Biaqpila |
- BAYANGKAN JIKA KITA BERADA DI TEMPAT MEREKA
- JOM TERJAH!!! EKSPERIMEN HILANGKAN DAKWAT KEKAL SPR
- WOW!!! NAJIB BAKAL BERDEBAT ESOK???
- SAPA DAH MENGUNDI TOLONG BUAT EKSPERIMEN NI SAT
- INI CADANG KE SOALAN?
- PEJABAT PAS SEMPORNA DIDAKWA DISERANG
BAYANGKAN JIKA KITA BERADA DI TEMPAT MEREKA Posted: 30 Apr 2013 03:00 PM PDT Jom bantu Tabung Ahmad Sufi. Jika tak mampu bantu dengan duit, bantulah dengan SHARE maklumat ni kepada kawan2.. Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA HARI INI. Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada di antara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana. BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi) MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI sumber NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
JOM TERJAH!!! EKSPERIMEN HILANGKAN DAKWAT KEKAL SPR Posted: 30 Apr 2013 08:31 AM PDT DEY MACHA!!! MASIH ADA MASA LAGI KALAU NAK CUCI BAGI TAK NAMPAK KESAN ADA LAGI 5 HARI ESOK CUCI LAGI LUSA CUCI LAGI TULAT KONFEM TAK DAK LAGI KESAN DEGIL KAH! KAH! KAH! NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
WOW!!! NAJIB BAKAL BERDEBAT ESOK??? Posted: 30 Apr 2013 04:47 AM PDT Abdul Khalid : Esok, Saya Tunggu Najib Di Pelabuhan Klang. Saya akan tunggu Perdana Menteri dan calon Menteri Besarnya di satu restoran di Pelabuhan Klang esok jam 10.30 pagi untuk berdebat dengan mereka. Itu respons daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap cabaran daripada Datuk Seri Najib Razak. Najib telah mencabar Abdul Khalid untuk membentangkan laporan pencapaian lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor. "Saya dengan hati terbuka menerima cabaran itu dan telah menyatakan kesediaan saya untuk mengadakan perbahasan dengan beliau. "Walau bagaimanapun sehingga ke saat ini saya tidak menerima sebarang reaksi daripada Perdana Menteri," kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini hari ini. Abdul Khalid berkata beliau serta rakyat Selangor akan menunggu Najib esok, di Perkarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Abdul Khalid, yang juga calon kerusi DUN Pelabuhan Klang, mahu Najib membawa calon Menteri Besar Selangornya bagi orang ramai mengenali siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri sekiranya Umno-BN berjaya tawan Selangor._TVselangor/Selangorku drhalimahal |
SAPA DAH MENGUNDI TOLONG BUAT EKSPERIMEN NI SAT Posted: 29 Apr 2013 11:47 PM PDT |
Posted: 29 Apr 2013 09:00 PM PDT DEY MACHA!!! MAMAT NI TAK HABIH LAGI DOK BUAT KERJA BODEK APA JADI DENGAN INTERNET PERCUMA SEJAM TU RAIS? DAH SENYAP BILA HANG TAK DICALONKAN DALAM PRU 13 KAH! KAH! KAH! Niat pembangkang ambil alih pentadbiran negara tidak munasabah JELEBU - Niat pembangkang untuk mengambil alih pentadbiran negara ialah sesuatu yang tidak munasabah atau masuk akal, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Katanya ini kerana pembangkang menghadapi beberapa masalah dalaman yang dilihat boleh menggagalkan mereka untuk mencapai apa yang diharapkan selepas pilihan raya umum 5 Mei ini. "Pertama, mereka berbalah antara satu dengan lain, kedua mereka tidak mengetahui atau menyebut lagi apa yang mereka manifestokan dan ketiga mereka masing-masing cuba menunjukkan sifat 'hero' atau kegagahan dan tidak menonjolkan kesepakatan. "Jadi, berasas kepada permerhatian ini, saya tidak yakin langsung bahawa sama ada PKR atau Pas mahu pun DAP akan dapat memerintah Negeri Sembilan atau kerajaan persekutuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Rais yang diiringi isterinya Datin Seri Masnah Rais ditemui dalam siri kempen calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali di Bilik Ggerakan Dun Sungai Lui, Air Hitam, dekat sini. Katanya justeru rakyat diingatkan untuk tidak menggadai masa depan dengan membuat perhitungan mengikut nafsu politik semata-mata dan memilih pembangkang pada PRU13 ini. Rais yang merupakan penyandang kerusi parlimen Jelebu dan tidak bertanding pada PRU13 ini berkata kemampuan pembangkang yang kabur selain perancangan mereka yang 'kusut' tidak mampu menandingi apa yang dilaksanakan kerajaan. "Dalam keadaan sedemikian apa yang telah kita peroleh dalam BN, dirasai oleh rakyat dan kita akan tunjukkan bahawa bukti janji ditepati ini akan menjadi realiti terus menerus," katanya. Mengulas dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan dari pihak luar bagi menghadapi PRU ini, Rais berkata jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pembangkang di negara ini amat lemah dan tidak mampu 'berdiri di atas kaki sendiri'. Dalam hal ini Rais menuntut rakyat agar berfikir secara rasional tentang kesan dan akibat terhadap negara ini jika pembangkang yang disokong pihak luar mengambil alih pentadbiran negara. - Bernama SH NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
PEJABAT PAS SEMPORNA DIDAKWA DISERANG Posted: 29 Apr 2013 06:28 PM PDT Suatu kekecohan didakwa berlaku di perkarangan pejabat PAS Semporna apabila sekumpulan lelaki dikatakan menyerang dengan membawa objek seperti kayu besbol, topi keledar, gergaji, besi dan tukul. Yang Dipertua PAS Semporna Hassan Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian serangan itu. Menurutnya, serangan itu berlaku tiba-tiba tidak lama selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau. Dakwanya, semasa Anwar berucap di Kampung Perigi, Pemuda BN telah pun memulakan gangguan dengan membuat bunyi bising menggunakan motor yang kemudian berlanjutan kepada serangan di perkarangan pejabat parti. Hassan berkata, akibat daripada serangan tersebut, seorang daripada ahli parti itu mengalami kecederaan ringan serta beberapa kerosakan pada kenderaan. Beliau turut mendakwa, serangan itu diketuai oleh dua orang adik kepada salah seorang wakil rakyat. "Cermin kereta dipecahkan dan dua buah kereta dikemekkan. Motorsikal turut dirosakkan," dakwa Hassan. Laporan polis telah pun dibuat berkenaan serangan itu. Menurut laporan yang dibuat oleh anggota PAS Abdul Naib Arrolah, serangan kedua berlaku pada 7.20 petang ketika ahli-ahli PAS sedang solat Maghrib dan solat Hajat di pejabat mereka. Dalam laporan itu, beliau mendakwa kumpulan itu mengancam untuk membakar pejabat PAS Semporna. Polis: Jangan ambil petugas kaki gaduh Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan telah diterima. "Ada kekecohan berkenaan penggantungan poster dan bendera. Ekoran pekerja merebut tempat. Itu sahaja. Kita dah panggil semua pihak yang bertanding dan semua bersetuju berkempen secara sihat," katanya. Firdaus tidak dapat mengesahkan jenis senjata yang digunakan kerana tidak berada di tempat kejadian. "Kadang-kadang yang muda-muda ni ada gelojoh sikit. Tapi tak ada niat apa-apa, hanya provokasi dan sakitkan hati. Tapi bila pakcik dia datang dari PAS, Bebas atau BN, dia sudah bersalaman kerana semua bersepupu," jelas Firdaus. Polis menasihatkan parti bertanding tidak mengambil petugas parti daripada kalangan kaki gaduh. BN Semporna akan dapatkan maklumat dulu Pegawai kepada wakil rakyat yang dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu buat masa ini. Sementara itu, pembantu kepada calon BN di Semporna Datuk Seri Shafie Apdal berkata mereka tidak dapat mengulas perkara itu kerana sedang berada di Sarawak. "Kami akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Kami akan dapatkan dahulu maklumat berhubung perkara ini sebelum mengulasnya," katanya. MK NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan