DIALOG RAKYAT |
- Petugas Pelabuhan Klang Pakatan Didakwa Dipukul
- Siswi 'dicabul' penyokong BN disaran lapor polis
- Dakwat kekal... tidak kekal
- Menjelang PRU13, Ustaz Azhar Idrus berkempen membantu PAS
- Rafidah ingatkan pengundi tidak beri undi simpati kepada calon bebas
- Pas: Calon Lenggeng Zulkefly kekal tanding
- SPR: 70 peratus pengundi pos luar negara keluar mengundi
- Pengguna Youtube belum diterokai untuk pertempuran PRU13, kata badan pemikir
- Punca manifesto PR dapat sambutan
- Pakatan mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, kata Kit Siang
- Gary Lim menafikan pertuduhan penipuan, akan saman Rafizi kerana fitnah
- Dakwat kekal tidak boleh ditanggal, kata pengerusi SPR
- Dahlah Curi Idea Manifesto, Kini Umno-BN “Curi Kredit” Kejayaan PR Selangor
- Najib Dolak-dalik, Tidak Ikhlas Selesai Projek CAR
- Analisa Dr Bridget Welsh : Najib Belanja RM 57.7 Bilion @ RM4,364 Untuk Setiap Pengundi Sehingga Pilihanraya ke 13. Adakah Ini Pelaburan Berbaloi?
- Norman KRU terus serang PAS
- Najib lagi percaya pada Ahmad Maslan
- Pindah wang ke Cayman Islands melebihi mandat 1MDB
- Azmin Ali ke P Pinang, Kedah & Perlis hari ini (30 April)
- Pemantau Ideas pastikan undi awal hari ini tiada penipuan
- Pengundi perlu tamatkan politik perkauman UMNO/BN
- Lebih 36,000 pengundi ragu bakal banjiri Selangor
- Penerbangan bawa pengundi Sabah ke Selangor?
- Surat buat pengundi awal daripada Presiden PAS
- Husam yakin sambung kemajuan Putrajaya seperti dibawa Dr M
Petugas Pelabuhan Klang Pakatan Didakwa Dipukul Posted: 30 Apr 2013 05:11 AM PDT PELABUHAN KLANG : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan politik samseng yang dilakukan oleh penyokong Umno-BN dalam tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Perkara itu dilontarkan selepas seorang petugas jentera Dun Pelabuhan Klang dipukul ketika memasang banner. Beliau yang juga Calon Dun Pelabuhan Klang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengarah Pilihanraya negeri diminta memastikan jentera Umno-BN menghentikan politik samseng dengan serta merta. "Petugas kita, Abdullah Mokhsin dipukul oleh Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung BN dan dikepung oleh penyokong yang memakai baju BN di Kampung Nelayan Telok Gong. "Rakyat Malaysia harus bersatu menolak budaya samseng ini. Saya juga tidak mahu perkara sebegini dilakukan oleh penyokong saya. Ia mesti dilakukan dengan cara yang beretika ini. "Semua pemimpin dan penyokong harus mengamalkan politik berhemah pada setiap masa, manakala polis perlu bertindak pantas dan meningkatkan kawalan keselamatan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Galeri Jualan Central Spectrum Sdn Bhd, di sini. | ||||
Siswi 'dicabul' penyokong BN disaran lapor polis Posted: 30 Apr 2013 05:01 AM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi BN Johor Abdul Ghani Othman menggesa dua mahasiswa Kolej Universiti Selatan yang mendakwa dicabul penyokong BN dalam majlis dihadiri perdana menteri semalam tampil membuat laporan polis."Tapi kalau berlaku tolong buat laporan pada polis dan biar mereka siasat," katanya ketika ditanya pemberita. Beliau bagaimanapun berkata, tuduhan itu "tidak semestinya betul siapa yang membuatnya". Ghani berkata, beliau tidak sedar jika benar dakwaan itu berlaku walaupun hadir dalam program yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak di Skudai itu. "Ia kawasan awam, kamu tahu. Tiada organisasi mampu melihat kemungkinan berlakunya insiden sebegitu. Ia sebenarnya (tanggungjawab) keselamatan oleh polis," tambahnya. Dua gadis 19 tahun itu - dirujuk sebagai X dan Y - yang ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen untuk perdana menteri menandatangani plak mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika keadaan sesak. "Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," kata seorang daripadanya kepada Malaysiakini. Dalam perkembangan berkaitan, Presiden kolej itu Thock Kiah Wah secara terbuka meminta maaf atas kejadian semalam, termasuk insiden gadis yang didakwa dicabul. Permohonan maaf itu dibuat selepas 200 mahasiswa berkumpul dan menyatakan bantahan mereka, serta berkali-kali menuntut Thock meminta maaf. "Semalam saya sudah minta maaf (secara peribadi kepada siswa itu). Hari ini saya minta maaf kepada semua orang. Hari ini saya minta maaf lagi," katanya. | ||||
Posted: 30 Apr 2013 04:51 AM PDT Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan. Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus. Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya. "Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana. "Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS. Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat. "Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya. | ||||
Menjelang PRU13, Ustaz Azhar Idrus berkempen membantu PAS Posted: 30 Apr 2013 04:48 AM PDT Ketika BN mempunyai tokoh hebat seperti mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjelajah ke seluruh negara untuk membantu gabungan pemerintah itu, PAS dari PR secara tidak lengsung dibantu oleh seorang tokoh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Sabtu lalu ketika Dr Mahathir turun ke presint 9, Putrajaya untuk membantu calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang akan berhadapan dengan Datuk Husam Musa dari PAS, Azhar turut berada di presint 19, bandar pentadbiran kerajaan itu untuk program dakwahnya. Kedatangan Dr Mahathir merupakan 'serangan balas' terhadap program ceramah PAS pada malam sebelumnya yang menyaksikan kehadiran ribuan orang untuk mendengar amanat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam kuliah tersebut, Azhar turut menyelar budaya politik lucah di Malaysia sejak akhir-akhir ini dan membandingkannya dengan negara bukan Islam seperti Russia yang beliau anggap lebih bertamadun kempen pilihanrayanya. "Tidak ada lagi dalam mana-mana negara yang berkempen cara kita kempen. Ni yang kita malu. Bahkan bukan di planet bumi, lapan buah planet tak dok lagi berkempen buat video lucah, tak dok," kata Azhar disambut dengan gelak ketawa merujuk kepada sebuah video seks tersebar dan dikatakan mirip seorang pemimpin tertinggi PAS. "Russia ni komunis, komunis ni dia tak percaya agama. Tetapi dalam pilihan raya Russia komunis, pihak pembangkang dan pihak kerajaan, masing-masing membentangkan fakta. "Mana-mana fakta yang dapat memikat hati rakyat, biasanya parti itu yang akan menang. Tetapi tak ada buat fitnah, video lucah," tambah beliau dipetik dari klip video Youtube bertajuk, "Ustaz Azhar Idrus Perhimpunan Di Presint 19 Putrajaya." Azhar sebelum ini mempunyai program televisyen di saluran Astro Oasis bertajuk "Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus", akan tetapi menurutnya, dihentikan kerana dikatakan boleh merosakkan akidah orang muda. Pendakwah popular itu turut membandingkan televisyen di Malaysia dengan Russia yang beliau dakwa lebih terbuka sewaktu kempen pilihan raya. "Di Russia dibenarkan 30 peratus rancangan televisyen digunakan oleh pembangkang. 30 percent, maknanya kalau sejam, bolehlah guna 20 minit untuk pembangkang. 40 minit presiden, 20 minit pembangkang. "Kita lepas dia, dia, lepas dia, dia, lepas dia, dia. Kuliah Kemah Keming pun kena banned," kata beliau merujuk kepada program televisyennya di Astro yang telah dihentikan. Selain itu, Azhar turut menasihatkan hadirin dalam kuliahnya untuk membuat keputusan tepat dalam pilihan raya 5 Mei ini dan bersama orang-orang 'baik'. "Kita tanyalah nenek moyang kita, pak kita, mak kita kalau masih hidup. Mak mak, kalau ada orang jahat dengan orang baik, kita nak masuk ke belah orang baik ke orang jahat? "Tak ada mak yang akan kata suruh masuk ke belah orang jahat. Maka pada lima haribulan ni kita akan tunaikan nasihat emak kita masuk ke belah orang baik," katanya merujuk kepada hari mengundi pada 5 Mei depan. Rakyat Malaysia akan membuat keputusan pada 5 Mei ini sama ada mahu mengekalkan BN yang telah memerintah negara semenjak mula merdeka ataupun memberikan peluang kepada PR untuk membuktikan kemampuan mereka. Sejumlah 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 di luar negara akan memilih 222 wakil di Parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011. | ||||
Rafidah ingatkan pengundi tidak beri undi simpati kepada calon bebas Posted: 30 Apr 2013 04:44 AM PDT SINAR HARIAN MELAKA - Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan pengundi terutama wanita supaya tidak memberikan undi simpati khususnya kepada calon bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata tindakan itu akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi dan seterusnya menjejaskan agenda yang dirancang kerajaan untuk negara dan rakyat. "Mungkin calon bebas ini tidak boleh menang tetapi undi simpati itu walaupun sedikit akan sebabkan BN kehilangan undi dan ini merosakkan parti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Kasih Yayasan Wanita Malaysia Melaka di sini. Sebagai contoh di Parlimen Kuala Kangsar katanya pengundi wanita tidak seharusnya memberikan undi simpati kepada bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat parti kerana bertanding sebagai calon bebas. "Tindakan beliau (Kamilia) itu merupakan satu pengkhianatan kepada parti semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi," katanya. Justeru katanya pengundi perlu jelas dan rasional dengan membuat pilihan yang tepat tanpa dipengaruhi emosi. - Bernama | ||||
Pas: Calon Lenggeng Zulkefly kekal tanding Posted: 30 Apr 2013 04:19 AM PDT SEREMBAN – Pas negeri mengesahkan calon Pas bagi Dun Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar akan kekal bertanding. Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya berharap semua pihak dapat menghentikan spekulasi yang menyatakan Zulkefly menarik diri kerana faktor kesihatannya. "Keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan. Cuma atas nasihat doktor dia perlu berehat di hospital antara empat hingga lima hari bagi memastikan kesihatannya betul-betul pulih. "Tapi atas faktor keselamatan dan kesihatannya, hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat beliau," katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam. Menurutnya, berdasarkan pengetahuan pihaknya, Zulkefly tidak mempunyai masalah kesihatan serius sebelum ini, namun berkemungkinan kesihatannya terganggu disebabkan terlalu letih sepanjang tempoh berkempen. Sehubungan itu katanya, beliau menasihatkan kepada semua calon Pas agar dapat menjaga kesihatan sebaik mungkin walaupun masing-masing sibuk berkempen. "Memang salah satu syarat dikemukakan Pas pusat semua calon perlu sihat. Biasanya sebelum pilihan raya sihat, tapi mungkin tekanan dan kesibukan berkempen keadaan kesihatan itu terganggu. "Saya percaya ramai yang bimbangkan keadaan beliau. Jika keadaan memerlukan mungkin Zulkefly sendiri akan membuat sidang media dalam waktu terdekat," katanya. Selain itu katanya, sementara menunggu beliau pulih, Pas negeri bersama wakil calon dan jentera pilihan raya Dun Lenggeng akan mengambil alih segala aktiviti berkempen di kawasan berkenaan. Mohamad Taufek berkata, keadaan itu tidak menjejaskan segala gerak kerja Pas dan pihaknya percaya kerusi Lenggeng akan berjaya dirampas oleh Pas menerusi Zulkefly pada pilihan raya kali ini. Dalam pada itu wakil calon, Mohd Prasad Hanif berkata, waktu berkempen adalah proses pengenalan calon kepada umum, namun Zulkefly sudah melakukannya sejak 14 tahun lalu. "Kami rasa tiada masalah dari segi pengenalan calon kerana beliau sudah dikenali, yang tinggal sekarang adalah tugas dan kerja berkempen," katanya. Hadir sama Pengarah Majlis Tindakan Dun Lenggeng, Mohd Daud Muad Rashid dan Setiausaha Pas negeri, Mohd Hasan Tamby. Sabtu lalu, Zulkefly Mohammad Omar dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur selepas mendapat serangan angin ahmar dan tekanan darah tinggi di rumahnya di Kampung Masjid, Lenggeng. Bagaimanapun keadaannya kini dilaporkan stabil, namun atas nasihat doktor dia diminta berehat di hospital dalam tempoh beberapa hari. | ||||
SPR: 70 peratus pengundi pos luar negara keluar mengundi Posted: 30 Apr 2013 04:17 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kira-kira 70 peratus pengundi pos luar negara keluar mengundi di 100 pejabat perwakilan Malaysia, Ahad lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata pengundi luar negara yang berdaftar berjumlah 8,756 orang, dan daripada jumlah itu, 6,092 hadir pada masa penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pada hari berkenaan. Abdul Aziz berkata pengundi tidak hadir (PTH) ialah seramai 2,633 orang dan mereka bertanggungjawab menghantar sendiri kertas undi secara pos ke pejabat Pegawai Pengurus (RO) pilihan raya masing-masing di Malaysia sebelum 5 petang, 5 Mei ini. "Saya sangat gembira dengan respon dari rakyat Malaysia di luar negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang di sini, hari ini. Abdul Aziz berkata dengan lebih 2,000 pengundi, Australia mencatat jumlah pengundi Malaysia di luar negara paling ramai mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 ini. Beliau berkata beg diplomatik yang mengandungi kertas undi pos yang diterima pihaknya itu akan dihantar terus ke pejabat SPR negeri sebelum disalurkan ke pejabat RO di seluruh negara. "Sebanyak 100 pejabat perwakilan Malaysia telah menghantar laporan berhubung proses pilihan raya di sana manakala tiga pejabat perwakilan lagi dilaporkan tiada pengundi yang hadir," jelasnya. Beliau berkata kertas undi pos dan undi awal itu akan dibuka dan dikira pada hari yang sama dengan kertas undi biasa iaitu pada 5 Mei. - Bernama | ||||
Pengguna Youtube belum diterokai untuk pertempuran PRU13, kata badan pemikir Posted: 30 Apr 2013 04:16 AM PDT Badan bebas Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) mengatakan mereka telah menjalankan survey terhadap 26 sampel video politik termasuk yang berkaitan dengan pemimpin dari kedua-dua belah pihak dan mendapati pembangkang Pakatan Rakyat (PR), terutamanya PKR meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menjana lebih banyak "suka" berbanding parti pemerintah itu. "KPRU berpendapat, rakyat Malaysia yang mahir teknologi telah memilih Youtube sebagai saluran utama memperoleh maklumat mengenai keadaan politik dan pilihan raya berbanding saluran media perdana. "Ini menunjukkan Youtube memainkan peranan penting dalam penyebaran idea dan berita dalam Malaysia," kata Pengarah Eksekutif KPRU Ooi Heng dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam. LIHAT VIDEO DI SINI Dalam sampel mereka, KPRU mengkaji video memaparkan Datuk Seri Najib Razak, klip pada Febuari dimana perdana menteri sementara itu di konsert amal Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dan berkata ia telah mendapat jumlah penonton tinggi, dan tanda "tidak suka" direkodkan di kalangan pengguna Youtube juga adalah tinggi. Sebaliknya video kempen politik seperti "Mesti mengundi Barisan Nasional dalam PRU ini" dan dalam jangka masa menjelang pilihan raya umum ke 13, "Bajet 2013: Tanya Najib" di mana pengguna Internet boleh mengambil bahagian dalam sesi soal-jawab pada masa sebenar, mendapat tontonan yang rendah tetapi tinggi dalam jumlah "tidak suka". Klip video 'Google Hangout' Najib melihat sebanyak 129,336 tontonan dan jumlah 'tidak suka' sebanyak 15,153, kata badan pemikir berusia lima tahun itu yang memberi tuampuan kepada kajian ekonomi politik dan reformasi parlimen. Sebagai perbandingan, klip yang memaparkan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti wawancara ketua pembangkang itu dengan saluran berita Al-Jazeera mempunyai jumlah penonton tinggi dan jumlah 'suka' yang tinggi juga. Dua klip yang memaparkan sesi "Google Hangout" bersama Anwar Ibrahim yang dimuat naik oleh akaun penasihat PKR itu menjana 53,603 tontontan, 307 'suka' dan 82 'tidak suka', kata KPRU. Video manifesto BN hanya meraih sebanyak 3,050 tontonan, manakala video Kempen Wanita di Tangan Mu oleh PKR meraih sebanyak 27,705 tontonan, kata KPRU. LIHAT VIDEO DI SINI "Ini dapat menjelaskan bagaimana pengguna Youtube tidak menunjukkan minat kepada manifesto BN," tambah mereka lagi. Laman sesawang Youtube mempunyai lebih dari 1 bilion penonton setiap bulan, kata KPRU, 80 peratus pengguna internet di Malaysia menonton video di Youtube dan lebih separuh dikategorikan pengguna aktif di laman perkongsian video terkenal itu. Laman sesawang pemantau media sosial Socialbreaker meletakkan penetrasi internet di Malaysia pada tahap 62 peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia pada Januari tahun lepas. Malaysia mempunyai hampir 13 juta pengguna Facebook, dimana 64 peratus berusia diantara 18 hingga 34 tahun. "Walau bagaimanapun, corak yang baru muncul dari senarai tidak boleh diabaikan," katanya. Ia berkata trend kajian video menunjukkan video memaparkan Najib menghasilkan banyak maklum balas negatif daripada pengguna Youtube berbanding dengan sambutan positif diperolehi dari video memaparkan pemimpin atasan PR seperti Anwar atau sekutunya dari DAP Lim Guan Eng. Diantara klip video politik popular adalah klip "Listen" yang dimuatnaik pada Januari menampilkan jurucakap pro BN, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mengherdik mahasiswi KS Bawani yang dimuat naik oleh seorang pengguna Penguincute33 telah menjana sebanyak 1,290,835 tontonan, 4,002 'suka' dan 1,053 'tidak suka'. Ianya juga telah menjana sebanyak 8,594 komen dari pelbagia jenis para pengguna, kata KPRU. LIHAT VIDEO DI SINI Walaupun pemikir mengakui sampel itu adalah kecil dan terbuka untuk perdebatan, ia mengandaikan PKR hampir mempunyai dunia dalam tangan berbanding dengan musuh politik mereka walaupun mungkin kalah dalam pilihan raya 5 Mei. "Dalam erti kata lain, golongan mahir teknologi telah menunjukkan sokongan mereka kepada Keadilan dan bukannya BN. "Dan keputusan akhir PRU13 ini mempunyai potensi untuk menyebelahi Pakatan dan mengecewakan BN," kata KPRU. | ||||
Punca manifesto PR dapat sambutan Posted: 30 Apr 2013 04:07 AM PDT SHAH ALAM - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih diterima rakyat berbanding yang dirangka Barisan Nasional (BN) kerana ia berjaya menyentuh hati mereka termasuk dalam soal hasil mahsul negara yang jelas tidak diagihkan seadilnya. Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Profesor Dr Mansor Mohd Noor, sebab itu masyarakat lebih dekat dengan manifesto PR yang lebih memahami keperluan mereka. "Hinggakan jumlah 10 peratus yang kaya ini menguasai 70 peratus harta negara hatta pendapatan negara. "Jadi kita yang lain-lain ini sengih sahaja," ujar beliau pada siri Wacana Sinar ke-19 yang bertajuk "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini. Bagaimanapun menurut beliau, setakat ini manifesto yang dibentangkan oleh PR juga tidak mampu menyelesaikan masalah utama negara. "Masalah terbesar kita ialah kita gagal menguruskan kekayaan negara ini. Ini yang saya nampak Umno tidak faham kerana mereka ini parti pemerintah. "Kedua-dua manifesto ini tidak menguruskan masalah. Ini hanya akan membankrapkan negara kerana akhirnya sumber yang ada ini terhad," ujar Mansor. Disebabkan inilah ujarnya, kuasa rakyat begitu penting dalam menentukan kekayaan negara bukan hanya diagihkan kepada rakyat, namun pada masa yang sama digunakan bagi tujuan pembangunan negara. "Kita sekarang ini hanya membazirkan sumber kita. Bagi saya kedua-dua pihak terlibat. Inilah yang menyebabkan kuasa rakyat lebih utama. "Saya lebih yakin dengan kebijakan rakyat. Kita rugi sebenarnya kerana tidak tahu penyakit kita. Kita tak boleh biarkan yang kaya dan akhirnya rakyat menderita," ulas beliau lagi. Minggu lalu, Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (Umcedel) yang berkongsi hasil kajiannya menunjukkan manifesto PR lebih memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto BN. Dalam kajian terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 42 peratus dari mereka bersetuju terhadap manifesto PR dan hanya 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN manakala 22 peratus memilih tidak pasti. Kajian tersebut dijalankan bermula pada 3 April iaitu hari pembubaran Parlimen sehingga ke hari penamaan calon pada 20 April. Antara tawaran paling memberi kesan kepada pengundi adalah tawaran penurunan harga minyak yang dijanjikan Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai pentadbiran negara. Tawaran lain yang turut disokong pengundi termasuklah menghapuskan tol, menurunkan harga kereta, penurunan caj elektrik dan harga air lebih rendah, penghapusan PTPTN, pemberian permit teksi individu serta gaji minimum. | ||||
Pakatan mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, kata Kit Siang Posted: 30 Apr 2013 04:05 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan untuk menang 33 kerusi Parlimen di Johor, Sabah dan Sarawak, termasuk 12 di negeri selatan semenanjung, dikala pakatan itu mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya 2013, kata Lim Kit Siang, hari ini.Pemimpin veteran DAP itu membangkitkan tentang laporan akhbar Nanyang Siang Pau hari ini yang memetik sumber BN sebagai berkata gabungan pemerintah itu akan kehilangan 10 kerusi Parlimen di Johor. "Sebab itu pertempuran Gelang Patah adalah untuk membuat satu kejayaan di Johor," kata Lim yang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah di Johor kepada pemberita di ibu pejabat DAP di sini hari ini. "Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 12 kerusi Parlimen di Johor dan lebih satu pertiga di Johor, Sabah dan Sarawak yang mempunyai 83 kerusi Parlimen. Pakatan boleh menang 33 kerusi Parlimen," tambah beliau. Lim menegaskan PR mensasarkan untuk menang 125 daripada 222 kerusi Parlimen dengan PKR 45 kerusi, DAP dan PAS masing-masing mempunyai 40 kerusi. "Tiada parti yang akan menjadi dominan," katanya. BN yang telah berkuasa semenjak merdeka, berhadapan dengan cabaran terbesar daripada pembangkang selepas menang Pilihan Raya 2008 dengan majoriti paling kecil dalam sejarah. PR mensasarkan untuk menghapuskan MCA di Johor dengan Lim mengetuai dan berhadapan dengan Menteri Besar sementara Datuk Abdul Ghani Othman di Gelang Patah. Walaupun PR turut mensasarkan untuk menang banyak kerusi di Malaysia timur, pertarungan pelbagai penjuru akan menyukarkan usaha mendapatkan lebih daripada satu kerusi Parlimen di Sabah yang mereka menang dalam Pilihan Raya 2008. Lim menyelar BN dan Umno hari ini kerana menuduh beliau adalah pelaku kepada rusuhan kaum 13 Mei dalam kempen di Gelang Patah selain menggambarkannya sebagai anti Melayu, anti Islam dan anti Raja. "Kenapa gunakan 13 Mei untuk takutkan rakyat Malaysia? Ini adalah politik lama. Kita mahu politik baru untuk masa depan," katanya. Lim juga mengatakan 70,000 menghadiri ceramahnya di Pulau Pinang malam tadi, walaupun hujan. "Kami mengumpulkan RM230,000," kata penasihat DAP itu. | ||||
Gary Lim menafikan pertuduhan penipuan, akan saman Rafizi kerana fitnah Posted: 30 Apr 2013 03:57 AM PDT Dalam sidang akhbar di sini, Lim (gambar) yang bertutur secara lemah lembut itu memberitahu Rafizi, yang juga melawannya bagi kerusi Pandan untuk menghentikan "politik kotor" dengan pertuduhan-pertuduhannya. "Apa yang saya ingin katakan, Pandan memerlukan seseorang yang melakukan sesuatu untuk mereka. Bukan seseorang yang terlibat dalam politik kotor seperti ini. "Apa lagi yang beliau berikan kepada penduduk Pandan selain semua ini?" soal beliau. Lim dilanda pertuduhan menipu dan salah laku sehari sebelum hari penamaan calon pada 20 April dengan dakwaan beliau mempunyai kes disiplin dengan Majlis Peguam. Ketua Biro Guaman MCA itu terjebak dalam kontroversi selepas lawannya bagi kerusi tersebut Rafizi mendedahkan dokumen bagi menyokong dakwaan salah laku ke atasnya. Sebaik sahaja pencalonan Lim disahkan, pemimpin PKR tersebut yang dikenali sebagai "pembocor rahsia" mengedarkan salinan laporan polis yang dibuat ke atas Lim oleh sebuah firma undang-undang terkenal atas tuduhan menipu. Rafizi juga mengedarkan salinan surat Majlis Peguam Lim bertarikh 21 Januari tahun ini memohon penjelasan daripada peguam itu menerusi satu surat tunjuk sebab dikatakan diterima daripada firma undang-undang yang sama bagi kesalahan salah wakil. Beliau kemudiannya menunjukkan surat tunjuk sebab dari bekas manjikannya Shearn Delamore abd Co bertarikh 19 Febuari tahun ini, yang menuntut penjelasannya kerana pertuduhan salah wakil yang didakwa. Apabila ditanya, Lim menafikan menerima surat dari firma guaman dan Majlis Peguam. Ramlah Ahmad jurucakap pasukan peguam Lim, mengatakan lelaki MCA itu hanya menafikan kandungannya. "Tidak betul kesemuanya. Apa yang Rafizi dedahkan kepada orang awam hanya separuh benar. Akan tetapi kita tak boleh dedahkan perkara sebenar sekarang sehingga penyiasatan tamat," kata Ramlan. "Kami menafikan pertuduhan dalam surat… bukan menafikan surat itu." Apabila diminta untuk bertindak balas, Lim bersetuju dengan Ramlan. "Jika tidak, saya pasti dipanggil lama dahulu," katanya. Beliau, bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan sama ada sudah memberi respon kepada kedua-dua surat, beralih kepada Ramlan sebaliknya apabila soalan diajukan kepadanya. "Seperti yang saya katakan, terdapat soalan-soalan tertentu yang kita tidak boleh jawab. Saya minta maaf tentang itu ... saya tidak boleh mendedahkan banyak perkara," kata Ramlan, yang membuat laporan polis terhadap Rafizi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada 12.45 petang tadi. "Kami menunjukkan apa tindakan kita perlu diambil dan apa yang telah kita lakukan untuk menangani dakwaannya," katanya. Ramlan juga berkata Rafizi telah mendedahkan kepada umum dokumen-dokumen yang telah dianggap sebagai "sulit dan persendirian" dan perlu menghadapi hukuman berhubung tindakannya. Pasukan Lim berkata, walau bagaimanapun, aduan akan hanya diserahkan kepada Majlis Peguam terhadap Rafizi selepas pilihan raya 5 Mei ini. Apabila ditanya berapa banyak Lim rancang untuk menyaman Rafizi bagi ganti rugi, Ramlan berkata, "sekitar RM50 atau RM100 juta", sambil menambah butir-butir akan ditentukan kemudian. Dalam laporan polis yang diedarkan oleh Rafizi pada hari penamaan calon, Shearn Delamore & Co telah mengesahkan Lim adalah pekerja di antara November 2000 dan Ogos 2004, dan di antara September 2007 hingga 30 Oktober 2011, apabila beliau meletak jawatan dari kedudukannya sebagai "rakan kongsi bergaji" . Memetik maklumat daripada Majlis Peguam, firma itu berkata Lim mungkin telah salah nyata dirinya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara yang masih terikat kepada syarikat sama ketika berkhidmat bersama syarikat multinasional antara Disember 2011 dan Mac 2012. Ditanya hari ini mengapa beliau meninggalkan syarikat itu selepas empat bulan, Lim berkata beliau meletak jawatan secara sukarela untuk menjadi ahli politik sepenuh masa dan tidak pernah dibuang. Lelaki MCA itu juga telah dituduh menggunakan kepala surat firma undang-undang tersebut. Majlis Peguam, dalam surat kepada Lim pada awal tahun ini memberitahu peguam itu untuk menjelaskan tindakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat, yang bertarikh 21 Januari 2013. Majlis itu juga memberitahu Lim untuk merujuk kepada Seksyen 37 (1) (b) Akta Profesion Undang-Undang 1976, yang memperuntukkan bahawa, "seorang peguam bela dan peguam cara melakukan suatu kesalahan jika didapasti sengaja dan secara palsu berpura-pura, atau mengambil atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang membayangkan bahawa dia berkelayakan atau diberi kuasa untuk bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau bahawa dia diiktiraf oleh undang-undang sebagaimana yang berkelayakan atau diberi kuasa ". Dalam surat itu, majlis berkata kegagalan untuk bertindak balas dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan perkara itu dirujuk kepada Lembaga Tatatertib. Dalam jawapan awal beliau mengenai isu itu, Lim telah menafikan mengetahui mana-mana kes dengan Majlis Peguam, mengatakan beliau tidak pernah dipanggil untuk menghadapi lembaga disiplin. Peguam tersebut yang dipilih untuk menggantikan tempat penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat juga berkata telah berhenti daripada mengamalkan undang-undang sejak setahun lalu ekoran tanggungjawabnya sebagai ketua biro perundangan MCA untuk MCA bahagian Pandan. Rafizi, Lim dan bekas setiausaha sulit Ong Allan Tan akan bertambung dalam pertembungan tiga penjuru untuk Pandan dalam pilihan raya umum. | ||||
Dakwat kekal tidak boleh ditanggal, kata pengerusi SPR Posted: 30 Apr 2013 03:53 AM PDT KUALA LUMPUR— Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan minyak enjin motor atau bahan-bahan lain boleh digunakan untuk menanggalkan dakwat kekal pada pengundi, pelbagai bantahan tercetus mengatakan ia tidak boleh kekal seperti dikatakan. Abdul Aziz berkata dakwat yang digunakan SPR tersebut mengandungi bahan nitrat perak (silver nitrate) yang meresap ke dalam kulit dan mustahil ia ditanggalkan dengan sebarang cara walaupun dengan apa cara sekalipun, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya. "Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak. "Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit," kata Abdul Aziz. Walaupun kesan pada kuku itu boleh hilang jika dibasuh atau dengan menggunakan minyak, Abdul Aziz menegaskan kesannya pada kulit masih lagi boleh dilihat dan pengundi tidak akan dapat menipu untuk mengundi sebanyak dua kali seperti yang didakwa sebelum ini. "Kalau dia guna minyak atau basuh pun, kesannya pada kulit masih ada... pegawai bertugas boleh melihat dan menghalang daripada pengundi tersebut mengundi sebanyak dua kali," terang Abdul Aziz lagi. Abdul Aziz berkata dakwat kekal tidak akan hilang selama tujuh hari bagi mereka yang mengundi awal, serta menggesa sekiranya pihak tersebut mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan dan buktikan dakwaan tentang penggunaan petrol untuk menanggalkan dakwat tersebut. "Tak boleh tipu mengundi dua kali, dakwat kekal yang pengundi awal gunakan tidak akan hilang dalam masa tujuh hari. "Kalau mereka ada bukti, saya harap tampillah buat aduan kepada SPR," katanya lagi. SPR telah menyediakan lebih 200,000 unit botol dakwat kekal untuk kegunaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Daripada jumlah itu, 10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal, manakala selebihnya untuk kegunaan pengundi biasa. Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di Parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011. | ||||
Dahlah Curi Idea Manifesto, Kini Umno-BN “Curi Kredit” Kejayaan PR Selangor Posted: 29 Apr 2013 09:56 PM PDT SHAH ALAM : Kredibiliti Umno-BN Selangor didakwa menjunam lagi apabila gagasan itu cuba memancing undi dengan "mencuri kredit" kejayaan Pakatan Rakyat Selangor. Terbaru Pengerusi Umno-BN Datuk Seri Najib Razak cuba meraih sokongan dengan menawarkan potongan harga rumah Bukit Botak, sebuah projek perumahan yang diabaikan Umno-BN tetapi diselamatkan dan disiap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Najib, yang juga Pengerusi Umno-BN Selangor, turut disangah oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila beliau cuba mengambil kredit dalam penyelesaian projek rumah terbengkalai Alam Perdana. "Adalah lucu apabila Najib tiba-tiba ke Alam Perdana dan menabur janji serta memberi maklumat salah seolah-olah beliaulah hero. Sedangkan penduduk tempatan telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk selesaikan masalah tersebut. "Saya tidak menjangka Najib akan merendahkan martabat dan kredibilitnya sebagai seorang Perdana Menteri sementara dan ini juga menunjukkan beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan Selangor kembali," ujar Abdul Khalid dalam satu sidang media di sini. Semalam, Najib mendakwa Kerajaan BN melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyelesaikan masalah rumah pangsa kos rendah Bandar Alam Perdana di Ijok yang terabai lebih sepuluh tahun. Hakikatnya, Kerajaan Negeri mengambil alih projek yang berkeluasan 1,037 ekar itu daripada SPNB dan membelanjakan sebanyak RM 200 juta untuk menyiapkan projek tersebut, membayar pinjaman bank dan menyediakan infrastruktur lain. Najib dalam satu siri kempen lain turut menjanjikan harga rumah projek Bukit Botak di Selayang akan diturunkan sehingga RM 70,000 daripada harga yang ditawarkan Kerajaan Negeri, RM 99,000 sekiranya BN diberi mandat menerajui Kerajaan Negeri. Mengulas tawaran tersebut, Abdul Khalid berkata tawaran itu membuktikan ketidakcekapan dan ketidaktelusan Umno-BN dalam membelanjakan wang pembayar cukai. "Kenapa pula hendak dibelanjakan lagi wang pembayar cukai kepada perkara atau masalah yang sudah selesai, kalau Najib ada duit lebih gunakanlah untuk menolong projek-projek lain. "Saya tidak sangka pemikiran Perdana Menteri begitu cetek. "Lebih baik wang RM 20,000 yang ditawarkan seunit itu digunakan untuk menyelesaikan 140 lagi projek perumahan terbengkalai lain yang ditinggalkan Umno-BN, yang kini masih lagi Kerajaan Negeri (PR Selangor) berusaha untuk selesaikan." Kerajaan Negeri berjaya menyiapkan 1,422 unit rumah di projek Bukit Botak yang terbengkalai sejak 1985, yang tidak pernah diselesaikan pentadbiran Umno-BN dahulu. | ||||
Najib Dolak-dalik, Tidak Ikhlas Selesai Projek CAR Posted: 29 Apr 2013 09:51 PM PDT SELAYANG, : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berdolak-dalik berhubung penyelesaian isu projek pemasangan kabel bervoltan tinggi di Kampung Sungai Terentang di sini. Calon PKR DUN Rawang, Gan Pei Nei berkata, janji yang dibuat Najib semasa mengadakan lawatan ke kampung itu disifatkan tidak ikhlas malah berbentuk ugutan. Ini kerana dakwanya, Najib meletakkan syarat berbaur paksaan kepada rakyat di kawasan itu supaya mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU13) kali ini sebelum projek itu dapat diselesaikan. "Kita telah hantar memo dan surat berulang kali kepada Perdana Menteri dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk membuat rundingan bagi menyelesaikan kes ini tetapi tiada respon yang diberikan sehingga sekarang. "Lawatan Najib ke Kampung Sungai Terentang tidak menunjukkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah ini. Rakyat perlu ubah kerajaan, itu sahaja caranya," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Selayang, di sini. Sementara itu, calon PKR Parlimen Selayang, William Leong kesal terhadap tindakan pimpinan BN yang menjadikan isu ini sebagai medan politik untuk meraih undi. Tegasnya, masalah itu boleh diselesaikan dengan segera memandangkan Najib mempunyai kuasa untuk mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan prrojek pemasangan kabel itu mengikut laluan alternatif yang telah ditetapkan. Sebelum ini, penduduk membantah projek itu kerana laluan bagi pencawang kabel voltan tinggi akan merentasi kampung mereka dan dikatakan akan menyebabkan penduduk berdepan risiko penyakit kanser, keukimia dan masalah kandungan. Rumah penduduk, padang, dewan orang ramai, rumah ibadat dan premis perniagaan bakal dirobohkan jika TNB mengikut laluan asal CAR. Bagaimanapun, pelan asal itu dihalang oleh Kerajaan Negeri Selangor yang berunding dengan TNB untuk mencari laluan alternatif yang tidak akan menjejaskan kampung tersebut | ||||
Posted: 29 Apr 2013 09:48 PM PDT Antara kita pasti tertanya-tanya, berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh "caretaker governemnt" kita sekarang, dalam usaha meraih undi dari rakyat, serta, dari mana datangnya wang untuk dibelanjakan? Seorang penganalisa politik terkemuka rantau Asia Tenggara, Dr. Bridgett Welsh membuat penganggaran bahawa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 setiap pengundi untuk PRU 13. Terus terang kami ingin mengatakan, pada mulanya kami mengalami sedikit masalah utuk memahami lenggok bahasa yang dilontarkan melalui pandangan yang cukup kritis melalui blognya yang penuh dengan kiasan dan penggunaan kata-kata sastera bahasa Inggeris. Dr Bridget Welsh, seorang Profesor Madya Sains Politik menulis dalam artikelnya di Malaysia berkata, hasil kajian dan perangkaan tersebut datangnya daripada analisa beliau berdasarkan 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak (ANTARANYA DI SINI & DI SINI)
Berdasarkan pemerhatian & kajian Dr Bridget Welsh, mantan Perdana Menteri telah pun menggunakan sistem dan strategi ini sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2009. Mohd Najib tahu, peluangnya untuk memenangi pilihanraya kali ini, adalah sukar dan tidak boleh tidak, beliau perlu memastikan Barisan Nasional (BN) menang dan membentuk kerajaan. Hasil kajian dari 3 pembentangan bajet dari tahun 2010-2013 serta laporan dari 4000 artikel akhbar sejak April 2009, secara konservatif anggaran perbelanjaan pentadbiran Mohd Najib untuk pelaksaan porgram dan bantuan berbaur politik adalah RM 57.7 bilion. Inilah antara pandangan yang dilontarkan sendiri oleh Dr Bridget Welsh. Ada dua komponen terbesar dalam perbelanjaan tersebut yang dibahagikan kepada :
Dua komponen terbesar ini adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia. Langkah-langkah ini berunsur politik, kerana bukan sahaja mereka dicanang dalam bentuk politik, ia juga disebarkan sebagai sebab-sebab untuk mengundi BN di peti undi kelak.
Program yang didapati lebih melibatkan faktor politik adalah Program 1 Malaysia. Anggaran yang diberikan, perlu dibuat analisa dengan lebih berhati-hati. Kebanyakan skim dan bantuan dalam program ini adalah sebenar-benarnya berniat untuk meringankan beban kepada rakyat yang tidak berkemampuan.
Bantuan-bantuan dalam program 1 Malaysia ini lebih dilihat sebagai strategi jangka pendek, untuk cuba meraih undi rakyat dalam PRU13. Atau lebih dikenali umum sebagai "gula-gula pilihanraya" Harus diingat. Penjenamaan 1 Malaysia yang diterapkan Mohd Najib ini, melibatkan penggunaan wang cukai rakyat yang besar. Dalam erti kata lain, anggaran itu mencadangkan bahawa pentadbiran Mohd Najib telah membelanjakan kira-kira RM4,363 setiap pengundi setakat ini. Setakat ini, ini adalah kos kempen pilihan raya termahal di Malaysia. Memandangkan bahawa wang juga diperuntukkan kepada calon-calon untuk kempen, lebih banyak wang akan digunakan. Corak perbelanjaan yang diterapkan oleh Mohd Najib adalah berbentuk kepada golongan atau kelompok sasaran tertentu.
Modus operandi seperti ini, lebih kurang sama seperti pemilihan UMNO. Bezanya, perbelanjaan bagi meraih undi ini diskalakan kepada yang lebih besar, dengan menggunakan wang cukai rakyat untuk mencapai objektif dan matlamat sebenar untuk mengekalkan pemerintahan. Rumusannya dalam strategi kempen BN berdasarkan kajian Dr Bridget Welsh, pemimpin Barisan Nasional percaya rakyat Malaysia dibeli, dan mereka yakin bahawa kebanyakan rakyat bermotivasikan duit. Ianya merupakan obsesi hasil tinggalan era pentadbiran Mahathir Mohamad, dimana harga nilai diri dan maruah seseorang itu, dinilai melalui berapa banyak kekayaan yang dimiliki.
Kebanyakan mereka tersilap dalam menterjemahkan keperluan rakyat bukan sekadar berpaksikan duit. Bukanlah kami kata duit tidak penting. Tetapi, ia sebenarnya lebih dari itu. Mereka sebenarnya perlu membuka mata seluasnya dengan setiap permasalahan yang ada sekarang, seperti orang muda kesukaran membeli rumah akibat harga yang tinggi, yang berpencen pula risau samada duit gaji pencen mereka dapat menampung kehidupan dalam era kos barang yang semakin meningkat dan kerisauan samada cucu-cucu mereka mendapat peluang yang sama yang telah mereka dapati suatu masa dulu. Ya, rakyat Malaysia berhak risau. Pemberian wang tunai adalah lebih disifatkan sebagai kelegaan sementara sahaja. Apa yang diinginkan rakyat Malaysia sebenarnya adalah pengurangan kos sara hidup yang semakin tinggi, yang melibatkan pelbagai aspek yang saling berhubung kait di antara satu sama lain. Kalau dibandingkan janji-janji Manifesto BN dan Manifesto PakatanRakyat (DI SINI), kami lihat segala janji di dalam Manifesto BN berbentuk asas. Berbanding Pakatan yang lebih telus menerangkan setiap manifesto mereka secara terperinci. Kami masih tidak nampak satu usaha dalam manifesto BN, untuk cuba mengubah bagi meningkat kualiti hidup rakyat malaysia serta cara meningkatkan pendapatan individu. Kebanyakannya hanya bentuk pemberian demi pemberian, yang pada kami kami, hanya bersifat jangka pendek dalam meraih sokongan pada PRU nanti. Dimana perhatian kerajaan terhadap keperluan lain rakyat Malaysia? Dimana kerajaan melabur untuk pelaburan jangka panjang bagi memastikan keejahteraan dan kualiti hidup rakyat akan bertambah baik? Yang ada, LIHAT VIDEO DI SINI Perbelanjaan bagi "menjual" slogan 1 Malaysia ini, adalah lebih RM 100 juta, termasuk di serata laman web, papan tanda, media arus perdana dan sebagainya. Sebelum ini, ada satu laporan Maybank bertarikh 19 Mac menyatakan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah membelanjakan sebanyak RM40.7 juta (DI SINI) untuk menaikkan imej pentadbirannya di mata rakyat menerusi pengiklanan. Selain kos bernilai sekitar 72.7 juta untuk angka terbaru yang diperoleh daripada NIELSAN Malaysia (DI SINI) Cara pemasaran BN untuk kempen pilihanraya ini sangat jelas. Tujuannya hanya satu, untuk menang pilihanraya. Tetapi Datuk Najib harus sedar dan tahu, walaupun duit adalah penting, tidak semua rakyat akan terpengaruh dengan taktik sedemikian dalam lanskap politik hari ini. Kempen pilihanraya yang berjaya, adalah kempen yang melihat kepetingan rakyat secara keseluruhannya. Bukan melihat rakyat sebagai konsumer materialis. Rakyat tidak mahukan sesuatu yang bersifat sementara. Rakyat mahukan kerajaan yang lebih memberi perhatian terhadap kos sara hidup yang tinggi yang sangat membebankan secara menyeluruh. Dan rakyat mahu tahu apakah cara kerajaan dalam menyelesaikan masalah mereka. Adakah tindakan kempen dan pemasaran BN dalam pilihanraya kali ini memberikan kesan kepada anda? Bincangkan secara bersama di sini…… | ||||
Posted: 29 Apr 2013 09:37 PM PDT Penerbit album Norman Abdul Halim tetap mempertahankan kenyataannya menerusi Twitter dengan mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah selepas Pilihan raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti. Norman berkata, tujuan dia menulis perkara itu adalah untuk membolehkan masyarakat membuka mata untuk melihat kelemahan PR dengan memberikan pendapat dalam Twitter berkenaan. "Dengan kenyataan yang diberi, saya menerima banyak kritikan tetapi apa yang saya cakapkan sebenarnya adalah fakta, bukannya suka-suka atau mahu menakut-nakutkan orang. "Jangan lihat industri seni ini pada satu sudut tertentu, lihat pada keseluruhannya. Perlu diingat industri kreatif berkembang dan ia sekali gus meningkatkan ekonomi negara. "Apabila saya kata industri hancur jika PAS memegang negara adalah kerana tumpuan parti itu lebih untuk menjadi kerajaan khusus untuk Islam dan Melayu. Twitter yang ditulis Norman pada Ahad lalu mengundang kritikan banyak pihak. "Dengan dasar PAS yang sebelum ini sering menolak industri kreatif menerusi pengharaman pawagam di Kelantan dan Terengganu, ia sedikit sebanyak menghilangkan sebahagian sumbangan kepada ekonomi kita," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Dalam Twitter miliknya Ahad lalu Norman antara lain turut berkata pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan turut terjejas. Komen Norman itu mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut termasuklah penerbit filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang menyifatkan pandangan berkenaan sebagai cetek. Norman yang juga Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) berkata, kelemahan PAS dapat dilihat berpandukan kepada isu-isu sebelum ini apabila pelbagai konsert telah diharamkan dan ia sekali gus menyekat perkembangan industri seni negara. Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komen yang diberikan di Twitter bukan kerana mahu mengkritik mana-mana individu tertentu, sebaliknya dasar kepimpinan parti PAS. "Orang yang tidak rasional sahaja yang tidak boleh menerima kenyataan saya itu. Lagipun saya cakap pun secara hormat dengan meminta maaf terlebih dahulu sebelum berkata-kata. "Jangan salah ertikan maksud saya. Saya seorang beragama Islam tetapi bukan agama PAS," tegasnya. Ahmad Idham pula menulis menerusi Twitter miliknya. Pemikiran sempit Mengulas kenyataan tersebut Ahmad Idham berkata selebriti-selebriti yang menganggap industri seni akan hancur dengan perubahan kerajaan adalah mereka yang memiliki pemikiran sempit kerana cuba mengaitkannya dengan hiburan. "Saya tidak berpihak kepada sesiapa tetapi ingin menegaskan kepada para artis supaya tidak mengaitkan apa-apa perkara melibatkan politik dengan industri seni. "Apabila ada yang menganggap industri seni akan hancur sebaik sahaja pemerintahan kerajaan bertukar tangan, ia adalah satu perkara yang mengarut. "Bagi saya, industri seni kita mempunyai pendirian sendiri dan ia mampu berdikari walaupun sesiapa sahaja memimpin negara. "Saya tak mahu ada pihak menganggap orang seni terlalu bergantung harap kepada kerajaan yang memerintah. Yang menjadi penentu filem saya laku atau tidak bukan menerusi kontrak kerajaan, tetapi para penonton yang menontonnya," katanya. Tambah Idham lagi, dia yakin dengan memiliki produk filem atau muzik yang bagus, industri seni tempatan tidak akan tergugat sama ada kerajaan bertukar tangan mahupun tidak. Dalam pada itu, Idham turut menasihatkan kepada para artis yang terlalu lantang bersuara berhubung hal-hal politik supaya mengkaji dahulu asal usul parti serta sejarah negara. Katanya, jika komen yang diberi tanpa dibuat kajian, ia dikhuatiri mungkin boleh memberikan persepsi buruk kepada masyarakat yang akan menganggap artis tempatan mempunyai tahap pengetahuan yang cetek.Sumber: Mstar | ||||
Najib lagi percaya pada Ahmad Maslan Posted: 29 Apr 2013 09:29 PM PDT Shahbudin Husin Najib dilaporkan begitu tersinggung dengan kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya atau UMCEDEL yang mendapati Anwar lebih popular dan dikehendaki pengundi untuk menjadi Perdana Menteri berbanding dirinya. Kajian UMCEDEL itu mendapati Anwar mendapat keyakinan 43 peratus berbanding Najib hanya 39 peratus. Sambil menolak kajian itu dan menyifatkannya sebagai karut, Najib juga berkata, pihaknya juga melakukan kajian sendiri dan mendapati beliau lebih mendahului berbanding Anwar. Najib sebenarnya memang wajar tidak bersetuju dengan kajian itu kerana jika beliau bersetuju, sebaiknya beliau meletak jawatan saja dengan segera. Namun dalam pada tidak bersetuju itu, Najib sepatutnya memperlihatkan jiwa besarnya sebagai Perdana Menteri dengan tidak menyifatkannya sebagai karut dan sebagainya. Ini kerana pihak UMCEDEL melakukan kajian itu tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan tanpa sebarang kepentingan untuk diri mereka. Ia hanyalah kajian ilmiah untuk melihat kecenderungan pengundi, sesuai dengan kehangatan bahang kempen pilihanraya yang sedang berjalan sekarang. Kajian pihak universiti itu seharusnya disambut baik dan lapang dada oleh Najib dan beliau harus menjadikannya sebagai rangsangan untuk memperbaiki lagi kelemahan diri dan kerajaan BN yang sedang dipimpinnya. Dengan mengetahui ramai yang menolaknya, sekurang-kurangnya Najib boleh memperkuat jentera kempen dan memperbaiki apa-apa yang kurang sebelum tarikh pengundian 5 Mei depan. Namun sebaliknya Najib menolak peluang untuk menunjukkan sifat terpujinya dengan menolak bulat-bulat hasil kajian itu. Bagi Najib beliau tetap lebih popular berbanding Anwar. Memanglah jika Najib sekadar hanya membaca Utusan dan menonton TV3 dan mendapat laporan atau hasil kajian daripada Ketua Penerangan Ahmad Maslan saja, semuanya baik-baik dan indah belaka. Walaupun kebangkitan rakyat kini dapat dilihat di mana-mana dan mood rakyat dalam perbualan seharian dengan pelbagai kelompok juga memperlihatkan mereka semakin ghairah ke arah perubahan, tetapi Ahmad Maslan tetap mendendangkan lagu-lagu kemenangan buat Najib. Beliau juga sentiasa meyakinkan bahawa Najib akan terus kekal sebagai Perdana Menteri dengan menyifatkan semua orang lain tidak layak, bahkan memberitahu kemenangan yang boleh dicapai ialah sekurang-kurangnya 160 kerusi Parlimen. Pendek kata, dua pertiga sudah dalam tangan. Beliau dilaporkan memberitahu media, tentunya perkara yang sama juga diberitahunya kepada Najib, walaupun BN boleh merampas lebih banyak lagi kerusi terutama yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu tetapi cuma berhasrat menambah 20 saja lagi berbanding 140 yang dimenangi pada 2008. Hebat sungguh Ahmad Maslan ini! Tidak itu saja, Ahmad Maslan turut melaporkan beberapa kerusi yang dilaporkan kritikal seperti Gelang Patah, Pulai dan beberapa kerusi lainnya pun akan dapat dimenangi oleh BN kali ini. Tidak mustahil juga beliau menggelikan lagi telinga Najib dengan menyatakan Permatang Pauh, Marang dan Bukit Bintang pun akan berjaya dimenangi kali ini. Dalam keghairahan mahu mengekalkan jawatan dan dibisikkan pula dengan lagu-lagu indah oleh Ahmad Maslan, ditambah lagi dengan laporan yang disiarkan oleh Utusan dan TV3, memanglah boleh terpesona Najib dibuatnya. Tanpa menilai bahawa yang melapor dan membuat kajian itu mempunyai kepentingan atau sebaliknya, sudah tentulah laporan yang menggembirakan itu lebih diterimanya berbanding kajian UMCEDEL itu, walaupun ia dibuat dengan ikhlas dan akademik. Meskipun setelah disifatkan karut oleh Najib, UMCEDEL tetap mempertahankan kajiannya itu. Jika ditanya sesiapa pun, antara kajian universiti dengan kajian orang politik, lebih-lebih lagi yang sarat dengan kepentingan peribadi, tentunya majoriti mengatakan kajian universiti lebih dipercayai. Tetapi adalah hak Najib untuk tidak mempercayai dan menolaknya. Biarlah sehingga malam 5 Mei nanti, kajian Ahmad Maslan itu lebih diyakini dan dipercayainya manakala semua kajian atau laporan lain sebagai karut dan palsu belaka. Setelah keputusan diketahui nanti, kita akan mengetahui juga siapa yang ikhlas dan siapa yang mengampu, siapa yang karut dan siapa yang benar. | ||||
Pindah wang ke Cayman Islands melebihi mandat 1MDB Posted: 29 Apr 2013 09:27 PM PDT Oleh: Aedi Asri KUALA LUMPUR : Pemindahan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun sulit di Cayman Islands, United Kindom melebihi kuasa badan pelaburan milik negara itu, kata editor akhbar The Edge, M Shanmugam. Beliau merujuk pemindahan RM7.18 bilion ke pusat kewangan pesisir pantai itu, yang dinyatakan dalam laporan tahunan 1MDB dan didedahkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Shanmugan berkata, mandat utama 1MDB yang diilhamkan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya menarik pelaburan asing ke dalam projek berimpak tinggi dalam ekonomi domestik. "Beberapa siri urus niaga kabur dalam urusan 1MDB dengan PetroSaudi International (PSI) bangkitkan lebih banyak persoalan, yang mana badan pelaburan yang dilindungi kerajaan itu menolak untuk jawab. "Contoh jelas adalah penebusan kertas hutang Islamik (Islamic debt paper) oleh PSI (kepada 1MDB) yang meningkat kepada RM6.8 bilion setakat 31 Mac 2012. Jumlah ini termasuk 'keuntungan yang boleh diterima' atau bayaran faedah yang belum dibayar PSI kepada 1MDB atas bon Islamik itu. "Pada 1 Jun 2012, 1MDB ambil 49 peratus pegangan ekuiti dalam PetroSaudi Oil Sdn Bhd (PSOSL) dari PSI. Nilai pegangan itu sama dengan jumlah yang dihutang kepada 1MDB. Maka, bon Islamik itu dikira sudah ditebus," katanya dalam rencana fz.com. Memetik rencana itu lagi, beliau mempersoalkan kekurangan maklumat mengenai PSOSL, walaupun dikatakan memiliki urus niaga yang melibatkan sejumlah wang yang besar. "Apakah perniagaan utamanya, aset, liabiliti, keuntungan dan situasi aliran tunai? Apakah saiz sebenar syarikat ini? berdasarkan transaksi antara 1MDB dan PSI, ia tentulah besar…(Tetapi) kenapa terlalu kurang maklumat mengenainya?," katanya, seperti dipetik. | ||||
Azmin Ali ke P Pinang, Kedah & Perlis hari ini (30 April) Posted: 29 Apr 2013 09:25 PM PDT KEADILAN DAILYTimbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali hari ini akan meneruskan kempen ke utara tanah air bersama calon setempat mewakili parti.Berikut adalah jadual beliau untuk hari ini; 1. Masa : 1.30 petang hingga 2.30 petang Program: Jamuan Rakyat Nibong Tebal Lokasi : Simpang 4,Permatang Tok Mahat (DUN Sungai Acheh/Parlimen Nibong Tebal) 2. Masa: 3.00 petang – 4.00 petang Program : Hi Tea Rakyat Kulim Bandar Baharu Lokasi: Pekan Relau, Bandar Baru (Parlimen Kulim Bandar Baharu) 3. Masa: 5.00 petang – 6.00 petang Program : Hi Tea Bersama Rakyat Lokasi : Perkarangan Masjid Taman Selaseh (DUN Lunas/Parlimen Padang Serai) 4. Masa : 7.00 malam – 8.30 malam Program : Solat Maghrib Perdana & Jamuan Rakyat Lokasi : Kampung Natoi, Bukit Kayu Hitam (DUN Bukit Kayu Hitam) 5. Masa : 9.30 malam Program : Ceramah Perdana I Taman Wira, Alor Setar (DUN Bakar Bata/Parlimen Alor Setar) 6. Masa : 11.00 malam Ceramah Perdana II Taman Pauh (DUN Seberang Jaya/Parlimen Permatang Pauh) | ||||
Pemantau Ideas pastikan undi awal hari ini tiada penipuan Posted: 29 Apr 2013 09:24 PM PDT Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (Ideas) akan memastikan tiada penipuan berlaku ketika proses pengundian awal melibatkan polis dan tentera hari ini. Menurut Ketua Eksekutifnya, Wan Saiful Wan Jan, sukarela badan pemikir tersebut menghantar wakilnya di 102 cawangan Parlimen yang menjalankan pengundian awal khususnya di kem tentera dan balai polis. "Hari ini berlangsung undian awal, jadi semua sukarela kita membuat pemantauan dari setiap sudut termasuk masa permulaan bilik mengundi dibuka sehingga ke proses pembuangan undi. "Walaupun ini kali pertama diadakan undian awal, namun sebenarnya tiada beza dengan undi pos yang dilaksanakan kepada polis dan tentera sebelum ini," katanya ketika dihubungi. Wan Saiful berkata, pengundian awal hari ini akan memudahkan kerja pemantau, tetapi tidak menolak akan berlaku sebarang perkara tidak diingini jika tidak diberikan perhatian semasa proses pembuangan undi. "Dalam proses pengundian, macam-macam boleh berlaku, tetapi pemerhati sebagai badan bebas akan melihat dari semua sudut supaya tiada penipuan ketika mengundi. "Apabila proses mengundi di kem contohnya, semua kuasa berada di tangan ketua kem, bukan lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mereka sendiri perlu mendapatkan kebenaran untuk menjalankan proses mengundi di kem," katanya. Selain Ideas, kumpulan yang dijemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemerhati bertauliah tempatan ialah Pusat Pengajian Polisi Awam di bawah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) dan Majlis Belia Malaysia. Terdahulu, Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) telah menarik diri menjadi pemerhati. SPR sebelum ini mengumumkan kira-kira 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan lebih 2,500 individu akan bertindak sebagai pemerhati tempatan pada PRU 13. Manakala bagi peringkat antarabangsa, lima negara Asean iaitu Kemboja, Myanmar, Thailand, Indonesia dan Filipina, dan setiap dari negara tersebut akan menghantar seramai tujuh orang pemerhati. | ||||
Pengundi perlu tamatkan politik perkauman UMNO/BN Posted: 29 Apr 2013 09:17 PM PDT Roketkini.com GELANG PATAH: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyeru pengundi di Malaysia menamatkan riwayat politik perkauman yang diamalkan UMNO-BN kerana ia bukan sahaja bahaya untuk perpaduan kaum, juga digunakan untuk melindungi kezaliman dan salah guna kuasa. Beliau yang juga calon Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah, berkata masanya sudah tiba untuk rakyat menamatkan riwayat politik perkauman yang selama ini menyebabkan hidup rakyat penuh rasa takut, gelisah dan cemas. Katanya, perubahan akan bermula apabila rakyat Malaysia menolak politik benci dan suka menakutkan rakyat yang dibawa UMNO-BN sebaliknya menerima politik bersih, amanah dan bebas rasuah yang dibawa Pakatan Rakyat. Oleh itu, beliau menyeru pengundi Malaysia melakukan perubahan dengan menamatkan pemerintahan UMNO-BN yang selama ini mengamalkan politik perkauman, melakukan kezaliman dan salah guna kuasa. * Isu lembu dan kondo NFC bukanlah isu ekonomi Bumiputera; ia sebenarnya isu salah guna kuasa dan penyelewengan pemimpin BN dan keluarga mereka * Isu penswastaan dan kerugian syarikat penerbangan MAS bukanlah isu ekuiti saham Bumiputera; ia soal salah guna kuasa kerajaan dan kegagalan pentadbiran kroni. * Isu PKFZ bukanlah isu perkauman; ia soal penyelewengan pemimpin kerajaan BN. * Isu konsesi tol dan lebuhraya bukanlah isu kemudahan asas rakyat; ia adalah soal mengkayakan kroni dan memiskinkan rakyat. * Isu Lynas bukanlah isu untuk pelaburan; ia adalah soal keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat serta pencemaran alam sekitar. "Oleh itu, saya menyeru pengundi Malaysia bersatu memilih Pakatan Rakyat atas dasar bersama menegakkan keadilan, mengutamakan kebenaran, menjamin kebebasan, melaksanakan kebajikan, memulihkan demokrasi dan membantu mereka yang memerlukan. "Mari kita jadikan tahun 2013 sebagai detik bersejarah untuk menamatkan politik perkauman dan amalan yang mencacatkan demokrasi kita bagi membawa era perubahan dan transformasi yang sebenar," katanya daloam kenyataan hari ini.. Ubah! Ini kalilah!- Roketkini.com | ||||
Lebih 36,000 pengundi ragu bakal banjiri Selangor Posted: 29 Apr 2013 04:54 PM PDT
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini. Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus 'charter flights' Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini. PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya. Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia. "Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita. "Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan. "Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti," jelas Jaafar. Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang. Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini. Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA. "Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah," tambah Jaafar. Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti. SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain. "Kita sudah berbincang dengan SPR dan mereka telah berjanji untuk mengekalkan apa yang telah dipersetujui ini dan kita harapkan agar SPR tidak mungkiri perkara-perkara ini," tegas Jaafar. | ||||
Penerbangan bawa pengundi Sabah ke Selangor? Posted: 29 Apr 2013 04:45 PM PDT
Beliau berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang kakitangan sebuah syarikat penerbangan. "Daripada sumber dalaman pihak penerbangan sendiri, memang wujud penerbangan yang disediakan khusus untuk mereka di Sabah untuk ke Selangor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau yang juga calon Parlimen Titiwangsa turut berkata, pihak PAS masih menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan bagi mengelakkan mereka mengundi pada 5 Mei ini. "Kita tak tahu apa status mereka sekarang ini. Tapi kalau benar mereka ini pengundi hantu yang digunakan untuk mengundi BN di Selangor, kita kesal dengan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pilihan Raya dalam perkara ini," katanya. Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, risikan mereka mendapati Umno telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah menggunakan pengangkutan udara. Bagaimanapun, Khalid yang juga menteri besar berkata, kumpulan itu tidak didaratkan di lokasi biasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT). Sementara itu, Zamri juga menegaskan, Juham tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-udang sekiranya mendapati wujud warga asing yang turut mengundi pada hari tersebut. "Kalau memang ternyata mereka warga asing yang diberikan kad pengenaan semata-mata untuk mengundi, kita ada kuasa menahan mereka daripada berbuat demikian," katanya. Beliau juga menggesa SPR mengambil tindan segera dalam tempoh berbaki sebelum berlangsungnya hari pengundian. "PAS harap SPR ambillah tindakan sewajarnya bagi memastikan demokrasi di negara ini benar-benar terlaksana," katanya. | ||||
Surat buat pengundi awal daripada Presiden PAS Posted: 29 Apr 2013 04:43 PM PDT Abdul Hadi Awang,Tuan dan Puan Pengundi awal sekelian, Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai "Pengundi Awal" pada hari Selasa 30 April 2013. Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila. Dalam masa yang sama, tanggungjawab tuan/ puan dalam memilih pemimpin negeri/negara yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara dalam PRU-13 ini adalah tersangat penting kepada sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pertahankan untuk generasi ini dan anak cucu kita semua. Bilangan tuan/puan yang melebihi suku juta orang itu boleh menjadi faktor penentu arah tuju kepimpinan negara dalam sama-sama kita melakukan perubahan yang lebih baik kepada Malaysia yang kita cintakan ini. Cukup lah kita membiarkan rakyat berdepan dengan kelompok politik elit Barisan Nasional yang penuh dengan dosa penyakit rasuah, ketirisan, pemerasan dan berbagai ketidak adilan yang akhirnya akan membuatkan generasi akan datang menderita. Beban amanah ini nampaknya tersangat berat untuk dipikul oleh pimpinan Barisan Nasional yang semakin malap kepercayaannya di kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan ini. Mengundilah dengan tanpa rasa takut. Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua. Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan. Sekian terima kasih. Wassalam. "PAKATAN HARAPAN RAKYAT" "MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN" Abdul Hadi Awang Presiden PAS | ||||
Husam yakin sambung kemajuan Putrajaya seperti dibawa Dr M Posted: 29 Apr 2013 04:33 PM PDT Husam berkata tidak tersinggung dengan kritikan oleh Dr Mahathir semasa turun berkempen untuk Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, sebaliknya mengganggapnya sebagai satu pengiktirafan. "Tun M, saya ucap terima kasih kepada dia, bila dia datang ia satu pengiktirafan kepada saya. "Dan cara dia pukul pun macam seorang datuk bergurau dgn cucu dia, saya tak rasa apa-apa tersinggung," kata Husam apabila ditemui The Malaysian Insider di Ibu Pejabat PAS hari ini mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyuruhnya menjaga Kelantan terlebih dahulu daripada berfikir untuk menawan Putrajaya. Naib presiden PAS itu kemudiaan membidas penyandang kerusi Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana gagal menguruskan kawasan parlimen tersebut dengan baik. "Saya yakin Tun M tahu saya adalah orang yang boleh meneruskan idea-idea Tun M yang baik khususnya di Putrajaya. "Selepas Tun M bersara, banyak perkara tidak diuruskan dengan baik, harga rumah tinggi, kos sara hdup naik kerana sewaan tinggi, tiada kemudahan sekolah agama, kelas KAFA pun menumpang surau," katanya lagi. Husam walau bagaimanapun melahirkan rasa kecewa dengan lawannya kerana gagal membawa perbahasan sihat sepanjang berkempen dan hanya banyak menyerang peribadinya berbanding memberikan kaedah penyelesaian kepada penduduk Putrajaya yang majoritinya kakitangan kerajaan. "Konsep saya bertanding di Putrajaya adalah untuk berkongsi idea dan membincangkan idea negara secara komprehensif dan fakta. "Sehingga hari ini, malangnya lawan saya hanya membangkitkan isu-isu tidak berasas dan berbentuk peribadi, tidak ada perbahasan sihat terhadap apa yang saya cadangkan," katanya lagi. Mengulas tentang peluangnya di Putrajaya, Husam berkata daripada sokongan sepanjang tempoh berkempen, beliau merasakan angin perubahan semakin kuat dan tidak menolak kejutan mungkin berlaku. Sepanjang berkempen di Putrajaya, sambutan yang diterima ke atas Husam sangat mengejutkan, kemuncaknya adalah semasa lawatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Sabtu lalu untuk memberikan sokongan kepadanya yang menyaksikan ribuan orang ramai hadir pada ceramah itu. Pencalonan Husam pada awalnya dilihat sebagai gimik dan tidak akan mengugat kerusi yang disandang oleh Tengku Adnan kini menjadi kerusi panas, malahan Dr Mahathir juga dijemput turun dalam satu program untuk menandingi kempen Pakatan Rakyat (PR) di situ. Dalam Pilihan Raya 2008 lalu, BN memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,734 undi selepas menewaskan calon PAS, Mohamad Noor Mohamad. Seramai 13,268,002 rakyat yang layak mengundi dalam PRU 13 kali ini. Kedua-dua parti politik di negara ini, BN dan PR akan bertarung untuk merebut sebanyak 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN. Pilihan Raya 2013 dijangkakan paling sengit dalam sejarah walaupun BN seperti diramalkan oleh ramai pihak akan terus menerajui negara selepas itu. Walau bagaimanapun, PR tidak mustahil untuk membuat kejutan kerana buat pertama kalinya, BN bakal berhadapan dengan pembangkang paling tersusun. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan