DUNIACACAMARBA |
- [Video] Ulama UMNO: "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni, dia mari Kelate, dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore PAS"
- Malang Si Dara: Dilanggar, Dirogol, Diajak Bercinta
- [Video] Lagu Exist Papar Mesej "We Need, We Want Anwar"
Posted: 02 Apr 2013 04:59 AM PDT Sedutan ceramah Abdullah Saamah (ustaz pro-UMNO); Antara isi kandungannya termasuklah: 1. 0:03 : "Nabi Muhammad baru duduk, turun daripada Mekah napok doh berhala di Bachok, hok Nik Aziz buat.." 2. 0:31 : "Nabi jale-jale, sepak berhala.. berhala hok tidur ado jugok.(Nabi ter)semban situ, sapo buat ni? Nik Aziz jugok buatnyo.." 3. 0:45 : "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni, dia mari Kelate, dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore PAS" 4. 5:09 : "Ambo mimpi, tengok Nabi Muhammad, mari tepuk bahu ambo, sebut lebih 30 kali, betul doh hok ambo buat ni..." P/s: Siapa yang hina nabi?
| ||
Malang Si Dara: Dilanggar, Dirogol, Diajak Bercinta Posted: 01 Apr 2013 09:10 PM PDT [HM] Teluk Intan: Seorang wanita berusia 22 ditimpa nasib malang berganda apabila bukan saja motosikalnya dilanggar, malah dia dirogol pemandu kereta yang melanggar motosikalnya itu. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, mangsa yang menetap di Kampung Air Hitam, Changkat Jong, dalam perjalanan ke rumahnya selepas tamat kerja. Dalam perjalanan itu, motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki menyebabkan mangsa patah tangan kirinya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, sejurus kemalangan, suspek keluar dari kenderaannya dan memapah mangsa ke dalam keretanya sebelum merogol wanita berkenaan. Beliau berkata, ketika itu mangsa mendakwa berada dalam keadaan lemah, tetapi masih mampu mengingati dirinya dirogol suspek. Goh berkata, sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya, suspek berpura-pura sudah jatuh cinta dengan mangsa dan ingin meneruskan hubungan dengan lebih serius. "Suspek memberikan nombor telefon bimbitnya kepada mangsa dan menghantarnya pulang ke rumah. Suspek juga meminta mangsa tidak memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya," katanya ketika ditemui di sini semalam. Katanya, selepas suspek beredar dari rumah, mangsa memaklumkan dirinya dirogol sebelum keluarganya membuat satu laporan di Balai Polis Langkap. Goh berkata, pasukan polis menyerbu rumah suspek di Sungai Manik sejam kemudian, namun gagal menemui suspek. "Kami menghubungi suspek menerusi telefon bimbitnya iaitu nombor yang diberikan mangsa dan memintanya melaporkan diri di Balai Polis Langkap. "Suspek berusia 31 tahun itu akhirnya menyerah diri di balai polis itu pada malam kejadian sebelum ditahan reman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. | ||
[Video] Lagu Exist Papar Mesej "We Need, We Want Anwar" Posted: 01 Apr 2013 05:17 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR : Lagu 'Pasti Kau Ingin" dendangan kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube. Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik , video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat. Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan. Difahamkan, video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook 'Malaysian Gags' dan diterbitkan dengan kerjasama staf pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur spray ke dinding menggunakan kaedah 'stensil' dengan paparan imej Anwar Ibrahim dan perkataan 'We Want, We Need' (Kami Mahu, Kami Perlu) Meskipun sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai kreativiti menarik. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan