DUNIACACAMARBA |
- Mengapa Banyak Pemimpin Pakatan Rakyat Jadi KURANG CERDIK Tatkala PRU13 Semakin Hampir?
- [Video] Marilah Tengok Orang Politik Paling Bongkak Bercakap
- Lelaki Rogol Anak Kandung, Beri Pil Perancang
- MCA Pancing Undi dengan Menghina Islam, UMNO Berdiam Diri
- [Video] Ucapan Sulung Tan Sri Muhammad Mohd Taib di Pentas Politik PAS, Lihatlah Sambutannya!
- Macam Tidak Percaya, Utusan Lapor PERKARA BENAR!!!
- UMNO Tayang Video Lucah Fitnah untuk Kempen PRU13???
- [Video] Rayuan dan Seruan Tan Sri Muhammad Mohd Taib kepada Ahli UMNO
Mengapa Banyak Pemimpin Pakatan Rakyat Jadi KURANG CERDIK Tatkala PRU13 Semakin Hampir? Posted: 24 Apr 2013 06:19 AM PDT TM malas nak komen lebih-lebih kerana situasi ini sepatutnya tidak terjadi tatkala PRU13 semakin hampir. Malah, sudah banyak blogger dan penyokong PR membangkitkan hal ini. Bermula dengan dakwaan Presiden PAS (siapa yang bagi nasihat berunsur fitnah ini?) calon PKR terlibat mengedar pil kuda dan menggantung gambar tokoh komunis, kemudian berebut kerusi, kini sindrom kurang cerdik pemimpin PR semakin menjadi-jadi. Tidak bolehkah mereka bertelagah selepas PRU 13? Yang peliknya, pertelagahan itu memang sudah berlaku sebelum ini dan mereka mengambil pendekatan untuk bersetuju dan tidak bersetuju. Jadi, apa masalahnya lagi? Malah ada isu yang tidak patut dikomen atau diulas tetapi masih ada pemimpin yang gatal mulut untuk mengulasnya dan akhirnya menjadi bahan kempen BN. Janganlah ranapkan impian rakyat untuk menumbangkan BN. Rakyat begitu terharu apabila DAP yang dizalimi pihak tertentu mendapat sokongan PAS dan PKR yang membenarkan parti itu menggunakan logo parti masing-masing. Menyedari sentimen rakyat yang semakin kuat menolak BN, akhirnya DAP dibenarkan menggunakan logo Roket dalam PRU kali ini. Peristiwa itu juga membuktikan bahawa PR mampu mewujudkan pakatan yang kukuh. Ketika rakyat begitu bersemangat untuk menguburkan BN, pemimpin PR pula menimbulkan pelbagai polemik yang sebelum ini sudah dibincangkan sesama mereka. Pesan kami rakyat marhaen: Tolonglah bergaduh selepas BN dikuburkan! -DCM Cuba baca: | ||
[Video] Marilah Tengok Orang Politik Paling Bongkak Bercakap Posted: 24 Apr 2013 01:00 AM PDT | ||
Lelaki Rogol Anak Kandung, Beri Pil Perancang Posted: 23 Apr 2013 11:00 PM PDT [SH] KUALA PILAH - Ibarat haruan makan anak, itu tindakan seorang lelaki yang tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak 2011 hingga 4 April 2013. Lebih menjijikkan bapa berusia 46 tahun itu dikatakan sanggup memberi mangsa ubat perancang kehamilan sebelum mangsa didatangi haid dan melakukan hubungan kelamin bagi mengelak mangsa hamil. Bagaimanapun insiden itu terbongkar selepas mangsa, yang berusia 14 tahun menceritakan kejadian menimpanya itu kepada rakan sekolah sehingga sampai ke pengetahuan guru sekolah berkenaan. Atas tindakan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah (IPD) pada 8 April lalu ditemani oleh pihak sekolah. Mangsa merupakan anak keempat dari tujuh beradik itu nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan perangai bapa kandung yang dipercayai merogolnya. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, remaja terbabit mendakwa dirogol sejak 2011 sehingga April lalu. "Bertindak atas maklumat, suspek yang berusia 46 tahun berjaya ditahan di rumah ibunya di Kampung Ibol pada 19 April 2013. Suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman tujuh hari sehingga 26 April ini. "Polis difahamkan, suspek menetap di Kampung Ulu Bendul bersama isteri dan anak-anaknya. Kemudian melakukan perbuatan terkutuk di rumah ibunya di Kampung Ibol di bilik stor bawah rumah. Memilih tempat itu kerana tiada orang di situ dan ibu suspek uzur," katanya. Azmi berkata, kes itu masih dalam siasatan pihak polis dan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk menjalani pemeriksaan. "Pihak polis masih lagi menjalani siasatan lebih terperinci dan mangsa bersekolah seperti biasa. "Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 , Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan," katanya. Difahamkan, suspek mempunyai memiliki lima anak perempuan dan dua lelaki. | ||
MCA Pancing Undi dengan Menghina Islam, UMNO Berdiam Diri Posted: 23 Apr 2013 10:16 PM PDT [RK] GELANG PATAH 23 APRIL: Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan politik menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. Katanya, UMNO tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan Islam dihina rakan sendiri dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang cuba memancing undi dengan menghina Islam. Katanya, inilah kerjasama UMNO dan MCA dalam BN yang sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia dengan memainkan sentimen perkauman dan agama. "MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam. "Manakala UMNO pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji," katanya dalam kenyataan media hari ini. Dalam iklan The Star pada muka surat 25, hari ini bertajuk "Why is DAP silent?" (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine. Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam. Dalam satu lagi iklan The Star pada muka surat 27, bertajuk "DAP's UBAH will turn Johor into another Kelantan", MCA menuduh bahawa kempen UBAH DAP-Pakatan Rakyat akan menjadikan Johor seperti Kelantan. Menurut Kit Siang, apa yang dimaksudkan MCA adalah ekonomi Johor akan terjejas, industri pelancongan akan berkurangan dan akan mengalami masalah HIV, penagihan dadah, rogol dan air kotor seperti di Kelantan. Katanya, MCA juga menuduh kualiti hidup rakyat Johor akan terjejas kerana DAP akan bersekongkol dengan PAS untuk menutup pusat hiburan sedangkan dakwaan itu berpunca daripada laporan akhbar yang dikuasai MCA dan BN sendiri. "Apa yang MCA dan BN cuba sampaikan ialah kerajaan Kelantan pimpinan orang Melayu yang berteraskan Islam dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan akan menjadi Malaysia negara mundur. "Tetapi MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum. Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah UMNO-BN," ujarnya. Beliau berkata, rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kit Siang yakin pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, akan menolak kempen politik kotor yang dilakukan BN itu. "Inilah kempen kotor dan kolot BN yang mahu menakutkan pengundi Cina dengan mengutuk PAS dan DAP melalui dakwaan yang tidak berasas. "Malah, kutukan itu secara langsung dan tidak langsung telah menghina Islam. UMNO yang mengaku wira Islam sepatutnya berani meminta MCA menghentikan kempen yang bersifat menghasut dan fitnah itu," tambahnya. Kit Siang berkata, DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan terbabit dengan kempen kotor seperti itu kerana DAP berterus terang, apa yang diucapkan di hadapan pengundi Cina adalah sama dengan apa yang diucapkan kepada pengundi Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain. Menurutnya, DAP, PAS dan PKR amalkan politik bersih, telus dan sopan, tidak memfitnah, tidak pukul orang, hormati hak asasi manusia dan kebebasan insan. "Inilah amalan Pakatan Rakyat. Ubah! Ini kalilah!" katanya.-Roketkini.com | ||
[Video] Ucapan Sulung Tan Sri Muhammad Mohd Taib di Pentas Politik PAS, Lihatlah Sambutannya! Posted: 23 Apr 2013 10:00 PM PDT | ||
Macam Tidak Percaya, Utusan Lapor PERKARA BENAR!!! Posted: 23 Apr 2013 07:43 PM PDT | ||
UMNO Tayang Video Lucah Fitnah untuk Kempen PRU13??? Posted: 23 Apr 2013 06:12 PM PDT Ketua Pemuda BN Terengganu: 'Henti tayang video lucah' [SH] KUALA TERENGGANU – "Jika saya dapati ada berlaku perkara ini, memang sewajarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pimpinan akan beri arahan supaya hentikan." Demikian tegas Ketua Pemuda BN Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mengulas mengenai isu penayangan video lucah yang dikatakan galak ditayangkan di markas BN di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menjelang kempen pilihan raya. Video yang dikatakan mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bersama pasangannya dalam sebuah hotel itu dikatakan ditayangkan secara terbuka dalam ceramah BN di tiga kawasan terbabit sejak kempen pilihan raya berlangsung. Saiful Bahri yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata, penayangan video itu dilihat boleh mencemar imej dan peribadi seseorang. "Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah atau menghalang individu atau orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemar imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu daripada berlaku," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki menjelaskan tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu. Beliau turut mengakui tidak tahu menahu mengenai sebarang tayangan video sedemikian dan menganggap tindakan penayangan secara terbuka tidak mungkin dilakukan BN. "Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menayangkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh nak kata apa tetapi dalam ceramah atau secara terbuka tidak mungkin. "Kita tidak mahu sesuatu yang boleh menimbulkan masalah terutamanya dari sudut kesalahan atau dari sudut keselamatan yang kalau menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang. Tidak mungkin kita buat sesuatu yang menyalahi peraturan," katanya. Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata, arahan penayangan video berkenaan juga tidak pernah dikeluarkan BN untuk tujuan menjatuhkan mana-mana pihak lawan. "Memang kita tidak pernah keluarkan arahan. Saya sendiri tidak pernah melihat video berkenaan, jadi macam mana kita terfikir untuk tayang. Kalau benar sekalipun, ia boleh mengaibkan seseorang, Islam pun mengharamkan membuka aib orang," katanya.
P/s: Khabarnya, video fitnah Anwar Ibrahim turut ditayangkan kepada masyarakat. Lahanatlah mereka yang berbuat demikian! | ||
[Video] Rayuan dan Seruan Tan Sri Muhammad Mohd Taib kepada Ahli UMNO Posted: 23 Apr 2013 05:30 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan