Ahad, 21 April 2013

Biaqpila

Biaqpila


RAKYAT MELAKA SERBU CERAMAH UAI WALAUPUN DISEKAT

Posted: 21 Apr 2013 10:32 AM PDT





Sambutan hebat,walaupun disekat dengan memperalatkan Jabatan Agama Islam Melaka untuk menghalang ceramah agama  pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus di sebuah surau di Taman Krubong, Melaka malam tadi.


Namun ceramahnya yang dipindahkan ke-lokasi di padang depan Dewan Tun Ali, Jalan Kudu Bukit Katil, Melaka tetap mendapat sambutan yang begitu hebat sekali.Ribuan yang hadir..

Ini menunjukkan rakyat Melaka sudah tidak gentar dan takut dengan ugutan.








NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

VIDEO KEMALANGAN NGERI DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Posted: 21 Apr 2013 05:30 AM PDT




SHAH ALAM - Lima lelaki termasuk seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi tadi.




Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, tiga daripada mangsa yang menunggang, berhenti di lorong kecemasan selepas motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan.

Bagaimanapun katanya, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Honda City yang hilang kawalan terus merempuh mereka.

"Rempuhan itu menyebabkan tiga penunggang motosikal dan pemandu kereta itu maut di lokasi kejadian.

"Tidak lama selepas kejadian berlaku, terdapat seorang pemandu kereta lain berhenti di situ untuk menghulurkan bantuan, namun kenderaannya dirempuh pula oleh seorang penunggang motosikal lain," katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal itu disahkan mati akibat rempuhan kuat.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, satu sidang akhbar berhubung kejadian akan diadakan petang nanti oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob.

SH

BERITA BERGAMBAR:

kemalangan maut di federal highway
Gambar dan Video Kemalangan Maut di Lebuhraya Persekutuan
Berita tergempar 21 April 2013, satu kemalangan maut melibatkan ramai mangsa telah berlaku di Lebuhraya Persekutuan. Kemalangan maut itu dikatakan berlaku seawal jam 4 pagi 21 April 2013.

Satu kemalangan yang sungguh dasyat dan menyayat hati. Melalui maklumat yang tidak rasmi yang diterima kemalangan ini melibatkan lebih daripada 12 orang dan 7 dikatakan maut dan selebihnya cedera.
foto accident di federal highway
Kemalangan ini melibatkan 5 motosikal dan 2 buah kereta. Kemalangan ini boleh dikategorikan sebagai kemalangan yang ngeri kerana dilihat mayat-mayat bergelimpangan dengan ada yang terputus badan, tangan dan kaki.

Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang dikatakan mabuk melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di tepi Lebuhraya secara berkumpulan.
gambar accident di lebuhraya persekutuan

gambar kemalangan di lebuhraya persekutuan

Kemalangan di Federal Highway

kemalangan maut di lebuhraya persekutuan

blogammar

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

LAWAK AHAD: PROFESSOR KANGKUNG

Posted: 20 Apr 2013 07:18 PM PDT

Seorang pemuda yg bekerja sebagai pemandu seorang profesor yg bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah.

Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yg disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yg akan diperkatakan oleh profesor. Semua soalan yg dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh profesor. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yg disampaikan oleh profesor.

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dengan rasa hati yg terbuka mereka pun menukar tempat. Si profesor menjadi pemandu, si pemandu menjadi profesor, dalam hati kedua-dua berkata "Sungguh seronok yer kerja macam ni".

Sampai di satu dewan kuliah yg lain si pemandu yg menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yg patut disampaikan oleh si profesor. Si profesor yg sebenar duduk di belakang mendengar apa yg di sampaikan oleh pemandu itu. Si profesor berasa bangga apa yg disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang student yg boleh diperkatakan bijak menanyakan satu soalan yg tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab.....driverrr tolong bagitau jawapannya".

Dengan bangga si profesor yg menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu..... dengan mudah.

Tiada ulasan: