DUNIACACAMARBA |
- Ibrahim Ali Kecewa, Tanding Bebas, Guna Lambang Apa?
- Faizal Tahir Tampaknya Pasti Tidak Undi, Anda?
- Lelaki 50-an Ajak Budak Bawah Umur Projek Berahi
- Seks Bebas Atas Padang Bola
Ibrahim Ali Kecewa, Tanding Bebas, Guna Lambang Apa? Posted: 16 Apr 2013 08:54 AM PDT [MK] Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008. Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani. Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam. "Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya. "Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal berita itu. Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya. Tak dendam pada BN Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi itu dari PAS Khalid Samad. Bagaimanapun, di Pasir PAS, Ibrahim yang disebut-sebut bertanding atas tiket BN tidak mendapat peluang itu apabila ia diberikan kepada BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa. Sementara itu, Ibrahim menjelaskan, beliau tidak berdendam dengan BN atau Umno apabila memutuskan mahu bertanding sebagai calon bebas. Beliau malah menasihati semua anggota PERKASA supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN di kerusi-kerusi lain. Katanya, keputusan beliau itu dibuat atas permintaan penduduk Pasir Mas dan masih ada banyak agenda yang mahu diperjuangkannya, khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam. Dalam masa yang sama, Ibrahim berterima kasih kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak kerana memilih Zulkifli bertanding menggunakan tiket BN. P/s: Nak guna lambang apa? Lambang ini? Takziah Ibrahim Ali! | ||
Faizal Tahir Tampaknya Pasti Tidak Undi, Anda? Posted: 16 Apr 2013 06:45 AM PDT | ||
Lelaki 50-an Ajak Budak Bawah Umur Projek Berahi Posted: 16 Apr 2013 12:57 AM PDT
[SH] ALOR GAJAH - Seorang promoter jualan trauma selepas diajak melakukan seks rambang di sebuah padang bola di Masjid Tanah, di sini, semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Nurhazlina Shari, 17, dari Tanjung Bidara sedang menunggu rakan sekerjanya didatangi seorang lelaki tidak dikenali menghulurkan sejumlah wang sebelum mengajaknya melakukan seks. Nurhazlina berkata, selepas setengah jam menunggu rakannya seorang diri di sebuah padang bola, seorang lelaki berusia awal 50-an yang menunggang motosikal jenis Honda Ex-5 menghampirinya. Menurutnya, ketika itu, lelaki berkenaan menyapanya yang sedang berdiri di sebelah motosikal dan bertanyakan ia milik siapa. "Selepas itu, lelaki tersebut menghulurkan wang berjumlah RM200 sebelum saya bertanyakan apa tujuan sebenar lelaki itu. "Tanpa segan silu lelaki itu menyatakan hasratnya mengajak saya melakukan hubungan seks dan katanya duit RM200 itu sebagai bayaran perkhidmatan," katanya. Menyedari kawasan berkenaan adalah tempat awam, Nurhazlina menengking lelaki berkenaan kerana bersikap biadab. "Bimbang dengan apa yang berlaku saya terus hubungi rakan supaya datang cepat," katanya. Dalam waktu itu, Nurhazlina sempat mencatat nombor pendaftaran motosikal ditunggang lelaki berkenaan sebelum membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan sebelum siasatan lanjut dilakukan. "Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 52 tahun di sekitar Balai Polis Masjid Tanah beberapa jam selepas mangsa membuat laporan. "Suspek kemudian ditahan dan disiasat dibawa Seksyen 14 Akta kesalahan Kecil 1955 bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya. P/s: Orang tua tidak sedar diri! | ||
Posted: 15 Apr 2013 10:56 PM PDT [SH] SHAH ALAM - Seorang pelajar tingkatan tiga didakwa di Mahkamah Kanak-kanak atas tuduhan merogol rakan sekolahnya, di padang bola, Seksyen 7, di sini, 16 Mac lalu. Bagaimanapun, remaja terbabit mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad. Remaja 15 tahun itu didakwa merogol rakan sekolahnya berusia 13 tahun di padang bola tersebut kira-kira jam 3 pagi. Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan sebatan. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Noora Nisa Ngadirin menawarkan ikat jamin RM4,000 dengan penjamin dan melarang remaja itu mendekati mangsa. Wan Noora Nisa juga memohon agar remaja itu melaporkan diri di balai polis berdekatan sehingga kes selesai. Tertuduh kemudian tidak diwakili peguam bela. Farah Azura membebaskan remaja itu dengan ikat jamin RM3,800 berserta seorang penjamin. Mahkamah kemudian menetapkan 28 Mei depan sebagai sebutan semula kes. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan