Ahad, 21 April 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Pelajar Persenda SOLAT Dibuang Sekolah Serta-Merta

Posted: 21 Apr 2013 05:00 AM PDT


Sekumpulan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat yang direkod oleh mereka telah diketahui oleh pihak sekolah.

Melalui video yang berdurasi selama 5 minit 34 saat itu, mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam bersolat dengan diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More Night.

Video terbabit dipercayai dirakamkan pada 9 Mac namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil tindakan drastik membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah terbabit.

Lanjut di sini.





[Gambar] 1Malaysia, 1Bangla, 1BN

Posted: 21 Apr 2013 02:00 AM PDT




Pastikan muka-muka ini dan seumpamanya mengundi pada 5 Mei nanti. Orang terdesak sanggup lakukan apa-apa sahaj demi mempertahankan kuasa.









[Gambar] Cabaran Menuntut Ilmu, Anda Sanggup?

Posted: 20 Apr 2013 11:00 PM PDT

Cabaran menuntut ilmu yang tidak dapat kita bayangkan, namun berlaku di negara lain. Pelajar di Kampung Zhangjiawan, Long Tianpin, China terpaksa menaiki dan menuruni tangga setinggi 60 meter setiap hari untuk menuntut ilmu. Tiadakah jalan alternatif yang lebih selamat? Ada, namun  mereka perlu menempuh perjalanan selama 8 jam untuk sampai ke sekolah. Apakah pilihan yang ada pada mereka? -DCM









[Gambar & Video] Suspek Rogol Budak Lima Tahun di India Ditahan

Posted: 20 Apr 2013 09:00 PM PDT





[HM] Patna: Polis India berkata, mereka menahan suspek kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berusia lima tahun yang kini tenat di hospital.

Suspek, Manoj Kumar, 25, ditahan di Bihar, timur India selepas dia berlindung di rumah bapa mentuanya di sebuah kampung kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri, Patna.

Jurucakap polis berkata, Kumar didakwa mengunci mangsa terbabit dalam sebuah bilik dan merogolnya berkali-kali dalam tempoh 48 jam. 

"Mangsa diculik dari kawasan petempatan golongan kelas pertengahan rendah di New Delhi pada Isnin lalu," katanya. Ketua Pengarah Polis, Ravindar Kumar berkata, perbuatan Kumar tidak dapat diterima sama sekali.

Kumar ditahan sekumpulan polis dari New Delhi yang bekerjasama dengan polis Bihar. Polis berkata, suspek tiba di Kampung Chiknouta kelmarin selepas melarikan diri dari New Delhi menaiki kereta api.

Kumar akan dihantar ke New Delhi untuk dibicarakan. Mangsa ditemui pengguna jalan raya yang terdengar dia menangis.

Budak terbabit dimasukkan ke hospital pada Rabu dan doktor menganggap keadaannya "kritikal." Doktor berkata, budak perempuan itu cedera parah dan mengalami kecederaan dalaman serta jangkitan serius. - AFP

Suspek


Laporan lanjut di sini & di sini.


Laporan awal di sini.




[Gambar] PAS For ALL Benar-benar Direalisasikan dalam PRU13

Posted: 20 Apr 2013 05:30 PM PDT











Sumber gambar pelbagai. Terima kasih. Sokongan masyarakat bukan Islam semasa penamaan calon PRU 13. -DCM




Tiada ulasan: