Apr 2013 06:07 AM PDT KLANG : Pengalaman dan perkhidmatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sejak lima tahun lalu diyakini membantunya untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk satu lagi penggal. Sekalipun berdepan tiga pencabar lain, Abdul Khalid yakin pengundi dapat menilai prestasi, pengalaman dan kebolehannya sebagai wakil rakyat untuk dijadikan kayu pengukur dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti. "Pengalaman dan 'network' saya adalah lebih besar dan saya juga berkebolehan untuk menyelesaikan masalah. "Saya bukan sekadar mendengar sahaja dan ini sudah dibuktikan dan inilah juga yang tidak ada pada muka-muka baru," jelasnya. Mengulas strateginya untuk kekal sebagai MP, lebih-lebih lagi ketika berdepan lawannya, Tan Kok Eng (BN) yang dikatakan lebih mesra pengundi muda, Abdul Khalid berkata beliau yakin golongan itu lebih bijak membuat pilihan. "Mereka (golongan muda) bukan hendak lihat kemesraan, tetapi yang mereka mahu lihat adalah samada (calon) boleh bekerja atau tidak untuk mereka," ujarnya lagi. Selain Kok Eng, Menteri Besar Selangor ini juga menghadapi tentangan daripada dua lagi calon bebas iaitu, Mohd Sukeri Abdul Samat dan Mokhtar Salahudin. Pada tahun 2008, Abdul Khalid menewaskan lawannya Datuk Tan Chai Ho (BN) dengan majoriti 2, 515 undi setelah memperolehi 28, 123 undi. | ||||||
3 lelaki direman bantu siasatan letupan di Nibong Tebal Posted: 26 Apr 2013 06:03 AM PDT SINAR HARIAN NIBONG TEBAL - Tiga lelaki direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kejadian letupan di tempat ceramah Barisan Nasional (BN) di Jawi di sini Selasa lepas. Perintah reman sehingga 29 April itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Jaafar. Polis menahan ketiga-tiga lelaki yang berumur antara 25 dan 41 tahun itu di Georgetown, Bukit Mertajam dan Seberang Perai Selatan, kelmarin. Kejadian letupan itu berlaku pada pukul 10.15 malam semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang. Berikutan itu, seorang petugas keselamatan berusia 35 tahun cedera di kaki kanan terkena serpihan sampah akibat letupan berkenaan. Polis mengesahkan bahan letupan yang digunakan dalam insiden itu ialah alat letupan rekaan (IED) dan percaya ia adalah perbuatan terancang sekumpulan profesional. - Bernama | ||||||
50 juta, 127 ribu, 700 juta dan 2.5 bilion “Repot Kad” Cemerlang PR Selangor Posted: 26 Apr 2013 04:26 AM PDT KLANG : Peningkatan pelaburan, peluang-peluang pekerjaan, limpahan program kebajikan di samping peningkatan simpanan negeri merupakan antara intipati 'report card' Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada 1 Mei nanti. Bercakap satu ceramah di sini malam tadi, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pencapaian ini jauh berbeza dengan rekod Umno-BN untuk tempoh lebih lima dekad lalu. "Ukuran pertama adalah dari segi pelaburan, di mana dalam tempoh lima tahun pentadbiran kita, Selangor dapat menarik pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu RM 50 billion. "Ini sekaligus membuka peluang pekerjaan baru berjumlah melebihi 127,000 di negeri ini," jelas Abdul Khalid, calon PKR bagi DUN Pelabuhan Klang. Pada masa yang sama Kerajaan Pakatan telah membelanjakan lebih RM 700 juta bagi merangka pelbagai program kebajikan untuk rakyat meliputi pelbagai usia dan golongan. "Dahulu sewaktu zaman (bekas Menteri Besar Selangor) Khir Toyo, setelah saya semak saya dapati yang dia bagi pada rakyat adalah kira-kira RM 250 juta. "Sekarang ini dengan apa yang kita telah kongsikan bersama rakyat, rakyat boleh lihat bahawa Kerajaan Pakatan boleh beri lebih lagi daripada apa yang diberikan Barisan Nasional (BN). "Kita sudah tunjukkan dan buktikan bahawa kita dapat tambah pendapatan, kita dapat buat kebajikan dan kita dapat juga menyimpan," tambahnya lagi. Di bawah PR Selangor, simpanan negeri telah meningkat ke RM 2.5 billion daripada 400 juta yang ditinggalkan Umno-BN pada 2007. Justeru, beliau menggesa rakyat untuk terus memberi mandat kepada Pakatan bukan sekadar untuk mempertahankan Selangor tetapi untuk menawan Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. "Pada 5 Mei 2013 ini, marilah kita sama-sama pastikan bahawa pemerintahan Barisan Nasional telah tamat dan kita akan diperintah Pakatan Rakyat bagi membuktikan bahawa rakyat telah bangkit untuk rakyat dan demi rakyat," ucapnya. | ||||||
PR Selesai Kekurangan Tanah Rumah Ibadat Tinggalan BN Posted: 26 Apr 2013 04:24 AM PDT SUBANG JAYA : Lima tahun menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)Selangor berjaya mengatasi masalah kekurangan tanah bagi rumah-rumah ibadat di DUN Subang Jaya yang sebelum ini tidak diberi perhatian oleh Umno-BN. "Masalah seperti Persatuan Buddha Subang Jaya masa BN sudah memohon kira-kira 10 tahun, akhirnya di bawah Kerajaan Negeri sekarang tanah seluas 6,000 kaki persegi sudah digazetkan. "Persatuan Sikh Subang pula sebelum ini hanya menggunakan lot kedai, sekarang Kerajaan Negeri beri satu lot tanah seluas 10,000 kaki persegi dan satu lagi Kuil Sri Subramaniam," beritahu Calon PKR DUN Subang Jaya, Hannah Yeoh kepada TV Selangor. Manakala bagi rumah ibadat penganut Islam di Subang Jaya pula tidak menghadapi sebarang masalah dalam isu tanah ini. "Setiap tahun masjid-masjid dan surau saya turunkan peruntukkan Kerajaan Negeri melalui Adun Subang Jaya bagi mereka menjalankan aktiviti dan juga peruntukkan khas di bulan Ramadan," ujar Hannah. Menurut Hannah lagi, pihak Adun turut berjaya mengadakan majlis-majlis dialog bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi penduduk Subang Jaya. Contohnya terdekat ialah pembatalan pembangunan Taman Subang Ria hasil daripda dialog Menteri Besar dengan penduduk. Selain itu, Hannah juga berjaya mendapatkan peruntukkan lebih RM200,000 dari Geran Selangorku bagi membaiki saliran di USJ 3 dan RM435,660 bagi pembinaan jejantas pejalan kaki sepanjang 21 meter yang menghubungkan USJ 11 ke USJ 13. Justeru, Hannah menyeru pengundi di Selangor dan Subang Jaya khususnya mengekalkan mandat kepada PR bagi membolehkan pakatan itu meneruskan usaha mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat, meningkatkan ekonomi rakyat dan melaksanakan projek pembangunan. | ||||||
PM Najib Seperti “Sesumpah Politik” Posted: 26 Apr 2013 04:21 AM PDT SHAH ALAM : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sering mengeluarkan kenyataan berbeza-beza mengikut masa dan kumpulan masyarakat dalam siri kempen pilihan rayanya, tidak ubah seperti 'sesumpah politik'. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas sikap bermuka-muka itu yang beliau sifatkan kerana Najib tidak mempunyai dasar yang jelas untuk membantu rakyat. Abdul Khalid berkata, Najib menggunakan kenyataan-kenyataan yang berbaur populis, tanpa mempunyai idea bagaimana untuk menangani isu-isu yang membelit rakyat. Ini dapat dilihat dari kegagalan Najib untuk membentangkan pelan membela nasib tujuh juta pekerja di negara ini. "Contohnya dalam isu dasar kekurangan tenaga pekerja, beliau hanya mengambil penyelesaian mudah dengan mengambil tenaga pekerja asing sedangkan apa yang perlu adalah dasar untuk meningkatkan produktiviti pekerja," katanya. Antara yang dibidas Abdul Khalid adalah janji gaji minima RM900 yang dicanang BN sebelum ini. Malangnya sehingga kini hasrat itu tidak terlaksana. "Tambahan pula Presiden MCA Chua Soi Lek membantah cadangan tersebut kononnya akan memberi kesan kepada para majikan. Nampaknya BN tidak serius dan tidak faham tentang dasar gaji minima ini. "Sebaliknya Pakatan Rakyat menjawab kegagalan itu di dalam manifesto untuk menawan Putrajaya menerusi dasar jelas yang di mana kita menjanjikan tabung RM2 bilion untuk melaksanakan dasar gaji minima RM1,100,"katanya. Di Selangor, Pakatan Rakyat menyediakan bantuan untuk anak-anak syarikat kerajaan negeri melaksanakan dasar gaji minima RM1,500 sebulan untuk mengeluarkan pekerja daripada kemiskinan. | ||||||
DAP cabar UMNO/BN nyatakan pendirian mengenai hudud Posted: 26 Apr 2013 04:19 AM PDT Roketkini.com KUCHING: : Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengulangi pendirian DAP mengenai pelaksanaan hudud iaitu tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, beliau mencabar UMNO dan Barisan Nasional (BN) turut menyatakan pendirian secara terbuka sama ada mahu melaksanakan hudud atau sebaliknya. "UMNO dan BN tidak perlu membuang masa untuk mengelirukan rakyat dengan menjadikan hudud sebagai isu politik, malah meminta Datuk Seri Najib Razak memartabatkan agama Islam dan menghormati umat Islam dengan menghentikan kempen yang memperalatkan agama kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat. "Saya harap pemimpin BN benar-benar menghormati kesucian Islam dan agama lain kerana kepercayaan agama bukanlah alat permainan politik," katanya dalam kenyataan, hari ini. Kit Siang mengulas laporan media hari ini mengenai cabaran Najib supaya Pakatan Rakyat menyatakan pendirian secara jelas mengenai isu hudud, hanya satu gimik politik semata-mata. Beliau kesal kerana UMNO/BN terus memperalatkan agama pada PRU kali ini sedangkan Pakatan Rakyat menyatakan bahawa hudud tidak terkandung dalam Manifesto Rakyat, pendirian bersama dan apa-apa prinsip bersama. Sehubungan itu, katanya, DAP tetap menghormati PAS dan ideologinya, sama seperti PAS dan PKR menghormati DAP dengan ideologi DAP dan prinsip perjuangan semata-mata untuk kepentingan rakyat atas dasar demokrasi. "Oleh itu, tidak timbul soal hukum hudud dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Malah, PAS telah menjelaskan pendiriannya dalam konteks Negara Berkebajikan yang amat penting dan berfaedah kepada umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS. Ini memang DAP hormati. "Dengan itu, Najib, Datuk Seri Chua Soi Lek (MCA), Tan Sri Koh Tsu Koon (Gerakan), Datuk Seri G. Palanivel (MIC), Tan Sri Pairin Kitingan (PBS), Tan Sri Taib Mahmud (PBB) dan pemimpin BN lain yang sepatutnya menjelaskan secara terbuka pendirian mereka mengenai hudud," tambahnya. . Menurutnya, pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, berhak untuk tahu sama ada UMNO dan BN mahu melaksanakan hudud atau tidak. Katanya, jika UMNO dan BN tidak berminat melaksanakan hudud atau sudah menolak hudud, jangan cuba bermain kotor dengan menuduh Pakatan Rakyat dengan menggunakan isu hudud. Beliau berharap media massa berani mengemukakan soalan yang sama mengenai hudud kepada semua pemimpin BN, terutamanya pemimpin UMNO, sama ada mereka mahu melaksanakan hudud atau sebaliknya, bukannya hanya berani bertanya kepada Pakatan Rakyat sahaja. Ubah! Ini kalilah!-Roketkini.com | ||||||
PR sasar menang 33 kerusi di tiga negeri deposit tetap BN Posted: 26 Apr 2013 04:15 AM PDT Roketkini.com KUCHING: Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Johor yang menjadi "deposit tetap" Barisan Nasional (BN) sebagai penentu PR memerintah dan mentadbir Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini. Calon PR Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, bagi mencapai sasaran itu, PR perlu memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kerusi Parlimen di setiap negeri berkenaan iaitu masing-masing sembilan kerusi Parlimen di Sabah dan Johor serta 11 kerusi di Sarawak untuk menjadikan 29 kerusi. Selain itu, katanya, ia adalah tambahan kepada 80 kerusi Parlimen yang di Semenanjung yang dimenangi pada PRU 2008 bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 109 kerusi dan memerlukan tiga lagi kerusi untuk menang dengan majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Beliau berharap PR boleh memenangi 125 kerusi Parlimen, dengan PKR mendapat 45 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing dengan 40 kerusi bagi menghasilkan majoriti selesa 28 kerusi Parlimen (baki 12 kerusi datang daripada negeri lain selain Sarawak, Sabah dan Johor). Pada PRU 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen berbanding 82 oleh Pakatan Rakyat, yang hanya memenangi tiga kerusi iaitu satu di setiap negeri iaitu Bandar Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu (Sabah) dan Bakri (Johor). "Tiga negeri deposit tetap BN itu penting untuk PR menjadi sebagai pemangkin untuk ke Putrajaya pada PRU-13, membentuk Kerajaan Persekutuan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Bagaimanapun, katanya, beliau mempunyai penanda aras yang lebih tinggi bagi Sarawak, Sabah dan Johor, dengan harapan boleh mencapai skor lebih tinggi daripada satu pertiga dan secara kolektif boleh memenangi 33 kerusi di tiga negeri berkenaan untuk menjadikan 113 kerusi bagi menduduki Putrajaya. Kit Siang berharap PRU-13 ini akan mencatat sejarah penting kerana rakyat Malaysia akan membuat keputusan untuk perubahan kerajaan Persekutuan di Putrajaya, pada 5 Mei ini. "Pertempuran PRU-13 adalah pertempuran antara politik masa depan yang diwakili PR berbanding politik masa lalu yang diamalkan BN lebih lima dekad lalu. "Politik masa lalu adalah politik perkauman dan rasuah berleluasa, kronisme, penyalahgunaan kuasa besar-besaran, pencabulan hak demokratik dan manusia, ketidakadilan, pemusnahan alam sekitar, dan tidak telus, akauntabiliti dan tadbir urus tidak baik. "Manakala politik masa depan bukan politik perkauman di mana rakyat Malaysia terdiri orang Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan bersatu padu bagi mewujudkan Malaysia yang lebih harmoni, adil, bebas, progresif dan makmur untuk semua rakyat Malaysia," katanya. Sekarang apa-apa impian kerajaan persekutuan baru untuk menggantikan Umno / BN di Putrajaya, adalah tidak lebih satu Dream Mustahil tetapi nyata dicapai, mungkin dan mungkin.-Roketkini.com | ||||||
BN Sarawak akui 11 kerusi Parlimen dalam bahaya Posted: 26 Apr 2013 04:13 AM PDT Roketkini.com GELANG PATAH- Barisan Nasional (BN) Sarawak sendiri mengakui bahawa 11 kerusi Parlimen di negeri itu berada dalam bahaya sekaligus mencerahkan peluang Pakatan Rakyat (PR) melangkah ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini. Calon Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang baru pulang dari lawatan ke Sabah dan Sarawak menyahut cabaran pengundi di tiga negeri 'deposit tetap' BN bagi merealisasikan sasaran memenangi 33 kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak dan Johor sebagai pra-syarat untuk rakyat Malaysia melakukan perubahan dengan PR sebagai kerajaan baru menggantikan BN mentadbir Putrajaya. Katanya, ini adalah sasaran yang tinggi untuk memenangi 33 daripada 83 kerusi Parlimen di tiga negeri 'deposit tetap' BN kerana pada PRU 2008 lalu PR hanya memenangi tiga kerusi, satu kerusi di setiap negeri iaitu Bandar Kuching, di Sarawak, Kota Kinabalu (Sabah) dan Bakri (Johor). "Bagaimanapun ia tidak mustahil kerana sudah lima tahun sudah berlalu tambahan pula kebanyakan rakyat sudah bosan dengan pemerintahan BN yang banyak melakukan penyelewengan, rasuah, memperkayakan kroni, salah guna kuasa dan tadbir urus yang tidak betul," katanya dalam kenyataan media di Pusat Ops PR Gelang Patah, hari ini. Beliau berkata, lawatan singkatnya ke Sandakan dan Kota Kinabalu, di Sabah, dan seterusnya ke Kuching, Mas Gading, Serian, di Sarawak, kelmarin, mendapati angin perubahan bertiup kencang di kedua-dua negeri berkenaan. Katanya, laungan "Markotop Kalilah" di Sabah kuat dan jelas begitu juga dengan laungan "Ubah" di Sarawak diiringi laungan "Markotop Kalilah – Ubah" menjadi inspirasi semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan bagi menamatkan politik perkauman, rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa, pelanggaran hak demokratik dan manusia, ketidakadilan dan tadbir urus yang kurang baik. Menurutnya, menambah 33 kerusi Parlimen dengan 79 kerusi yang dimenangi PR di negeri lain, PR akan mencapai angka ajaib 112 untuk memenangi majoriti mudah daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Katasnya, ini sudah tentu majoriti yang sangat tidak menentu, oleh itu PR mesti memenangi 12 lagi kerusi tambahan dari negeri lain untuk menjadikan 125 kerusi Parlimen dengan majoriti yang selesa 28 kerusi. "Saya amat gembira dengan laporan akhbar Sarawak bahawa Bilik Gerakan BN Sarawak mengakui 11 kerusi Parlimen di negeri ini berada dalam bahaya yang mengkategorikan 31 kerusi Parlimen di negeri ini sebagai "hitam", "kelabu gelap", "putih kelabu" dan "putih". Selain Bandar Kuching yang dikategori hitam, lima lagi kawasan yang disenarai sebagai 'gelap' adalah Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri, manakala lima lagi – Mas Gading, Saratok, Lubok Antu, Selangau dan Hulu Rajang dianggap 'kelabu putih'. Keadaan di Sabah juga sangat tidak menentu, dengan 96 calon bertanding untuk 26 kerusi Parlimen (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan) dan 258 calon bertanding bagi 60 kerusi Dewan Undangan Negeri. Jika pengundi Sabah sedar dan prihatin terhadap kepentingan untuk membawa perubahan pada PRU-13, sasaran PR memenangi antara 9 hingga 11 kerusi parlimen perlu direalisasikan untuk ke Putrajaya. "Sekarang bolehkah Johor menyerahkan kepada Pakatan Rakyat lebih daripada satu pertiga daripada 26 kerusi Parlimen – samada 11 atau 12 kerusi? "Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan untuk menjalankan arahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, supaya menjadikan Gelang Patah untuk mengkuburkan karier politik saya serta mengekalkan Johor kubu kuat BN. "Saya sudah menjelaskan rasional meninggalkan Ipoh Timor, yang menang dengan majoriti lebih 21,000 undi pada 2008 untuk bertanding di kawasan berisiko tinggi, Gelang Patah yang dimenangi MCA dengan majoriti hampir 9,000 undi dan 31,666 undi pada 2004. "Saya memilih bertanding di Gelang Patah bermakna sudah bersedia untuk kepala saya dicincang dan dalam masa sama, ia boleh menimbulkan kesedaran politik dan perpaduan di kalangan pengundi Johor, sama ada Melayu, Cina, India atau Orang Asli, menyebabkan mereka berdiri untuk mencapai impian," katanya.-Roketkini.com | ||||||
Debat: Adnan kata tiada masa, Najib tetap enggan Posted: 26 Apr 2013 01:42 AM PDT Harakahdaily KUANTAN: Setiausaha Menteri Besar Sementara Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata jadual bosnya penuh dan tiada masa untuk berdebat dalam debat manifesto anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Negeri Pahang (Gamis Pahang).Pengerusi Gamis Pahang Ahmad Fatihi Mathtar yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi untuk mendapatkan perkembangan lanjut mengenai debat manifesto antara Adnan dan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku calon MB PR yang dipilih Gamis berkata setiausaha Adnan memberikan alasan tiada masa. "Kami tetap meminta beliau memberikan satu masa. Debat ini penting untuk rakyat Pahang untuk menilai siapa yang lebih layak diangkat sebagai kerajaan mereka 6 Mei ini," kata Fatihi. Fatihi berkata beliau akan terus cuba untuk mendapatkan tarikh daripada Adnan. Tuan Ibrahim sudahpun memberikan persetujuan untuk menghadiri debat dan sekarang hanya menunggu Adnan untuk memberikan masa. Di Facebook, semakin ramai rakyat Pahang mendesak agar debat ini diadakan selepas berita Gamis menganjurkan debat ini dipaparkan di Harakahdaily. "Doa untuk debat ini dapat dilangsungkan untuk rakyat Pahang," kata seorang guru dari Taman Tas yang sudah bersara. Sementara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tetap enggan berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian ketika wawancara dengan Al Jazeera walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan lebih 60 peratus pengundi mengharapkan debat itu dapat dilangsungkan sebelum hari mengundi. "Ada pelbagai cara untuk mencapai orang awam, kedua-dua parti politik mempunyai banyak ruang di Malaysia… debat tidak akan diadakan, kita perlu berinteraksi dengan rakyat, pembangkang perlu berinteraksi dengan rakyat," Najib memberitahu Al-Jazeera dalam satu temuramah yang bakal disiarkan besok. | ||||||
Takbir bergema di Masjid Besi Putrajaya Posted: 26 Apr 2013 01:40 AM PDT Harakahdaily TG Nik Aziz solat Jumaat di Masjid Besi hari ini PUTRAJAYA: Masjid Tuanku Mizan atau lebih dikenali Masjid Besi Putraja bergema dengan teriakan takbir 'Allahuakbar' apabila jamaah solat Jumaat masjid itu merlihat Tuan Guru Datuk Nik Aziz di sana. Kehadiran Tg Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu disedari apabila beliau keluar dari masjid selepas selesai solat Jumaat. TG Nik Aziz yang menunaikan solat di situ hari ini selepas tiba pagi tadi untuk menyertai kempen menuju Putrajaya sepanjang hari ini. Sepanjang berada di Ibu Negara, Menteri Besar Kelantan itu mempunyai jadual yang padat hari ini. Petang ini, beliau dijangka ke Lembah Pantai bagi memberikan sokongan moral kepada Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar. Malam ini pula beliau akan berceramah membantu calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 3 iaitu di belakang komplek Mahkamah Persekutuan. Dalam pilihan raya kali ini, TG Nik Aziz mempertahankan kerusinya di Chempaka, Pengkalan Chepa. | ||||||
Isu militan Sulu: Zahid main sentimen nasional, raih sokongan BN Posted: 26 Apr 2013 01:37 AM PDT KUALA LUMPUR : Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa 35 militan Sulu ditembak mati pasukan keselamatan Filipina ketika cuba memasuki Sabah dianggap memainkan sentimen berbahaya antara Malaysia dengan Filipina. "Adakah Zahid sudah membuat pengesahan? Kalau berita ini tidak benar, kenyataannya berbahaya kerana cuba memainkan sentimen antara negara Filipina dengan Malaysia," kata bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid. Media Filipina InterAksyon.com melaporkan kenyataan jurucakap tentera laut kawasan Barat Laut Filipina, Kolonel Edgard Arevalo bahawa pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan terhadap dakwaan Zahid. Manakala pemangku jurucakap tentera laut republik itu, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, pasukan Western Command dan Naval Task Force 62 yang menjaga perairan tempat militan itu ditembak juga menafikan dakwaan Zahid. "Persoalannya mengapa nak buat kenyataan di sini? Adakah Zahid telah membuat tapisan maklumat? Kenyataannya langsung tidak mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak," tegas Ghafir. Sementara itu, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid menegaskan, kenyataan Zahid tidak terpakai kerana dia kini hanya memangku jawatan Menteri Pertahanan. "Zahid Hamidi tak relevan. Tidak malukah dia sekarang ini yang tidak ada portfolio (Menteri Pertahanan)?" soal Imran. "Sepatutnya yang buat kenyataan ialah Ketua Polis Negara atau Panglima Angkatan Tentera. Itu pun selepas dimaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong," kata Imran. Malah beliau hairan kenyataan Zahid dibuat ketika pantai timur Sabah di bawah kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). "Apa lagi dia mahu? Bukankah Zahid dah dapat 15 kawasan DUN dan lima Parlimen?" sinis Imran, merujuk kawasan ESCOMM. Sementara itu, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyelar kenyataan semberono Zahid tanpa mengemukakan sebarang bukti. "Jangan cuba nak tunjukkan kehebatan politik tanpa bukti tepat keadaan sehingga boleh menjejaskan hubungan antarabangsa. "Ini dah dekat pilihan raya. Tak payah nak jadikan isu keselamatan negara untuk meraih sokongan politik kepada BN," tegas Hadi. | ||||||
Jurugambar ditumbuk samseng BN: Mana tindakan polis, SPR? Posted: 26 Apr 2013 01:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Insiden jurugambar ditumbuk samseng upahan BN pada ceramah kempen PRU 13 malam kelmarin masih belum diambil sebarang tindakan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam kejadian itu, seorang jurugambar akhbar China Press, Sin Kam Weng ditumbuk di telinganya ketika mahu menangkap gambar perbalahan kecil antara sekumpulan 50 samseng BN bermotorsikal yang mahu mengganggu ceramah DAP di Pusat Gerakan PAS di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Sin, 24, kemudiannya membuat laporan di balai polis berhampiran Jelutong pada jam 10.41 malam. Calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung, Abdul Malik Kassim berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden sama berulang supaya media bebas menjalankan tugas daripada tindakan liar samseng BN. "Polis dan SPR tak boleh berdiam diri apabila melibatkan insiden keganasan samseng yang berani menyerang secara fizikal. "Kita kesal apa yang berlaku, samseng ini diupah sengaja untuk menimbulkan kekacauan," katanya ketika dihubungi. Dalam laporan polisnya, Sin berkata, apabila pergelutan berlaku, dia cuba untuk mengambil gambar tetapi telah ditumbuk di telinga kanan. Menurut Sin, lelaki yang menumbuknya itu memberi amaran supaya tidak mengambil sebarang gambar. Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, kejadian itu tidak harus berlaku jika BN mahu bertanding dalam pilihan raya secara matang dan profesional. "Serangan ini kerana BN takut dengan pengaruh Pakatan Rakyat. Sebab itu mereka gunakan samseng untuk menimbulkan huru-hara. "Apa pun taktik jahat mereka, penyokong kita dinasihatkan supaya jangan cuba membuat serangan balas," ujar penyandang kerusi DUN Batu Maung itu. Ekoran keganasan itu, ceramah terpaksa dibatalkan bagi sebab-sebab keselamatan. Kekecohan itu berlaku ketika Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo sedang berucap. | ||||||
Zuraida cabar calon BN debat manifesto isu rakyat Ampang Posted: 26 Apr 2013 01:32 AM PDT Oleh Arif Juhani AMPANG : Calon KEADILAN Ampang, Zuraida Kamaruddin mencabar lawannya dari BN, Rozaidah Ismail berdebat isu manifesto, khususnya mengenai isu rakyat setempat bagi membolehkan pengundi Parlimen itu memilih calon berkualiti pada PRU 13. "Saya dengan dia (Rozaidah) dua-dua pernah menjadi Ahli Parlimen Ampang. Apa salahnya jika diadakan debat antara kami untuk berhujah tentang prestasi yang pernah dicapai ketika memimpin dahulu," kata Zuraida. Beliau berkata demikian pada ceramah kelompok di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Kampung Dato' Mufti Shuib, Kampung Tengah, Lembah Jaya. Zuraida berkata, ketika era BN memerintah Selangor, banyak masalah penduduk yang gagal diselesaikan terutama berkaitan isu setinggan. "Ketika (Datuk Seri) Khir Toyo memerintah dahulu, dia meninggalkan 'najis' untuk kita. Dia lancarkan program 'Setinggan Sifar', akhirnya rumah setinggan sifar, rumah pun sifar sebab ada lagi 8,000 penduduk setinggan yang belum dapat rumah. "Mereka ditindas Umno BN dan syarikat pemaju tanpa sebarang pembelaan. Tetapi sebaik sahaja Pakatan Rakyat perintah, kita panggil syarikat pemaju dan minta mereka bayar pampasan setimpal kepada penduduk. Walaupun ada syarikat yang 'bungkus', kita usahakan juga beri penduduk pampasan," ujar Ketua Wanita KEADILAN itu. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan