DIALOG RAKYAT |
- Jangan terkejut jika Najib hapuskan PTPTN
- Bukti Ulama UMNO Hina Nabi SAW Tersebar..
- MB Selangor heret bekas Pesuruhjaya SPRM ke mahkamah
- Najib gesa pekerja Petronas sokong BN, umum pemberian RM1,000
- PAS Umum Bertanding 76 Parlimen, 237 DUN
- ‘Dakwa Geran Tanah Kg Tiram Jaya Diselesai BN, Noh Omar Tipu Orang Kampung’
- Bekas Pengarah KAGAT, Bekas Duta Umum Sertai PAS
- SPR Selangor Akui Ada Pelanggaran Undang-Undang Daftar Pengundi, “Tidak Bolah Ambil Tindakan”
- Beribu Pengundi Dipindah Keluar Dun Taman Medan Tanpa Pengetahuan
- Ketua Pemuda Pas Nasrudin tanding kerusi Parlimen Temerloh
- Ahmad Said: Spekulasi tidak bertanding hanyalah fitnah
- Mahathir boleh bertanding di Geylang Patah, kad pengenalannya pun sah
- Buaya Negara?
- Adik Nakhaie Ahmad calon PAS di Baling
- Permit: Umno tiru Pakatan untuk pancing undi pemandu teksi
- PRU13 akhir Mei ini, ramal Pas
- Mahkamah: Khalid Samad nafi murtad
- Mahfuz pertahan kenyataan Khairul Fahmi
- DAP dijangka letak anak P. Patto di DUN Bukit Gasing
- Pakatan: PM perlu bubar Parlimen minggu ini
- Polis: Lokasi persembunyian pengganas di Sabah kini bersih
- Ceroboh Lahad Datu: 7 warga Filipina, seorang anggota polis didakwa
- Pembantu: Ridhwan cadang bertanding dalam PRU13
- Muhammad Ridhwan ditahan di bawah SOSMA
- Menolak Tahaluf Siyasi Umpama 'Ketinggalan Keretapi'
Jangan terkejut jika Najib hapuskan PTPTN Posted: 02 Apr 2013 03:52 AM PDT
"Menjelang tarikh PRU yang semakin dekat, tidak mustahil PM akan mengumumkan langkah drastik termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN dan penurunan harga minyak. "Ini akan dilakukan demi mendapat sokongan rakyat terbanyak khususnya di kalangan anak-anak muda," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini. Tuan Ibrahim juga mengulas tindakan Najib ke Masjid Sri Petaling dengan memakai kopiah dan berkain sarung dan membawa keluarga untuk beristirehat di The Curve di khalayak orang ramai. Baginya, tindakan itu tidak mengejutkan apatah lagi bilamana ia berlaku menjelang PRU13. "Kerana pada pandangan umum, dalam situasi terdesak seperti dialami BN-Umno kini yang sudah di ambang kekalahan, pelbagai wajah boleh dijelma asal ianya berjaya menarik perhatian pengundi. "Nampaknya satu persatu tindakan yang dilakukan oleh pimpinan PR akan diikuti oleh Perdana Menteri, bahkan tawaran Buku Jingga turut diikuti, walau pada mulanya ia diserang habis-habisan," kata Tuan Ibrahim. Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut berkata tindakan meniru tawaran PR dengan terus mengisytihar melalui pelbagai jenama baru, walaupun asasnya sama, membuktikan Najib kekeringan idea dalam meneruskan kepimpinan negara. Najib, katanya juga berhadapan pelbagai pergolakan dalaman termasuk agihan kerusi yang masih belum selesai. "PM juga tertekan dengan kemungkinan kehilangan kerusi Presiden Umno jika gagal memulihkan BN seperti yang dikatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. "Walau apapun rakyat tetap menunggu ketibaan hari mereka untuk menobatkan kerajaan baru dan barisan kepimpinan baru yang lebih berwibawa dan mampu menggalas amanah. insyaAllah," tambah Tuan Ibrahim. | ||||||
Bukti Ulama UMNO Hina Nabi SAW Tersebar.. Posted: 02 Apr 2013 03:40 AM PDT amenoworld.blogspot.comDi antara isi kandungannya ialah : 1. 0:03 : "Nabi Muhammad baru duduk, turun daripada Mekah napok doh berhala di Bachok, hok Nik Aziz buat.." 2. 0:31 : "Nabi jale-jale, sepak berhala.. berhala hok tidur ado jugok.(Nabi ter)semban situ, sapo buat ni? Nik Aziz jugok buatnyo.." 3. 0:45 : "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni, dia mari Kelate, dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore PAS" 4. 5:09 : "Ambo mimpi, tengok Nabi Muhammad, mari tepuk bahu ambo, sebut lebih 30 kali, betul doh hok ambo buat ni..." Hish.. Bukti video lagi tu. Ulama UMNO lagi tue yang keluarkan statement. Kalau la UTUSAN, Buletin Utama, UMNO, BN serta penyokong2 mereka reti malu.. mesti mereka report polis juga kan? Kita tunggu ah PERKASA report polis.. mesti dorang report polis cepat2 kan.. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH LIHAT VIDO DI SINI Adoii.. Kantoi lagi.. Kesian aku tengok orang umno neh.. tue la lain kali jangan suka2 fitnah orang. Lain yang orang sebut.. lain yang dia sebarkan. Salah faham takpe lagi. Ini tidak, fitnah terus. Sudah la tahu benda tue fitnah tapi still sebarkan lagi.. itu maksudnya apa? Maksudnya lue orang memang kaki fitnah la. Apa lagi. Lepas tue tak malu mengaku sebagai pejuang islam. Perjuangan islam ke kalau dok sebar2kan fitnah tue? Apabila mengakui diri sendiri sebagai pejuang islam.. sila la selari dengan kehendak dan tuntutan islam itu sendiri. Yang pandai2 nak mengaku pejuang islam tue korang. Bukan ada sesiapa paksa pun. So bila dah tak ber-akhlak sebagaimana pejuang islam patut ber-akhlak memang la kena kutuk.. nak expect apa lagi? Lue fikirlah sendiri. Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/bukti-ulama-umno-hina-nabi-saw-tersebar.html#ixzz2PIk6nFdE | ||||||
MB Selangor heret bekas Pesuruhjaya SPRM ke mahkamah Posted: 02 Apr 2013 03:21 AM PDT Abdul Khalid telah menang kesnya dan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan pada 18 Mac lalu mengarahkan Ahmad Said dan agensi kerajaan tersebut meminta maaf di mahkamah terbuka dan mengeluarkan kenyataan maaf dimuka hadapan dua akhbar berbahasa Inggeris, The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat hari daripada perintah tersebut. Walaubagaimanapun, kedua-dua defendan Ahmad Said dan agensi tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan maaf dimuka hadapan dua akhbar berbahasa Inggeris tersebut. Pemimpin PKR tersebut menerusi peguamnya Sankara Nair telah memfailkan permohonan untuk mendapata kebenaran menyebut Ahmad Said dan kerajaan Malaysia kerana melanggar perintah Mahkamah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi pagi ini. Untuk menyokong afidavitnya, Khalid menegaskan ia bukan suatu yang mustahil daripada segi undang-undang kedua-dua defendan tersebut menyiarkan permohonan maaf didalam dua akhbar tersebut. "Ia tidak mustahil daripada segi undang-undang, mereka telah lakukannya sebelum ini. Mereka boleh lakukannya tetapi mereka tidak lakukannya," kata Sankara kepada pemberita disini. Abdul Khalid telah memfailkan saman fitnah pada 27 April 2009 ekoran kenyataan Ahmad Said pada 20 Februari tahun sama yang mana dilaporkan media dengan mengatakan SPRM memiliki "bukti kuat" Abdul Khalid telah menyalahguna dana kerajaan untuk menyelenggara kereta peribadinya dan membeli 46 lembu korban bernilai RM10,400 untuk sambutan Hari Raya Korban pada 2008. SPRM membersihkan Abdul Khalid daripada tuduhan tersebut pada Februari 2010 dan tidak pernah mendakwa menteri besar Selangor itu. Pada 19 Mac, Ahmad Said membaca kenyataan maafnya di mahkamah: "Saya, Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan, secara ikhlas meminta maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, atas kenyataan saya pada 21 Februari 2009 yang telah dilaporkan media. "Kenyataan tersebut dibuat atas kapasiti saya sebagai ketua SPRM pada ketika itu. Ia dibuat bagi menjawab soalan yang ditanya kepada saya oleh wakil media terhadap perkembangan siasatan SPRM keatas Abdul Khalid," tambah beliau. "Saya membuat kenyataan tanpa niat tidak baik dan tanpa sebarang niat untuk menjejaskan reputasi, imej dan integriti plaintif." Sankara juga menerangkan pada 26 Mac lalu, tiga hari selepas tamat tempoh untuk meminta maaf, pejabatnya menerima sepucuk surat daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk permohonan mengubah perintah mahkamah dan mendapatkan lanjutan tempoh tarikh untuk meminta maaf. Peguam juga menambah perkara ini timbul walaupun beliau telah mematuhi aduan awal defendan yang mengatakan mereka masih belum menerima perintah yang dimerterai daripada keputusan mahkamah tentang kes tersebut sehari sebelum. Beliau berkata telah memeterai perintah keatas defendan pada 25 Mac lalu, sekali gus memberi mereka lanjutan masa selama dua hari daripada tarikh akhir 23 Mac untuk memohon maaf. "Jadi, mereka sepatutnya mematuhi pada 28 Mac... Tetapi, walaubagaimanapun mereka tidak, " kata Sankara lagi. Sankara turut menambah mengatakan pihaknya juga telah memfailkan afidavit jawapan pada hari ini terhadap permohonan daripada AGC untuk melanjutkan tarikh akhir dan bertentangan dengan perintah mahkamah. "Apa yang mereka minta ialah lanjutan masa kerana mustahil untuk memenuhi tempoh masa itu... dan kedua, mereka mahu untuk mengubah perintah itu kerana ia tidak perlu berada dimuka hadapan - ia seharusnya berada di dalam mana-mana halaman," katanya lagi. Tetapi Sankara menjelaskan dalam afidavit dimana pihak defendan sudah bersetuju dengan perintah mahkamah sebelum ini dan sepatutnya membantah di hadapan mahkamah pada masa itu apabila keputusan itu dibuat. Beliau menegaskan bahawa perintah mahkamah adalah "undang-undang munasabah" berasaskan dua sebab - kedua-dua akhbar The Star dan NST adalah milik kerajaan dan dalam kes berasingan pada 4 September 1998, pihak kerajaan telah pun menerbitkan afidavit permohonan maaf oleh Ketua Polis Negara Tan Sr Musa Hassan dihadapan semua akhbar utama. "Jadi jelas, mereka boleh melakukannya, mereka mesti melakukannya, mereka mesti mematuhi ... ia tidak menghormati mahkamah. "Oleh itu, saya terpaksa memfailkan permohonan untuk menyebut mereka sebagai menghina," kata Sankara. | ||||||
Najib gesa pekerja Petronas sokong BN, umum pemberian RM1,000 Posted: 02 Apr 2013 03:17 AM PDT Najib, yang juga Menteri Kewangan bertanggungjawab untuk menjaga Petronas, mengatakan pemberian tunai itu adalah tanda penghargaan Putrajaya diatas sumbangan syarikat tersebut kepada ekonomi. "Ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan telah mencadangkan pemberian kecil untuk menggembirakan pekerja. "Akhirnya, saya bercadang untuk menerima cadangan tersebut. Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada semua pekerja sebagai tanda penghargaan jadi belanjakannya dengan bijak," katanya dihadapan 4,000 pekerja Petronas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini. Terlebih dahulu dalam ucapannya, Najib menggesa pekerja Petronas untuk terus menyokong gabungan pemerintah, pengasas syarikat minyak negara yang sumbangannya kepada kejayaan adalah penting. Beliau memberi amaran terhadap mengundi pembangkang sehingga berkuasa, menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai musuh Petronas kerana kebanyakkan cadangan mereka, termasuk meningkatkan royalti minyak negeri dan harga bahan api yang menjaga rendah, bertentangan dengan kepentingan syarikat. Najib menambah Petronas dan BN telah berkongsi hubungan panjang dan berfaedah sejak penubuhannya pada awal 70an dan memberikan kuasa kepada kerajaan yang belum diuji boleh memudaratkan syarikat. "Oleh itu, apabila tiba masanya, saya berharap anda membuat keputusan bijak," katanya. Pemberian tunai hari ini dan beberapa lagi kepada sektor tertentu di bawah program kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan peningkatan peruntukkan kepada pinjaman untuk membantu perniagaan Bumiputera. Najib mencari mandatnya sendiri dalam Pilihan Raya 2013 dimana beliau berhadapan dengan cabaran besar untuk memastikan Barisan Nasional (BN) mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga yang hilang buat pertama kalinya pada 2008. BN turut kehilangan empat negeri lagi dalam pilihan raya lepas. Pencapaian buruk tersebut menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa memberikan laluan kepada Najib yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 3 April, 2009. Esok genap empat tahun Najib menjadi perdana menteri keenam negara. | ||||||
PAS Umum Bertanding 76 Parlimen, 237 DUN Posted: 02 Apr 2013 03:13 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS akan bertanding 76 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekaligus menyaksikan pertambahan 10 kerusi berbanding tahun 2008. Di samping itu, PAS turut bertanding di 237 kerusi DUN seluruh Malaysia. Perkara ini diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media sempena pelancaran Pusat Media PAS sempena PRU-13. Menurut Abdul Hadi, PAS turut bertanding di kerusi campuran memandangkan sambutan positif terutama dalam kalangan kaum Cina dan India. "Kita memecahkan benteng pemisah perkauman sehingga rakyat menolak MCA dan MIC," katanya. Antara calon PAS yang menang pada PRU-12 di kerusi campuran adalah Dr Siti Mariah Mahmood, kawasan Parlimen Kota Raja. Selain itu, PAS turut mengumumkan calon yang bakal bertanding di tiga kerusi Parlimen. Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi akan bertanding di Parlimen Temerloh sekaligus menyaksikan pertukaran semula kerusi bersama PKR yang bertanding pada PRU-12. Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diletakkan sebagai calon Parlimen Titiwangsa yang dahulunya diwakili Allahyarhamah Dr Lo' Lo Ghazali. Sementara itu, bekas Pengarah Kor Agama, Angkatan Tentera Malaysia, Briged Jeneral (B), Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling. Jelas Abdul Hadi, Datuk Taib Azamuddeen Taib selaku penyandang kerusi Baling tidak akan bertanding kerana mengalami masalah kesihatan | ||||||
‘Dakwa Geran Tanah Kg Tiram Jaya Diselesai BN, Noh Omar Tipu Orang Kampung’ Posted: 02 Apr 2013 03:11 AM PDT SHAH ALAM : Kenyataan Noh Omar bahawa Umno-BN yang membantu mendapatkan geran tanah penduduk Kampung Tiram Jaya di Permatang dan menafikan ia usaha Kerajaan Negeri tidak ubah seperti mengangguk di air keruh. Kenyataan itu juga dilihat sebagai usaha Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu untuk mengelirukan dan memperbodohkan orang-orang kampung, ujar Penyelaras DUN Permatang, Yahya Sahri. "Sepatutnya beliau bercakaplah sebagai seorang menteri, dan bukannya mengeluarkan kenyataan seperti budak sekolah rendah, bercakap juga biarlah dengan hujah dan fakta serta bukti jelas, bukan sekadar cakap-cakap kosong. "Kenyataan yang dikeluarkan itu sangat kebudak-budakan, sangat tidak bijak, bodoh dan sombong, tidak setaraf dengan status dirinya sebagai seorang menteri dan Ahli Parlimen yang berpengalaman lima penggal," tegas Yahya yang dihubungi Selangor Kini . Sebaliknya, Yahya menjelaskan kebijaksanaan, ketelusan dan kecekapan Kerajaan Pakatan hari ini berjaya menyelesaikan pelbagai isu pemilikan tanah di Selangor yang berpuluh tahun tidak berjaya disempurnakan Kerajaan BN. "Ini kerana, kerajaan dulu pentadbirannya bobrok dan berkepentingan, malah terdapat usaha jahat untuk memiliki tanah yang sepatutnya milik rakyat," ulasnya lagi. Pada 12 Mac lalu, seramai 139 penduduk Kampung Seri Tiram Jaya menerima geran tanah daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dalam pada itu, Yahya mencabar Noh menyelesaikan isu tanah di Kampung Lembah Pantai, Sungai Kajang yang sudah berlarutan lebih 40 tahun. "Itu dalam kawasan beliau, dalam dua minggu ini, jika benar beliau jaguh rakyat yang hebat seperti di uar-uarkan, selesaikanlah masalah ini," cabarnya. Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang dalam satu 'posting' di laman sosial 'Facebook' menyatakan Kerajaan Negeri hanya mengeluarkan geran kepada penduduk, tetapi usaha dan pembayaran premium dilakukan sewaktu zaman BN lagi. | ||||||
Bekas Pengarah KAGAT, Bekas Duta Umum Sertai PAS Posted: 02 Apr 2013 03:05 AM PDT KUALA LUMPURL : PAS mengumumkan penyertaan dua tokoh baru bagi menguatkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman menyertai PAS dan pengumuman dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Najmi merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad turut diumumkan bertanding di Parlimen Baling. Berkhidmat selama 28 tahun di dalam ATM dan kerajaan, Najmi merupakan lepasan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah. Beliau menyertai Bahagian Agama ATM pada tahun 1979 dan menjadi Pengarah Kor Agama ATM pada tahun 1986 sebelum bersara pada tahun 2006. Datuk Adnan Othman berasal dari Marang, Terengganu merupakan lepasan University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China pada tahun 1974. Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura serta berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Canberra Australia pada tahun 2001 sebelum bersara. Sebelum itu, Abdul Hadi turut merasmikan Pusat Media PAS sempena PRU-13 di Pejabat Agung PAS. Turut hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. | ||||||
SPR Selangor Akui Ada Pelanggaran Undang-Undang Daftar Pengundi, “Tidak Bolah Ambil Tindakan” Posted: 02 Apr 2013 03:04 AM PDT SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor mengakui terdapat pelanggaran undang-undang oleh agen Umno-BN dalam pendaftaran rakyat Malaysia sebagai pengundi tanpa persetujuan mereka. Bagaimanapun tambah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, SPR Selangor berkata tiada apa-apa yang boleh dilakukan walaupun mereka sedar sebuah kesalahan telah dilakukan. Charles mendakwa kesalahan itu diakui Pengarah SPR Selangor, Dzulkifli Abdul Rahman dalam satu pertemuan dengannya selama 45 minit di pejabat SPR Selangor hari ini. Ujar Charles, bahawa seorang penolong pendaftar Umno, Hishammudin Kassim telah mendaftarkan ramai pengundi yang meragukan apabila memasukkan nama warga Malaysia yang menetap di luar negara yang tidak pernah berdaftar sebagai pengundi. "Saya ada bertanya kepada Dzulkifli ada berapa yang telah didaftarkan oleh penolong pendaftar (Hishammudin) yang telah dipecah-pecahkan, dan dia berkata adalah 'banyak' dan beratus-ratus. "Selepas itu saya bertanya lagi berapa yang didaftarkan oleh Hishammuddin, dan dia berkata 'banyak'. Tetapi dia faham sesuatu kesalahan telahpun berlaku ada pelanggaran undang-undang," katanya. Bagaimanapun menurut Charles, Dzulkifli berkata SPR tidak boleh mengeluarkan nama dari daftar pemilih kerana Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya 1958, melarang nama dibuang dari daftar pemilih yang telah diwartakan. "Mereka berselindung di sebalik Seksyen 9(a)," kata Charles yang mendakwa mereka mengakui undang-undang dilanggar tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Sebelum ini, Charles mendedahkan kes pendaftaran Dinesh Siva Kumar, 32, yang menetap di United Kingdom lebih 10 tahun tidak pernah mendaftar diri sebagai pengundi atau mewakilkan seseorang untuk tujuan berkenaan. Charles mendedahkan perkara demikian dalam sidang media selepas pertemuan itu di Pejabat SPR Selangor di Kompleks PKNS di sini bersama bapa Dinesh, K Siva Kumar, 64, dan peguamnya, Mishant Thiruchelvam. Bagaimanapun, Dzulkili tidak hadir di sidang media itu. "Untuk menjadi pengundi seseorang itu perlu menandatangani borang pendaftaran SPR dan mempunyai salinan kad pengenalan. "Kita meminta pihak SPR Selangor untuk menunjukkan bukti berkenaan tetapi SPR Selangor menyatakan tidak mempunyai maklumat berkenaan dan meminta untuk merujuk kepada SPR Putrajaya," kata Charles. Ujar Charles, beliau akan membawa hal berkenaan kepada pihak SPR di Putrajaya dalam masa terdekat bersama nama-nama yang dikhuatiri didaftar tanpa persetujuan. Katanya, beliau juga mempunyai senarai lima nama rakyat Malaysia lain yang didaftarkan sebagai pengundi tanpa persetujuan. "Apa yang jelas kekotoran telah berlaku dalam senarai pendaftaran pengundi pilihanraya dan pihak SPR mengetahui perkara berkenaan. "Tetapi SPR tidak dapat membersihkan nama-nama tersebut kerana mereka mendakwa apabila nama sudah digazetkan maka tidak boleh dikeluarkan daripada senarai. "Kita perlu bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang paling kotor dalam sejarah," katanya. Tambah Charles beliau mendesak agar pihak SPR Selangor untuk membuat laporan Polis segera ekoran kes ini namun beliau kecewa apabila dinyatakan bahawa pihak SPR Selangor tidak dapat berbuat demikian. | ||||||
Beribu Pengundi Dipindah Keluar Dun Taman Medan Tanpa Pengetahuan Posted: 02 Apr 2013 03:02 AM PDT PETALING JAYAL : Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha mendakwa terdapat beribu pengundi di Dun beliau yang ditukarkan lokaliti mengundi tanpa pengetahuan mereka. Pengundi tersebut seperti suri rumah Samsiah Ariffin, 59, yang berdaftar di Taman Medan sebagai pengundi dan yang mempunyai alamat kad pengenalan di Taman Medan. Akan tetapi selepas menyemak butiran di portal Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), baru-baru ini, Samsiah diberitahu yang dia telah ditukarkan sebagai mengundi di kawasan Dun Seri Setia. Menurut Haniza, perbuatan menukar tempat mengundi tanpa pengetahuan merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu. "SPR perlu bertanggungjawab membersihkan daftar pemilih. Ini menunjukkan ketidakupayaan SPR untuk menjalakan kerja secara adil," katanya dalam sidang media di Pejabat PKR negeri, di sini. Haniza menganggarkan sebanyak 4,000 nama dikeluarkan dari Dun Taman Medan dan digantikan dengan nama baru. "Kita akan menyiasat perkara ini dengan lebih jelas dan pihak kami tidak akan berdiam diri," katanya. Sehubungan itu, Haniza akan membawa kes terbabit ke pengetahuan SPR beserta laporan polis dalam tempoh terdekat ini. Pada PRU12, Haniza memenangi kerusi Taman Medan dengan menewaskan calon Umno-BN, Munaliza Hamzah dengan majoriti 4,433 undi. | ||||||
Ketua Pemuda Pas Nasrudin tanding kerusi Parlimen Temerloh Posted: 02 Apr 2013 02:59 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi hari ini diumumkan sebagai calon Pas bagi kawasan Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengumuman dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media, di ibu pejabat Pas di sini, hari ini. Untuk rekod, Nasrudin pernah bertanding sebagai calon parti itu di kerusi Maran pada 2008. Beliau tewas kepada calon BN, Ismail Abd Muttalib. Penyandang semasa kerusi Parlimen Temerloh ialah Datuk Saifuddin Abdullah dari BN. Pada sidang media sama, Hadi turut mengumumkan dua lagi calon Pas iaitu kawasan Parlimen Titiwangsa dan Baling, Kedah yang masing-masing ditandingi oleh muka baru, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia, Brigeder Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad. Najmi merupakan adik kepada bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad. Menurut Hadi, pemilihan Najmi bagi menggantikan penyandang sedia ada di kerusi Baling adalah kerana faktor kesihatan ahli Parlimen terbabit. "Beliau tidak bertanding kerana alami masalah kesihatan perlu rawatan. "Najmi tokoh Baling dan anak Kedah. Beliau juga tokoh yang diterima pengundi," ujar Hadi. Kerusi Parlimen Baling kini disandang oleh Taib Azamudden Md Taib. Beliau merupakan ahli Parlimen dua penggal bagi kawasan itu. Sementara Parlimen Titiwangsa sebelum ini disandang oleh calon muslimat Pas, allahyarhamah Dr Lo'Lo Mohd Ghazali. Bercakap pada sidang media majlis pelancaran pusat media Pas, Hadi turut menegaskan, kesediaan Pas berdiri di belakang Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah gabungan yang kukuh untuk mencapai misi menawan Putrajaya. "Masalah PR kita akan hadapi bersama walaupun kita berbeza ideologi. Kita bersatu dalam perkara yang bersama," jelasnya. Ujarnya lagi, hal-hal pembahagian kerusi dalam perikatan pembangkang sudah selesai sepenuhnya. "Kalau ada (belum selesai) pun sedikit sangat," katanya. | ||||||
Ahmad Said: Spekulasi tidak bertanding hanyalah fitnah Posted: 02 Apr 2013 02:57 AM PDT SINAR HARIAN Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu menyifatkan adalah tidak logik jika beliau tidak meletakkan nama sendiri dalam senarai calon ketika bertemu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. "Ramai yang berfitnah-fitnah kerana kini adalah zaman sains dan teknologi dan dasar langit terbuka. Semua ada kemudahan, dan mereka tulis apa yang hendak dituliskan sehingga kadang-kadang tidak ada asas, maka itulah terjadi fitnah. "Takkanlah saya nak serah tanpa bubuh nama sendiri. Perkara ini tidak logik sebab saya sendiri sudahpun berbincang dengan PM," katanya kepada pemberita ketika disoal berhubung penyebaran Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung calon yang bakal bertanding pada PRU13 oleh individu tidak dikenali. Terdahulu, Ahmad merasmikan Majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu yang dihadiri lebih 1,000 wakil pendidik seluruh negeri itu. Beliau berkata penyebaran spekulasi itu boleh menyebabkan perselisihan sehingga parti menjadi lemah dan berpecah-belah. Katanya, isu calon BN Terengganu sudah diselesaikan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, oleh itu ia bukan lagi menjadi halangan dan kebimbangan kepada parti untuk bertanding. "Senarai nama telah lengkap. Cuma tidak boleh nak beritahu lagi kerana takut saat-saat akhir ada pertukaran. Dalam politik ini, apa sahaja boleh berlaku kecuali bila serah, baharu isytihar kepada calon," katanya. Sehubungan itu, Ahmad meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin berkaitan calon yang bakal bertanding kerana ia boleh mengusutkan keadaan. - Bernama | ||||||
Mahathir boleh bertanding di Geylang Patah, kad pengenalannya pun sah Posted: 02 Apr 2013 02:48 AM PDT ASPAN ALIASDr Mahathir sepatutnya kembali bertanding dalam pilihanraya ini kerana beliau sudah mengambil keputusan untuk terus bergiat dalam politik. Daripada bercakap terlalu lantang dan terus-terusan dalam politik hari ini elok Mahathir minta satu kerusi dengan terus terang daripada menginding-nginding tidak berhenti-henti. Tindakan Mahathir meminta rakyat Johor untuk menghabiskan karier politik Lim Kit Siang itu merupakan satu tindakan yang tidak senonoh oleh seorang pemimpin setaraf beliau. Seruan Mahathir itu terlalu 'personal' dan tidak beretika. Mahahir terlalu marah kerana LKS telah memilih untuk meninggalkan kawasan yang selamat untuk pergi bersaing di kawasan yang dianggap sebagai kubu Barisan Nasional. Jika benar Geylang Patah, dan Johor masih menjadi kubu UMNO tidak sepatutnya Mahathir menunjukkan sangat perasaan 'panic' beliau secara itu. Meminta rakyat Johor menanamkan politik LKS enam kaki di bawah tanah itu merupakan manifestasi kebencian beliau terhadap pembangkang dan itu juga tidak sepatutnya berada dalam sanubari seorang pemimpin besar yang pernah memimpin negara selama lebih dari dua dekad. Sekarang LKS telah meminta Dr Mahathir turun bertanding di Geylang Patah dengan beliau (LKS). Cabaran LKS itu adalah satu cabaran dari seorang pemimpin sejati. Dr Mahathir sepatutnya menerima cabaran itu dari meminta pihak lain untuk menamatkan karier politik LKS. Lagi pun Dr Mahathir masih memilih untuk menjadi ahli politik maka untuk turun ke bawah dan memberikan bukti yang beliau masih lagi seorang yang mempunyai 'consequence' dalam politik negara. Kita tidak tahu kenapa Mahathir terlalu panik akhir-akhir ini. Beliau seolah-olah tidak lena tidur dan kembalinya LKS ke negeri kelahirannya membuatkan Mahathir mundar-mandir untuk bercakap politik lagi. Lagak beliau seperti 'ayam berak kapur' sahaja sejak kebelakangan ini. Mahathir semakin hari semakin meyakinkan rakyat yang beliau terlalu banyak perkara yang hendak beliau tutupi. Sesungguhnya saya tidak pernah menyangka seorang yang begitu gah dengan kejayaan kepimpinan telah menjadi seorang yang menikus dan takut terhadap semua bayang yang beliau nampak. Beliau tidak dapat berihat lagi untuk mempertahankan BN yang kian hari kian merudum sokongan itu. Beliau yang sepatutnya berihat dan menghabiskan sisa-sisa hidup beliau seperti pesara-pesara PM yang sebelum beliau itu. Rakyat tidak boleh lagi bertindak hanya untuk melindungi individu seperti Mahathir. Rakyat perlu bertindak untuk melindungi pihak yang ramai, iaitu rakyat. Mahathir sepatutnya sedar segala punca yang membuatkan negara berada di tahap sekarang ini adalah kerana perbuatan beliau juga. UMNO menjadi lemah kerana Mahathir tidak membina barisan kepimpinan semasa beliau berkuasa tetapi beliau hanya menunggukan penyokong-penyokong yang lemah untuk di jadikan orang penting dalam kerajaan. Akhirnya UMNO ketandusan kepimpinan dan inilah yang kita semua hadapi sekarang ini. Oleh itu, jika kubu kuat BN di Johor itu roboh kali ini, itu bukannya kehendak sesiapa tetapi hakikatnya itu adalah kehendak Mahathir sendiri. Mahathir hanya mahukan pimpinan lemah untuk menguasai UMNO dan kerajaan persekutuan dan negeri termasuk negeri Johor kerana dengan cara itu sahajalah beliau boleh dilindungi dari banyak isu yang melibatkan beliau. Mahathir mahukan semua orang menyokong beliau bagi melindungi segala kesalahan dan noda beliau semasa menjadi pemerintah dahulu. Sifat angkuh beliau itu masih belum dapat beliau buang dari dalam dirinya dan beliau mahukan semua orang tidak perlu berfikir sebaliknya hanya menerima pemikiran beliau sahaja. Tetapi beliau tidak sedar arus penentangan rakyat terhadap pemikiran beliau sendiri begitu besar dan Mahathir tidak akan dapat dihambat lagi. Hakikatnya walaupun semua orang cuba untuk mempertahankan beliau, Mahathir tidak akan dapat mempertahankan status beliau sebagai seorang negarawan. UMNO sesungguhnya sudah sampai masa untuk di rehatkan. Lakukanlah apa-apa tindakan untuk memperbaiki keadaan keputusan pilihanraya adalah 'predictable'. Sesungguhnya UMNO terlalu sukar untuk memperbaiki diri mereka dan tidak mengejutkan yang UMNO akan kecundang kali ini termasuk di Johor. UMNO semakin hari semakin lemah. Jangan dinafi-nafikan lagi. Sementara itu kita tunggu berita samada Mahathir akan turun ke Geylang Patah untuk bertanding, kerana beliau layak bertanding di sana. Beliau pun mempunyai kad pengenalan yang sah, bukannya kad pengenalan dari projek IC Sabah dulu. Beliau boleh bertanding di Geylang Patah untuk menerima cabaran LKS itu. | ||||||
Posted: 02 Apr 2013 02:36 AM PDT KELAB GREENBOC Akhirnya ada juga para penyokong UMNO yang jujur dan berhati suci murni apabila mengambarkan perangai dan gelagat UMNO/BN yang sebenar. UMNO jenis buaya tembaga baham semau harta rakyat tanpa kira waktu dan ada rasa belas kasihan. Apa jua yang boleh memberi kekayaan dia akan baham ngap!!!! Tahniah!!!!.. Kejujuran mu akan sentiasa rakyat ingat dan sanjung!!!! -omakkau | ||||||
Adik Nakhaie Ahmad calon PAS di Baling Posted: 01 Apr 2013 10:30 PM PDT Adik bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad diumumkan menyertai PAS dan dinamakan sebagai calon PAS bertanding di parlimen Baling. Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad menggantikan penyandang kerusi tersebut Datuk Taib Azamuddin Taib yang tidak dicalonkan semula ekoran masalah kesihatannya. Perkara tersebut diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat media PAS di ibu pejabat parti itu pagi ini. "Beliau merupakan tokoh Baling, anak Baling, Kedah. Dan kita pula baling beliau ke sana," katanya berseloroh sambil diiringi gelak ketawa hadirin yang hadir. Selain Abdul Hadi turut mengumumkan dua lagi calon Pemuda PAS untuk bertanding di kerusi parlimen. Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan diumumkan bertanding di kerusi parlimen Temerloh manakala Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham) Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi bertanding di kerusi parlimen Titiwangsa. Penyandang kerusi parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada Julai 2011. | ||||||
Permit: Umno tiru Pakatan untuk pancing undi pemandu teksi Posted: 01 Apr 2013 10:27 PM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Umno menjadikan tawaran Pakatan Rakyat sebagai idea untuk memancing undi pemandu teksi apabila mengumumkan pemberian 1,000 permit secara individu. Sedangkan, Pakatan terlebih dahulu mengumumkannya dalam manifesto untuk menghapus sistem permit teksi yang diberi kepada syarikat kroni Umno. Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, ketandusan idea mendorong kerajaan Umno BN menciplak satu persatu tawaran Pakatan Rakyat dalam manifesto. "Umno hilang punca, tiada idea. Pembangunan rakyat tidak jadi agenda utama yang sudahnya tiru apa jua tawaran Pakatan. "Mula-mula serang dulu, lepas itu tiru satu persatu," katanya kepada Kepada Daily, mengulas perbuatan Umno yang tanpa segan silu mengumumkan tawaran yang ditiru dari Pakatan. Pakatan dalam manifesto pada 25 Februari, menyebut penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat supaya mampu mencapai angka serendah RM25,000. Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyifatkan ia akan memufliskan negara dengan alasan kononnya penghapusan cukai eksais itu akan mengurangkan RM7 bilion hasil cukai negara. Kurang sebulan kemudian, kerajaan mengumumkan harga kereta diturunkan menjelang 2015 tetapi mengakui belum berbincang dengan syarikat pengeluar kereta untuk berbuat demikian. "Umno tiada kerangka masa depan, kerjanya ciplak. Umno tiada pilihan untuk cari idea lain. Cara selamat ialah meniru. Semua ditiru, dari tawaran untuk hapuskan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), diberi diskaun. "Gaji minimum yang ditawar Pakatan RM1,100 tapi kerajaan umum RM900 walaupun BN tiada pendekatan khas," katanya. | ||||||
PRU13 akhir Mei ini, ramal Pas Posted: 01 Apr 2013 10:25 PM PDT KUALA LUMPUR - Di sebalik desas-desus dan spekulasi pembubaran Parlimen dan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menarik perhatian dengan jangkaan semuanya akan berlaku sejurus selepas perdana menteri menghadiri Sidang Kemuncak Asean akhir bulan ini. Menurut Mustafa, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu hadir sidang kemuncak 24 dan 25 April ini sebagai perdana menteri penuh. "Mengambil kira pembubaran Dun Negeri Sembilan dan SPR kata pilihan raya akan diadakan serentak, jadi pilihan raya akan diadakan tidak lewat daripada 25 atau 26 Mei. "Paling lewat 27 Mei," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas di sini, hari ini. Menurut Mustafa, pihaknya meramalkan demikian setelah meneliti tarikh-tarikh penting acara rasmi yang perlu dihadiri Najib sebagai perdana menteri di samping mengambil kira pembubaran Dun secara automatik di Negeri Sembilan, bulan lalu. Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya pada 27 Mac lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya memutuskan PRU13 akan dijalankan secara serentak di peringkat Persekutuan dan negeri. "Tempoh itu cukup. Setelah bubar pada 26 atau 27 April, dua minggu selepas itu mungkin umum calon. "Cukup masa iaitu lebih kurang sebulan sebelum pilihan raya yang mungkin diadakan selewat-lewatnya 27 Mei," ujar Mustafa. Sejak dua minggu ini angin bertiup kencang, Najib akan membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat. Spekulasi mengenainya bertambah kuat minggu lalu apabila Najib dikatakan mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhirnya pada Rabu lalu. Terbaru difahamkan sudah keluar surat rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri yang meminta semua anggota menteri mengenakan pakaian formal berwarna gelap lengkap bertali leher untuk sesi bergambar yang lazimnya menjadi tradisi pada mesyuarat terakhir setiap penggal. | ||||||
Mahkamah: Khalid Samad nafi murtad Posted: 01 Apr 2013 10:19 PM PDT SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menafikan beliau telah keluar Islam sebagaimana dalam gambar 'superimposed' menunjukan beliau berpakaian jubah seperti paderi, disiarkan oleh Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman dalam blognya, tiga tahun lalu. Khalid berkata, beliau tidak pernah memaklumkan bahawa dirinya murtad malah terkejut melihat gambar tersebut. "Saya tidak pasti sama ada Hamidah yang 'superimposed' gambar saya tetapi gambar berkenaan ada disiarkan dalam blognya. Gambar itu jelas mengambarkan saya seorang paderi memakai lambang salib di dada dan pakaian itu biasa dipakai oleh paderi. "Saya tidak pernah memakai pakaian sedemikian, malah saya tidak pernah murtad, " katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes saman malunya terhadap Adun Sungai Rapat, Perak, Hamidah kerana menyiar dalam tulisan blognya gambar 'superimposed' Khalid berpakaian jubah seperti seorang paderi. Dalam prosiding itu, Khalid juga mengaku artikel yang dimuatkan dalam blognya pada tiga tahun lalu, secara dasarnya bersetuju orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan pendiriannya bertentangan dengan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor. "Saya mengiktiraf apa dikeluarkan oleh pihak fatwa dan saya tidak menyalahkan keputusan dibuat. Tetapi saya hanya berbeza pendapat atau pandangan," katanya. Khalid memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah membuat laporan polis berkenaan blog itu sehingga sekarang. Katanya, beliau juga mengambil masa dua tahun untuk mengemukakan saman terhadap Hamidah. Khalid, yang juga Pesuruhjaya Pas III memfailkan saman terhadap Hamidah tahun lepas berhubung penyiaran gambar 'super imposed' anggota parlimen itu yang disiarkan melalui blognya pada Januari 2010. | ||||||
Mahfuz pertahan kenyataan Khairul Fahmi Posted: 01 Apr 2013 10:16 PM PDT KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mempertahankan Penolong Setiausaha I Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som yang dikecam oleh pelbagai pihak kerana dianggap menghina Rasulullah SAW dalam kenyataan Twitternya. Menurut Mahfuz, apa yang cuba dinyatakan Khairul Fahmi dalam Twitternya itu hanya perumpamaan untuk menggambarkan 'kejahatan' Umno, bukan bertujuan menghina Rasulullah SAW. "Umno saja perbesar isu. Dia (Khairul Fahmi) nak beritahu macam mana jahatnya Umno sampai tahap itu, bukan dia nak kata Nabi Muhammad buat benda tak elok. Dia nak gambarkan, kalau Nabi Muhammad lawan Umno, Nabi juga akan jadi mangsa fitnah Umno. "Itu tujuan dia, bukan nak kata Nabi tu jahat," katanya pada sidang media di sini, semalam. Ditanya tidakkah dengan menggunakan nama Rasulullah SAW boleh dianggap keterlaluan kerana kedudukan Baginda yang begitu dimuliakan dalam Islam, Mahfuz berkata, perkara itu dilihat begitu kerana ramai yang menyalah tafsir maksud sebenar yang cuba disampaikan Khairul Fahmi. "Apa yang keterlaluannya? Dia bukan kata kat Nabi Muhammad, dia kata kat Umno. Kena faham bahasa, Umno ni sampai satu peringkat macam... kenyataan Tok Guru Nik Aziz (Datuk Nik Aziz Nik Mat) mengenai BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi anak ayam makan, itu perumpamaan saja. "Kalau perumpamaan tidak boleh pakai, Dewan Bahasa Pustaka, pusat-pusat bahasa di universiti kena buang semua perumpamaan yang ada binatang," katanya. | ||||||
DAP dijangka letak anak P. Patto di DUN Bukit Gasing Posted: 01 Apr 2013 10:12 PM PDT Selepas pemergian Lee pada pada 2011, kawasan tersebut masih tiada pengganti memandangkan tiada pilihan raya kecil diadakan kerana sudah melebihi tempoh, Hannah Yeoh Tseow Suan (ADUN Subang Jaya) telah dilantik sebagai ADUN angkat kawasan tersebut untuk mengambilalih tanggungjawab dan tugas ditinggalkan oleh Lee. Bagi mempertahankan kerusi yang dianggap sebagai "selamat" kepada DAP, Kasthuri telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan jentera parti dan menggalas amanah dikawasan tersebut. "Apabila saya turun bertemu rakyat, mereka kenal saya sebagai ahli DAP yang menggantikan Edward Lee untuk menjalankan tanggungjawab selepas pemergian beliau. "Mereka ada beri komen, mereka juga bertanya sama ada saya akan menggantikan Edward Lee. Tapi saya benci kata menggantikan, secara jujurnya ia bukan menggantikan tapi meneruskan perjuangan sebelum ini yang diperjuang oleh YB Edward Lee," kata Kasthuri. Lebih menarik lagi, Kasthuri, 34 bukan penduduk tempatan yang berasal dari Bukit Gasing malahan kawasan yang bakal dihadapinya adalah 70 peratus terdiri masyarakat Cina; langkah membatasi sekatan bangsa dan memperlihatkan kesungguhan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum. Kasthuri yang ditemui The Malaysian Insider mengatakan tanggungjawab diberikan kepadanya untuk menyambung kerja-kerja parti yang ditinggalkan oleh Lee bukan tugas mudah memandangkan ia adalah kali pertama beliau menjalankan kerja-kerja kempen untuk DAP. "Apabila tanggungjawab diberikan untuk mengendalikan kawasan disini, ia satu tugas yang berat. "Salah satunya sebab saya bawa nama bapa saya, jadi harapan keatas saya sangat besar. Saya perlu cari hujung pangkal dan banyak kaji selidik perlu dilakukan," kata Kasthuri yang baru hampir setahun bertugas di Bukit Gasing. "Mungkin faktor kaum juga ada, kerana disini majoriti adalah Cina dan saya seorang India. "Tapi saya hanya bersikap jujur kepada mereka dan menerangkan tentang apa yang saya boleh lakukan untuk selesaikan isu yang dibangkitkan mereka," terang beliau lagi. Anak kepada pemimpin veteran DAP, P.Patto sekitar 1970an tersebut mula bergiat aktif dalam arena politik selepas diberikan peluang bekerja dibawah pejabat ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan bersama Ronnie Liu selama dua tahun pada 2008. "Lim Kit Siang syorkan kepada saya untuk memohon jawatan dipejabat Ronnie Liu. "Dari situlah saya belajar banyak tentang pihak berkuasa tempatan, tentang pejabat tanah dan fungsi SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri)," terang Kasthuri. Kemudiaan pada 2010, Kasthuri mendapat tawaran untuk berkhidmat selaku setiausaha politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang dan selepas itu mendapat sokongan daripada pemimpin veteran DAP tersebut untuk menyambung tugas di Pusat Khidmat Rakyat DAP di Bukit Gasing yang telah ditinggalkan oleh Lee. "Semasa menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan Mikrobiologi pada 1999, kesedaran politik timbul terutamanya ketika reformasi meledak. Tapi saya tidak aktif dalam politik ketika itu. "Sehinggalah Tsunami politik pada 2008, saya terdetik untuk menyertai politik. Diri saya berkata ini adalah waktu terbaik untuk meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh bapa saya dahulu," katanya. Apabila ditanya tentang penerimaan masyarakat di sekitar Bukit Gasing, Kasthuri menerangkan impak yang ditinggalkan oleh bekas ADUN dikawasan tersebut masih kuat sehingga kini terutamanya dalam pergerakkan "Selamatkan Bukit Gasing" dimana ia merupakan kunci utama kepada sokongan kuat DAP. "Segalanya yang diperjuangkan oleh YB Edward Lee sangat dihargai disini, jadi saya meneruskan perjuangan yang dibawa oleh beliau. "Menerusi pergerakkan tersebut juga penduduk mula mengenali lambang roket, simbol kepada parti DAP," tambah Kasthuri lagi. Walaubagaimanapun, Kasthuri enggan mendedahkan sama ada DAP akan meletak beliau sebagai calon di Bukit Gasing memandangkan perkara tersebut hanya akan diputuskan oleh pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak mempunyai kuasa untuk memilih kerusi pada pilihan raya nanti. "Malahan Ketua Pembangkang (Datuk Seri) Anwar Ibrahim masih belum mengumumkan senarai calon. "Jadi saya rasa tidak sesuai untuk kata saya akan bertanding disini, saya ia adalah hak parti untuk tentukan sebagai calon di sini," ujar beliau lagi. Amanat bapanya pada 1982 menjadi kekuatan kepada Kasthuri untuk terus berpolitik serta menggesa rakyat Malaysia supaya tidak takut dengan perubahan, sambil menyifatkan rakyat Malaysia sudah bosan dengan kerajaan yang tidak mampu mentadbir dengan baik dan korup. "Pada 4 Ogos 1982, di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, bapa saya P. Patto saya dijemput berucap tentang "Pembinaan Negara Malaysia", dimana dalam forum tersebut bapa saya berkata setiap rakyat perlu mengganggap dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia dahulu dan bukannya sebagai seorang Melayu, Cina dan India. "Jangan biarkan ketakutan anda menghalang anda untuk berubah, rakyat Malaysia perlu mempunyai kesungguhan untuk perubahan apabila berada dihadapan kotak undi," tegas Kasthuri. Pilihan Raya 2013 akan berlangsung tidak lama lagi selepas mandat BN tamat pada penghujung April. Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri dipertandingkan. Pilihan raya negeri Sarawak telah berlangsung pada 2011. | ||||||
Pakatan: PM perlu bubar Parlimen minggu ini Posted: 01 Apr 2013 10:01 PM PDT BATU CAVES - Dijangka Parlimen sekali lagi bakal menjadi perhatian terakhir Jumaat ini menunggu pengumuman pembubaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sekiranya tiada pengumuman maka negara mempunyai masalah atau sesuatu masalah tidak terduga bakal berlaku. Menurutnya, beliau mengaitkan perkara itu dengan insiden Lahad Datu apabila isu tersebut masih menjadi persoalan rakyat selepas maklumat yang diperoleh tidak tepat dan berlaku percanggahan kenyataan daripada banyak pihak. "Kita tidak mahu menuduh atau menyalahkan mana-mana pihak tetapi membantu menyalurkan pandangan berkenaan isu keselamatan kerana mahukan negara kekal aman. "Sekiranya BN tidak mampu untuk menyelamatkan, mempertahankan dan berwibawa dalam isu keselamatan negara, PR bersedia ambil alih tugas di Putrajaya," katanya dalam majlis minum petang mengumpul dana Pilihan Raya Umum ke-13 di sini, kelmarin. Katanya, kajian PR dan isu semasa dibangkitkan menunjukkan beberapa negeri mampu dikekalkan, ditawan dan bakal dirampas. "Selangor, Kelantan, Pulau Pinang akan dikekalkan, Terengganu dan Perak akan ditawan disusuli Negeri Sembilan berdasarkan rekod pilihan raya lalu yang kekalahan hanya dipisahkan beberapa kerusi. "Ramai orang bertanyakan perkembangan negeri Johor, saya tidak akan mengubah keputusan untuk bertanding di negeri itu ditambah pula pengumuman bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding kerusi di Gelang Patah dijangka akan merancakkan lagi politik di sana," katanya. Salahuddin menambah, meskipun misi menawan sukar namun dijangka PR akan menyumbang 12 kerusi Parlimen di Johor. | ||||||
Polis: Lokasi persembunyian pengganas di Sabah kini bersih Posted: 01 Apr 2013 10:00 PM PDT SINAR HARIAN LAHAD DATU - Sembilan kampung yang menjadi lokasi pertempuran dan persembunyian militan dari selatan Filipina sepanjang Operasi Daulat telah digeledah dan disahkan bersih daripada ancaman pengganas. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, proses pemindahan penduduk yang mendiami pusat penempatan sementara ke kampung berkenaan giat dijalankan, kecuali Kampung Tanduo yang ditutup. "Penduduk dari Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Tanagian yang ditempatkan di pusat penempatan sementara telah mula dipindahkan ke kampung masing-masing. "Malah kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani juga telah selesai digeledah dan dibersihkan, dengan itu, boleh dikatakan seluruh kawasan Operasi Daulat telah bersih dan orang kampung juga telah dibenar untuk kembali ke rumah masing-masing," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, semalam. Beliau berkata, tiga daripada empat dewan serba guna di Felda Sahabat yang dijadikan pusat penempatan sementara iaitu Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura juga telah ditutup kecuali Embara Budi disebabkan ada rumah penduduk yang mendiami pusat itu rosak sepenuhnya. Beliau berkata, walaupun pusat pemindahan sementara di kawasan Felda akan ditutup sepenuhnya, Operasi Daulat tetap diteruskan kerana fokus utama operasi ialah memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan benar-benar selamat. Dalam perkembangan berkaitan, Hamza berkata lapan lagi individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara. "Sehingga kini, 16 orang yang ditahan di bawah Sosma telah dituduh di mahkamah," katanya. Mengulas laporan media Filipina bahawa 100 orang memasuki perairan Sabah untuk membantu saki-baki pengganas, Hamza berkata: "Mereka boleh mengatakan apa sahaja tetapi saya telah nyatakan bahawa keselamatan di negeri Sabah adalah terjamin." Dalam pada itu, Hamza berkata, pasukan keselamatan mempunyai kepakaran tersendiri dalam menangani taktik pengganas yang mungkin cuba menyamar sebagai orang tempatan dengan berpakaian seperti penduduk kampung. - Bernama | ||||||
Ceroboh Lahad Datu: 7 warga Filipina, seorang anggota polis didakwa Posted: 01 Apr 2013 09:56 PM PDT SINAR HARIAN LAHAD DATU - Tujuh warga selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas. Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret. Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk. Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan. Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan. Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA. Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar. mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau. Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi. Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah. Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau. Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh. - Bernama | ||||||
Pembantu: Ridhwan cadang bertanding dalam PRU13 Posted: 01 Apr 2013 05:10 PM PDT Pembantu peribadi Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) hari ini, mendakwa ada pihak cuba mencemar nama baik majikannya itu dengan mengaitkannya dengan insiden Lahad Datu. Hasbiallah Hakaman berkata ini kerana Ridhwan, 47, ada menguar-uarkan bahawa beliau bercadang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Prai. "Mungkin isu ni timbul kerana dia ada uar-uarkan dia nak bertanding di sana... dia adalah calon yang disukai rakyat di sana. Siapa main konspirasi ni, saya tak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini. Ketika ditanya sama ada penahanan tersebut akan menjejaskan nama Ridhwan, Hasbiallah berkata: "Belum jatuh kesalahan lagi, jadi tak boleh kata nama dia terjejas." Ketika ditanya mengenai hubungan Ridhwan dengan Sultan Muedzul Lail Tan Kiram, beliau berkata ia hanya sekadar hubungan perniagaan dan kini tidak lagi berhubungan. "Hubungan perniagaan ini berlaku sebelum kejadian (pencerobohan militan) di Lahad Datu (Sabah) lagi. Mereka membuat perniagaan kelapa kering dan Ayahanda (Ridhwan) ada bantu orang di sana yang miskin," katanya dan enggan mendedahkan jumlah dana yang disumbangkan. Ketika ditanya mengenai reaksi Ridhwan yang ditahan di bawah SOSMA, Hasbiallah berkata: "Moral dia ok, dia tak ada masalah. Dia tahu dia di pihak yang benar dan dia yakin itu, lagipun persatuan tu bukan ditubuh untuk buat keganasan, tapi untuk kebajikan. "Kami ada bukti-bukti dia (Ridhwan) tak terlibat. Dia ditahan di bawah SOSMA. Esok polis akan beritahu lanjut tentang penahanan ini dan saya serahkan pada lawyer," katanya. Muhammad Ridhwan merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia.- Bernama | ||||||
Muhammad Ridhwan ditahan di bawah SOSMA Posted: 01 Apr 2013 05:07 PM PDT dikemaskini Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, hari ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata Muhammad Ridhwan ditahan untuk siasatan lanjut setelah polis mengambil keterangannya. "Kami tahan dia di bawah Sosma dan dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor," katanya kepada Bernama. Muhammad Ridhwan (kiri), yang berbaju Melayu merah dan berserban hitam, dilihat hadir bersama kenalan dan peguamnya di balai polis itu pada 11.05 pagi untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah. Lelaki berusia awal 50-an itu menyerah diri selepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam menamakannya sebagai orang yang dicari untuk membantu siasatan berhubung kes berkaitan Operasi Daulat. Hamza berkata Muhammad Ridhwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, diminta menyerahkan diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran. Dengan penahanan itu, jumlah mereka yang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah, kini ialah 122 orang. Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu. "Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya. Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran. Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas. Beliau mendakwa Jamalul Kiram, yang dipercayai dalang pencerobohan pengganas di Sabah, bukan keturunan sultan Sulu sebenar. Sebaliknya, Muhammad Ridhwan berkata keturunan kesultanan Sulu sebenar adalah Muedzul Lail Tan Kiram, iaitu anak kandung kesultanan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina. Beliau berkata atas faktor itu pertubuhannya menjalankan urusan transaksi kebajikan dengan Muedzul Lail. "Saya pernah pergi tiga kali ke Jolo, selatan Filipina. Berdasarkan poster gambar terpampang wajah Muedzul Lail di setiap penjuru jalanan dan reaksi masyarakat di sana menunjukkan Muedzul Lail adalah anak kandung sultan Sulu terakhir yang diiktiraf Filipina. "Sebab itu saya bawakan satu buku kuning dan cek untuk menunjukkan bukti kepada polis bahawa saya tidak kenal Jamalul Kiram itu siapa," katanya kepada pemberita. Muhammad Ridhwan berkata berdasarkan pertemuan dengan Muedzul Lail, beliau dimaklumkan bahawa keturunan sultan Sulu tidak boleh menuntut semula Sabah dari Malaysia dan Muedzul Lail menunjukkan beberapa surat serta dokumentasi yang membuktikan tiada tuntutan boleh dibuat keturunan sultan Sulu terhadap Sabah. Ditanya mengenai perjanjian pajakan Sabah itu tamat pada 2015 dan kedatangan penceroboh terbabit ingin memperbaharui perjanjian itu, Muhammad Ridhwan menegaskan: "Tidak benar, dia (sultan Sulu ketika itu) tiada perjanjian dateline (tiada tempoh), dia (sultan Sulu ketika itu) serahkan pada British untuk dibangunkan". - Bernama | ||||||
Menolak Tahaluf Siyasi Umpama 'Ketinggalan Keretapi' Posted: 01 Apr 2013 05:02 PM PDT Wartawan BuletinBermula dengan Majlis Perundingan Masyarakat Tionghua (Chinese Consultative Council - CCC) pada tahun 1986, menjadi sebuah Kelab bagi non-muslim yang menyokong PAS dan akhirnya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS, dengan penerimaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu. Ketua Dewan Ulamak PAS negeri Terengganu Dato' Ustaz Husin Awang menyifatkan golongan yang menolak Tahaluf Siyasi adalah umpama kelompok yang 'ketinggalan keretapi', berdasarkan keperluan Islam dalam perkembangan masa kini. "program memasyarakatkan PAS sehinga tertubuhnya CCC yang (membawa kepada penubuhan) sekarang ini dikenali sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), "kalau dulu bila disebut mahu berbaik dengan bukan Islam, kami di kalangan pemuda ketika menjadi ulamak pelapis dulu pun marah, tapi sekarang ini orang yang marah dianggap (sebagai) orang yang 'ketinggalan keretapi', "(kerana) waqi' (keadaan semasa) pada masa sekarang dan pekembangan yang berlaku, setelah dirujuk kepada sejarah (sirah) dan as-Sunnah (Nabi SAW) maka kita dapati ianya tidak boleh lari daripada kaedah itu,"jelasnya. [Lihat Video] Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Cakna PRU-13 Ulamak Pelapis Terengganu di sebuah hotel, di sini pada Sabtu 30 Mac. Oleh itu, beliau berkata, perkembangan tersebut telah membawa perubahan sehingga ahli-ahli PAS memahami dan boleh menerima bukan sahaja orang-orang bukan Islam menjadi ahli bersekutu, bahkan calon-calon non-muslim daripada DHPP boleh bertanding diatas tiket PAS. Turut hadir dalam program tersebt adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan