Rabu, 24 April 2013

Biaqpila

Biaqpila


KES LETUPAN DI CERAMAH BN: APA KATA ANWAR

Posted: 24 Apr 2013 03:00 PM PDT







Kes letupan: Pakatan Rakyat keji amalan politik ganas – Anwar



KUALA LUMPUR 24 APRIL: Pakatan Rakyat mengecam pihak yang bertanggungjawab dalam insiden letupan dalam sebuah ceramah Barisan Nasional (BN) di bilik Gerakan BN di Nibong Tebal malam tadi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masa letupan berlaku dan lokasi alatan yang digunakan sangat mencurigakan dan dengan jelas bertujuan menimbulkan ketakutan dan membangkitkan kekacauan.
"Kami mengeji mereka yang dengan sinis membahayakan nyawa rakyat Malaysia. KEADILAN dan Pakatan sudah menyatakan dengan jelas dan tanpa sebarang syarat bahawa kami menentang sebarang bentuk keganasan politik.



 "Kami menuntut pilihan raya yang aman dan teratur di Malaysia," kata Ketua Umum KEADILAN itu pada kenyataan media hari ini.
Beliau menyeru rakyat, khususnya penduduk Pulau Pinang agar sentiasa berwaspada, terus bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin yang mungkin timbul ekoran insiden ini.
"Kami melahirkan rasa kesal dan simpati kepada pengawal keselematan yang cedera daripada insiden itu. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan melawat mangsa di Pulau Pinang hari ini," katanya lagi.



 Mengikut Bernama, seorang pengawal keselamatan tercedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika ceramah BN di Nibong Tebal malam tadi.
Laporan itu menyatakan, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil.
Anwar memuji polis Pulau Pinang yang bertindak pantas serta Abdul Rahim yang memberi amaran keras kepada sesiapa yang cuba menimbulkan huru-hara.
"Saya juga memuji penubuhan 'task force' untuk menyiasat insiden ini. Siasatan harus dijalankan tanpa rasa takut dan campur tangan," katanya.


KD



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

KECOH 1MALAYA KERETA KAK ROS KENA SAMAN AES.... KAH! KAH! KAH!

Posted: 24 Apr 2013 10:51 AM PDT



Saman Tertunggak AES Datin Seri Rosmah Mansor: Dato' Seri Najib Perlu Nyatakan Pendirian Mengenai AES




AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13. Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES. Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato' Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa.

Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, saya telah menjalankan beberapa semakan:

1. Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri
2. Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor
3. Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional

Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:

1. Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan, seperti paparan skrin SPR yang berikut:



2. Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau;

3. Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013, seperti paparan skrin yang berikut:



Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat.

Saya mengambil contoh saman AES tertunggak Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang-belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu.

Saya menyeru supaya Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

24 APRIL 2013

blog-hangit


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

LAUTAN MANUSIA BANJIRI BATU BERENDAM

Posted: 24 Apr 2013 05:00 AM PDT

INI BARU STEADY !!!

Posted: 24 Apr 2013 04:48 AM PDT

PANAS!!! EDISI PECAH TEMBERANG ZUL NORDIN

Posted: 23 Apr 2013 11:25 PM PDT


DEY MACHA!!!
MAMAT CHAMPION NI KANTOI DAH
ITU CERAMAH 10 TAHUN LEPAS LA
TENGOK TARIKH 6 MAC 2013
LA NI TAHUN 2023
DAH 10 TAHUN PR PERINTAH MALAYSIA
LU MAI DARI MASA DEPAN KA BRO
KAH! KAH! KAH!

LAGI BAIK LU DUDUK DIAM-DIAM LA ZUL
LU PUNYA DOSA SILAM PUN LETAK KAT KEPALA PAS
ITU SEBAB GUA KATA GILA BABI
BABI GILA PUN TAK PERCAYA
KAH! KAH! KAH!






NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Ada Lagi Pemimpin Tertinggi UMNO Akan Masuk PAS ?

Posted: 23 Apr 2013 06:00 PM PDT



Kuala Lumpur: Bekas pemimpin veteran Umno Datuk Tamrin Abdul Ghafar mendakwa ada lagi pemimpin tertinggi Umno yang akan mengikuti jejak langkah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS.

Tamrin berkata, individu itu merupakan seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno senior yang kecewa kerana tidak dicalonkan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Dia tak gembira dengan keputusan itu dan ada kemungkinan besar dia akan masuk PAS dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Anak mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, hasrat pemimpin MT Umno dinyatakan semasa pertemuan singkat pada minggu lalu.

Katanya, pemimpin Umno itu turut mendakwa ramai rakan-rakannya yang tidak dinamakan bertanding atas tiket Umno sedang berbincang secara serius untuk memberi sokongan secara terang-terangan kepada calon Pakatan Rakyat.

Sementara itu, dalam kenyataan bersama Muhammad, Tamrin menyeru ahli Umno khasnya 61 pemimpin Umno yang dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas memberikan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13.

"Kami berdua dengan rendah diri dengan ini menyeru semua rakan-rakan yang masih berada dalam Umno untuk bersama-sama kami membuat perubahan.

"Kami yakin masa depan sudah tidak ada dalam Umno. Dengan corak dan pendekatan politik yang ada, Umno sudah tertinggal di arus perubahan negara dan dunia," katanya.

Katanya semua calon Umno yang terpilih itu terdiri daripada mereka yang tidak layak, bermasalah dan mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Datuk Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak mantan Perdana Menteri itu.

"Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi.

"Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.

"Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga," katanya. -FMT

idaman78

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan: