DUNIACACAMARBA |
- Seperti Dijangka, Najib Kecut Berhadapan dengan Anwar
- [Gambar] Judi: Parti Lulus, Penyokong Langgan?
- [PANAS] Keluarga Aminulrasyid Amzah Saman Polis, Kerajaan RM50 Juta
- Gadis Dijual Rakan Sendiri, Nilainya Hanya RM3000
Seperti Dijangka, Najib Kecut Berhadapan dengan Anwar Posted: 17 Apr 2013 08:24 AM PDT Berita Berkaitan: [MK] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini. Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif. "Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini," kata Maria sewaktu dihubungi Malaysiakini. BERSIH mempromosi forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing. Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. Antara pemimpin BN yang sering tampil untuk menyertai program debat dan forum bersama pemimpin Pakatan sebelum ini adalah tokoh mudanya seperti Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sementara Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan sementara, Gan Ping Sieu. Najib, selaku pemimpin tertinggi BN bagaimanapun tidak pernah menyahut cabaran Anwar untuk berdebat namun masih berpeluang untuk berbuat demikian pada malam ini. Beliau bagaimanapun dijadualkan hadir ke majlis pelancaran manifesto BN Selangor di Shah Alam pada malam ini. | ||
[Gambar] Judi: Parti Lulus, Penyokong Langgan? Posted: 17 Apr 2013 05:21 AM PDT
P/s: Bersangka baik, mungkin penyokong dacing ini mahu menukar wang di kaunter premis judi ini. Kah kah kah! | ||
[PANAS] Keluarga Aminulrasyid Amzah Saman Polis, Kerajaan RM50 Juta Posted: 16 Apr 2013 10:03 PM PDT [SH] SHAH ALAM - Keluarga remaja Aminulrasyid Amzah yang maut terkena tembakan polis di sini tiga tahun yang lalu, hari ini memfailkan saman RM50 juta ke atas polis dan kerajaan. Saman juga difailkan terhadap Koperal Jenain Subi dan dua yang lain. Saman difailkan kira-kira jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi di sini. Turut dinamakan dalam tuntutan itu ialah Ketua Polis Daerah Shah Alam dan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar. | ||
Gadis Dijual Rakan Sendiri, Nilainya Hanya RM3000 Posted: 16 Apr 2013 06:43 PM PDT [HM] Kuala Lumpur: Pertemuan semula seorang wanita berusia 21 tahun dengan rakan lamanya mengundang padah apabila dia dijual kepada sindiket pelacuran dengan harga RM3,000 selain dipukul, dipaksa melacur dan dikurung sebelum berjaya melarikan diri. Kejadian bermula pada 11 April lalu apabila mangsa mengadakan pertemuan dengan rakan perempuannya di sebuah bangunan rumah kedai di Kepong, di sini, selepas beberapa tahun tidak berjumpa. Sumber polis berkata, dalam pertemuan itu rakan mangsa hadir bersama teman lelakinya dan ketika berbual, muncul seorang lelaki berusia lewat 30-an yang memperkenalkan diri sebagai pemilik rumah kedai berkenaan. Menurutnya, tidak lama kemudian, rakan mangsa dan teman lelakinya itu meninggalkan premis berkenaan, namun apabila mangsa ingin beredar, pemilik rumah kedai terbabit menghalangnya. "Rupa-rupanya lelaki itu bapa ayam dan dia memberitahu mangsa sudah dijual kepadanya oleh rakannya sendiri dengan harga RM3,000. Biarpun mangsa berulang kali merayu dikasihani, permintaannya tidak diendahkan," katanya. Menurutnya, mangsa kemudian dikurung dalam bilik di premis berkenaan dan di situ ada 10 wanita dipercayai warga China dan Vietnam yang dipaksa menjadi pelacur. Sumber itu berkata, keesokan harinya, mangsa dipaksa memakai pakaian seksi dan menyertai kumpulan pelacur itu beratur sebelum diperagakan kepada pelanggan. "Pada mulanya mangsa enggan, namun akhirnya akur selepas dipukul bapa ayam terbabit. Mangsa dipilih seorang pelanggan dan melayan lelaki itu yang memberitahu dia membayar RM1,680 untuk meniduri mangsa," katanya. Menurutnya, selepas hampir seminggu dikurung di premis berkenaan, mangsa berjaya meloloskan diri jam 7 pagi, Ahad lalu. "Ketika itu, tiada siapa di premis berkenaan dan mangsa membuka pintu menggunakan gunting sebelum melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Kepong dengan bantuan orang awam," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan