Rabu, 17 April 2013

Biaqpila

Biaqpila


MAKCIK OTAI PANTAI DALAM DAN MAT REMPIT KOREK KABURATOR

Posted: 17 Apr 2013 09:30 AM PDT

IJAZAH PALSU ??? KAH! KAH! KAH!

Posted: 17 Apr 2013 05:15 AM PDT





DAP hari ini tampil mempersoalkan kredibiliti dan integriti lima calon BN Selangor, termasuk seorang Timbalan Menteri yang didakwa 'membeli' sijil kelayakan pendidikan tinggi mereka.

Ketua Strategi Pilihanraya DAP, Dr. Ong Kian Ming berkata calon-calon itu disifatkan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai barisan yang kuat.

Tetapi sebenarnya mendapat sijil pendidikan daripada institusi-institusi yang digelar 'kilang ijazah' kerana mengeluarkan ijazah palsu.

Mereka ialah Penyandang Timbalan Menteri Luar, A. Kohillan Pillay, Penyelaras Parlimen Klang, Teh Kim Pooh, Pengerusi Biro Agama Umno Bahagian, Ab Wahab Ibrahim dan juga calon-calon MCA; Ching Eu Boon serta Lee Ban Seng.

"Tiada peruntukan dalam undang-undang yang mewajibkan setiap calon wajib mempunyai ijazah jika ingin bertanding jawatan awam.

"Jika calon-calon ini tanpa rasa bersalah menipu kelayakan sijil mereka, tidak mustahil mereka juga akan melakukan perkara sama dalam urusan kepentingan awam seperti pengurusan dana," tegas Kian Ming dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, Kian Ming menggesa kelima-lima mereka tampil untuk menjelaskan atau menafikan dakwaan bahawa sijil mereka "dibeli".

"Jika mereka gagal menjelaskan semua ini, saya desak mereka untuk menarik diri daripada menjadi calon pada Pilihan Raya Umum 13 nanti," sambungnya.

Calon Parlimen Puchong, Kohillan dikatakan membeli Ijazah Sarjana Sains dalam Ekonomi Industri dan Perdagangan daripada Pacific Western University di Amerika Syarikat (US). Insitusi ini pernah didakwa di mahkamah dan diarahkan tutup setelah didapati bersalah menjual sijil.

Calon Parlimen Klang, Kim Pooh juga didakwa membeli Ijazah Doktor Falsafahnya (PHD) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada New Port University di US sebuah lagi institusi yang dianggap "kilang ijazah".

Calon Umno, Ab Wahab bagi DUN Taman Medan didakwa mendapat PHD beliau dalam bidang Perkhidmatan Awam daripada sebuah institusi di Ireland yang disenaraikan sebagai kilang ijazah oleh British Broadcasting Channel (BBC) pada tahun 2008, iaitu Irish International University.

Sementara itu, calon bagi DUN Pandamaran Eu Boon dikatakan memperoleh PHD Pemasaran Rangkaian daripada St George University International, US yang juga dilaporkan sebagai kilang ijazah.

Begitu juga dengan calon DUN Kajang, Ban Seng yang didakwa mendapatkan Ijazah Pengurusan Perniagaan daripada sebuah kilang ijazah yang lain iaitu Rutherford University, US.



selangorku
PKRL


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

3 PEMIMPIN BN ISYTIHAR PERANG PARTI SENDIRI

Posted: 17 Apr 2013 12:04 AM PDT



Tidak menunggu lama, tiga veteran BN terus mengisytiharkan perang terhadap BN apabila nama mereka tidak termasuk dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan semalam.

Mereka adalah Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed.

Mohan dan Shariff malah memutuskan untuk tetap bertanding, masing-masing di Parlimen Batu Kawan dan Tasik Gelugor, yang akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru.

Mohan juga berkata beliau bercadang untuk bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA).

Manakala Shariff (kanan) pula mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan", tetapi tidak menyebut parti mana akan dipilihnya.

Kesemua mereka akan memaklumkan keputusan muktamad mereka pada Sabtu ini.

Ekoran itu, dengan penamaan calon tidak berapa hari, BN Pulau Pinang kini dikatakan dalam keadaan panik terhadap kemungkinan munculnya kepuakan dalam parti dan sabotaj dalaman di kerusi-kerusi Umno dan Gerakan.

Ia juga sekali gus tidak memberikan petanda yang baik kepada BN yang berharap bergantung kepada Melayu di kampung-kampung dan kawasan campuran - di mana Umno dan Gerakan bertanding.


MK

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

AKSI PANAS KATAK PRU 13

Posted: 16 Apr 2013 09:39 PM PDT

Tiada ulasan: