Selasa, 16 April 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Liang Lahad Politik di Pasir Mas Perlu Diperluaskan

Posted: 16 Apr 2013 07:35 AM PDT

MSO

Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam memberi peluang kepada bukan ahli Umno untuk bertanding bagi memastikan partinya terus berkuasa dan dia sendiri akan menjadi perdana menteri. Apabila Najib memberi laluan kepada 'si laba-laba hutan' Zulkefli Nordin bertanding di Shah Alam tetapi menafikan si Salentia alias Inchek Ibrahim Ali untuk mendapat by di Pasir Mas, ia boleh dianggap sebagai 'istidraj' buat Umno.


Ibrahim: Sedang menggali kubur.
Zulkefli adalah naib presiden Perkasa(m), manakala Salentia atau Ibrahim adalah presiden. Sepatutnya presiden diberikan keutamaan tetapi tidak timbalan presiden. Zulkefli yang dikenali sebagai Zul 9/10 akan berdepan dengan Khalid Samad di parlimen Shah Alam. Jelas apabila Umno mengirimkan bukan ahlinya untuk berdepan dengan calon PAS, parti berkenaan kehabisan modal.

Pencalonan Zul 9/10 ini juga membuktikan Umno tidak menghormati calon atau tokoh tempatan Shah Alam. Tahun 2004 dan 2008 Umno meletakkan si konspirator menjahamkan Anwar Ibrahim, Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam. Ini bermakna sudah tiga kali pilihan raya umum Umno Selangor gagal menurunkan tokoh tempatan dan sekaligus menunjukkan Umno Selangor kekeringan tokoh.

Bekas kawan Anwar, Ezam Mohd Noor yang sebelum ini disebut-sebut bakal mengepalai Umno untuk mengambil alih kekuasaan dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat senyap sendu tanpa diletak bertanding di mana-mana. Rupa-rupanya Umno tidak begitu bodoh sangat dan teruja dengan kepahlawanan pulut kuning Ezam Mohd Noor.

Perletakkan Zul 9/10 itu adalah dipercayai untuk menjadi ulam muda kepada Pakatan Rakyat. Ia sungguh memalukan Umno khasnya Noh Omar yang sebelum ini cakap besar UBN akan tawan Selangor dan kononnya parti itu mempunyai banyak tokoh berkalibar. Apakah Umno sudah kehabisan tokoh di Selangor sehingga terpaksa membeli si laba-laba hutan yang kuat mengarut?  Zulkefli Nordin dianggap sebagai si anjing oleh orang PKR dan rakyat Kulim Bandar Baru sepatutnya tidak layak lagi dibawa masuk ke dalam gelanggang kerana ia mencemarkan medan politik.

Manusia yang kuat berbohong begitu patut dinyahkan bukan saja dari alam politik tetapi apa-apa gelanggang sosial juga apa lagi agama kerana cakapnya lebih teruk dari Abdulah Ubay.  Sebelum ini dia ini menang atas tikit PKR di Kulim Bandar Baru kemudian melacurkan dirinya untuk hidup dengan Umno. Proses beliau hendak menjadi pelacur semuanya di dalam pengetahuan saya.

Keputusan mengambil ahli parlimen melindungi kepala botak dengan kopiah ini, dan mengenepikan Ibrahim itu juga secara tidak langsung menempek Ibrahim yang merasakan dia begitu gagah dan pasti akan diberi laluan oleh Umno di Pasir Mas. Pengenepian Ibrahim itu menunjukkan beliau tidak lagi ada apa-apa nilai kepada Umno dan Najib Razak. Salakan hebat Ibrahim sebelum ini kononnya dia mampu menumbangkan Nik Aziz dan PAS hanya sebagai salakan kumbang lilin semata-mata. Apa yang berlaku ke atas Ibrahim itu adalah kifarah Tuhan atas dosanya kepada Nik Aziz.

Keputusan yang dibuat itu pastilah mengecewakan Ibrahim Ali. Tidak dapat tidak si Salentia itu akan membuat tindakan susulan mengejutkan. Yang tentunya dia tidak ada pilihan lain lagi melainkan bertanding atas tikit Bebas di dalam pilihan raya 5 Mei nanti yang akan melibatkan pertandingan tiga penjuru. Umno telah mengumumkan nama Timbalan Ketua Bahagian Johan Che Pa untuk calon parlimen. Pengumuman itu mengunci segala pintu helah dan muslihat Ibrahim.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia memberi kepenatan kepada Ibrahim. Apa yang berlaku di Pasir Mas mulai semalam ialah pelebaran liang lahad untuk mengambuskan jasab politik Ibrahim Ali. sudah ada rakyat yang benci dan muak dengan politik Inchek Ibrahim sudah membawa cangkul dan sikul untuk menggali kubnur dan liang lahad untuk mengembumikan jasad politiknya.

Tidak mustahil sekiranya tidak ada pengkhiatan oleh Johan Che Pa, Ibrahim akan hilang wang pertaruhan. Peristiwa semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tahun 2005 akan berulang kembali di mana Ibrahim akan dipolot dengan selut kekalahan sampai hilang pertaruhan. Kecualilah Johan Che Pa yang dikenali sebagai anak didik dan anak buah Ibrahim akan berkorban dengan melakukan pengkhianatan memberi laluan kepada Ibrahim dalam pilihan raya berkenaan. Mengambil iktibar atas kelicitan politik Ibrahim tidak mustahil Johan akan berbuat sesuatu sebagai membalas budi Ibrahim.

Apa pun usaha Johan atau sesiapa selepas ini untuk memenangkan Ibrahim ia akan dicop sebagai bajingan dan syaitan segala syaitan. Satu segi tindakan UBN tidak memberi laluan kepada Ibrahim seperti mana dilakukan kepada Zul 9.10 itu bagus. Ia memberi cabaran besar buat Mahathir Mohamad yang akan berkhemah di Pasir Mas untuk memenangkan Ibrahim Ali.

Kita ucap selamat datang kepada Mahathir ke Pasir Mas yang berhajat untuk membantu Ibrahim Ali. Pasir Mas akan menguji kekuatan dan pengaruh sebenar Mahathir dan juga Ibrahim Ali. Apa yang dapat dikatakan kalau Ibrahim tewas apa lagi sampai hilang wang pertaruhan malunya akan turut ditanggung oleh Mahathir Mohamad. Rasanya elok kalau lubang lahad politik di Pasir Mas diluaskan untuk memuatkan satu jasad lagi iaitu jasad politik Mahathir. Kekalahan Ibrahim bermakna kekalahan Mahathir.

Kematian Ibrahim akan mengheret kepada kematian Mahathir juga. Dan kematian Mahathir di Pasir Mas dalam membantu Ibrahim akan memberi kesan kepada nasib anaknya Mukhriz di Kedah yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB. Apakah pilihan raya ke-13 ini akan hampak dan kohong dengan bangkai dua orang politik ini?

Manakala kepada Zul 9/10 yang telah bebohong dengan saya di dalam dua masjid suci, selamat menjadi kacang panjang buat Khalid Samad di Shah Alam. InsyaAllah saya juga akan naik pentas kali ini.

Senarai calon BN Kedah pada pilihan raya umum ke-13

Posted: 16 Apr 2013 05:01 AM PDT



THE MALAYSIAN INSIDER
 
ALOR SETAR — Berikut ialah senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi 15 kerusi parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini. 
 
PARLIMEN

1. Langkawi : Datuk Nawawi Ahmad (Umno)
2. Jerlun : Datuk Othman Aziz (Umno)
3. Kubang Pasu : Datuk Mohd Johari Baharom (Umno)
4. Padang Terap : Datuk Seri Mahdzir Khalid (Umno)
5. Pokok Sena : Datuk Shahlan Ismail Umno/Muka baharu)

6. Alor Setar : Datuk Seri Chor Chee Heung (MCA)
7. Kuala Kedah : Dr Zaki Zamani Abdul RAshid (Umno/muka baharu)
8. Pendang : Datuk Othman Abdul (Umno)
9. Jerai : Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Umno/muka baharu)
10 Sik : Dr Mansor Abdul Rahman (Umno/muka baharu)

11. Merbok : Prof Dr Ismail Daud (Umno/muka baharu)
12. Sungai Petani : Shamsul Anuar Ismail (Umno/muka baharu)
13. Baling : Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Umno)
14. Padang Serai : Datuk Heng Seai Ke (MCA/muka baharu)
15. Kulim/Bandar Baharu : Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Umno)

Dewan Undangan Negeri

1. Ayer Hangat : Mohd Rawi Abdul Hamid (Umno)
2. Kuah : Nor Saidi Nayan (Umno/muka baharu)
3. Kota Siputeh : Datuk Abu Hassan Sharif (Umno)
4. Ayer Hitam : Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (Umno)
5. Bukit Kayu Hitam : Datuk Ahmad Zaini Jaafar (Umno)

6. Jitra : Aminuddin Omar (Umno/Muka baharu)
7. Kuala Nerang : Badrol Hisham Hashim (Umno/muka baharu)
8. Pedu : Kama Noriah Ibrahim (Umno/muka baharu)
9. Bukit Lada : Datuk Ahmad Lebai Sudin (Umno)
10. Bukit Pinang : Mokhtar Mohd Nor (Umno/muka baharu)

11. Derga : Dr Cheah Soon Hai (Gerakan)
12. Bakar Bata : Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)
13. Kota Darul Aman : Loh Gim Hooi (MCA)
14. Alor Mengkudu : Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (Umno/muka baharu)
15. Anak Bukit : Datuk Hashim Yahya (Umno)

16. Kubang Rotan : Datuk Latt Shariman Abdullah (Umno/muka baharu)
17. pengkalan kundor -noor hasita mat isa (umno) (muka baru)
18. Tokai : Najmudin Darus (Umno/muka baharu)
19. Sungai Tiang : Datuk Suraya Yaacob (Umno)
20. Sungai Limau : Fadzilah Mohd Ali (Umno/muka baharu)

21. Guar Chempedak : Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ismail (Umno)
22. Gurun : Dr Leong Yong Kong (MCA)
23. Belantek : Datuk Mohd Tajuddin Abdullah (Umno)
24. Jeneri : Mahadzir Abdul Hamid (Umno/muka baharu)
25. Bukit Selambau : M.L. Maran (MIC) (muka baharu)

26. Tanjong Dawai : Datuk Tajul Urus Mat Zain (Umno)
27. Pantai Merdeka : Ali Yahya (Umno/muka baharu)
28. Bakar Arang : Dr Lee Yean Wang (MCA/muka baharu)
29. Sidam : Bee Sieong Heng (Gerakan/muka baharu)
30. Bayu : Datuk Azmi Che Husain (Umno)

32. Kupang : Harun Abdul Aziz (Umno/muka baharu)
32. Kuala Ketil : Mohd Khairul Abdullah (Umno/muka baharu)
33. Merbau Pulas : Datuk Marlia Abdul Latif (Umno)
34. Lunas : S. Ananthan (MIC)
35. Kulim : Chua Thiong Gee (MCA/muka baharu)

36. Bandar Baharu : Nor Sabrina Mohd Noor (Umno/muka baharu)
Bernama

Zul Nordin: BN tidak hormati agama Hindu

Posted: 16 Apr 2013 04:10 AM PDT

Harakahdaily,


PULAU PINANG: Pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk seri Najib Tun Razak bahawa Pemimpin Perkasa Zulkifli Nordin sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Shah Alam membuktikan bahawa BN tidak menghormati perasaan masyarakat India beragama Hindu di Malaysia.

Pemilihan ini juga buktikan laungan 1Malaysia oleh pemimpin BN, khususnya oleh Datuk Seri Najib itu sendiri adalah retorik politik yang bertujuan memperbodohkan rakyat.

Demikian kata Satees Muniandy (gambar), Penolong Setiausaha DAPSY Pulau Pinang dalam satu kenyataannya hari ini.

Baru-baru ini, satu klip video telah tersebar di laman-laman media social, yang memaparkan Zulkifli Nordin menghina Tuhan dan kepercayaan orang-orang Hindu di Malaysia.

Walaupun, Zulkifli kemudianya telah memohon maaf dan memberitahu bahawa ucapanya itu dibuat 10 tahun dahulu, semasa beliau menanggotai PAS, saya telahpun membongkarkan bahawa Zulkifli Nordin tidak ikhlas dalam permohonan maafnya dan telah menipu.

Ini kerana kerana Dewa Murugan yang dibina di luar Batu Caves yang disebut dalam ucapan Zulkifli Nordin hanya siap dibina pada tahun 2006, iaitu 7 tahun lalu dan bukannya 10 tahun.

Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas Zulkifli Nordin namun tiada tindakan telah diambil terhadapnya.

Masyarakat Hindu di Malaysia, amat tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa yang enggan mengambil tindakan terhadap Zulkifli Nordin itu.

Walaubagaimanapun akhirnya UMNO-Barisan Nasional telah menunjukkan wajah ekstrim sebenarnya dengan mencalonkan ekstremis ini di Parlimen Shah Alam.

Pencalonan Zulkifli Nordin membuktikan Laungan 1Malaysia oleh Najib dan para pemimpin BN adalah retorik kosong untuk mengaburkan mata rakyat sahaja.

DAPSY Pulau Pinang mengecam tindakan Barisan Nasional yang melindungi ekstremis bernama Zulkifli Nordin ini dan menawarkanya untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional di PRU13 ini.

"Saya juga tertanya-tanya apakah tindakan selanjut MIC dan parti-parti India seperti Makkal Sakthi & IPF yang menyokong BN dan kononya memperjuangkan hak orang-orang India di Malaysia?

"Adakah mereka akan berkempen menyokong Zulkifli Nordin sebagai calon BN secara terbuka atau secara senyap?" tanya beliau.

Yang nyata, katanya, masyarakat India akan menolak Barisan Nasional pada PRU 13 5hb Mei ini, kerana bukan sahaja Barisan Nasional sering menghina masyarakat Hindu, malah masih tidak sedar kesilapan mereka.

DAPSY Pulau Pinang, katanya, akan membawa isu ini kepada rakyat jelata dan akan pastikan BN ditumbangkan di Putrajaya.

Zul Nordin: Inikah transformasi Umno?

Posted: 16 Apr 2013 04:08 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa,


KUALA LUMPUR: Jika muka baru yang dicalonkan Barisan Nasional adalah seperti Datuk Zulkifli Nordin (gambar), ia membuktikan Umno semakin buruk dan lebih berbahaya sifatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz menyifatkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam membuktikan transformasi yang dimegahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hakikatnya adalah transformasi ke arah yang lebih buruk lagi dan malah BN terbukti menjadi mudharat yang semakin membahayakan negara.

"Ambil tokoh puak baling selipar dalam masjid jadi calon adalah keputusan yang memudharatkan negara dan akan mengakibatkan lebih banyak keburukan," kata beliau merujuk kepada laporan dan rakaman video yang mendakwa sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dan membaling selipar ke dalam Masjid Al-Hussain di Pumpong, Alor Setar pada September lalu.

Beliau yakin, pencalonan orang-orang seperti memberikan wajah yang lebih buruk kepada Umno dan BN.

"Selepas didedahkan video Zulkifli menghina kepercayaan penganut agama Hindu, didedahkan pula videonya memanggil 'keling' kepada orang India.

"Perbuatannya itu memburukkan nama baik Islam malah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menghina sembahan penganut agama lain, sebab itu saya kata pencalonan orang seperti itu membuktikan transformasi Najib menuju ke arah keburukan.

"Umno jelas terbukti semakin buruk dan menakutkan dan kalau dibiarkan terus memerintah, bencana besar akan menimpa negara ini," katanya.

Mahfuz seterusnya berkata, tindakan Umno bermegah-megah kononnya mencalonkan lebih banyak muka baru tidak membawa apa-apa kebaikan jika pemikiran dan doktrin yang mereka anuti tidak berubah malah semakin buruk.

"Untuk apa mencalonkan muka baru jika sikap rasis dan perkauman Umno semakin buruk?

"Malah, perbuatan mengapi-apikan perkauman yang semakin menjadi-jadi semakin menjadi satu-satunya senjata Umno untuk terus berkuasa," katanya.

Lebih dari itu, kata Mahfuz, tidak ada sebarang perubahan pada sifat Umno yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "parti perasuah".

"Sebab itulah, kalaupun calon muda atau calon baru Umno itu mempunyai sifat yang dilihat baik, mereka bukan sahaja tidak dapat membawa kebaikan kepada Umno malah merekalah yang akan dirosakkan oleh parti yang Dr Mahathir sendiri tulis 'busuk hingga ke usus' itu," katanya.

Mahfuz yakin, rakyat mengundi berdasarkan pendirian parti yang lebih menjanjikan keamanan dan kesejahteraan dan bukannya parti yang menaja keganasan dan pertumpahan darah seperti serangan-serangan berdarah ke atas perhimpunan politik secara aman yang didakwa oleh pelbagai laporan sebagai didalangi oleh pemimpin dan ahli Umno.

Untuk rekod, menjelang pilihan raya umum 2004, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS telah menolak nama Zulkifli sebagai salah seorang calon parti Islam itu.

Abim gesa rakyat tolak pengamal politik lucah

Posted: 16 Apr 2013 04:06 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sekali lagi dengan tegas mengutuk perbuatan mengedarkan video lucah untuk kempen pilihan raya ini.

Presidennya, Amidi Abdul Rahman (gambar) berkata, ia melambangkan satu tahap pemikiran yang tidak bertamadun serta menjurus ke arah fenomena politik longkang yang kotor dan menjijikkan.

"Kita menuntut agar perkara ini diberikan perhatian serius oleh semua pihak dalam menghadapi PRU 13 bakal menjelang," kata Amidi dalam kenyataannya.

Baru-baru masyarakat dikejutkan lagi oleh satu video kononnya  merupakan perlakuan lucah pemimpin sebuah parti.

Secara kebetulan ia pemimpin sebuah parti yang sama membentuk satu pakatan dengan pemimpin sebuah parti lain, yang didakwa mengedar video lucahnya diedarkan tidak lama dahulu.

Sehubungan dengan itu, Abim mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini.

Abim, katanya, tidak menolak kemungkinan tindakan ini dipengaruhi oleh pandangan yang mengharuskan pendedahan aib seorang pemimpin seperti yang diqiaskan oleh pihak tertentu seumpama memilih "pasangan hidup!"

Mungkin inilah situasi yang dimahukan oleh pihak berkenaan, yang berpendirian, ia adalah untuk ketelusan dalam memilih pihak yang wajar menjadi pemimpin negara.

Namun, katanya, pandangan yang kurang cermat ini boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam situasi yang tidak sihat.

"Persoalan Adakah benar perkara ini aib? Atau ia adalah fitnah semata-mata? akan terus berlegar-legar serta mencetuskan polemik berpanjangan," tambahnya.

Justeru, Abim menggesa penyebaran perkara ini perlu dihentikan serta merta demi menjaga integriti semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya ini.

Abim tidak mahu pilihanraya menjadi medan lambakkan video-video lucah sebegini yang tidak memberi sebarang terhadap perkembangan demokrasi yang positif, tegas beliau.

Akibatnya, PRU 13 kelak akan  menyaksikan persaingan tidak lagi berasaskan tekad untuk memperjuangkan kebajikan rakyat, tetapi sebaliknya diwarnainya dengan aksi video yang memualkan.

Abim menyeru agar semua pihak tanpa mengira parti untuk menolak budaya politik lucah ini.

"Kita khuatir ia akan menjemput kemurkaan ALlah yang hadir bersama bala dan kutukan. Semoga kita semua terlindung dari sebarang keburukan atas tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab," tambahnya.

Mukhriz turun DUN, kuatkan spekulasi bakal MB

Posted: 16 Apr 2013 04:02 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Ayer Hitam adalah salah satu DUN dalam parlimen Jerlun yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu. Satu lagi DUN adalah Kota Siputeh.

Keputusan parti mempertaruhkan Mukhriz di kerusi tersebut menguatkan lagi desas-desus beliau akan dilantik menjadi menteri besar jika BN menawan semula negeri itu.

Perkara ini sudah lama dispekulasikan, malah pemerhati politik menganggapnya sebagai masalah kerana Mukhriz sering dilihat berusaha menepis cakap-cakap itu.

Kemungkinan itu juga dikatakan kurang disenangi oleh akar umbi, termasuk penyokong pengerusi badan perhubungan Umno negeri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah mungkin boleh bersetuju, tetapi tidak semestinya menjadi penyokongnya.

Oleh itu, soal penerimaan Mukhriz sebagai calon MB masih tidak jelas dan ini mungkin boleh menjejaskan peluang BN.

Daripada aspek lain pula, Mukriz yang dilihat sebagai 'legasi' bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memberi masalah kepada BN dalam rangka menawan negeri Jelapang Padi itu.

Ini kerana difahamkan terdapat kelompok 'anti-Mahathir' dalam BN sendiri yang mungkin gelisah dan tidak senang dengan kemungkinan itu.

Sementara itu, Ahmad Bashah, penyandang kerusi DUN Bakar Bata pula akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Beliau dijangka berdepan dengan bekas pembantu kepada ketua umum PKR, Eekmal Ahmad.

Sementara itu, bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid akan bertanding kerusi parlimen Padang Terap menentang penyandangnya Nasir Zakaria pada pilihan raya umum nanti.

Mahdzir terpaksa melepaskan kerusi Pedu yang disandangnya sebelum ini dan ia diserahkan kepada Kama Nooriah Ibrahim. 

Parlimen

Langkawi: Datuk Nawawi Ahmad
Jerlun: Datuk Othman Aziz
Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom
Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Pokok Sena: Datuk Sahlan Ismail
Alor Star: Datuk Seri Chor Chee Heung
Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid
Pendang: Datuk Othman Abdul
Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Sik: Dr Mansor Abdul Rahman
Merbok: Prof Ismail Daud
Sungai Petani: Dr Shamsul Anuar
Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie
Kulim Bandar Baharu: Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir

DUNAyer Hangat: Mohd Rawi Abdul Hamid
Kuah: Nor Saidi Nayan
Kota Siputeh: Datuk Abu Hasan Sharif
Ayer Hitam: Datuk Mukhriz Mahathir
Bukit Kayu: Hitam Ahmad Zaini Japar
Jitra: Aminuddin Omar
Kuala Nerang: Badrul Hisham Hashim
Pedu: Kama Nooriah Ibrahim
Bukit Lada: Ahmad Lebai Sudin
Bukit Pinang: Mokhtar Md Nor
Derga: Dr Cheah Soon Hai
Bakar Bata: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah
Kota Darul Aman: Loh Gim Hooi
Alor Mengkudu: Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah
Anak Buki: Datuk Hashim Jahaya
Kubang Rotan: Datuk Latt Shariman
Pengkalan Kundor: Norhasnita Md Isa
Tokai: Najmuddin Darus
Sungai Tiang: Datuk Suraya Yaacob
Sungai Limau: Mohd Fadzilah Mohd Ali
Guar Chempedak: Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Gurun: Dr Leong Yong Kong
Belantek: Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Jeneri: Mahadzir Abdul Hamid
Bukit Selambau: M Maran
Tanjung Dawai: Datuk Tajul Urus Mat Zain
Pantai Merdeka: Datuk Ali Yahaya
Bakar Arang: Dr Lee Yean Wang
Sidam: Bee Shiong Heng
Bayu: Datuk Azmi Che Husain
Kupang: Harun Abdul Aziz
Kuala Ketil: Mohd Khairul Azhar Abdullah
Merbau Pulas: Datuk Marlia Abdul Latif
Lunas: S Ananthan
Kulim: Chua Thiong Ghee
Bandar Baharu: Nor Sabrina Mohd Noor

Letak Calon Perkasa : Najib Longkangkan Slogan 1Malaysia

Posted: 16 Apr 2013 03:17 AM PDT


faekah

SHAH ALAM : Tindakan Umno-BN mencalonkan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkefli Nordin di Shah Alam ibarat melongkangkan slogan 1Malaysia yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan itu sebagai mengejutkan tetapi ia membuktikan slogan 1Malaysia itu hanyalah slogan semata-mata.

"Semua hilang masuk dalam longkang dia(Najib) punya slogan 1Malaysia sebab mana-mana calon dalam Perkasa yang jadi calon maknanya slogan 1Malaysia hilang, tidak ada, itu memang slogan semata-mata," katanya kepada TVSelangor.

Aspek utama 1Malaysia adalah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain dan masyarakat majmuk di negara ini perlu disatukan melalui 1Malaysia.

Ini berbeza dengan ideologi Perkasa yang hanya menumpukan kepada kaum Melayu sahaja.

Sebelum ini, Zulkefli mencetuskan kontroversi apabila pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Hindu dan Tuhan sembahan mereka baru-baru ini.

Dalam rakaman video yang dimuat naik ke dalam laman YouTube itu, beliau menceritakan perbualan dengan seorang peniaga kedai berhala Hindu di Kuala Lumpur, yang kedainya dilanda banjir dan berkata Tuhan bagi agama Hindu sendiri tidak mampu menyelamatkan bencana itu.

Dalam pada itu, Faekah menyifatkan keputusan Datuk Seri Noh Omar dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang juga menghairankan.

"Saya ingatkan bahawa semua calon-calon Umno-BN dikatakan telah melalui proses Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

"Saya hairan mengapa Noh Omar ada dalam senarai calon," katanya.

Noh Omar didakwa mempunyai kaitan dengan beberapa kes penyalahgunaan kuasa seperti subsidi benih anak padi, kes lembu National Feedlot Corporation(NFC) dan juga kolam ternakan udang di Tanjong Karang.

PRU13: Senarai calon BN Wilayah Persekutuan

Posted: 16 Apr 2013 02:31 AM PDT

SINAR HARIAN

PRU13
PRU13
 
KUALA LUMPUR - Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 13 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi BN Wilayah Persekutan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
 
    1. Kepong: Datuk Chandrakumanan Arumugam (PPP)
    2. Batu: Dr Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
    3. Wangsa Maju: Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah (Umno)
    4. Segambut: Jayanthi Devi Balaguru (Gerakan)
    5. Setiawangsa: Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Umno)

    6. Titiwangsa: Datuk Johari Abdul Ghani (Umno)
    7. Bukit Bintang: Frankie Gan Joon Zin (MCA)
    8. Lembah Pantai: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno)
    9. Seputeh: Nicole Wong Siaw Ting (MCA)
    10. Cheras: Teoh Chee Hooi (MCA)

    11. Bandar Tun Razak: Tan Kok Eng (MCA)
    12. Putrajaya: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
    13. Labuan: Rozman Isli (Umno) - Bernama

PRU13: Senarai calon BN Pahang

Posted: 16 Apr 2013 02:27 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
PRU13
PRU13
 
[DIKEMAS KINI] BERIKUT calon Barisan Nasional negeri Pahang yang diumumkan hari ini.

P78 Cameron Highlanda Datuk Seri G.Palanivel
N.1 Tanah Rata Ho Yip Kap
N.2 Jelai. Wan Rosdy

P.79 Lipis M Shahrom Osman
N.3 Padang Tengku. A Rahman Mohamad
N.4 Ceka. Fong Kong Fue
N.5 Benta. Soffi Razak

P.80 Raub Ho Kai Man
N.6 Batu Talam Aziz Kiram
N.7 Tras. Lim Li Hiang
N.8 Dong. Khairuddin Moin.

P.81 Jerantut. Ahmad Nazlan Idris
N.9 Tahan. Wan Amizan
N.10 Damak. Lau Lee
N.11 Pulau Tawar Ismail

P.82 Indera Mahkota. Adanan Mamat
N.12 Beserah. Hasni Lisut
N.13 Semambu. Pang Su Ming

P.83 Kuantan. Suffian Awang
N.14 Teruntum. Chang Hong Chong
N.15 Tanjung Lumpur. Tg Zulkifli Tg Ahmad
N.16 Inderapura. Shafik Fauzan

P.84 Paya Besar. Abd Manan Ismail
N.17 Sg. Lembing. Suhaimi
N.18 Lepar. Suhaimi Jusoh
N.19 Panching. Zaili Besar

P.85 Pekan. Najib Razak
N.20 Pulau Manis. Khairudin Mahmud
N.21 Peramu Jaya. Sh Ahmad Fauzi
N.22 Bebar. Ibrahim Ismail
N.23 Chini. Abu Bakar Harun

P.86 Maran. Ismail Talib
N.24 Luit. Norhidayah Suhaimi
N.25 Kuala Sentul. Shahaniza
N.26 Cenur. Ariffin Awg Ismail

P.87 Kuala Krau. Ismail Said
N.27 Jenderak. Mohamad Jaafar
N.28 Kerdau. Syed  Ibrahim
N.29 Jengka. Wan Salman

P.88 Temerloh. Safudin Abdullah
N.30 Mentakab. Chuah Boon Seng
N.31 Lanchang. Sharkar
N.32 Kuala Semantan. Mohd Anuar Mohd Yunos

P.89 Bentong Datuk Seri Liow Tong Lai
N.33 Bilut. Yong Kim Soon
N.34 Ketari. Wong Su Yap
N.35 Sabai. R.Gunasakaran
N.36 Pelangai. Adnan Yaakob

P.90 Bera. Ismail Sabri Yaakob
N.37 Guai. Norol Azali
N.37 Triang. Tan Tin Loon
N.39 Kemayan. Fadil Osman.

P.91 Rompin. Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis

N.40 Bukit Ibam. Datuk Wan Kadri Wan Mahusein
N.41 Muadzam Shah. Maznah Mazlan
N.42 Tioman Datuk Kapten (B) Mohd Johari Hussain

PRU13: Senarai calon BN Selangor

Posted: 16 Apr 2013 02:25 AM PDT

RUWAIDA MD ZAIN

PRU13
PRU13
 
BERIKUT calon PRU13 Barisan Nasional  (BN) Selangor yang diumumkan hari ini.


P092 SABAK BERNAM
BN : Mohd Fasiah Mohd Fakeh

N1 SUNGAI AIR TAWAR
BN : Kamarol Zaki Abdul Malik

N2 SABAK
BN : Abdul Halim Udin

P093 SUNGAI BESAR
BN : Noriah Kasnon

N3 SUNGAI PANJANG
BN : Budiman Mohd Zohdi

N4 SEKINCHAN
BN : Kek Seng Hooi


P094 HULU SELANGOR
BN : P Kamalanathan


N5 HULU BERNAM
BN : Rosni Sohar

N6 KUALA KUBU BHARU
BN : Jessie Ooi

N7 BATANG KALI
BN : Mat Nadzari Ahmad Dahlan


P095 TANJUNG KARANG
BN : Noh Omar

N8 SUNGAI BURONG
BN : Mohd Shamsuddin Lias

N9 PERMATANG
BN : Sulaiman Razak


P096 KUALA SELANGOR
BN : Irmohizam Ibrahim

N10 BUKIT MELAWATI
BN : Jakiran Jacomah

N11 IJOK
BN : K Parthiban

N12 JERAM
BN : Amiruddin Setro


P097 SELAYANG
BN : Donald Lim Siang Chai

N13 KUANG
BN : Abdul Shukor Idrus

N14 RAWANG
BN : Lee Li Yew

N15 TAMAN TEMPLER
BN : Subahan Kamal


P098 GOMBAK
BN : Raman Ismail

N16 BATU CAVES
BN : N Rawisandran

N17 GOMBAK SETIA
BN : Said Anwar Said Ahmad

N18 HULU KLANG
BN : Abdul Rahim Pandak Kamruddin


P099 AMPANG
BN : Rozaidah Talib

N19 BUKIT ANTARABANGSA
BN : Mohamad Nadzim Ibrahim

N20 LEMBAH JAYA
BN : Baderisham Jolly


P100 PANDAN
BN : Lim Chin Yee

N21 CHEMPAKA
BN : Muhammad Faizal Sufar

N22 TERATAI
BN : Liew Pok Boon


P101 HULU LANGAT
BN : Adzhaliza Mohd Nor

N23 DUSUN TUA
BN : Ismail Sani

N24 SEMENYIH
BN : Johan Abd Aziz

N25 KAJANG
BN : Lee Ban Seng


P102 SERDANG
BN : Yap Pian Hon

N26 BANGI
BN : Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria

N27 BALAKONG
BN : Lai Kwong Choy

N28 SERI KEMBANGAN
BN : Chin Toong Kang


P103 PUCHONG
BN : A Kohilan Pillay

N29 SERI SERDANG
BN : Mohamad Yusof Mohamed Yassin

N30 KINRARA
BN : Wong Hock Aun


P104 KELANA JAYA
BN : Loh Seng Kok

N31 SUBANG JAYA
BN : Gan Meng Foo

N32 SERI SETIA
BN : Tengku Rethwan Tengku Mansor


P105 PETALING JAYA SELATAN
BN : Sheah Kok Fah

N33 TAMAN MEDAN
BN : Ab Wahab Ibrahim

N34 BUKIT GASING
BN : Juan Sei Chang


P106 PETALING JAYA UTARA
BN : Chew Hoong Ling

N35 KAMPUNG TUNKU
BN : Chong Seng Foo

N36 DAMANSARA UTAMA
BN : Lim Choon Kin


P107 SUBANG
BN : A Prakash Rao

N37 BUKIT LANJAN
BN : Francis Chong Tuck Chiew

N38 PAYA JARAS
BN : Muhammad Bushro Mat Johor

N39 KOTA DAMANSARA
BN : Halimaton Saadiah Bohan


P108 SHAH ALAM
BN : Zulkifli Noordin

N40 KOTA ANGGERIK
BN : Mohd Yusof Din

N41 BATU TIGA
BN : Ahmad Nawawi M Zin


P109 KAPAR
BN : A Sakthivel

N42 MERU
BN : Sukaiman Ahmad

N43 SEMENTA
BN : Md Ghazali Md Amin

N44 SUNGAI PINANG
BN : Lee Siew Chee

N45 SELAT KLANG
BN : Faisal Yahya


P110 KLANG
BN : Teh Kim Poo

N46 PELABUHAN KLANG
BN : Nassaruddin M Zin

N47 PANDAMARAN
BN : Ching Eu Boon

N48 KOTA ALAM SHAH
BN : Maglin Dennis Dcruz


P111 KOTA RAJA
BN : S Murugessan

N49 SERI ANDALAS
BN : T Mohan

N50 SERI MUDA
BN : Mohd Abdul Roaf Mokhtar


P112 KUALA LANGAT
BN : Sharuddin Omar

N51 SIJANGKANG
BN : Zurihan Yusop


N52 TELUK DATUK
BN : Tan Cheng Chai

N53 MORIB
BN : Hasiman Sidom


P113 SEPANG
BN : Mohd Zin Mohamed

N54 TANJONG SEPAT
BN : Nisman Yusof

N55 DENGKIL
BN : Shahrum Mohd Sharif

N56 SUNGAI PELEK
BN : Ng Chok Sin

PRU13: Senarai calon BN Perlis

Posted: 16 Apr 2013 02:19 AM PDT

INAR HARIAN

PRU13
PRU13
 
KANGAR - Berikut ialah senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi tiga kerusi parlimen dan 15 dewan undangan negeri (DUN) di Perlis untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini.
  
    PARLIMEN
  
    1. Padang Besar : Datuk Zahidi Zainul Abidin
    2. Kangar: Shaharuddin Ismail (muka baru)
    3. Arau: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
  
    NEGERI
  
    1. Titi Tinggi: Khaw Hock Kong (muka baru)
    2. Beseri: Datuk Mat Rawi Kassim
    3. Chuping: Asmaiza binti Ahmad (muka baru)
    4. Mata Ayer: Khairi Hassan
    5. Santan: Sabry Ahmad

    6. Bintong: Rela binti Ahmad (muka baru)
    7. Sena: Abdul Jamil Saad
    8. Indera Kayangan: Dr Por Choo Chor
    9. Kuala Perlis: Mat bin Hassan
    10. Kayang: Ahmad Bakri bin Ali

    11. Pauh: Azlan Man (muka baru)
    12. Tambun Tulang: Datuk Ismail Kassim
    13. Guar Sanji: Jafperi Othman
    14. Simpang Empat: Nurulhisham Yaakob (muka baru)
    15. Sanglang: Fathul Bari Mat Jahya (muka baru)

 - Bernama

Calon KEADILAN Selangor terbaik dalam sejarah – Nik Nazmi

Posted: 16 Apr 2013 02:15 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

PETALING JAYA : Barisan calon KEADILAN bagi mempertahan kemenangan Selangor pada pilihan raya kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurutnya, gabungan itu merangkumi calon muka lama dan baru serta dari pelbagai latar belakang kerjaya, usia dan kaum.

Nik 1

"Ia satu gabungan yang kuat, dan saya yakin PAS serta DAP juga akan menampilkan calon yang tidak kurang hebatnya.

"KEADILAN bersedia dan berbangga untuk berkempen bersama (PAS dan DAP)," kata Nik Nazmi pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Beliau yang turut sama dicalonkan untuk mempertahan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia juga mengalu-alukan calon baru.

Mereka termasuk dari wanita, Tengku Maraziah Tengku Sulaiman (Kuang) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa). Selain itu, Datuk Ramachandran Kandasamy (Batang Kali) dan G Manivanan (Kapar).

"Kita juga ada tokoh parti, antaranya Dr Abdul Aziz Bari (Sabak Bernam), Khalid Jaafar (Hulu Selangor), Wong Chen (Kelana Jaya), dan sahabat saya, Rafizi Ramli (Pandan)," katanya.

"Persaingan di Selangor pasti sengit, apatah lagi melihat Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengetuai kempen BN di negeri ini," kata Nik Nazmi lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau mengulas isu kerusi DUN Kota Damansara yang sedang dibincangkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

"Kita sentiasa menghargai sokongan PSM dan bekerjasama baik dengan mereka. Kita yakin status mengenai Kota Damansara akan diselesaikan secepat mungkin," jelasnya.

Untuk mengetahui senarai penuh calon KEADILAN di Selangor KLIK SINI. -NS

PRU 13: Bekas calon BN protes senarai Najib Razak

Posted: 16 Apr 2013 02:11 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Protes dalaman sebaik sahaja Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengisytihar senarai calon BN, hampir pasti berlaku sama ada secara terbuka atau senyap.

Ia berikutan cadangan Najib meletak ramai muka baru di kawasan BN tewas pada PRU 12, tidak disenangi pemimpin senior yang mahu menjadi calon.

Pada masa sama, pemimpin senior yang digugur mahu orang sendiri menggantikan kedudukannya, sebaliknya kerusi diberi kepada orang lain.

Mengikut sumber, beberapa kumpulan tertentu di beberapa negeri berbeza sudah menjalin perjanjian sulit untuk memenangkan calon Pakatan, sebagai protes senyap.

Mereka dikatakan berlakon menyokong BN tetapi mengajak penyokong memastikan calon BN kalah asalkan mereka tidak diketepi apabila Pakatan membentuk kerajaan.

Situasi itu, mengikut sumber, lebih buruk berbanding PRU 12 yang dianggap 'kejadian undi protes paling buruk di Malaysia' berikutan faktor 'Khairy Jamaluddin'.

Protes terbuka seperti yang dilakukan 30 penyokong BN depan ibu pejabat Umno semalam berikutan tidak berpuas hati dengan calon payung terjun ke DUN Seri Setia, dijangka menjadi-jadi.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Pengarah Biro Latihan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub berkata hasrat Najib meletak calon 'katak' dari Pakatan turut dibantah ahli akar umbi.

Katanya, campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menentukan calon, juga tidak dapat dielak bagi menjaga kepentingannya sedangkan Najib punya hitungan sendiri.

Malah, Mahathir secara terbuka memberi isyarat kepada Najib supaya mengetepi calon BN untuk memberi laluan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas.

"Tindakan letak calon tak popular dapat tentangan. Kehendak akar umbi dibalas sikap pucuk pimpinan Umno BN yang seolah-olah mahu menguasai semuanya.

"BN retak, Umno tikam sesama sendiri. Campur tangan pucuk pimpinan Umno BN berlaku kerana faktor calon dilihat sangat penting," kata calon Parlimen KEADILAN Pasir Salak yang turut mendapati persaingan kerusi antara parti komponen BN juga, sengit.

PRU13: Senarai calon BN Pulau Pinang

Posted: 16 Apr 2013 02:06 AM PDT

SINAR HARIAN

PRU13
PRU13
 
BERIKUT senarai calon BN bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang diumum Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow hari ini.

PARLIMEN

Kepala Batas: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno - muka baharu)
Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (Umno)
Bagan: Chua Teik Siang (MCA)
Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno - muka baharu)
Batu Kawan: N.Gobalakrishnan (Gerakan - muka baharu)
Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA)
Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno)
Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan - muka baharu)
Tanjong: Ng Song Kheng (Gerakan - muka baharu)
Jelutong: Ng Fook On (Gerakan)
Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam (MCA)
Bayan Baru: Tang Heap Seng (MCA)
Balik Pulau: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

KERUSI NEGERI

Penaga: Mohd Zain Ahmad (Umno - muka baharu)
Bertam: Shariful Azhar Othman (Umno - muka baharu)
Pinang Tunggal: Datuk Roslan Saidin (Umno)
Permatang Berangan: Omar Abdul Hamid (Umno - muka baharu)
Sungai Dua: Muhamad Yusoff Mohd Noor (Umno - muka baharu)
Telok Air Tawar: Datuk Jahara Abdul Hamid (Umno)
Sungai Puyu: Sum Yoo Keong (MCA)
Bagan Jermal: Tan Chuan Hong (MCA)
Bagan Dalam: M.Karuppanan (MIC - muka baharu)
Seberang Jaya: Mohamad Nasir Abdullah (Umno - muka baharu)
Permatang Pasir: Anuar Faisal Yahaya (Umno - muka baharu)
Penanti: Ibrahim Ahmad (Umno - muka baharu)
Berapit: Lau Chiek Tuan (MCA)
Machang Bubuk: Tan Lok Heah (Gerakan)
Padang Lalang: Tan Teik Cheng (MCA)
Perai: L. Krishnan (MIC - muka baharu)
Bukit Tengah: Teng Chang Yeow (Gerakan)
Bukit Tambun: Lai Chew Hock (Gerakan)\
Jawi: Tan Cheng Liang (MCA)
Sungai Bakap: Mohd Foad Mat Isa (Umno)
Sungai Acheh: Datuk Mahmud Zakaria (Umno)
Tanjung Bungah: Chia Kwang Chye (Gerakan)
Air Putih: Tan Ken Keong (MCA - muka baharu)
Kebun Bunga: Hng Chee Wey (Gerakan - muka baharu)
Pulau Tikus: Rowena Yam (Gerakan - muka baharu)
Padang Kota: Oh Tong Keong (Gerakan - muka baharu)
Pengkalan Kota: Loke Cheng Gin (MCA - muka baharu)
Komtar: Loh Chye Teik (MCA - muka baharu)
Datok Keramat: Ong Thean Lye (Gerakan)
Sungai Pinang: Thor Teong Gee (Gerakan)
Batu Lanchang: Lee Boon Ten (Gerakan)
Sri Delima: Low Joo Hiap (MCA - muka baharu)
Air Itam: Loo Jieh Sheng (Gerakan - muka baharu)
Paya Terubong: Koh Wan Leong (MCA)
Batu Uban: Goh Kheang Sneah (Gerakan)
Pantai Jerejak: Wong Mun Hoe (Gerakan)
Batu Maung: Mansor Musa (Umno)
Bayan Lepas: Nordin Ahmad (Umno - muka baharu)
Pulau Betong: Muhamad Farid Saad (Umno)
Teluk Bahang: Shah Headan Ayoob Hussain Shah (Umno - muka baharu)

- Bernama

Senarai calon BN Kelantan

Posted: 16 Apr 2013 02:05 AM PDT

SINAR HARIAN

KOTA BHARU - Berikut ialah senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan untuk pilihan raya umum ke-13 yang diumum Pengerusi Barisan Nasional Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

PARLIMEN

1. Tumpat: Mansor Salleh (Umno)
2. Pengkalan Chepa: Datuk Dali Husin (Umno)
3. Kota Baharu: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (Umno)
4. Pasir Mas: Che Johan Che Pa (Umno/ Muka Baharu)
5. Rantau Panjang: Ghazali Ismail (Umno/Muka Baharu)

6. Kubang Kerian: Anuar Safian (Umno)
7. Bachok: Datuk Awang Adek Husin (Umno)
8. Ketereh: Tan Sri Annuar Musa (Umno)
9. Tanah Merah: Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Umno)
10. Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat (Umno/Muka Baharu)

11. Machang: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Umno)
12. Jeli: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno)
13. Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat (Umno).
14. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (Umno).

DEWAN UNDANGAN NEGERI

1. Pengkalan Kubor: Datuk Noor Zahidi Omar (Umno)
2. Kelaboran: Wan Hanapi Wan Yaacob (Umno)
3. Pasir Pekan: Nik Noriza Nik Salleh (Umno)
4. Wakaf Bharu: Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz (Umno)
5. Kijang: Zaluzi Sulaiman (Umno)

6. Chempaka: Wan Razman Wan Abd Razak (Umno/Muka Baharu)
7. Panchor: Che Rosli Hassan (Umno)
8. Tanjong Mas: Kanidy Omar (Umno/Muka Baharu)
9. Kota Lama: Tan Ken Ten (MCA)
10. Bunut Payong: Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim (Umno/Muka Baharu)

11. Tendong: Datuk Hanafi Mamat (Umno)
12. Pengkalan Pasir: Tuan Anuwa Tuan Mat (Umno)
13. Chetok: Aimi Jusoh (Umno/Muka Baharu)
14. Meranti: Mohd Afandi Yusoff (Umno)
15. Gual Periok: Shaari Mat Husain (Umno)

16. Bukit Tuku: Mohd Zain Ismail (Umno)
17. Salor: Datuk Mohamad Nordin Awang (Umno/Muka Baharu)
18. Pasir Tumboh: Mohd Shamsul Mohd Yusoff (Umno/Muka Baharu)
19. Demit: Wan Mohd Nazi Wan Hamat (Umno/Muka Baharu)
20. Tawang: Mohd Zain Yasim (Umno/Muka Baharu)

21. Perupok: Datuk Mohd Zaidi Sidek (Umno)
22. Jelawat: Datuk Ilias Husain (Umno)
23. Melor: Mohd Othman Omar (Umno/Muka Baharu)
24. Kadok: Mohamad Basri Awang (Umno/Muka Baharu)
25. Kok Lanas: Datuk Md Alwi Che Ahmad (Umno)

26. Bukit Panau: Baharudin Yusof (Umno/Muka Baharu)
27. Gual Ipoh: Bakri @ Mohd Bakri Mustapha (Umno/Muka Baharu)
28. Kemahang: Dayang Saniah Awang Hamid (Umno/Muka Baharu)
29. Selising: Zulkifli Ali (Umno/Muka Baharu)
30. Limbongan: Mohd Rujhan Salleh (Umno/Muka Baharu)

31. Semerak: Zawawi Othman (Umno/Muka Baharu)
32. Gaal: Redzuan Stapha (Umno/Muka Baharu)
33. Pulai Chondong: Halim @ Ab Halim Ismail (Umno/Muka Baharu)
34. Temangan: Azemi Mat Zin (Umno/Muka Baharu)
35. Kemuning: Eriandi Ismail (Umno/Muka Baharu)

36. Bukit Bunga: Mohd Adhan Kechik (Umno)
37. Air Lanas: Datuk Seri Mustapa Mohamed (Umno)
38. Kuala Balah: Datuk Abdul Aziz Derashid (Umno)
39. Mengkebang: Azizzuddin Hussein (Umno)
40. Guchil: Datuk Nik Sapeia Nik Yusof (PPP/Muka Baharu)

41. Manek Urai: Che Jalal Muda (Umno/Muka Baharu)
42. Dabong: Datuk Ramzi Ab Rahman (Umno)
43. Nenggiri: Mat Yusoff Abdul Ghani (Umno)
44. Paloh: Datuk Nozula Mat Diah (Umno)
45. Galas: Ab Aziz Yusoff (Umno)

- Bernama

Mustapa tanding kerusi Parlimen Jeli, Dun Air Lanas

Posted: 16 Apr 2013 02:03 AM PDT

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
 
KOTA BHARU - Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding di kerusi Parlimen Jeli dan Dun Air Lanas  sekali gus mengesahkan spekulasi beliau akan diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketika mengumumkan BN Kelantan hari ini, Tengku Razaleigh Hamzah turut diumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa akan bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.

Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di kerusi Parlimen Bachok.

MCA berdepan ‘pertempuran hidup mati’ pada PRU13, kata presiden

Posted: 16 Apr 2013 02:00 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— MCA berdepan "pertempuran hidup atau mati" pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan perlu menggunakan strategi baru untuk menghadapinya, kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Pada pilihan raya kali ini, parti itu melepaskan kerusi Parlimen Gelang Patah, yang kini menjadi medan pertempuran antara Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan penasihat DAP Lim Kit Siang. MCA akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kurang tiga kerusi Parlimen berbanding pilihan raya 2008, dengan 68 muka baru di kalangan 127 calonnya.

Timbalan Ketua Wanita MCA Tan Ah Eng mempertahan kerusi Gelang Patah untuk BN pada 2008, bagaimanapun, beliau tidak akan bertanding kali ini dan laporan terdahulu menyatakan kerusi itu bakal diambil alih muka baru Jason Leong.

"PRU kali ini adalah pertempuran hidup atau mati untuk MCA, kita perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan memastikan semua calon BN menang kerana keputusan itu akan memberi kesan terhadap masa depan politik MCA serta negara," katanya.

Beliau berkata matlamat utama MCA ialah memastikan BN akan terus membentuk kerajaan selepas PRU.

"Untuk mereka yang tidak terpilih sebagai calon, saya faham kekecewaan yang dirasai bahagian anda, namun saya berharap anggota parti akan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dan marilah kita tunjukkan kesetiaan serta kasih sayang kepada parti, kita perlu kekal bersatu dalam menghadapi PRU," kata Dr Chua yang juga tidak akan bertanding.

Selain Gelang Patah, MCA menggugurkan Kuantan dan Wangsa Maju daripada senarainya. Turut digugurkan ialah penyandang kerusi Pandan, yang juga bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee, sekali gus menamatkan spekulasi selama berbulan-bulan sama ada beliau akan bertanding atau tidak.

Ong diganti peguam berusia 39 tahun, Garry Lim Chin Yee, iaitu penasihat undang-undang MCA bahagian Pandan, yang bakal berdepan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Dua Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, penyandang kerusi Raub, dan Senator Gan Ping Sieu, yang sebelum ini diuar-uar akan bertanding di kerusi Parlimen Kluang, turut diketepi.

Anggota Jawatankuasa Pusat MCA merangkap Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Pembangunan Keluarga Senator Datuk Heng Seai Kie pula akan membuat penampilan sulung di kerusi Parlimen Padang Serai serta berdepan calon PKR N. Surendran.

Kerusi Pulai pula akan dipertahan Timbalan Pengerusi bahagian parti itu Tay Chin Hein, 45, iaitu mengambil alih tempat bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting, yang tidak akan bertanding.

Abang Ka Ting iaitu Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang juga bekas Setiausaha Agung MCA, pula akan bertanding untuk penggal kedua di kawasan Parlimen Tanjung Malim.

Berusia 70 tahun, Datuk Yap Pian Hon pula menjadi calon tertua parti itu dan beliau berazam mengembalikan kerusi Parlimen Serdang selepas tewas pada PRU 2008 manakala calon termuda MCA ialah Daniel Wa Wai How, 25, yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Keranji di Perak.

Beliau merupakan pegawai khas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong, yang bakal mempertahan kerusi Parlimen Kampar.

MCA juga bertukar dua kerusi DUN dengan Jelapang diserah kepada MIC untuk kerusi Sungkai manakala Tanah Rata diserah kepada Gerakan untuk kerusi Ketari di Pahang. Parti itu diberi kerusi DUN Luyang di Sabah bagi menggantikan kerusi Kota Laksamana di Melaka, yang bakal ditandingi calon Parti Progresif Rakyat (PPP).

Bagaimanapun, MCA belum menamakan calon untuk kerusi DUN Teras di Pahang dan Parit Yaani di Johor. Secara keseluruhan, 19 calon atau 51 peratus daripada 37 calon MCA yang bakal bertanding di kerusi Parlimen adalah muka baru. Bagi kerusi DUN, parti itu memilih 49 muka baru yang mewakili 54 peratus daripada 90 calon MCA. — Bernama

Apakah pemilihan parti dibelakang senarai calon PRU13 MCA?

Posted: 16 Apr 2013 01:58 AM PDT

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang

KUALA LUMPUR — Langkah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggugurkan dua pemimpin kanan MCA dan meletakkan orang-orangnya telahpun menyebabkan ombak besar dalam partinya, namun adakah ianya akan membantu Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 atau hanya presiden parti dalam pemilihan dalaman tahun ini? 
 
Dan apakah ahli veteran seperti bekas presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat tidak dianggap sebagai "calon boleh menang" di kubu kuatnya parlimen Pandan yang akan di menyaksikan "jaguh" PKR Rafizi Ramli akan bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei nanti?

Bekas sekutu Ong, naib presiden parti Senator Gan Peng Sieu turut digugurkan dalam senarai calon yang diumumkan oleh Dr Chua semalam, menyebabkan timbul keyakinan hanya orang presiden bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini, akan tetapi Menteri Pelancongan kontroversi itu berkata beliau yang mahukannya walaupun terdapat kebimbangan prestasinya telah menjejaskan BN dalam beberapa tahun lepas.

"Pada asasnya, Chua Soi Lek sedang menyediakan untuk pemilihan MCA selepas PRU. Oleh itu, beliau menggugurkan semua pesaing dan penyokong mereka," kata satu sumber MCA kepada The Malaysian Insider.

"Semuanya orang presiden untuk PRU13," tambah beliau, mengatakan senarai calon memperkuatkan Dr Chua dalam pemilihan parti akan datang berbanding membantu BN mempertahankan Putrajaya.

Dr Chua mengalahkan Ong dalam pemilihan parti pada 2010 dan pemilihan parti akan datang perlu diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum.

Tidak diketahui apakah kedua-duanya akan bertanding dalam pemilihan parti akan datang, tetapi jika Ong menang pilihan raya ia akan menyulitkan Dr Chua untuk mengekalkan jawatan presiden, kata sumber.

Satu lagi sumber mengatakan parti memerlukan pemimpin tidak mementingkan diri sendiri tetapi sengitnya persaingan dalaman telah meguasai senarai yang diberikan kepada pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

"Sama seperti parti BN lain. Politik dalaman menentukan siapa dinamakan untuk bertanding.

"Tidak penting sama ada mereka menang PRU13 akan tetapi selagi pasukan mereka menang dan mengawal MCA," katanya.

Beliau membangkitkan Dr Chua sanggup membiarkan beberapa kerusi dan "meminjamkannya" kepada Umno dan MIC daripada meletakkan calon dan melawan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

"Kita sudah namakan orang di kerusi Wangsa Maju dan Gelang Patah tetapi sekarang Umno sudah mengambilnya dan kita tidak berbuat bising. Chua hanya tumpu kepada pemilihan parti, bukan PRU13," tambah beliau.

MCA bertanding 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tiga kerusi parlimen kurang daripada Pilihan Raya 2008 dalam apa yang pengkritik katakan sebagai hilangnya pengaruh untuk undi Cina sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bahagian MCA di Wangsa Maju dan Gelang Patah telah menyatakan kemarahan dan menutup bilik operasi mereka kerana pemberian kerusi dan takut akan hilang populariti dikalangan masyarakat Cina kerana Umno bertegas mereka lebih berpeluang menang.

Lebih kurang kerusi parlimen MCA akan menjejaskan peluang mereka untuk menang sekurang-kurangnya 15 kerusi sama seperti pada Pilihan Raya 2008. Ianya akan memaksa Dr Chua untuk menunaikan janjinya untuk MCA tidak mengambil sebarang jawatan Kabinet jika gagal menyamai keputusan 2008.

Walau bagaimanapun, kelihatan senarai calon dengan personaliti lebih lemah dan kurangnya kerusi akan menyebabkan cita-cita Dr Chua untuk menguasai MCA pada masa akan datang semakin sukar.

80 peratus muka baru di Selangor, Zulkifli Noordin sah bertanding di Shah Alam

Posted: 16 Apr 2013 01:55 AM PDT

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) hari ini menyenaraikan hampir 80 peratus calon muka baru di negeri Selangor, lebih mengejutkan apabila bekas Ahli Parlimen (MP) PKR Zulkifli Noordin diumumkan sebagai calon di kerusi parlimen Shah Alam.

Pengumuman calon yang diadakan hari ini yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN negeri Selangor, sambil berharap pihak yang tidak tersenarai supaya akur dengan keputusan tersebut.

Dalam pengumuman pagi ini, Umno akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 35 kerusi dewan undangan negeri (Dun), MCA bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 14 kerusi Dun, MIC bertanding di empat kerusi Parlimen dan tiga Dun, Gerakan pula bertanding di satu kerusi Parlimen dan tiga Dun dan PPP pula akan bertanding di satu kerusi Dun.

Dalam pada itu, bekas Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo digugurkan pada pilihan raya kali ini, berkemungkinan kerana terpalit dengan masalah rasuah dan juga salah guna kuasa.

Antara muka baru yang dibariskan kali ini ialah Tengku Rethwan Tengku Mansor di Dun Seri Setia dan Nasarruddin M. Zin yang akan menentang penyandang MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Dun Pelabuhan Klang.

Selain penampilan muka baru, beberapa muka lama juga antaranya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Sepang), Datuk Ahmad Nawawi M. Zin (Batu Tiga), Datuk Subahan Kamal (Taman Templer) dan lain-lain daripada 20 peratus keseluruhan calon.

Pengumuman Zulkifli di Shah Alam dilihat mengejutkan, tetapi BN tidak mempunyai pilihan selain menampilkan tokoh agama konservatif tersebut untuk merampas kerusi daripada penyandangnya Khalid Samad (PAS) serta memindahkan ketua bahagian Shah Alam, Ahmad Nawawi ke Batu Tiga.

 Zulkifli Noordin selepas menerima sijil calon dari Najib.Kehadiran Zulkifli di Shah Alam semakin kerap dan agresif memberikan ceramah sekitar Selangor terutamanya di Shah Alam menggunakan pentas Perkasa.

Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR dibawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.

PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.

Tempoh berkempen secara rasmi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.

Ibrahim Ali, Hassan Ali & Rais Yatim Tidak Tersenarai Sebagai Calon BN

Posted: 16 Apr 2013 01:44 AM PDT


KELAB GREENBOC

Barisan Nasional (BN) akan menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu.

"Ibrahim Ali tiada dalam senarai," kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini.

"Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum," kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN.

Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara.

Dr Mahathir juga merupakan penaung kepada Perkasa yang memperjuangkan hak Melayu yang sudahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya 2008 dan menang kerusi Pasir Mas. Beliau kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai calon bebas dan dilihat rapat dengan Umno dan BN.

Beliau menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak Melayu selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dan beberapa buah negeri. Perkasa mempunyai lebih kurang 200,000 orang ahli yang majoritinya merupakan ahli Umno. -TMI

Ulasan GB

Selain Ibrahim Ali, nama Hassan Ali, Rais Yatim tidak kelihatan di dalam mana-mana senarai calon BN yang bertanding di dalam PRU13 nanti.

UMNO sedar risiko besar untuk meletakkan mereka sebagai calon UMNO BN kerana terutama kedua-dua anak Pak Ali itu yang terkenal dengan imej "Malay cauvinist"nya.

Anehnya, Naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Mungkin sudah berpusing-pusing cari calon, takda lain yang lebih layak selainnya.

Ramai pemerhati berpendapat tindakan Najib menghantar Zulkifli di Shah Alam adalah langkah terdesak UMNO untuk memenangi hati pengundi Melayu yang membentuk pengundi majoriti di Shah Alam.

Tetapi, ramai yang berpendapat, Shah Alam akan menjadi kubur Zul Kulim ini.

Mengenai Rais Yatim, dikhabarkan kerana kehadirannya menyusahkan Najib dan menteri kabinet lain di dalam hubungan bilateral dengan Indonesia. Setakat mana kebenaran maklumat itu belum dapat dipastikan. Rais kena tanya sendiri dengan Najib.

Gempar! Hinaan Penyokong Barisan Nasional Pada Ulama, Orang Bukan Islam Bangun Pertahan Nik Aziz!!

Posted: 15 Apr 2013 09:41 PM PDT


Kuala Lumpur - by @erapasca

Seorang ''melayu islam'' umno telah mencerca tuan guru nik aziz di dalam wall facebooknya, kemudian saling berbalas balaslah penyokong kepada tuan guru nik aziz yang terdiri daripada mereka mereka yang sayangkan ulama, 

Tetapi yang lebih menggemparkan apabila, seorang anak cina yang beragama kristian atau buddha bangun mempertahankan tuan guru nik aziz, kenapa ini terjadi? kerana umum tahu yang di dalam Barisan Nasional, tiada yang pandai pandai lagi, yang tinggal hanyalah si bongok bersama pemimpin bongoknya saja.

Lihat sendiri, amatilah seadanya, betapa rakyat malaysia hatta yang bukan islam sekalipun amat menyayangi ulama kita, tetapi bagi pencacai umno, segalanya mungkin hatta video seks sekalipun. tepuk dada tanyalah pada hati, ISLAM kah aku? atau MELAYU ISLAM

Pemimpin kerajaan LANUN Barisan Nasional telah mengajar pencacai pencacainya supaya menjadikan fitnah maki hamun, seks dan sebagainya untuk zikir harian mereka, 

Dan di persembahkan kepada manusia, inilah hakikat MELAYU ISLAM yang di laungkan. jika ISLAM, tidak begitu akan akal mereka, kerana MELAYU ISLAMlah mereka lupa. 


Malu la sikit wahai puak puak umno bila orang bukan islam pertahankan islam. kah3.

Pencacai Barisan Nasional hanya pertahan papagomo a.k.a wan azri wan deris saja lah! kah3

Anwar di Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Selangor 17 April (Rabu)

Posted: 15 Apr 2013 09:26 PM PDT

KEADILAN DAILY

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi ke Selangor bagi program Jelajah Pakatan Harapan Rakyat pada 17 April ini.

Sebelum itu, beliau akan ke Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur- Selangor (KLSCAH) bagi menyahut cabaran NGO Bersih untuk berdebat berhubung manifesto bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Program dijadualkan berlangsung bermula jam 8.00 hingga 10.00 malam.

Seterusnya,  Anwar akan menyampaikan ceramah di Pinggiran Putrajaya, Jalan Kajang – Dengkil bermula jam 9.00 hingga 12.00 malam.

Selain Anwar, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Hanafiah Maidin serta calon Parlimen Dengkil, Borhan Aman Syah.

Program seterusnya bertempat di Padang SJKC Peng Ming,  Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Antara penceramahnya, calon Kuala Langat, Abdullah Sani, Yunus Hairi, Hasnul Baharuddin dan Loh Chee Heng.

Calon Pakatan S’ngor diperkenal pada pelancaran Manifesto Negeri 18 April

Posted: 15 Apr 2013 09:24 PM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Semua calon Pakatan Rakyat Selangor yang bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 akan diperkenal pada pelancaran Manifesto Pakatan Selangor Khamis ini.

Setiausaha KEADILAN Negeri, Amirudin Shari berkata, pelancaran berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula jam 9 malam hingga 12 malam.

"Kita juga akan kenalkan semua calon Pakatan di Selangor. Setakat ini kita masih dalam proses memuktamadkan senarai calon dari DAP dan PAS," jelas Amirudin kepada Keadilan Daily.

Selain calon dan pimpinan Pakatan Selangor, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir ke majlis tersebut.

"Menerusi pelancaran ini, rakyat akan nampak usaha kita yang bersungguh-sungguh untuk terus berkhidmat sekaligus menonjolkan keyakinan Pakatan untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang selama lima tahun sebelum ini," katanya.

"Kita alu-alukan semua rakyat agar hadir beramai-ramai untuk melihat sendiri calon yang akan mewakili anda ke Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Amirudin yang turut dicalon untuk mempertahan kemenangan di DUN Batu Caves.

KEADILAN pada malam tadi selesai menamakan sebahagian besar calon yang akan bertanding di Selangor.

Selangor mempunyai 22 kerusi Parlimen manakala DUN 56. – NS

Kenali Aziz Bari & Khalid Jaafar

Posted: 15 Apr 2013 09:12 PM PDT

KL TODAY

 

"Saya cabar Aziz (Bari) bertanding pilihan raya di Kulim-Bandar Baharu atau di mana-mana kawasan yang dia suka jika benar dia mahu menjadi ahli politik. Dia mesti berani meletak jawatan sebagai ahli akademik dan bertanding atas nama parti apa sekali pun.

"Saya tiada halangan dan bersedia menanti Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang. Dia akan tahu untung nasibnya dan boleh balik ke kampungnya di Sabak Bernam," demikian kata bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfili Noordin sebagaimana yang tersiar dalam akhbar Berita Harian pada 18 Oktober 2011.

Hakikatnya, 18 bulan kemudian, Dr Aziz Bari, bekas profesor undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa benar-benar diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk kerusi Parlimen Sabak Bernam mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedangkan Zulkifli masih belum diketahui duduk letak dirinya di mana.

Zulkifli membuat cabaran itu ekoran kenyataan-kenyataan Dr Aziz berhubung institusi raja-raja yang disifatkan sebagai tidak wajar dan juga kecenderungan fahaman politiknya.

Kini seluruh negara ternanti-nanti apakah Zulkifli akan menelan cabarannya itu atau benar-benar akan turun bertanding di Sabak Bernam sebagaimana yang dicabarnya 18 bulan yang lalu kerana nampaknya Dr Aziz telah menunjukkan kejantanannya dengan menyahut cabaran tersebut. Setakat ini Zulkifli diam membisu.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak pada malam Ahad (14 Apr) berhubung senarai calon-calon parti itu untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri di Selangor, terdapat dua nama yang wajar diberi perhatian.

Pertama ialah Aziz Bari dan kedua ialah bekas setiausaha akhbar Anwar sendiri iaitu Khalid Jaafar.
Khalid Jaafar

Buat Aziz Bari, ini adalah pilihan raya umumnya yang pertama sebagai calon setelah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya dalam dunia akademik sedangkan Khalid Jaafar adalah seorang veteran dengan pengalaman tiga kali bertanding dalam pilihan raya umum.

Menariknya, kedua-dua mereka adalah muka baru yang diperkenalkan di Negeri Selangor.

Pencalonan Aziz untuk bertanding di kerusi itu adalah sesuatu yang natural. Pertama, beliau berasal dari Sabak Bernam. Kedua, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman dan peribadi yang menyukarkan pucuk pimpinan parti itu untuk mencalonkannya semula.

Ketiga, PKR melihat peluang mereka untuk merampas kerusi Sabak Bernam jauh lebih cerah kali ini kerana bekas wakil rakyat kawasan itu, Abdul Rahman Bakri dari Barisan Nasional (BN) telah didapati bersalah kerana membuat tuntutan palsu dan dihukum penjara enam tahun serta denda RM400,000 baru-baru ini.

Makna kata, BN akan berhadapan dengan cabaran yang sangat besar untuk mengekalkan kepercayaan dan keyakinan pengundi dan PKR mahu mencuri peluang tersebut dengan meletakkan seorang calon yang bukan sahaja tidak tercalar dari segi moral malah bersih daripada sebarang isu rasuah atau salah guna kuasa.


Keyakinan Dr Aziz dan PKR juga bersandarkan hakikat bahawa pada pilihan raya yang lalu, Abdul Rahman hanya menang dengan majoriti 1,335 undi sahaja.

Abdul Rahman memperolehi 12,055 undi manakala calon PKR iaitu Badrulamin Bahron memperolehi 10,720 undi.

Terdapat 37,000 pengundi di kawasan parlimen itu dengan 83% adalah pengundi Melayu, Cina (12%) dan selebihnya pengundi keturunan India.

Seorang lagi calon PKR Selangor yang akan menarik perhatian ramai ialah pencalonan bekas setiausaha akhbar Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dahulu iaitu Khalid Jaafar, 58.

Khalid adalah orang Melaka. Beliau telah bertanding tiga pilihan raya sejak 1999 di negeri kelahirannya sendiri iaitu di Batu Berendam dan Bukit Katil tetapi kalah kesemuanya. Kali ini, beliau telah diumumkan sebagai calon PKR untuk kerusi parlimen Hulu Selangor.


Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (think tank PKR) itu pertama kali bertanding atas tiket PKR ialah pada pilihan raya umum 1999 menentang veteran Umno, Tun Abdul Ghafar Baba untuk kerusi Parlimen Batu Berendam dan tewas dengan majoriti 7,105 undi.

Kemudian pada pilihan raya 2004 Parlimen Batu Berendam telah dipecah dua ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya menjadi Bukit Katil dan Tangga Batu.

Khalid bertanding untuk kali yang kedua dan kali ini di Bukit Katil – menentang Datuk Mohd Ruddin Abdul Ghani. Beliau tewas teruk. Mohd Ruddin menang dengan majoriti 27,252 undi.

Dan pada pilihan raya yang lalu, beliau sekali lagi turun di gelanggang yang sama dan tewas untuk kali yang ketiga – kali ini di tangan Datuk Md Sirat Abu. Tetapi kali ini kalah tipis – hanya 1,758 undi sahaja.

Selepas tiga kali bertanding di Melaka, kenapa kali ini beliau memilih Selangor?

Ini ada kaitan dengan situasi semasa. Beliau telah menetap di Bukit Beruntung sudah lebih 10 tahun dan sejak April 2011, telah dilantik sebagai kordinator untuk kawasan Batang Kali untuk memastikan polisi negeri dilaksanakan di daerah itu.

Hulu Selangor mempunyai 83,000 pengundi dan separuh daripadanya bermastautin di daerah Batang Kali manakala 20,000 lagi pengundi tertumpu di Kuala Kubu Baru dan lagi 20,000 di Ulu Bernam.

Khalid dan PKR melihat beliau mempunyai peluang yang lebih cerah jika diletakkan bertanding menentang penyandang kerusi itu, wakil BN dari MIC iaitu P Kamalanathan.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor pada tahun 2010 selepas kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abiden Ahmad dengan menewaskan Datuk Zaid Ibrahim (PKR).Sumber: Mstar

20 meter padu air percuma jika Pakatan perintah semula Perak

Posted: 15 Apr 2013 08:59 PM PDT

KEADILAN DAILY

IPOH : Rakyat Perak bakal memperoleh 20 meter padu air percuma jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih semula pentadbiran negeri yang dirampas BN pada 2009.

Gaji minima RM1,100 sebulan bagi kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan negeri termasuk antara dasar yang akan dilaksanakan Pakatan di negeri itu.

Perak

Turut ditawarkan potongan premium tanah sehingga 50 peratus, tiada kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan tarif air sehingga 2018.

Semua tawaran ini dinyatakan dalam Manifesto Pakatan Perak yang dilancarkan semalam oleh Pengerusi Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di sini.

Antara dasar lain yang ditawarkan adalah mengamalkan sistem tender terbuka dan penyediaan bantuan pengurusan jenazah RM1,000.

Pakatan Perak juga akan meneruskan pemilihan Ketua Kampung yang diperkenalkan ketika pemerintahannya selama 8 bulan antara 2008 hingga 2009.

Pakatan juga komited dalam membasmi kemiskinan dengan memastikan setiap isi rumah memperoleh sekurang-kurangnya RM760 sebulan.

Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, manifesto tersebut mengambil kira kepentingan semua kaum dan golongan rakyat.

"Manifesto ini kita nampak ada penekanan kepada kelompok belia, kanak-kanak, OKU, ibu tunggal, supaya Perak menjadi negeri 'welfare', negeri berkebajikan," katanya dipetik Media Selangorku.

Tambah beliau, adalah menjadi komitmen Pakatan dalam memastikan taraf dan kualiti hidup rakyat Perak meningkat sejajar dengan pengembangan dan kemajuan negeri lain.

"Kita tak mahu mereka hidup tak selesa sedangkan kita ada sumber-sumber yang boleh dilipat ganda. Kita mahukan supaya gross (kadar pembangunan) di negeri ini berada pada sekitar 6 peratus setahun," kata Muhammad Nur.

Tiada ulasan: