Rabu, 10 April 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Aduhai Jalil Hamid, UMNO Punya Fasal Sanggup Keluar Hujah....

Posted: 10 Apr 2013 05:00 AM PDT

..sambunglah, buatlah intepretasi masing-masing selepas membaca hujah pelakon mesra UMNO ini.

Foto: Kedahlanie

P/s: Entah di mana logiknya...!



Bertanding Kerusi BN, Katak Politik Mana yang Bertuah?

Posted: 10 Apr 2013 03:33 AM PDT


PRU13: Bekas Pemimpin Pembangkang Boleh Bertanding Atas Lambang BN

[Mstar] KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin pembangkang boleh bertanding atas lambang Barisan Nasional (BN) sekiranya dipilih untuk bertanding, kata Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dia (bekas pemimpin pembangkang) akan guna lambang BN jika dipilih untuk bertanding mewakili parti," katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas dengan pimpinan tertinggi BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Najib berkata pencalonan mereka akan ditentukan jika terdapat ruang dan boleh diterima pengundi di kawasan tersebut.

"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, kita juga boleh memikirkan mereka untuk bertanding.

"Tak semestinya masuk mana-mana parti tapi bertanding atas tiket BN," katanya.

Jelas Najib, bilangan tersebut agak kecil kerana tidak berlaku sebarang penambahan kerusi pada pilihan raya kali ini.

"Bilangan kerusi sama dengan Pilihan Raya Umum 2008...sebab itu kita kena buat penyesuaian," katanya. 


P/s: Ada katak politik di Perak sudah secara terbuka mengisytihar diri tidak bertanding, katak politik Gobala sudah merayu Najib agar mencalonkan dirinya atau isterinya dalam PRU kali ini. Katak politik seperti Ibrahim Ali, Zul Kulim juga sudah bersungguh-sungguh berkhidmat untuk BN. Sudah tentu, mereka juga berhajat besar untuk menjadi calon BN. Nasharuddin Mat Isa bagaimana? Sia-sialah dipecat kerana bersikap mesra UMNO kalau tidak dicalonkan sebagai wakil BN! Jangan lupa Hasaang Ali yang sanggup menuduh bini orang berzina dengan lelaki lain demi kepentingan politiknya!

Namun, Najib sudah mengumumkan bahawa tempat adalah terhad. Katak politik mana yang bertuah? Tunggu dan lihat!




Derita Pekerja Kedai 24 Jam: Diculik dan Dirogol Bergilir-gilir Lima Lelaki Lahanat

Posted: 09 Apr 2013 11:00 PM PDT


[SH] SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai 24 jam mengalami detik hitam dilarikan dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki di sebuah hotel di Bandar Puteri Puchong, Puchong, baru-baru ini.

Mangsa, berusia 19 tahun, sebelum itu dalam perjalanan ke tempat kerja, kira-kira jam 7.45 pagi, 31 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, mangsa berjalan kaki kemudiannya didatangi dua lelaki.

"Mangsa ditarik ke dalam kereta dan terus dilarikan. Di dalam kereta itu ada tiga lagi lelaki. Dia dibawa ke sebuah hotel, dirogol bergilir-gilir dan ditinggalkan bersendirian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Mohd Adnan berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia 17, 18 dan 24 tahun di kawasan Puchong dalam operasi khas berakhir Jumaat lalu.

Menurutnya, dua lagi lelaki sedang dikesan iaitu, B Teiventhirraupillai, 26, dan seorang mekanik dikenali Ramu, berusia lingkungan 20-an.

Orang ramai yang tahu di mana dua lelaki itu berada diminta hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Haziratul Qiffiah Hasim di talian 017-7087501 bagi bantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki sedang dikesan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dua kumpulan yang menyebabkan kematian di SS3, Serdang Raya, Seri Kembangan, pada 23 November 2011.

Mohd Adnan berkata, dalam kejadian tersebut tiga lelaki ditikam di mana salah seorangnya maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Katanya, polis menahan enam lelaki berusia 31 hingga 64 tahun selepas kejadian itu.

Mohd Adnan berkata, lelaki yang dikesan dikenali Lim Mun Vei atau Tai Seow, 38, yang beralamat terakhir di No D30A Jalan Kuyow, Sri Kembangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat ketiga-tiga lelaki terbabit diminta menghubungi talian 019-3388288 bagi membantu siasatan.





SPR Umum Hari Penamaan Calon & Hari Mengundi PRU 13

Posted: 09 Apr 2013 09:50 PM PDT



[MK] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.
 
 
P/s: Tarikh luput BN sudah diumumkan, anda sudah bersedia untuk mengundi?

Datuk Seri Diraja Tajol Rosli Bakal Sertai PAS Perak?

Posted: 09 Apr 2013 07:01 PM PDT


PRU13: Bekas Menteri Besar Perak Bakal Sertai PAS?

[Mstar] LUMUT: Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.

Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa.

Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan.

"Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.

Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa. 


P/s: Berita menggemparkan!

Siapa?

Cuba lihat senarai empat bekas MB yang terakhir.


Nama Zambry kita tolak ke tepilah sebab dalam PRU kali ini beliau akan cuba mempertahankan kedudukannya habis-habisan. TM yakin bekas MB itu bukan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Jika benar laporan di atas, kemungkinan besar bekas MB itu ialah Tajol Rosli. Hal ini berdasarkan beberapa laporan yang mendakwa bekas MB itu cenderung menyokong beberapa perkara yang melibatkan PR di Perak.

Semoga penyertaannya membawa manfaat kepada PR dan rakyat Perak!




Demi Cinta, Sanggup Ikut Kekasih Pecah Rumah

Posted: 09 Apr 2013 05:40 PM PDT

 
 [SH] SUBANG JAYA – Dipercayai kerana terlalu mencintai teman lelakinya, seorang wanita sanggup melakukan kegiatan pecah rumah bersama kekasihnya itu di SS15, di sini, petang kelmarin.

Tindak-tanduk mencurigakan pasangan kekasih itu bagaimanapun berjaya dihidu pemilik rumah yang kemudian menghubungi polis.

Bertindak atas aduan, anggota yang melakukan rondaan segera ke rumah berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, seorang pemilik 55 tahun memaklumkan rumah yang disewakan kepada pelajar kolej swasta cuba dimasuki orang tidak dikenali.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati seorang lelaki atas sebuah motosikal manakala seorang wanita dipercayai kekasihnya ada dalam kawasan pekarangan rumah menyembunyikan beg sandang apabila ternampak anggota polis.

"Setelah melakukan pemeriksaan, anggota menemui beberapa peralatan disyaki untuk melakukan pecah rumah termasuk pemutar skru, spanar boleh laras, pisau pelbagai guna dan serangkai anak kunci dalam beg dibawa suspek," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebatang besi menyerupai joran turut ditemui bersama suspek.

"Hasil semakan ke atas motosikal dinaiki pula mendapati ia bersabit kes kehilangan yang dilaporkan di Kelana Jaya.

"Pasangan kekasih berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya.
 
 
 

Tiada ulasan: