DIALOG RAKYAT |
- Pecah Berita! PDRM Bagi Amaran Ke BN? Jangan Pakai Bangladesh Untuk Pasang Bendera BN? kah3
- Zaid Ibrahim bantu pulih imej anti-Melayu DAP
- Zulkifli Noordin sudah insaf dan bertaubat, kata Soi Lek
- Negara Islam mustahil di Malaysia yang berbilang kaum, kata ahli politik MCA
- Calon PAS bagi Parlimen Labuan tarik diri daripada bertanding
- Iklan takutkan pengundi dengan Pakatan mungkin memakan diri, kata industri
- Keputusan PRU 13 Parlimen Jempol : Isa Samad (Janji Ditepati) VS Wan Aishah (Janji Manismu)? Pilihan Anda?
- DAP: Kehadiran 10,000 di Seremban tanda keyakinan
- Menangis tiga hari kerana Kamilia
- Sivarasa lapor polis, mahu calon BN terlibat jenayah wang haram disiasat
- Kereta Rosmah tidak bayar 2 saman AES
- Semua kaum beri sokongan kepada calon PAS
- Kedah umum 5 Mei cuti sempena PRU13
- Herman Tino: Saya tidak ditaja sesiapa
- Letupan di lokasi ceramah: IGP minta pihak tanggungjawab serah diri
- KEADILAN beri tempoh hingga 5 petang esok calon tanding Bebas tarik diri
- 'Umno sudah hilang konsentrasi'
- KEADILAN desak SPR perjelas undi pos polis dikeluarkan awal
- Calon BN Pandan disiasat polis, surat tunjuk sebab Majlis Peguam
- Hadi: Jawatan PM hanya layak untuk orang Islam
- Mat Taib: PR boleh jadi kerajaan lebih baik
- Wan Azizah: 'Rakyat dalam mood nak ubah kerajaan pusat'
- [BERGAMBAR & VIDEO] InsyaAllah, Husam Bakal YB Putrajaya
- Abdul Khalid : PR Selesaikan Masalah Puluhan Tahun BN
- MCA pancing undi dengan menghina Islam, UMNO berdiam diri
Pecah Berita! PDRM Bagi Amaran Ke BN? Jangan Pakai Bangladesh Untuk Pasang Bendera BN? kah3 Posted: 24 Apr 2013 08:31 AM PDT Kuala Lumpur - by @tiewnama Umum tahu bahawa kakitangan kerajaan rata ratanya sudah tidak lagi menyokong kerajaan LANUN Barisan Nasional, kerana BN ada sebuah kerajaan yang berdiri atas undi BANGLA, INDON, SIAM, FILIPINA dan sebagainya, Dan mereka menipu pula melalui UNDI POS dan segala bentuk penipuan lain yang jika kami menulis di sini, nescaya 7 lori dakwat di perlukan, Berikut adalah amaran POLIS kepada.. dari kajian ajensi berita fakap EP, pembaca sudah dapat meneka polis menujukan kepada siapa akan AMARAN ini. by @tiewnama - BN Pilihan LANUN. kah3 |
Zaid Ibrahim bantu pulih imej anti-Melayu DAP Posted: 24 Apr 2013 08:09 AM PDT VIDEO | 3.55 min JOHOR Pakatan Rakyat Johor kini mensasarkan kawasan pengundi Melayu dalam suasana kempen yang menjengah masuk ke pusingan kedua, untuk memadamkan persepsi anti-Melayu, khususnya ke atas parti DAP. Malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri besar sementara, Datuk Abdul Ghani Othman sejak sebelum penamaan calon lagi cuba menggambarkan kempen DAP sesuatu yang akan merosakkan keharmonian antara kaum di negeri itu. Pakatan tidak boleh memandang mudah monopoli politik BN, selain kelemahan akar umbi dan jentera publisiti Pakatan serta imej anti-Melayu DAP, khususnya ke atas pemimpinnya Lim Kit Siang. Lalu, DAP bersama PAS pada malam tadi menganjurkan ceramah yang bertemakan perlindungan Pakatan Rakyat ke atas Islam, institusi beraja dan Melayu di Taman Nusantara – satu kawasan dalam kawasan Gelang Patah. Kawasan kediaman baru itu, yang banyak didiami penjawat awam yang bekerja di pusat pentadbiran Kota Iskandar dan juga golongan Cina yang bekerja di Singapura, termasuk dalam kawasan Nusa Jaya yang ditandingi naib presiden PAS Salahuddin Ayub. Turut ditampilkan dalam ceramah kepada kira-kira 1,000 orang yang hadir itu ialah bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim. Zaid tidak membuang masa untuk membantu memadamkan dakwaan anti-Melayu yang dilemparkan ke atas Lim. "Saya sudah amat lama mengenali Kit Siang, di dalam dan di luar Parlimen. "Saya kenal dia sebagai MP yang berani. Saya tidak pernah dengar dia menyerang Islam atau memperkecil-kecilkan pemimpin Melayu di Parlimen, tidak pernah," kata Zaid. Sebaliknya, Lim akan membangkitkan isu urustadbir, rasuah, katanya. "Dulu, jika Mahathir (Mohamad) berjaya meyakinkan orang Melayu bahawa Kit Siang menentang hak orang Melayu, itu satu penipuan. "Bagaimana dia boleh menentang hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan? Tidak boleh," katanya. |
Zulkifli Noordin sudah insaf dan bertaubat, kata Soi Lek Posted: 24 Apr 2013 08:07 AM PDT Keputusan BN untuk mencalonkan Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin bertanding kerusi Parlimen Shah Alam telah dikritik hebat tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyokong pilihan parti itu. Katanya, Zulkifli adalah kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pernah menjadi peguam pemimpin Pakatan Rakyat itu. "Beliau telah bertanding di bawah PAS (sebelum ini). Beliau dan PAS adalah kawan yang sangat baik, oleh itu ketika berada dalam PAS, kemungkinan besar beliau menerap nilai-nilai dan budaya PAS. "Dan hari ini dia telah insaf dan bertaubat," kata Chua (kiri) dalam satu sidang akhbar ketika berkempen untuk calon MCA bagi Parlimen Pandan, peguam Gary Lim petang ini. Isnin lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba memadamkan kemarahan berhubung kenyataan Zulkifli Noordin yang didakwa telah menghina agama Hindu. Najib mendakwa masyarakat kaum India kini mula menerima Zulkifli. Malah, kata Najib, ada orang India yang telah mencium Zulkifli. Zulkifli telah meminta maaf atas kenyataannya yang menurutnya, dibuatnya sepuluh tahun lalu. |
Negara Islam mustahil di Malaysia yang berbilang kaum, kata ahli politik MCA Posted: 24 Apr 2013 08:05 AM PDT KUALA LUMPUR— Ahli politik veteran MCA, Datuk Lee Hwa Beng, menolak dakwaan partinya undi kepada DAP akan bawa kepada pelaksanaan hudud, menegaskan ia suatu yang mustahil bagi mana-mana pemenang Pilihan Raya 2013 menubuhkan sebuah negara Islam teokratik. Tanpa menamakan mana-mana parti, beliau berkata terdapat ahli politik yang bergantung kepada strategi menakut-nakutkan dikalangan masyarakat Cina dengan memberi amaran negara Islam akan ditubuhkan jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai kerajaan atau jika berlaku penyatuan antara Umno dan PAS. MCA, yang dianggap sebagai kurang digemari dikalangan pengundi Cina, menggunakan isu negara Islam sebagai fokus utama dalam berkempen pada Pilihan Raya 2013. Parti tersebut telah meletak beberapa iklan akhbar dengan mendakwa undi kepada DAP adalah undi untuk hudud, terutamanya selepas DAP berkata akan menimbang menggunakan logo PAS pada pilihan raya umum ekoran keraguan simbolnya. Lee, merupakan bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) yang mendapat perhatian umum kerana peranannya dalam menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ), menyatakan sebarang perubahan dalam Perlembagaan Persekutuan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen. Dalam sepucuk surat kepada The Malaysian Insider, Lee hari ini berkata berdasarkan jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh pelbagai parti politik, termasuk parti Islam utama iaitu Umno dan PAS, beliau berpendapat ia adalah mustahil untuk meminda perlembagaan. Lee berdasarkan andaiannya berkata semua Ahli Parlimen (MP) bukan Islam tidak akan bersetuju mengundi bagi sebarang pindaan untuk memperkenalkan negara teokratik Islam. "Saya akan menganggap bahawa semua Ahli Parlimen bukan Islam dan parti bukan Islam sama ada akan mengundi untuk menentang atau berkecuali daripada mengundi terhadap Rang Undang-undang yang bertujuan untuk meminda sebarang negara sekular Malaysia," katanya. "Sebagai contoh dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu beberapa tahun lalu apabila PAS memperkenalkan undang-undang hudud, hanya seorang ahli MCA aberkecuali daripada mengundi sebaliknya semua ahli Umno mengundi." Beliau menegaskan bahawa walaupun Umno memenangi semua 105 kerusi yang dipertandingkan di Parlimen, dan 15 di Sabah dan Sarawak PBB memenangi14 kerusi di sana, ia masih berjumlah 134. Menurut Lee, ia masih kekurangan majoriti dua pertiga daripada 148 kerusi yang diperlukan untuk meminda perlembagaan. Beliau menambah walaupun dilihat mustahil jika Umno, PAS dan PBB membentuk pakatan, perlu juga diambil kira tentang PAS dan Umno yang bersaing banyak di kerusi sama. "Kesimpulan saya ialah sebuah negara teokratik Islam adalah mustahil, dalam negara berbilang kaum pelbagai agama dan pelbagai budaya, ia dilindungi oleh perlembagaan sosial dan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri." |
Calon PAS bagi Parlimen Labuan tarik diri daripada bertanding Posted: 24 Apr 2013 08:00 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER LABUAN,— Calon PAS Hadnan Mohamad, menarik diri daripada saingan bagi kerusi Parlimen Labuan, meninggalkan calon Barisan Nasional dan PKR berdepan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum 5 Mei ini. Keputusan itu diumumkan semalam oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad. Calon BN Rozman Isli dan Tan Sri Ibrahim Menudin daripada PKR telahpun memulakan kempen mereka untuk memikat pengundi. — Bernama |
Iklan takutkan pengundi dengan Pakatan mungkin memakan diri, kata industri Posted: 24 Apr 2013 07:55 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR, — Kempen Barisan Nasional (BN) dalam akhbar yang memainkan isu kaum untuk menakut-nakutkan pengundi ke atas Pakatan Rakyat (PR) mungkin memakan diri pada pilihan umum 5 Mei ini, kata sumber dalaman industri dan ahli politik pembangkang. Antara iklan bertulis yang dimainkan untuk menakutkan masyarakat Cina terhadap pengaruh parti Islam PAS, manakala orang Melayu pula ditakutkan dengan pengaruh DAP, dengan slogan "Undi kepada DAP adalah undi kepada PAS" dan sebaliknya. "Sebuah iklan dalam akhbar yang dimiliki MCA, The Star mengambarkan roket terbang ke awan untuk menunjukkan simbol bula PAS dalam keadaan terjaga dengan mesej berbentuk: "Kuasa di belakang DAP adalah PAS. Pertama adalah bendera. Esok prinsip fundamentalis pula?". "Iklan tersebut menunjukkan ia direka untuk menunjukkan keraguan dan ketakutan orang Cina bahawa mereka mungkin hilang kebudayaan dan pendidikan jika memilih DAP," kata Masjaliza Hamzah daripada Center of Independent Journalism kepada The Malaysian Insider. "Ia adalah konsep kosong. Hanya tuduhan tanpa kebijaksanaan atau rasa hormat. Ia iklan yang sangat merendah-rendahkan, satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat," kata seorang penulis iklan, Kevin, 32, yang mendedahkan nama sebenarnya. "Mereka terlupa peraturan utama pengiklanan. Tiada pengiklanan boleh menyelamatkan produk yang buruk, "katanya. Iklan tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan DAP yang berdepan tekanan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tidak mengiiktiraf barisan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), hingga memaksa parti tersebut membuat keputusan untuk memakai simbol bulan milik PAS dan bukan simbol roket miliknya. Walaubagaimanapun, parti pembangkang tidak bimbang tentang iklan BN tersebut yang mungkin memberi pengaruh negatif, sebaliknya memberitahu The Malaysian Insider mereka sebuah gabungan yang sangat bersatu-padu. "Memang benar undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, dan pada masa yang sama undi PAS adalah undi untuk PKR, dan undi untuk PKR adalah undi untuk DAP. Kami bersama-sama dalam gabungan, "kata Tony Pua, setiausaha publisiti kebangsaan DAP dan MP Petaling Jaya Utara. "Iklan itu bagus... saya harap BN terus untuk melaungkan slogan itu. Tiada undi untuk BN," kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu. Pengguna Twitter @patricklsk bersetuju dengan menulis: "MCA sebenarnya membayar untuk iklan akhbar bagi mempromosikan kerjasama DAP-PAS? Ini sangat menakjubkan! #freemarketing" Namun, iklan tersebut tidak bukan diterima semua dan kebanyakkan iklan membuat orang ramai marah. "Kami berbual tentang perkara itu dalam pejabat hari ini. Seseorang bertanya kepada saya sama ada sudah melihatnya dan saya jawab ya, saya sudah lihat. Datanglah sini, ia dalam tong sampah saya," kata seorang pengarah akaun yang enggan dinamakan. "Lebih banyak iklan mereka letak, lebih ramai rakyat akan marah. Mereka hanya mengali kubur untuk diri sendiri," katanya. Seorang pegawai eksekutif operasi di sebuah agensi menggambarkan iklan di The Star, dengan tiga ke lima pembangkang menghentam iklan dalam setiap satu akhbar, melihatnya sebagai "terlalu melampau" dan akan menyebabkan rakyat akan jemu. "Semua mereka buat adalah salah. Mereka beri terlalu banyak perhatian kepada pembangkang daripada menggariskan pencapaian mereka sendiri," kata beliau. "Tapi ia baik untuk lawak, lawak yang sangat mahal," tambahnya lagi. Pua berkata, BN telah menggunakan isu ketakutan kaum dalam empat pilihan raya sebelum ini dan DAP kemudiaan bertindak balas dengan kemarahan, tapi tidak kali ini. "BN masih bermain politik lama. Kami semua telah melangkah keluar politik lama," katanya. Seorang pengguna Facebook, Tan Lin Li, menulis: "Serang polisi, bukan parti," serta menghantar gambar iklan DAP yang diterbitkan dalam The Rocket dan Sinar Harian menampilkan ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga berlegar-legar dalam laman sosial bagi menangani iklan-iklan daripada BN. "Tiada apa yang perlu ditakuti dan saya percaya orang-orang di Malaysia adalah bijak hari ini untuk membezakan pembohongan BN yang bertentangan dengan kebenaran perkara itu, "kata Pua. Beliau menambah jika PR mempunyai wang, iklan yang mereka akan buat untuk menangani iklan tersebut adalah dengan berkata, "Satu undi untuk MCA adalah satu undi untuk Perkasa." Masjaliza juga mempersoalkan sama ada iklan BN tersebut mematuhi Kod Amalan Pengiklanan Malaysia. Datuk Johnny Mun, pengerusi 4As Malaysia, sebuah persatuan pengamal pengiklanan yang berkongsi amalan dalam industri, memberitahu Malaysian Insider bahawa kod ini hanya terpakai untuk pengiklanan produk secara amnya dan tidak mengawal iklan politik. Masjaliza juga berkata iklan itu menjejaskan integriti bebas dan adil dalam media. "Sebagai contoh, perbelanjaan pengiklanan hendaklah terhad kepada jumlah yang tertentu. Jika tidak ada had maka ia akan memberi kelebihan kepada pihak yang mempunyai dana besar," katanya. Media sebelum ini melaporkan BN dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM73 juta pada bulan lepas untuk pengiklanan, langkah untuk mempertahankan Putrajaya dan yang termahal pernah dibelanjakan dalam sejarah pilihan raya Malaysia. |
Posted: 24 Apr 2013 07:45 AM PDT Keputusan PRU13 Jempol : Kejutan terbesar sebaik proses pengumuman calon Barisan Nasional (BN) (DI SINI) selain dari gugurnya nama Rais Yatim di Parlimen Jelebu adalah, nama Tan Sri Isa Samad dicalonkan BN untuk bertanding di Parlimen Kempol bagi menentang Wan Aishah yang akan mewakili parti PAS. Jikalau ikutkan…. Sebenarnya, penyandang kerusi Parlimen Jempol menjelang Pilihanraya Umum 2008 (PRU12) adalah Tan Sri Isa Samad sendiri. Jadi, kawasan Parlimen Jempol bukanlah asing baginya. Keputusan PRU12 2008 VS Pertandingan PRU13 2013 (P127 Jempol)
Dan sejak daripada itulah Isa Samad, mula diperkatakan sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi DUN mahupun parlimen sampailah dilantik semula mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada tahun 2009 dan menang menewaskan calon Parti Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti yang besar.
Keputusan PRU13 Parlimen Jempol : Peluang Calon Isa Samad VS Wan Aishah?Sebenarnya parlimen Jempol bukanlah suatu yang agak tidak asing dengan nama Tan Sri Isa Samad, namun terdapat pergolakan dalam berhubung pemilihan Tan Sri Isa Samad untuk bertanding di kawasan Parlimen Jempol. Ini kerana, ramai ahli UMNO kawasan Jempol merasakan bahawa Tan Sri Isa Samad tidak dilihat sebagai calon yang boleh menang. Itu cerita disebelah kem Barisan Nasional. Bagi Wan Aishah Wan Ariffin pula, sebagai bekas artis popular yang juga penyanyi terkenal suatu masa dulu dengan lagu hit "Janji Manismu", tidak sukar untuk menambat hati para pengundi di jempol, lebih-lebih lagi pengundi wanita di sana yang rata-rata menghormatinya selain merupakan pemegang Ijazah Sains Politik di Universiti Auckland. Walaubagaimanapun….
Namun pemilihan Wan Aishah di Parlimen Jempol juga tidak digemari oleh ahli PAS bahagian Jempol sebenarnya kerana merasakan pemilihan Wan Aishah ini hanyalah sebagai calon "bidan terjun" dan "tidak mempunyai pengalaman dalam sepak terajang politikdi Malaysia" berbanding calon PAS tempatan yang sedia ada. Kebanyakan ahli Pas yang mahukan Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa bertanding di kawasan itu.
Walauapapun, perseteruan ini akan dimuktamadkan dan kuasanya ada pada tangan pengundi menjelang keputusan PRU13 parlimen jempol pada 5 Mei 2013 kelak. Bagi pengundi Parlimen Jempol amnya dan rakyat Malaysia umumnya, mana satu pilihan hati? Janji Manismu atau Janji Ditepati? Mengapa? |
DAP: Kehadiran 10,000 di Seremban tanda keyakinan Posted: 24 Apr 2013 03:42 AM PDT Kumpulan jentera BN di Seremban yang membantah pemilihan Datuk Dr Yeow Chai Tiam Chai sebagai calon mereka dilihat mula beralah apabila bahan kempen pilihan raya parti itu mula dikesan di bandar tersebut sejak dua hari lalu. Tinjauan Malaysiakini di bandar ini hanya mengesan bendera BN dinaikkan selepas kempen masuk hari ketiga, di kawasan strategik seperti jalan yang menghubungkan plaza tol Seremban ke pusat bandar tersebut. Jentera berkenaan bagaimanapun perlu bekerja lebih keras untuk menyaingi DAP – yang banyak memenuhi sudut utama di bandar tersebut dengan kain rentang dan wajah pemimpin parti DAP. Antara yang menjadi perhatian adalah kain rentang dengan wajah calon parlimen Rasah, Teo Kok Seong, penyandang kerusi Bukit Kepayang, Cha Kee Chin, dan calon parlimen Seremban, Anthony Loke. Antara bahan kempen BN lain yang dikessan adalah beberapa papan iklan gergasi dengan wajah menteri besar sementara, Datuk Mohamad Hassan di samping wajah perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak. Ironinya, kedua-dua kawasan parlimen Rasah dan Seremban yang menjadi tumpuan penduduk bandar di ibu negeri tersebut merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat. Lima daripada enam kawasan DUN dalam parlimen Seremban dikuasai Pakatan dan hanya DUN Lenggeng dikuasai BN dalam pilihan raya umum 2008. Namun DUN Lenggeng juga bermasalah bagi BN ekoran tentangan dari kalangan pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon sehingga ada di kalangannya bertanding sebagai calon Bebas. Empat daripada lima DUN di bawah parlimen Rasah juga dikuasai DAP. Satu lagi DUN, Labu, dimenangi BN dalam pilihan raya tersebut. Jika jumlah kehadiran peserta ke ceramah menjadi ukuran, DAP nampaknya lebih ke hadapan. Seramai kira-kira 10,000 orang hadir ke ceramah anjuran parti tersebut di depan pasar besar Seremban pada malam Isnin lalu. Jumlah hadirin tersebut memenuhi memenuhi keseluruhan kawasan tapak ceramah sehingga ke kaki lima jalan dalam keadaan hujan renyai. Loke yang merupakan pengerusi DAP negeri berkata, kehadiran berkenaan menggambarkan keyakinan bahawa Pakatan bukan sahaja mampu menguasai Seremban dan Rasah, malah turut mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan. "Ia petanda perubahan yang akan berlaku di Negeri Sembilan. Malam ini malam bersejarah kerana dalam masa 20 ke 30 tahun ini, inilah kali pertama kita adakan ceramah raksasa di depan pasar besar Seremban," katanya dalam ceramah tersebut. Pakatan bagaimanapun tetap perlu berwaspada di dua kerusi majoriti Melayu – DUN Sikamat dan DUN Ampangan yang dimenangi PKR dengan majoriti tipis pada 2008. Sikamat dimenangi Aminuddin Harun dengan majoriti hanya 499 undi dan Ampangan pula dimenangi Rashid Latiff dengan majoriti 165 undi. Beberapa bilik gerakan PKR di Ampangan juga dilaporkan ditutup ekoran bantahan terhadap pencalonan pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Penyandang kerusi Sikamat Aminuddin Harun kali ini perlu berdepan dengan calon muda dan jelita dari Puteri Umno, Wan Salwati Abdullah. |
Menangis tiga hari kerana Kamilia Posted: 24 Apr 2013 03:30 AM PDT Jentera Wanita Umno Kuala Kangsar kini telahpun dapat menerima tindakan Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas di kawasan parlimen tersebut, namun tetap menganggap naib ketua Wanita Umno itu mementingkan diri sendiri. Anggota Wanita Umno yang ditemui Malaysiakini, dengan berlinangan air mata juga menyatakan bahawa mereka tidak menjangkakan Kamilia akan bertindak sedemikian. Anggota cawangan Talang Hilir, Nor Suraidah Murad, 43, tindakan Kamilia itu mengecewakan ramai pihak lebih-lebih lagi Wanita diperingkat akar umbi. "Saya rasa keputusan dia pentingkan diri dan tak mementingkan parti. Saya memang kecewa sangat. Tetapi sekarang, kami semua dah boleh terima dan menjalankan aktiviti macam biasa. "Kita juga akan pergi rumah ke rumah untuk terangkan situasi sebenar kepada orang ramai mengenai perkara ini," katanya dengan nada sedih. Seorang lagi anggota berkenaan dari cawangan Bukit Chandan, Wan Bidah Wan Yusoff, 50, berkata mereka turut "berkabung" selama tiga hari sejak hari penamaan calon. Menurut Wan Bidah, ramai Wanita yang menangis dan bersedih dengan keputusan yang diambil Kamilia. "Ramai menangis. Masa dalam perjumpaan jentera pun, ramai menangis. Tapi sekarang dah OK. Tiga hari sahaja menangis. Lepas itu semua dah kembali macam biasa. "Memang terkejut sangat dengan tindakan dia (Kamilia). Tapi kita pun dah buat banyak perjumpaan dan lepas Datuk Shahrizat (Abd Jalil) datang, kita sekarang dah OK dan akan buat kerja," katanya. Anggota jentera berkenaan ditemui selepas pertemuan tertutup dengan Shahrizat di Kuala Kangsar semalam. Kenyataan Wan Bidah itu mengesahkan tinjauan Malaysiakini di sekitar Kuala Kangsar sejak beberapa hari lalu yang mendapati tidak banyak aktiviti berlangsung dan bilik gerakan BN di kawasan itu juga kelihatan suram. Jentera Wanita itu juga bersimpati dengan Kamilia yang menjalankan kempen sebagai calon Bebas dengan hanya dibantu oleh anggota keluarga, kata setiausaha Wanita Umno bahagian, Aishah Halid. "Ada kami nampak Datuk berkempen. Tapi dia dengan anak dia je. Anak lelaki dan anak perempuan. Kami ada juga nampak dia bagi risalah dekat orang. Ada juga yang nampak dia bagi risalah dekat bangsal panas PAS. "Datuk pernah cakap dekat saya dia tak akan kacau orang Umno. Jadi sasaran Datuk ialah pengundi atas pagar, golongan muda. Sebab Datuk ada semua data-data pengundi kat sini. "Kami tengok dia kami kesian. Dia jalan sorang-sorang dengan anak-anak dia," katanya kepada Malaysiakini. Kamilia ketika dihubungi petugas media sehari selepas penamaan calon lalu meminta agar wartawan menyemak tulisannya di Facebook untuk mendapatkan kenyataan terkini. Tulisannya yang terakhir di laman tersebut bertarikh 21 April. |
Sivarasa lapor polis, mahu calon BN terlibat jenayah wang haram disiasat Posted: 24 Apr 2013 03:22 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR L: Ahli Biro Politik KEADILAN, R Sivarasa membuat laporan polis berhubung penglibatan calon BN Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed dalam jenayah aliran wang haram bernilai RM31 juta. Mohd Zin memperoleh wang haram itu dari Bangladesh antara Ogos 2000 hingga 2004 ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Shah Alam. "Saya buat laporan polis berdasarkan dokumen-dokumen terhadap Mohd Zin yang menjelaskan asas laporan saya," kata Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat parti semalam, selepas membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya bersama mangsa kes, Mohamad Tahir Fazal Mohd. Beliau turut melampirkan salinan laporan polis serta dokumen yang menunjukkan akuan bersumpah oleh rakan kongsi Mohd Zin di Bangladesh, Sheikh Farid Ahmad dan individu yang bertanggungjawab menghantar wang tersebut, Mohd Kamil Shaharuddin. Kamil dalam akuannya berkata, beliau pernah menghantar wang berjumlah RM300,000 pada 2000 sehingga 2001. "Kedua-duanya membuktikan bahawa Mohd Zin terlibat menerima wang haram yang dihantar dari Bangladesh. Beliau menerima RM31 juta sehingga Ogos 2004," kata Sivarasa yang juga calon Parlimen Subang. Pada 2000, Mohd Zin bersama Farid dan Sheikh Riaz Ahmad menubuhkan Silkways Cargo Services Ltd di Dhaka, Bangladesh. Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Mohd Zin mempunyai 49 peratus pegangan dan dikongsi bersama rakan di Malaysia, Mohamad Tahir dengan 24 peratus. Pada 2004, Tahir membuat laporan terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi dimaklumkan pegawai penyiasat bahawa kes berkenaan tidak boleh diambil ekoran 'tidak mendapat lampu hijau dari pihak atasan'. Kemudian pada 2007, Tahir membuat laporan kepada pihak berkuasa Dhaka. Farid ditahan pada 27 Julai 2007 serta disiasat, dan akhirnya beliau didapati mempunyai hubung kait dengan kes berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun. "Malangnya, penerima wang haram di Malaysia, Mohd Zin masih bebas tanpa siasatan, sebaliknya beliau dicalonkan untuk menjadi wakil rakyat," kata Sivarasa. "Laporan polis ini supaya siasatan diambil terhadap Mohd Zin dan BPR. Mengapa tiada tindakan sejak laporan dibuat Tahir pada 2004?" katanya. "Adakah wujud penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu untuk menyekat siasatan kerana melibatkan ahli politik BN?" kata Sivarasa. |
Kereta Rosmah tidak bayar 2 saman AES Posted: 24 Apr 2013 03:14 AM PDT KL TODAY PKR hari ini mendedahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tertunggak berdasarkan semakan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Pengarah Strategi Rafizi Ramli berkata hasil semakan MyEG itu menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan Rosmah. "Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Rosmah tidak membayar dua saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013," kata beliau yang juga calon Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Menurut beliau, AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya manakala manifesto Barisan Nasional (BN) tidak menyentuh langsung mengenai AES. Katanya lagi, "walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto BN membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaannya sekiranya BN terus berkuasa. Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, Rafizi telah menjalankan beberapa semakan untuk mengenalpasti nombor kad pengenalan Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri. Beliau juga membuat semakan untuk mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Rosmah dan menyemak sama ada Rosmah membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES. |
Semua kaum beri sokongan kepada calon PAS Posted: 24 Apr 2013 03:10 AM PDT KL TODAY KUALA SELANGOR: Calon PAS bagi Dun Jeram, Muhmmad Rashid Muhammad Kassim (PAS) atau lebih dikenali Cikgu Rashid menerima sambutan dan sokongan secara terbuka dari masyarakat India sewaktu program lawatan rumah ke rumah hari ini. Harakahdaily yang turun bersama Cikgu Rashid mendapati, masyarakat India yang berada di Taman Pekerti, Jeram menunjukkan sokongan mereka untuk terus memilih Pakatan Rakyat (PAS) pada pilihanraya umum nanti. Keadaan itu tidak ditunjukkan secara terbuka oleh masyarakat Melayu. Walaupun di rumah mereka mempunyai bendera Bendera Barisan Nasional tetapi sokongan terhadap calon PAS dinyatakan secara senyap. Jelas Cikgu Rashid, keadaan sedemikian telah lama berlaku tetapi beliau yakin sokongan dari masyarakat Melayu akan memihak kepada PAS. "Kita lihat sokongan yang diberikan oleh masyarakat India amat baik dan mereka menyatakan secara terbuka untuk memilih kita pada pilihanraya nanti. "Namun itu tidak berlaku kepada masyarakat Melayu, sokongan dinyatakan secara senyap, walaupun rumah-rumah terdapat bendera BN tetapi sokongan tetap untuk Pakatan Rakyat," kata beliau. Katanya lagi, sebagai guru sebelum ini memberi kelebihan kepadanya untuk mendekati masyarakat Melayu yang kebanyakan mereka merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang pernah beliau mengajar dahulu. "Namun ia bukan halangan besar untuk saya sebab sebagai bekas guru, saya mempunyai undi peribadi yang boleh memihak kepada PAS. "Kebanyakan masyarakat Melayu di sini, anak-anak mereka merupakan pelajar saya dan ini sedikit memberi ruang kepada saya dengan mudah mendekati mereka, sikap hormat mereka masih ada dan ia peluang untuk saya menjelaskan apa yang ingin Pakatan Rakyat sampaikan kepada seluruh rakyat," sambung beliau. Cikgu Rashid yang akan ditentang oleh Datuk Amiruddin Satro (BN) berkeyakinan dalam tempoh kempen yang hanya tinggal 11 hari lagi dapat memberi ruang untuknya bertemu dengan seluruh pengundi di Dun Jeram. Malah beliau juga berpendapat majoriti sebanyak 1,470 undi yang dimenangi BN pada 2008 lalu bukan satu masalah kerana sepanjang tempoh kempen empat hari berlaku peningkatan sokongan dari masyarakat Melayu, India dan Cina. Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Selangor mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, kemudian Sekolah Menengah Aminuddin Baki sebelum melanjutkan pelajaran ke Mahktab Perguruan Lembah Pantai. Beliau bukan orang asing di Mukim Jeram, anak jati Kuala Selangor yang dilahirkan pada tahun 1958 itu telah menghabiskan lebih 32 tahun sebagai guru khususnya di Kuala Selangor. |
Kedah umum 5 Mei cuti sempena PRU13 Posted: 24 Apr 2013 03:08 AM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan cuti umum pada 5 Mei ini sempena Pilihan Raya Umum ke-13. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pengumuman ini dibuat bagi memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat Kedah keluar mengundi pada hari tersebut. Katanya perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini yang diadakan khusus untuk membincangkan perkara itu dan cuti umum itu adalah berdasarkan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951. "Orang ramai boleh keluar mengundi. Tak ada masalah lagi nak keluar mengundi atau tidak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Aman di sini. Ahad merupakan hari bekerja di Kedah. - Bernama |
Herman Tino: Saya tidak ditaja sesiapa Posted: 24 Apr 2013 03:03 AM PDT TANJONG KARANG - Penyanyi dangdut popular, Herman Tino yang sebelum ini mengejutkan semua apabila muncul sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang menafikan dirinya ditaja parti tertentu untuk menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN). Herman atau nama sebenarnya, Masrun Tamsi, 59, menjelaskan, keputusan untuk bertanding diambil hanya dalam tempoh 24 jam. Menurutnya, tiada sesiapa dari mana-mana parti atau orang perseorangan yang datang untuk memintanya untuk bertanding memandangkan beliau masih setia dan terhutang budi dengan BN yang banyak menolongnya selama ini. "Namun atas dasar ketidakpuasan hati terhadap segelintir pemimpin yang tidak memandang kewujudan saya sebagai anak seni dan penduduk tempatan, hati saya jadi marah, seterusnya menjadi punca tindakan bertanding sebagai calon Bebas diambil. "Meskipun ramai menuduh saya membelot parti dan dikritik teruk semua yang memungkinkan mata pencarian sebagai artis selepas ini lenyap, namun semua itu saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam sidang media di rumahnya di Jalan 7/1, Sungai Gulang-Gulang. Herman berkata, beliau bukan sengaja ingin menentang kerajaan dan sebagai artis, tiada niat dihatinya untuk terlibat dalam kancah politik yang ternyata banyak menghabiskan wang simpanannya untuk berkempen. "Sebelum ini, saya cuba memulihkan hubungan dengan membawa mesej cinta melalui lagu didendangkan namun ia seolah-olah tidak mencukupi, jadi saya memutuskan untuk menggunakan landasan politik bagi menterjemahkan lirik supaya dapat perhatian lebih. "Saya cuma mahu politik kotor yang saling mengutuk antara pemimpin, tindakan cantas pemimpin muda dan sikap orang memandai dihentikan kerana itu semua menimbulkan suasana tegang antara penduduk sekali gus menyebabkan kualiti kepimpinan yang ada hilang. "Saya tiada wang yang banyak untuk dijanjikan kepada pengundi sekiranya menang nanti, tetapi saya mampu menjanjikan jambatan kasih sayang untuk memulihkan hubungan orang ramai yang kini dilihat rosak kerana taksub dengan fahaman politik masing-masing," katanya. Herman berkata, beliau mahu menerapkan pendamaian dalam politik dan menghormati kemajuan sedia ada selain menjaga harta benda dengan baik melalui lagu dinyanyikannya, seiring manifesto dibuat khas untuk pengundi di kawasan Parlimen Tanjong Karang. Buat masa ini katanya, pihaknya bergantung kepada dana tertentu untuk meneruskan usaha berkempen selain terpaksa menggadaikan harta benda bagi menjayakan usahanya untuk bertanding selain sokongan sahabat yang tidak putus-putus. |
Letupan di lokasi ceramah: IGP minta pihak tanggungjawab serah diri Posted: 24 Apr 2013 03:00 AM PDT IPOH - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kepada mereka yang bertanggugjawab dalam insiden letupan ketika ceramah parti politik di Nibong Tebal, Pulau Pinang malam tadi supaya menyerah diri kerana tindakan tersebut berbahaya dan mengancam keselamatan orang awam. Beliau sudah mengarahkan ketua polis di seluruh negeri supaya meningkatkan tahap keselamatan di ceramah yang diadakan parti politik sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Berikutan itu, Ismail menasihati supaya mana-mana parti politik yang ingin mengadakan ceramah supaya memohon permit dengan lebih awal agar mereka dapat memeriksa kawasan berkenaaan sebelum dan selepas ceramah diadakan. |
KEADILAN beri tempoh hingga 5 petang esok calon tanding Bebas tarik diri Posted: 24 Apr 2013 02:59 AM PDT Oleh Sidiqin Omar PETALING JAYA : KEADILAN memberi tempoh sehingga jam 5 petang esok, 25 April untuk ahli yang bertanding sebagai calon Bebas menarik semula pencalonan mereka. Perkara itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. "Sebagai Presiden KEADILAN, saya memohon untuk mereka menggugurkan pencalonan dan menghantar permohonan maaf kepada parti sebelum jam 5 petang esok. "Perjuangan ini mengatasi ego dan kepentingan peribadi. Kita mesti bersama parti dan rakyat menentang Umno dan Barisan Nasional," kata Wan Azizah. Beliau berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 dilihat paling banyak berlaku pertembungan pelbagai penjuru dan tindakan bertanding bebas yang bercanggah dengan aspirasi KEADILAN tidak boleh diterima. Sementara itu, Pemangku Jawatankuasa Disiplin KEADILAN, Zulkefly Omar berkata, biro tersebut masih meneruskan rundingan dengan kira-kira 20 ahli untuk menarik semula pencalonan mereka. Justeru katanya, jika penarikan tidak dibuat sehingga tempoh yang ditetapkan itu, tindakan tegas akan diambil termasuk dipecat. Jelas Zulkefly, tindakan bertanding bebas melibatkan kira-kira 20 ahli biasa KEADILAN bersama seorang atau dua Ketua Cabang. Dalam pada itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menambah, pelanggaran disiplin dan kesalahan pengkhianatan terhadap parti termasuklah tindakan membantu kempen melawan parti PAS dan DAP. "Mana-mana ahli parti yang didapati membantu kempen lawan dianggap dipecat sebaik kita terima laporan. "Bukan sahaja kempen menentang KEADILAN, tetapi terhadap parti-parti Pakatan. Kesalahan bukan sahaja membantu kempen Umno BN, tetapi termasuk calon Bebas. "Kita tak boleh bertoleransi dalam hal begini," tegas Tian. |
'Umno sudah hilang konsentrasi' Posted: 24 Apr 2013 02:57 AM PDT SHAH ALAM - Umno disifatkan sudah hilang konsentrasi untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi kerana terlalu lama memegang tampuk pemerintahan. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno tidak dinafikan telah berjasa membawa kemajuan, tetapi sudah tiba masanya pemerintahan berubah untuk kerajaan yang lebih bermakna. Menurutnya, kesatuan Pas bersama DAP dan PKR mampu memberi erti sebenar makna sebuah gabungan yang sekian lama diinginkan rakyat di negara ini. "Umno bukan tiada jasa, tetapi sampai masanya dia macam dah tak boleh dah... dah hilang upaya, dah mula jadi kurang upaya. "Barangkali dah lama sangat, dah letih, jadi konsentrasi di pelbagai tempat itu sudah tiada lagi," katanya ketika Ceramah Perdana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PR, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, kelmarin. Beliau berkata, Pas sebuah parti yang mempunyai perancangan dengan meletakkan tokoh-tokoh tertentu khususnya di Shah Alam, Putrajaya, Pulau Pinang dan beberapa bandar lain seluruh negara. Pernah berkhidmat 11 tahun sebagai Menteri Besar, Muhammad berkata, kini sudah tiba masanya beliau membantu PR untuk membentuk sebuah kerajaan yang mampu membawa perubahan secara menyeluruh. Khususnya di Selangor katanya, Bandaraya Shah Alam memerlukan perubahan kerana disifatkan seperti tidak lagi mempunyai jiwa dan sama seperti bandar - bandar lain. "Selangor sudah dibangunkan dan Shah Alam berjaya diwujudkan sebagai bandar Melayu dahulu akan tetapi, lama kelamaan ia kelihatan tiada isinya. "Objektif nak bangunkan Shah Alam sebagai pusat membudayakan Melayu dan Islam masih belum kesampaian dan saya percaya Pas bersama komponen PR lain mampu merealisasikannya dengan kredibiliti yang dapat dilihat sekarang ini," katanya. |
KEADILAN desak SPR perjelas undi pos polis dikeluarkan awal Posted: 24 Apr 2013 02:44 AM PDT Oleh Sidiqin Omar PETALING JAYA : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoal tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengedarkan kertas undi pos lebih awal iaitu semalam kepada anggota polis. Beliau mempertikai tindakan SPR, berikutan pengundian awal hanya akan dijalankan pada 30 April, seminggu dari hari ini. "Kita ingin penjelasan SPR, apakah kertas undi pos yang dikeluarkan hanya untuk pengundi pos anggota polis, atau pengundi pos luar negara? "Jika (SPR keluarkan) untuk semua undi pos, kenapa (hanya) diedarkan kepada pihak polis (sahaja) semalam?" kata Wan Azizah pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Difahamkan, 6,000 undi pos dikeluarkan semalam dan beliau menuntut SPR memberi penjelasan berikutan sumber rasmi polis di laman webnya mengesahkan menerima undi pos untuk anggota dan pasangan anggota. "Kita khuatir ada jurang masa sehingga ke tempoh mengira undi. Bagaimana undi itu disimpan? Siapa yang boleh pastikan undi pos terkawal?" soal Wan Azizah. Beliau merujuk keadaannya sendiri pada 2004 apabila diberi jaminan SPR bahawa kertas undi pos di Parlimen Permatang Pauh yang disimpan di Maktab Perguruan Tuanku Bainun diawasi dengan kamera litar tertutup (CCTV). "Kemudian kami difahamkan kamera CCTV tersebut tidak mempunyai filem. Pengawasan kotak-kotak undi ini mesti diberitahu kepada pihak-pihak yang bertanding. Apa jaminan keselamatan?" soal Wan Azizah lagi. "Kita mahu penjelasan SPR. PRU 13 adalah pilihan raya yang penting," tegasnya |
Calon BN Pandan disiasat polis, surat tunjuk sebab Majlis Peguam Posted: 24 Apr 2013 02:40 AM PDT Oleh Sidiqin Omar PETALING JAYA: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, calon BN Parlimen Pandan, Gary Lim masih dalam siasatan polis dan Majlis Peguam berikutan tuduhan salah laku. Dedah Rafizi, satu laporan polis dibuat firma guaman Shearn Delamore & Co terhadap Lim atas tuduhan salah laku, manakala surat kedua adalah dari Majlis Peguam mengesahkan mengenai surat tunjuk sebab. "Saya beranggapan bahawa bukti-bukti ini adalah jelas bahawa beliau masih tertakluk kepada siasatan polis dan Majlis Peguam, walaupun beliau masih menafikan sehingga kini," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini. Menurut surat firma tersebut yang ditandantangani pengurusnya Robert Lazar bertarikh 27 Disember 2012, Gary Lim atau nama sebenarnya, Lim Chin Yee diminta memulangkan aset syarikat termasuk alat tulis. Surat tersebut menyatakan Lim meletakkan jawatan di firma tersebut pada 30 Oktober 2011. "Adalah polisi kami kepada mereka yang berhenti memulangkan semua harta syarikat temasuk alat tulis. Ini termasuk kepala surat. "Sekiranya surat (dengan imej yang dihantar kepada kami) bertarikh 1 Disember 2012, dengan demikian kami membuat kesimpulan En Lim mengambil kepala surat yang kosong bersamanya, apabila dia menamatkan kerja dengan kami. "Seperti dinasihatkan, kami telah membuat laporan polis bertarikh 7 Disember 2012 dan salinannya dikepilkan bersama," kenyataan surat Shearn Delamore & Co dipetik. Manakala surat Majlis Peguam kepada Lim bertarikh 19 Februari 2013 menuntut surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari diserahkan berhubung 'Orang Tidak Sah' (Unauthorised Person). "Dimaklumkan bahawa sekiranya gagal memberi respon dalam tempoh yang ditentukan, perkara tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin tanpa berhubung terus dengan kamu (Lim)," jelas kenyataan Majlis Peguam. "Namun, sehingga hari ini dia (Lim) masih menafikan dikenakan tindakan disiplin atas salah laku dan laporan polis," kata Rafizi, yang akan berentap dengan Lim pada PRU 5 Mei nanti. |
Hadi: Jawatan PM hanya layak untuk orang Islam Posted: 24 Apr 2013 02:32 AM PDT SINAR HARIAN HULU TERENGGANU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya bahawa jawatan Perdana Menteri hanya layak dipegang oleh orang beragama Islam. Menegaskan demikian ketika berceramah di Kuala Berang di sini lewat malam tadi, Abdul Hadi berkata bagaimanapun soal menteri, tidak kira individu itu Islam atau tidak, masih boleh menjadi menteri seandainya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. "Memerintah negeri (bukan Islam) boleh dengan orang Islam, syaratnya, nombor satu, Perdana Menteri adalah orang Islam, yang jaga dasar negara mestilah orang Islam di negara Islam. Kalau bukan Islam, suruh dia masuk agama (Islam). "Tetapi (contohnya) kalau (jawatan) Menteri Kerja Raya, kalau dia bukan Islam tapi dia mahir bab jalan raya boleh buat bangunan, kita lantik dia. Tapi kalau nak lantik dia jadi Menteri Jaga Masjid memang tidak boleh," katanya. Malah calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu turut memperlekeh dan menyifatkan usaha kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) membangunkan Tasik Kenyir sebagai zon pulau bebas cukai serta pembinaan Zoo Kemaman di negeri ini sebagai suatu pembaziran wang rakyat. Selain Hadi, beberapa pemimpin Pas turut berceramah dan mereka hanya mengupas isu lapuk yang pernah dimainkan sebelum ini serta menjadikan pentas ceramah sebagai tempat mengkritik pemimpin tertinggi BN pusat selain pemimpin negeri seperti Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said secara terbuka. - Bernama |
Mat Taib: PR boleh jadi kerajaan lebih baik Posted: 24 Apr 2013 02:30 AM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas kelmarin berkata, sokongan yang diberikan ke atas parti itu adalah untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini. Sehubungan itu kata beliau, PR boleh menjadi kerajaan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat telah memberi mandat sejak negara merdeka. "... saya nak sokong Pas untuk sama-sama bantu, PKR dan DAP tubuhkan kerajaan di Putarajaya menggantikan Umno-BN. "Biar PR pula ambil alih kerajaan di Malaysia kerana saya tahu mereka boleh lakukan yang lebih baik daripada Umno yang memerintah hampir setengah abad tapi masih ada masalah kemiskinan," kata beliau. Beliau yang turut dikenali sebagai Mat Taib berkata demikian ketika berceramah membantu Datuk Husam Musa di Persint 9, Putrajaya malam tadi. Husam, Naib Presiden Pas, mencabar penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Muhammad juga berkata, Putrajaya di bawah pimpinan Husam akan mendapat manfaat luas jika menawan kerusi itu. Menurutnya, Husam mempunyai kriteria yang cukup untuk menjadi pemimpin yang berpandukan prinsip Islam sekali gus membawa perubahan kepada rakyat menjadi lebih baik berbanding BN. Beliau juga berkata, kemunculan pemimpin Pas yang cerdik dan pandai dalam pelbagai bidang akan membantu negara maju selaras dengan prinsip Islam. "Saya pernah jumpa dia (Husam) sebelum ini, dia kacak, badan boleh tahan tinggi pada saya, dia sangat bijak, warak, tegas... tuan-tuan pilihlah beliau menjadi ahli Parlimen Putrajaya. "Pas sekarang sudah mempunyai ramai ahli cerdik pandai, Pas boleh buat lebih baik, biar Pas perintah negara," katanya. |
Wan Azizah: 'Rakyat dalam mood nak ubah kerajaan pusat' Posted: 24 Apr 2013 02:29 AM PDT KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) yakin memperoleh mandat yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekali gus menawan Putrajaya. Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya bukan sahaja yakin kekal di Selangor, malah boleh memenangi beberapa negeri lain. "Kita ada keupayaan untuk lakukan perubahan. Insya-ALLAH boleh kerana rakyat berada dalam mood itu (ubah). Ini kalilah," kata beliau ketika ditemui pada program 'walkabout' bersama calon PKR Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim. Ketika ditanya mengenai potensi dan peluang calon PKR menang dalam pilihan raya kali ini terutamanya di Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah memberitahu, keyakinan itu tinggi berikutan mendapat maklum balas yang baik daripada pengundi. "Saya rasa kita mendapat sokongan yang lebih baik, kerana maklum balas yang diterima positif," katanya. Di peringkat Parlimen, PKR bertanding di 99 kerusi manakala 73 Pas dan 51 kerusi DAP. Di peringkat Dun, Pas mendahului dengan 236 kerusi, PKR 172 dan 102 DAP. |
[BERGAMBAR & VIDEO] InsyaAllah, Husam Bakal YB Putrajaya Posted: 23 Apr 2013 10:50 PM PDT KELAB GREENBOC Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi. Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya. Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya. Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN. Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya. Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS. Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya. Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya. Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ. Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ. Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9. Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor). -HD CERAMAH MAT TAIB BANTU HUSAM DI PUTRAJAYA |
Abdul Khalid : PR Selesaikan Masalah Puluhan Tahun BN Posted: 23 Apr 2013 10:13 PM PDT KLANG : Apabila mengambilalih Selangor pada 2008, tidak dapat dinafikan negeri ini dibebani segerombolan isu atau masalah yang masih tidak selesai, hasil peninggalan Umno-BN sejak berpuluh tahun, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Terima kasih juga kepada MB (Menteri Besar) yang lepas-lepas kerana kalau tiada masalah, bagaimana saya dapat kutip hutang (Talam) sebanyak RM390 juta. "Maknanya saya sudah tunjukkan bahawa saya adalah lebih pandai daripada mereka," jelas calon N46 Pelabuhan Klang ini. Ujarnya, bagi pelan pembangunan yang dilaksanakan sejak tahun 2008 ketika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran Selangor, segalanya berjalan lancar tanpa sebarang isu. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata penyelesaian sesuatu masalah atau isu adalah proses pengurusan sesuatu organisasi dan bukannya satu proses politik semata-mata. "Undi-undi itu semua 'political process' sementara 'management process' pula melibatkan kerja-kerja implementation (perlaksanaan). "Bukan sekadar janji jika menang saya akan buat rumah tetapi perlu tahu mana duit untuk buat, mana jalan harus dibuat dan lain-lain lagi. "Segala proses (pengurusan) itu saya tahu laksanakan, itulah bezanya," ujar beliau. |
MCA pancing undi dengan menghina Islam, UMNO berdiam diri Posted: 23 Apr 2013 10:01 PM PDT Roketkini.com GELANG PATAH : Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan politik menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam. Katanya, UMNO tidak sepatutnya berdiam diri dengan membiarkan Islam dihina rakan sendiri dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang cuba memancing undi dengan menghina Islam. Katanya, inilah kerjasama UMNO dan MCA dalam BN yang sanggup memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia dengan memainkan sentimen perkauman dan agama. "MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam. "Manakala UMNO pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji," katanya dalam kenyataan media hari ini. Dalam iklan The Star pada muka surat 25, hari ini bertajuk "Why is DAP silent?" (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine. Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam. Dalam satu lagi iklan The Star pada muka surat 27, bertajuk "DAP's UBAH will turn Johor into another Kelantan", MCA menuduh bahawa kempen UBAH DAP-Pakatan Rakyat akan menjadikan Johor seperti Kelantan. Menurut Kit Siang, apa yang dimaksudkan MCA adalah ekonomi Johor akan terjejas, industri pelancongan akan berkurangan dan akan mengalami masalah HIV, penagihan dadah, rogol dan air kotor seperti di Kelantan. Katanya, MCA juga menuduh kualiti hidup rakyat Johor akan terjejas kerana DAP akan bersekongkol dengan PAS untuk menutup pusat hiburan sedangkan dakwaan itu berpunca daripada laporan akhbar yang dikuasai MCA dan BN sendiri. "Apa yang MCA dan BN cuba sampaikan ialah kerajaan Kelantan pimpinan orang Melayu yang berteraskan Islam dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan akan menjadi Malaysia negara mundur. "Tetapi MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum. Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah UMNO-BN," ujarnya. Beliau berkata, rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kit Siang yakin pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, akan menolak kempen politik kotor yang dilakukan BN itu. "Inilah kempen kotor dan kolot BN yang mahu menakutkan pengundi Cina dengan mengutuk PAS dan DAP melalui dakwaan yang tidak berasas. "Malah, kutukan itu secara langsung dan tidak langsung telah menghina Islam. UMNO yang mengaku wira Islam sepatutnya berani meminta MCA menghentikan kempen yang bersifat menghasut dan fitnah itu," tambahnya. Kit Siang berkata, DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan terbabit dengan kempen kotor seperti itu kerana DAP berterus terang, apa yang diucapkan di hadapan pengundi Cina adalah sama dengan apa yang diucapkan kepada pengundi Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain. Menurutnya, DAP, PAS dan PKR amalkan politik bersih, telus dan sopan, tidak memfitnah, tidak pukul orang, hormati hak asasi manusia dan kebebasan insan. "Inilah amalan Pakatan Rakyat. Ubah! Ini kalilah!" katanya.-Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan