Khamis, 25 April 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kaji Selidik: Pengundi Mahu Anwar Jadi PM, Anwar Bersara Jika PR Tewas!

Posted: 25 Apr 2013 06:51 AM PDT


Umcedel: Pengundi cenderung pilih Anwar jadi PM

[SH] KUALA LUMPUR - Populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri kali ini, demikian menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Kajian membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Baki adalah mereka yang tidak pasti pendirian.

"Populariti Anwar ini meningkat apabila beliau memulakan siri jelajah ke seluruh negara," ujar beliau.
Menurut hasil kajian itu lagi katanya, 54 peratus daripada pengundi Melayu turut memilih Anwar sebagai perdana menteri manakala 34 peratus pula memilih Najib.

Anwar turut popular di kalangan pengundi kali pertama yang cenderung memilih beliau sebagai perdana menteri.

Berdasarkan hasil kajian yang membabitkan pelbagai latar belakang umur, kaum, pekerjaan dan pendidikan itu di Semenanjung Malaysia, Najib mengungguli aspek pemimpin yang rapat dan mesra pengundi atau rakyat.

Sementara kajian membabitkan manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pula menunjukkan kecenderungan pengundi lebih kepada manifesto pembangkang.

"Manifesto yang diterima rakyat, BN 38 peratus, PR 42 peratus sementara 22 peratus tidak pasti," kata Mohammad Redzuan.

Kajian itu juga menunjukkan 61 peratus pengundi Cina percaya kepada manifesto PR.

Kajian Umcedel turut meliputi sama ada isu politik semasa seperti video seks turut mempengaruhi pengundi untuk memilih mana-mana parti politik menunjukkan 62 peratus daripada mereka merasakan ia tidak memberi sebarang kesan.

Sebanyak 11 peratus menyatakan "ya" manakala 27 peratus lagi mengatakan "tidak pasti" sama ada ia memberi kesan atau mempengaruhi mereka.

Kajian juga menunjukkan 39 peratus mengatakan video seks ini adalah propaganda Umno sebagai gimik pilihan raya, 22 peratus mengatakan tidak, sementara 39 peratus lagi tidak pasti.

"Kajian terbaru kita menunjukkan pengundi Cina sudah membuat pilihan berbanding orang Melayu," katanya.

Menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini sebagai sengit, kedua-dua parti popular, BN dan PR katanya, hanya dipisahkan oleh lima peratus dan 10 hari yang terakhir ini adalah peluang untuk merebut hati pengundi.

"Peratusan pengundi atas pagar telah menurun daripada 21 peratus pada Mac kepada sembilan peratus pada bulan ini.

"Kita lihat pengundi Cina, yang sebelum ini majoriti pengundi atas pagar, sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka undi," ujar beliau.

Namun katanya, hari-hari terakhir akan memberikan impak besar sama seperti pada Mac 2008.

"Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, apa-apa pun boleh berlaku. Dalam 10 hari ini macam-macam boleh berlaku," kata beliau.


Anwar tetap akan bersara jika Pakatan tewas

[MK] Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum kali ini.

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Anwar berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Tambahnya, beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi pengajian tinggi Eropah kerana beliau minat mengajar.

Ini merupakan kali kedua Anwar mengumumkan perkara itu sejak tahun lalu.

Anwar, kini 65 tahun, menjadi ikon pembangkang sejak tahun 1998 apabila dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas tuduhan liwat dan rasuah.

Mahkamah mengenepikan sabitan kesalahan untuk kesalahan liwat itu.



PILIHAN DI TANGAN ANDA! 
UBAH SEKARANG ATAU KEKAL BAWAH BN SAMPAI BILA-BILA!


Undi Awal: Anggota Polis, SPR Lapor Polis Blog PR. Siapa Nak Jawab Gambar Ini Pula??

Posted: 25 Apr 2013 01:42 AM PDT

Gambar yang mencetuskan kontroversi.

Anggota PDRM, SPR Buat Laporan Polis Berhubung Dakwaan Undi Awal

[Bernama] KUALA LUMPUR: Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog 'milosuam.blogspot.com' yang menyebarkan dakwaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini dan satu lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya petang Rabu.

"(Laporan blog itu) menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada 23 April adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Menurut Ramli kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

Ramli berkata kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 274 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 906 laporan.

Beliau juga memberitahu 1,410 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (591), perjumpaan dan mesyuarat (166), kunjungan rumah ke rumah (100), kempen (332) dan lain-lain sebanyak 221.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 25 dengan tiga tangkapan dibuat semalam melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya. 


P/s: Bagaimana pula dengan pengakuan anggota PGA ini? Bagaimana dengan gambar ini?

Sumber gambar di sini

 Gambar-gambar lain di sini?

KANTOI!!!





[Gambar] Lagi Dakwaan Undi Pos Dijalankan Lebih Awal

Posted: 24 Apr 2013 09:25 PM PDT



Untuk pengetahuan semua, tarikh pengundian awal sepatutnya dijalankan pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Bagaimana anggota PGA ini boleh mengundi lebih awal? Namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar gambar ini diambil. Untuk pendedahan lanjut, sila baca sumber gambar di sini.

Kalau kita rujuk di media, SPR dilaporkan akan membuat laporan polis agar pihak yang memuatnaikkan gambar kertas undi dikenakan tindakan. Sepatutnya, sebagai sebuah agensi yang bebas, berkredibiliti, dan berakauntabiliti, SPR perlu menjelaskan hal itu secara terbuka dan terperinci, namun tindakannya itu seolah-olah menakut-nakutkan orang ramai yang membuat pendedahan tentang hal ini. -DCM






[Gambar] Bukti BN Memangsakan Budak Sekolah untuk Tujuan Politik

Posted: 24 Apr 2013 08:51 PM PDT

Murid-murid menyambut bekas Timbalan ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu.







[Gambar] Video Psy Mengandungi Unsur Porno, Namun Itulah yang Dipuja

Posted: 24 Apr 2013 07:17 PM PDT


[MD] Meskipun video klip Psy berjudul Gentleman dihujani pujian, video lagu terbarunya itu juga turut di kritik. Seorang profesor bernama Jung Hee Jun menganggap video klip yang sudah ditonton 200 juta kali di YouTube itu mengandung unsur pornografi.

Profesor tersebut mengutarakan pendapatnya dengan menulis artikel berjudul 'PSY's Pornographic Hallyu, Are You Proud of It?' Lantas artikel berkenaan mendapatkan banyak komen negatif.

"Kebudayaan lebih kuat daripada pistol atau senjata. Jika Psy mempunyai kebebasan untuk bereskpresi, saya juga begitu," ujarnya di program radio CBS 'Kim Hyun Jeong's News Show', baru-baru ini.

Hee Jun berkata, beliau sebenarnya tidak kisah jika aksi hubungan lelaki dan wanita diekspresikan dengan cara yang sangat intim dan menghairahkan. Tetapi yang menjadi masalah, apabila para wanita terang-terangan menjadi objek seksual dalam video klip itu.

"Video klip tersebut sangat memalukan untuk ditonton dengan keluarga. Saya tidak mahu anak saya yang duduk di sekolah SMP menonton video klip tersebut," tuturnya.

"Saya rasa negara kita (Korea Selatan) ini lucu. Masyarakat tergila-gila dengan video klip pornografi Psy dan media terus menerus memberitakan berapa kali video klip itu ditonton. Seolah-olah kita sebuah bangsa yang hanya berfikir harga diri bergantung pada carta Billboard," kritik Hee Jun.




P/s: TM tidak pernah menyukainya. TM juga menghalang anak-anak daripada menonton atau menyukainya. Malangnya, penyanyi Korea ini pernah menjadi modal politik di Malaysia baru-baru ini.




Pelajar Indonesia Persenda SOLAT Berdepan Hukuman Penjara

Posted: 24 Apr 2013 05:51 PM PDT



[HM] Tolitoli (Indonesia): Lima gadis belasan tahun dituduh menghina Islam dan berdepan dengan hukuman penjara selepas merakam video yang menggabungkan solat dengan tarian lagu kumpulan Maroon 5.

Kelima-lima pelajar itu dibuang sekolah di Tolitoli, Sulawesi dan dilapor kepada polis selepas video mereka menari mengikut rentak lagu kumpulan itu 'One More Night' tersebar di Internet.

Ia adalah kes menghina Islam terbaru di negara yang paling ramai penduduk Islam di dunia itu hingga mendorong kumpulan hak asasi menggesa supaya undang-undang mengenainya dipinda dengan mendakwa ia ketinggalan zaman dan disalah guna.

Dalam video lima minit itu, pelajar terbabit memakai pakaian sukan, bersolat dan diselang-seli dengan tarian.

Beberapa versi video itu di YouTube sudah ditonton lebih 500,000 kali.

Puluhan anggota Front Pembela Islam menunjuk perasaan di luar balai polis tempatan membantah tindakan pelajar terbabit, kelmarin.

Sekolah berkenaan membuat laporan polis berhubung video itu yang dimuat naik ke Internet Mac lalu dan mereka disiasat atas tuduhan disyaki menghina Islam.

"Pihak sekolah dan anggota masyarakat kecewa dengan video berkenaan dan merasakan ia menghina Islam. Kami akan mengesyorkan mereka didakwa di mahkamah sekiranya berpendapat ia serius selepas menyiasatnya,," kata Ketua Polis Tolitoli, Rudi Mulyanto.

Menurutnya, kelima-lima pelajar itu yang tidak ditahan ketika ini, boleh dihukum penjara jika sabit kesalahan tetapi tidak pasti tempoh yang mungkin dihadapi mereka. - AFP


Videonya boleh ditonton di sini.


Tiada ulasan: